xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:14 AM

Sukma Johor tetap dianjur tahun depan

Kuala Lumpur: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) akan tetap dianjurkan tahun depan seperti yang sudah dirancang sebelum ini bagi mengelakkan pertindihan umur berlaku.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara itu selepas sesi lawatan kerja ke Institut Sukan Negara (ISN) hari ini bagi meninjau fasiliti dan operasi yang dilaksanakan oleh ISN selaku agensi yang menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan berkaitan sains sukan kepada atlet negara.

Bagaimanapun Faizal berkata sehingga kini masih belum ada tarikh bilakah temasya berkenaan akan dianjurkan.

"Kementerian akan mengadakan perbincangan dan mencari kata putus dengan kerajaan Johor yang sepatutnya menjadi tuan rumah tahun depan.

"Kita akan pastikan Sukma akan dijalankan kerana semua pihak faham bahawa sukan ini membabitkan pembabitan umur atlet di bawah 23 tahun.

"Jika ia ditunda lagi maka ramai atlet muda tidak akan berpeluang untuk mengambil bahagian," katanya yang akan memastikan bahawa tarikh penganjuran tidak akan bertindih dengan tiga temasya utama iaitu Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Sea.

Dalam perkembangan sama, Faizal turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman membabitkan isu atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ketika temasya Paralimpik Tokyo sudah selesai dan keputusannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Saya dimaklumkan bahawa siasatan sudah selesai dengan pengerusinya, Tan Sri Borhan Dolah tidak akan memanggil saksi tambahan.

"Bagaimanapun beliau (Borhan) masih belum menyerahkan laporan siasatan berkenaan dan bila saya sudah terima, saya akan perhalusi dan akan umumkan nanti," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/766255/sukma-johor-tetap-dianjur-tahun-depan

xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:16 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/peja6_1634204042.jpg
AHMAD Faizal (tengah) pada sidang media hari ini. FOTO Hazreen Mohamad
Pages: [1]
View full version: Sukma Johor tetap dianjur tahun depan


ADVERTISEMENT