xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:47 AM

Farah Ann cuak jumpa Simone Biles

Kuala Lumpur: Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi mendedahkan perasaan gementarnya untuk bertemu gimnas terulung sepanjang zaman Simone Biles dari Amerika Syarikat (AS) ketika bertanding pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Pada mulanya, Farah Ann agak ragu-ragu untuk berjumpa dan berswafoto dengan Simone dan keseluruhan pasukan gimnas AS kerana bimbang dia tidak akan dilayan namun jurulatih Nataliya Sinkova memberikannya galakan.

"Perasaan saya terlalu gemuruh dan gementar untuk pergi mengambil gambar bersama mereka. Tapi jurulatih mendesak saya supaya pergi.

"Katanya jika saya tidak mencuba sudah tentu saya tidak akan dapat peluang merakamkan kenangan bersama mereka. Jurulatih kata sekalipun jika mereka kata tidak, saya akan tetap dapat satu jawapan," tulisnya dalam hantaran terbaharu di laman Instagram.

Farah Ann, 27, yang menikmati aksi sulung pada temasya Olimpik di Tokyo, tidak menyangka hasratnya untuk bergambar disambut baik pasukan AS yang turut menampilkan pemenang pingat emas individu all-around Sunisa Lee.

"Ya, mereka semuanya terlalu baik dan ramah," tulis pemenang tujuh pingat emas temasya Sukan Sea itu.

Kakaknya, Katrina Ann Abdul Hadi yang pernah mewakili negara dalam acara renang berirama dan menang enam pingat emas Sukan Sea memberi komen ringkas: "Jurulatih lebih tahu segala-galanya.

"Farah Ann bagaimanapun kecewa apabila sasarannya untuk melayakkan diri ke pusingan akhir acara individu all-around pada Tokyo 2020 tidak menjadi kenyataan.

Dia hanya mampu menamatkan saingan di tangga ke-68 daripada keseluruhan 98 peserta ketika hanya 25 gimnas terbaik mara ke pusingan akhir.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/765545/farah-ann-cuak-jumpa-simone-biles

xpdckelate Publish time 15-10-2021 07:48 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/farahn_1634038591.jpg
Farah Ann (kiri) bersama skuad gimnastik AS. FOTO Instagram farahann94

blakerainer Publish time 17-10-2021 06:30 PM

Buang current je jumpa Simone Biles. Kuat betul mencapub masa olimpik haritu. Tarik diri sbb pressure. Acik dia lah what do u expect pentas olimpik
Pages: [1]
View full version: Farah Ann cuak jumpa Simone Biles


ADVERTISEMENT