xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:12 AM

Susahnya hendak menang kejuaraan - Mcilroy

Los Angeles: Bekas pemain nombor satu dunia, Rory Mcllroy berkata, memenangi Jelajah PGA adalah paling sukar tatkala dia sedang mempersiapkan diri untuk memulakan musim 2021/22 di Piala CJ di Las Vegas.

Mcllroy memburu kejuaraan kedua tahun ini dalam aksi yang berlangsung di Nevada, di mana Piala CJ sebelum ini diadakan di Pulau Jeju, Korea Selatan tahun lalu berikutan pandemik.

Dia menamatkan kemarau kemenangan paling lama dalam kariernya dengan muncul juara di Kejohanan Wells Fargo di Quail Hollow Mei lalu, selepas 18 bulan tanpa kejuaraan tatkala pada 2019 mampu untuk meraih empat kejayaan.

Juara kejohanan utama sebanyak empat kali berusia 32 tahun itu berkata, dia percaya saingan musim baru dengan beberapa lagi kejuaraan yang ditawarkan bakal menjadi lebih sukar, melihat kepada himpunan pemain berbakat di jelajah.

"Apabila anda melihat Jelajah PGA yang membariskan 144, 156 pemain, anda akan rasai bahawa tiga suku daripadanya mempunyai peluang untuk juara dan itulah gambaran mengenai kesukaran yang perlu dihadapi.

"Memang sukar untuk menang kan? Saya pernah melalui beberapa musim di mana saya menang sebanyak empat atau lima kali dan sekarang ini saya rasa itulah yang dinamakan pencapaian," katanya.

Ben Hogan kekal sebagai pemain banyak memenangi kejuaraan dalam tempoh satu musim selepas merangkul 13 trofi pada 1946.

Paling banyak pada era sekarang dilakukan Vijay Singh dan Tiger Woods dengan kedua-duanya meraih sembilan kejuaraan dalam semusim pada 2004 dan 2009.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/766174/susahnya-hendak-menang-kejuaraan-mcilroy

xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:13 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GLF-SPO-USP-THE-CJ-CUP-%40-SUMMIT---PREVIEWS_1634194428.jpg
MCILROY akui saingan jelajah semakin sukar. FOTO AFP
Pages: [1]
View full version: Susahnya hendak menang kejuaraan - Mcilroy


ADVERTISEMENT