xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:51 AM

Wilder belum mahu bersara

London: Deontay Wilder tidak berhasrat untuk bersara selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Tyson Fury, menurut jurulatihnya, Malik Scott.

Wilder rebah di pusingan ke-11 dalam pertarungan di Las Vegas Ahad lalu bagi membolehkan Fury mengekalkan gelaran heavyweight WBC yang dirampas daripada Bronze Bomber pada Februari 2020.

Fury menjatuhkan petinju dari Alabama itu di pusingan ketiga dan sepuluh sebelum pengadil Russell Mora menghentikan pertarungan pada pusingan ke-11 sekali gus mencetuskan persoalan masa depan Wilder dalam sukan itu.

Bagaimanapun, di sebalik dua kekalahan itu, persaraan tampak belum berlegar di fikiran Wilder.

''Deontay mahu mengukuhkan ekonomi keluarganya terlebih dahulu, jadi selepas itu tidak perlu dia bertarung lagi untuk menyara kehidupan,'' kata Scott kepada iFL TV.

'Tetapi persaraan belum dalam perancangan dan kami tidak membincangkannya.''

Wilder menang 42 daripada 45 pertarungan dengan kedua-dua kekalahannya dan satu seri ketika menentang Fury.

Sebelum tewas kepada Gypsy King, Wilder masih mampu menumbangkan jaguh Britain itu dua kali di pusingan keempat sebelum Fury bangkit pada pusingan seterusnya.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/765751/wilder-belum-mahu-bersara

xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:55 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wil_1634101977.jpg
WILDER rebah selepas menerima tumbukan padu Fury.
Pages: [1]
View full version: Wilder belum mahu bersara


ADVERTISEMENT