cmf_peace Publish time 7-8-2010 11:38 PM

Takde Road Tax Ade Insurans, Jadi apa2 Cover tak?

Assalamualaikum,

Merujuk kepada kes kena bayar saman baru leh renew roadtax ni, saya bercadang untuk enggan membayar 1 saman tersebut sebab

1st - Saman itu saman ekor..
2nd - Saya ni jenis bawa kereta slow, dan tarikh saman tahun lepas waktu tu anak dalam hari apa kejadah saya nak bawak laju?


Isu takde lesen Insurans tak cover saya pernah dengar. Tapi bagaimana pula isu takde cukai jalan.. kalau kereta accident, atau hilang insurans cover tak?

Mekasih.......

Hidup Kerajaan, Idup MSC.... hehehe...

Hidup 0.8 percen untuk setiap transaksi kerajaan melalui sistem e perolehan kepada Commerce Dot Com maksima 9k per transaksi...
Saman nie cemana pulak ada persen gak tak?

schumacher Publish time 8-8-2010 01:45 AM

insuran idup takper.. kalau polis saman ko akan kena saman cukai jalan tamat tempoh jer lah... perlindungan insuran ada..
maknanya kalau eksiden ker haper insuran tetap kover... cuma salah roadtax tarak jer...
insuran mahal2 boleh bayar.. takan rotek takleh bayar... larat ker nak bayar denda setiap kali kena naik court...
lagi satu.. kalau ikut undang2 sapa2 bawak kereta roadtax mampus.. lesen pemandu kenderaan tersebut akan di gantung setahun...
roadtax mati tak silap aku takleh kompaun...

pasal e perolehan tuh ntah ler.. kita guna sistem tuh jer pon... bukannya depa tolong buat kerja kat kita... free ker gomen kena bayar 0.8%... baik guna e-spkb... free jer..
commerce dotcom nie makan keliling.. kat gomen depa makan.. kat pembekal pon depa makan... kayo kayo/...

cmf_peace Publish time 8-8-2010 12:32 PM

oh insurans cover takperlar... mekasih.. hehehe

bukan apa.. sekarang saman speedtrap tu mandatori RM 300... tak bayar roadtax takleh idup...
sebab tu aku tanya.. sebab rm 300 tu membebankan.. dah separuh harga insurans dah tu..

300 mahal sgt, dan bukannya aku nie jenis bawak laju... naik motor pun aku pakai baju ijau..... keter pun standard... tak pernahnya aku pakai keter even rendahkan spring ..

Kslsu tak puas hati aku taknakayar saman... tangkap ajerlah aku dan bawa ke mahkamah... nie tak kasi idup roadtax plak... orang nak bayar cukai tapi tak boleh...

Aku bajet ini semua MSC MSC punya hal.... nak kayakan kroni kroni atas angin macam Datuk K tu kot? Teori aku lar...

waksir Publish time 9-8-2010 11:07 AM

oh insurans cover takperlar... mekasih.. hehehe

bukan apa.. sekarang saman speedtrap tu mandatori ...
cmf_peace Post at 8-8-2010 12:32 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

kalu kena speedtrap .. blh mintak gambar keta kau masa kena speedtrap tu.
tp kena bayar la ... tak tau la brape RM skrg ...

waksir Publish time 9-8-2010 03:01 PM

sure kompeni insurans tu nanti akan cari alasan takde roadtax tak nak cover kalo apa2 jadi..
kompen ...
archilless Post at 9-8-2010 12:51 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

blh jd gak ...
sbb alasannye ... keta takde roadtax, sepatutnye tak bolehdipandu di jalanraya !!!!

takumi86 Publish time 9-8-2010 03:28 PM

ishh.. boley kena takde roadtax...
bukan masa nak claim insuran tu, kena ada valid roadtax kee?? if not.. tatak boley claim insurance maa..
ni kira masalah yg seperti perumpamaan.. ditelan mati mak.. di luah mati bapok ningg..

gud luckk bayor samangggg

ryo_takahashi1 Publish time 9-8-2010 04:24 PM

maknanya kalau eksiden ker haper insuran tetap kover... cuma salah roadtax tarak jer...
schumacher Post at 8-8-2010 01:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

TAK COVER

Fast-N-Furious Publish time 9-8-2010 06:42 PM

TAK COVER
ryo_takahashi1 Post at 9-8-2010 16:24 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    cover line pong tak..

mycos79 Publish time 9-8-2010 06:50 PM

kenapa tak nak bayor saman.....rela tak der roadtax...nampak remeh jer yer....tapi kalo dah kena...lagi banyak kuar RM:lol:

chenta_dewi Publish time 23-10-2012 11:48 AM

1st iols xbyr saman tetap leh renew roadtax...

mcm mana pula kalau nak renew roadtax tp xnak byr insurans...??

er ada org terpk x? hehe

ejai601 Publish time 23-10-2012 11:59 AM

chenta_dewi posted on 23-10-2012 11:48 AM static/image/common/back.gif
1st iols xbyr saman tetap leh renew roadtax...

mcm mana pula kalau nak renew roadtax tp xnak byr...

idok blh la..sbb bile nk renew roadtax,JPJ akan check insurans dl smada insurans dh renew ke belum...no insurans ni akan di cetak skali dlm roadtax tu..

mmg blh pun renew roadtax kalo x byr saman...tp bergantung jgk pd jenis saman tu..ade yg blh ade yg tak ;P

Bell Publish time 23-10-2012 01:21 PM

Saman ekor boleh jer renew roadtax. Yg tak boleh kalau saman yg kita kena tahan kat road block dan kena sign terus.

chenta_dewi Publish time 23-10-2012 11:46 PM

ok thanks...

extensionspc2 Publish time 24-9-2024 08:46 PM

Jika anda mempunyai insurans tetapi tiada road tax, perlindungan insurans secara teknikal masih sah. Namun, terdapat beberapa risiko dan isu yang perlu dipertimbangkan:

Kemalangan: Sekiranya berlaku kemalangan, insurans anda masih boleh melindungi kerugian atau kerosakan mengikut polisi anda. Walau bagaimanapun, syarikat insurans mungkin menggunakan ketiadaan road tax sebagai alasan untuk melambatkan atau mencabar tuntutan anda.

Saman dan Tindakan Undang-Undang: Anda masih berisiko dikenakan saman oleh pihak berkuasa kerana memandu tanpa road tax yang sah. Ini boleh menyebabkan denda atau tindakan undang-undang.
Pages: [1]
View full version: Takde Road Tax Ade Insurans, Jadi apa2 Cover tak?


ADVERTISEMENT