chewan Publish time 6-8-2010 06:38 PM

Berita@MKST : UPM reka prototaip kereta elektrik

UPM rekaprototaip kereta elektrik

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0806/Kosmo/Negara/ne_03.1.jpg



KUALA LUMPUR – Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajayatelah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti PutraMalaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologitinggi.

Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya CellCity Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yangsemakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaanelektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan keretaSmart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempatduduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.

“Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta,kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangatpraktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.

“Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petroldan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari,” katanyasambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasanberbukit.
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0806/Kosmo/Negara/ne_03.2.jpg

chewan Publish time 6-8-2010 06:41 PM

kereta berkonsep 3 in 1 sebenar nya, murah, saiz kecil n mesra alam...tp konsep mngunakan bateri betul2 ke dikatakan mesra alam = teknologi hijau :o

dauswq Publish time 7-8-2010 09:27 AM

nmpk mcm pelik...:L

rasennye org akn pki ker nnt?:o

dauswq Publish time 7-8-2010 09:28 AM

kereta berkonsep 3 in 1 sebenar nya, murah, saiz kecil n mesra alam...tp konsep mngunakan bateri bet ...
chewan Post at 6-8-2010 18:41 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

unless klu bateri tu dichargekn dr tenaga solar
so lehlah dikira mesra alam:D

chewan Publish time 7-8-2010 04:30 PM

Reply 4# dauswq


    cuaca skrg x mnentu..cm ne nk charge bateri....bertahan pun 2 hari jah...kos pasang bateri solar pun satu hal kan..harga kereta pun sure meningkat :lol:

winamp05 Publish time 9-8-2010 09:13 AM

Design out, xleh masuk jalan KL pun. lg satu ketahanan bateri tu bergantung pada kelajuan jugak dan jarak ? atau memang tak kira berapa jauh ko pegi berapa laju ko pecut still 48 jam ? macam tak logik, penerangan tak jelas.

dauswq Publish time 9-8-2010 09:41 AM

Design out, xleh masuk jalan KL pun. lg satu ketahanan bateri tu bergantung pada kelajuan jugak dan...
winamp05 Post at 9-8-2010 09:13 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

yup..dlm artikel ini tidak diberitahu scr jelas

the more concern here..how much energy will be burn out (guna bateri?)
we know that gas diesel mmg menghasilkan kuasa pembakaran yg tinggi -->
i guess this one is included under your debate topic:lol:

i think they should update additional info in journal
or keluarkn buku
untuk jelaskan scr details rekacipta ini:D
kemudian baru dikomersialkn

jgn harapkn pd design
tp lebih kpd efficiency semasa dlm perjalanan

winamp05 Publish time 9-8-2010 10:21 AM

Reply 7# dauswq

hahaha, boleh jadik bahan gak untuk tajuk debat yg akan datang.
Konsep kereta berbateri ni selalu deyall guna 2 bateri tak silap aku la. satu guna waktu jalan, satu lagi cas, waktu yg tngh guna habis / low, yg tngh cas dah full dah, terus bypass kepada yg full tadik, dan yg guna sblm tu di cass pulak. aku ada baca pasai artikel kereta hybrid ni dalam CI dulu.

Kepada bebudak yg cipta keta macam ni dimesia, aku sarankan supaya pertingkatkan design anda. org skang tak nak design macam keta batman, tapi nak design yg nampak executive dan mesra pengguna. kalau tak pun, letak je body proton saga lama, tapi dalam suma guna hybrid punya spec. komfom org ramai sambar. thehehehe......

lin0me Publish time 9-8-2010 06:18 PM

aku dah tgk yg ni kat pameran PRPI Upm last month,tp takde org jaga booth,tak leh nak tanya:L:L:L

tak byk yg boleh nak komen since infomation about this project is limited,sbb org lagi pentingkan efficiency more than appearance...

winamp05 Publish time 10-8-2010 09:18 AM

aku dah tgk yg ni kat pameran PRPI Upm last month,tp takde org jaga booth,tak leh nak tanya

...
lin0me Post at 9-8-2010 06:18 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif



Kalau nak guna sendiri sendiri, efficiency more than appearance tu tak menjadi masalah. tapi kalau nak maju kehadapan, kena pertingkat dedua konsep ni mengikut permintaan. In bisnes pengeluaran mengikut permintaan.
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : UPM reka prototaip kereta elektrik


ADVERTISEMENT