xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:56 AM

Naharudin sedia didik badang negara

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih angkat berat kebangsaan, Naharudin Mahayudin berharap akan terus diberi peluang untuk membimbing skuad kebangsaan selepas pasukan itu diwujudkan semula selepas ini.

Bekas atlet kebangsaan itu dilantik sebagai jurulatih angkat berat oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) awal tahun ini bagi menggantikan Wang Zhiquan (China) yang tidak disambung kontraknya Disember lalu untuk memberi nafas baru buat skuad angkat berat yang sering dipalit isu penyalahgunaan bahan terlarang.

Bagaimanapun PABM terus dipalit dengan isu doping apabila dua atletnya Azroy Hazalwafie dan Ikram Haikal Muhd Zuari didapati positif doping oleh Agnesi Anti Doping Malaysia (Adamas) Mei lalu seterusnya membawa pembubaran skuad kebangsaan berkuatkuasa November ini.

"Seperti yang pernah saya katakan, pembubaran pasukan adalah langkah yang tepat untuk memberi nafas baru kepada skuad kebangsaan.

"Aspek negatif perlu disingkirkan dan kali ini PABM perlu memilih atlet yang betul-betul mempunyai keinginan dan disiplin yang tinggi untuk mewakili negara.

"Bagi saya, saya masih berminat untuk membimbing pasukan kebangsaan sekiranya saya diberi peluang kerana saya mahu menyelesaikan apa yang sudah saya lakukan.

"Namun jika sebaliknya saya mungkin akan kembali menjadi jurulatih negeri," katanya yang sebelum ini menjadi jurulatih Selangor.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/765914/naharudin-sedia-didik-badang-negara

xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:57 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nahar_1634122472.jpg
Naharudin Mahayudin
Pages: [1]
View full version: Naharudin sedia didik badang negara


ADVERTISEMENT