xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:30 AM

Angkara Salah Maignan berehat 10 minggu

Milan: Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan tidak dapat beraksi selama 10 minggu selepas menjalani pembedahan di bahagian pergelangan tangan kiri.

"Maignan menjalani pemeriksaan arthroscopic yang mendapati terdapat kecederaan ligamen di bahagian pergelangan tangan kiri dan ia sudah dibedah.

"Skru percutaneous pedicle juga dipasang pada tulang scaphoid di pergelangan tangannya akibat masalah vaskular," kata kelab berkenaan.

Milan berkata pembedahan berkenaan berjaya dilakukan dengan sempurna.

Pemain yang pernah tampil sekali bersama Perancis di peringkat antarabangsa itu sekarang ini akan melalui proses pemulihan selama enam minggu sebelum kembali berlatih dan dijangka turun beraksi selepas 10 minggu.

Maignan bukan saja akan terlepas aksi Serie A dan Liga Juara-Juara bersama Milan, tapi turut terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia November depan.

Penjaga gol Milan itu mengalami rasa sakit di pergelangan tangannya sejak menyelamatkan penalti Mohamed Salah di Anfield.

Dia dipercayai jatuh dengan teruk selepas menyelamatkan penalti itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/10/766054/angkara-salah-maignan-berehat-10-minggu

xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:35 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Mike_Maignan_%282%29_1634174753.jpg
MAIGNAN (tengah) mengalami kecederaan berkenaan ketika menyelamatkan penalti Salah. FOTO Agensi
Pages: [1]
View full version: Angkara Salah Maignan berehat 10 minggu


ADVERTISEMENT