Raline Publish time 15-10-2021 09:43 AM

Hafiz Mahamad Nak Tanggung Tiket Bas Balik Kampung Buat Mereka Yang Susah

https://news60post.com/wp-content/uploads/2021/10/DayahOMM-hafiz.jpg

Hafiz Mahamad Nak Tanggung Tiket Bas Balik Kampung Buat Mereka Yang Susah

Kebenaran untuk merentas negeri yang diumumkan pihak kerajaan bermula pada 11 Oktober 2021 tempoh hari telah disambut dengan baik oleh rakyat Malaysia.

Ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung selepas berbulan-bulan tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Susulan daripada itu, media sosial penuh dengan momen-momen bahagia warganet yang dapat bertemu semula dengan ibu bapa dan keluarga setelah lama terpisah.

Ramai yang kongsi cerita tak dapat balik kampung

Namun, ada juga yang hanya mampu menahan rasa rindu tidak dapat pulang ke desa tercinta atas beberapa kekangan seperti ketiadaan biaya. Jadi, seorang usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah tampil untuk menaja tiket bas beberapa orang yang bertuah bagi pulang ke kampung.

https://www.instagram.com/p/CU9Gj20pkpR/?utm_source=ig_embed&ig_rid=3cf02929-18b1-4974-9677-5c1fec83123c

Menurut infleuncer tersebut, dia menerima banyak direct message (DM) dari pengikutnya mengenai cerita tidak dapat pulang ke kampung atas beberapa urusan.

Ada sahabat dm “Tak boleh balik kpg lg, PKP haritu duit dah susut banyak sebab hilang kerja”. Sekarang baru nak “menapak & hidup balik”
Ya Allah, Ada yang sedih lagi..

“Saya balik kpg nak tengok & bersihkan “pusara ayah mak”

“Saya pun macam awak, tak balik kpg lagi sebab kena jalankan tanggungjawab cari rezeki di negeri orang hehe” tulisnya.

Nak tanggung dua tiga orang tiket balik kampung
Tak hanya itu, Hafiz memaklumkan ingin menanggung beberapa tiket bas buat pengikutnya yang bertuah dan ingin pulang ke kampung halaman bagi bertemu keluarga.

“Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kpg, saya nak tanggung ticket dalam 2-3 BUS. Nak tak ? InsyaAllah saya ada rezeki sikit boleh kongsi dgn awak”

“Habis kerja dkt sini, saya uruskan 2-3 bas tu untuk sahabat. Apa syarikat Bas yg okay untuk saya contact ? Mana mana syarikat bas boleh email saya tau “sahabatAinaa@gmail.com” tambah Hafiz Mahamad lagi.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/10/121295110_374182563948768_7842777573644014397_n-820x1024.jpg
Inisiatif murni Hafiz ini bertujuan untuk berkongsi rezeki buat mereka yang mengalami kesulitan dan berniat memberi sedikit kegembiraan buat mereka.

Boleh kita contohi sikap Hafiz
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu dan berharap agar rezekinya sekeluarga terus dipermudahkan.

Ada juga diantara mereka yang mencuba nasib mahu menjadi salah seorang yang bertuah mendapatkan tiket bas percuma dari Hafiz supaya membolehkan mereka melepaskan kerinduan kepada orang tua di kampung halaman.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/10/IMG_2529.jpg


Terbaik Hafiz! Batuan diluar kotak pemikiran

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/10/IMG_2530.jpg

Ramai yang nak tiket

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/10/IMG_2531.jpg


Sumber: Instagram hafizmahamad

black_handbag Publish time 15-10-2021 09:51 AM

:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I

missyL Publish time 15-10-2021 10:18 AM

Alhamdullilah..
Semoga yg dpt tu btol2 xde duit nk balik.
Semoga tahfiz nie tlg dgn ikhlas bkn for content..

Btw bas dah bole gerak full capacity ke..
Semoga dipermudahkan yg nk balik kg.
I xthu la bile bole balik.
Harap2 soon.

zeitabaei Publish time 26-10-2021 11:59 PM

Edited by zeitabaei at 28-10-2021 07:45 AM

duit dia ke . Dulu buat Kat mekah pun Kutip dkt followers ...pastu claim Saya Saya Saya ..debit no 2.dia Ada tubuh ngokan mcm debit

flipolivio Publish time 27-10-2021 05:53 AM

zeitabaei replied at 26-10-2021 11:59 PM
Bukan duit dia. Kutip derma kan dkt followers ...pastu claim Saya Saya Saya ..debit no 2

laa kutip duit orang ke? macam tokri jugak la kan?

tintin22 Publish time 27-10-2021 09:03 AM

hidup kiffah!

zeitabaei Publish time 27-10-2021 09:49 AM

flipolivio replied at 27-10-2021 05:53 AM
laa kutip duit orang ke? macam tokri jugak la kan?

Ada Kat ig dia kan utk salur sumbangan

cookieclickeraz Publish time 2-12-2021 10:53 AM

It used to take me a long time to find my balance, but recently I discovered that a website sincerely guides this layout when you can find joy after a stressful day here.
play solitaire
Pages: [1]
View full version: Hafiz Mahamad Nak Tanggung Tiket Bas Balik Kampung Buat Mereka Yang Susah


ADVERTISEMENT