kerisnaga Publish time 16-10-2021 02:24 PM

Kebenaran kes Ziyad sudah diketahui

Kebenaran kes Ziyad sudah diketahuiSyazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ziyad12_1634294313.jpg
ZIYAD ketika beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo. FOTO AFP


Kuala Lumpur: Kebenarannya sudah diketahui seterusnya terpulang kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tindakan lanjut.
Begitu kata Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah berhubung kontroversi jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang didapati lewat tiba di bilik menunggu sehingga kemenangannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan.
Walaupun segalanya sudah diketahui terutama berkaitan situasi yang melanda Ziyad, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat daripada siasatan yang dijalankan itu.
Katanya, semua 10 individu dipanggil membantu siasatan memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumat berkaitan kejadian itu.
"Kami sudah tahu kebenarannya. Saya menjangkakan dalam minggu depan kami boleh siapkan laporan untuk dihantar kepada kementerian dan kami juga mungkin mohon untuk buat pembentangan mengenai dapatan daripada siasatan ini.
"Selepas itu, nanti kita serahkan sepenuhnya kepada kementerian dan menteri (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) untuk menentukan tindakan selanjutnya yang dirasakan sesuai," katanya.
Antara individu dipanggil membantu siasatan jawatankuasa berkenaan adalah Ziyad, jurulatihnya Mohd Faizol Harun dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, pihaknya turut akan membuat syor sesuai bagi penambahbaikan untuk dijadikan panduan pada masa depan.
Jawatankuasa itu turut dianggotai dua lagi panel iaitu bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan selain ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil.
Sebelum ini, Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya di Tokyo dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Baru-baru ini, Ahmad Faizal turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman membabitkan isu atlet lontar peluru negara itu sudah selesai dan keputusannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Disiarkan pada: Oktober 15, 2021 @ 6:38pm





Jayayakaka33 Publish time 18-10-2021 11:18 PM

Alah....nape plk x blh dedahkan maklumat
Kami nak jgk tau punca kenapa blh lewat
Harap siasatan telus
Terlepas pingat emas dan pecah rekod kot
Sayangnyeee...
Pages: [1]
View full version: Kebenaran kes Ziyad sudah diketahui


ADVERTISEMENT