xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:11 AM

Peminat cetuskan kemalangan di TdF dibicarakan

Brest: Seorang penonton yang menyebabkan satu daripada kemalangan paling besar dalam sejarah Tour de France (TdF) berdepan perbicaraan hari ini atas dakwaan menyebabkan ramai pelumba cedera pada peringkat pertama perlumbaan itu hujung Jun lalu.

Wanita Perancis berusia 31 tahun itu yang identitinya dirahsiakan selepas menjadi sasaran di media sosial, memberitahu pendakwaraya dia malu dengan 'tindakan bodohnya'.

Dia berharap papan dipegangnya yang tertulis Allez, Opi-Omi menggunakan bahasa Jerman bermaksud 'ayuh, datuk-nenek' bagi mengenang asal usulnya dari Jerman dapat dilihat kamera televisyen.

Namun tindakannya di depan peloton yang besar di jalan yang sempit menuju penamat di barat Perancis adalah keterlaluan.

Rakaman video kemalangan dan anggota perubatan terpaksa bergegas membantu mangsa, mencetuskan kemarahan peminat dan penganjur perlumbaan, terutama apabila menyedari wanita itu meninggalkan tempat kejadian tanpa membantu.

Dia menyembunyikan diri selama empat hari sebelum menyerah diri kepada polis.

Beberapa pelumba terpaksa menarik diri daripada perlumbaan termasuk Marc Soler dari Sepanyol yang patah kedua-dua tangan.

Didakwa membahayakan nyawa dan menyebabkan kecederaan disengajakan, dia berdepan denda hingga €15,000 euro (RM72,234) dan setahun penjara.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/766133/peminat-cetuskan-kemalangan-di-tdf-dibicarakan

xpdckelate Publish time 15-10-2021 08:12 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FILES-CYCLING-FRA-TDF2021-STAGE1_1634188908.jpg
KEMALANGAN besar yang disebabkan seorang peminat wanita menyebabkan ramai pelumba alami kecederaan. FOTO AFP
Pages: [1]
View full version: Peminat cetuskan kemalangan di TdF dibicarakan


ADVERTISEMENT