chewan Publish time 4-8-2010 12:01 AM

Fahami Tugas Saintis

Fahami Tugas Saintis{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}


      
      
                   
http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2010/08/physicist-225x300.jpg


Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM
Jabatan Kimia, Universiti Malaya [http://www.kimia.um.edu.my/]


Selepas kemunculan satu artikel yang ditulis oleh Zalina Yahaya dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2002 berjudul Saintis Perlu Tampil,ramai saintis kini diberi peluang menulis di media. Saya berpandanganlebih optimistik. Banyak persamaan di antara dunia sains dan media atausaintis dan wartawan.



Kedua-duanyamempunyai naluri ingin tahu yang sangat tinggi. Tugas saintis danwartawan adalah mencari kebenaran (hingga sanggup berkorban nyawa kalauperlu). Perbezaannya hanya kepada sistem yang dikaji, metodologi dancara penyampaiannya.


Saintismengkaji kejadian alam semesta secara rasional berlandaskan pemerhatianmutlak. Sedangkan wartawan banyak bersandar kepada persepsi mereka dankadangkala dengar cakap.


Haltersebut lumrah bagi wartawan yang terpaksa membuat laporan setiap haridan mencari berita lain untuk keesokan harinya. Saintis tidak mempunyaijangka masa terhad. Rutin harian saintis lebih menyamai kehidupanseorang yang tertib, kajian sains tidak perlu tergopoh gapah.
Seperkara yang saya tidak puas hati adalah apabila saintis dituntut supaya menghasilkan sesuatu yang berguna.


Seruan Awang Sulung (Mingguan Malaysia 28 April 2002), supayasaintis keluar dari bilik makmal mereka dengan kejayaan menghasilkansesuatu untuk masyarakat, bagi saya (saintis yang sering menghasilkanbenda-benda yang tidak berguna) merupakan satu provokasi.


Saya faham niat Awang Sulung baik, tetapi inilah persepsi wartawan yang hendak saya perbetulkan tentang tugas saintis.
Tugas saintis adalah mencari kebenaran bukan kegunaan.Bila saintis terdesak mengeluarkan sesuatu yang berguna dan komersial,ada kalanya usaha mencari kebenaran terpaksa dipesongkan dan mungkinjuga terpaksa dikompromikan.


Hal sebegini menggerunkan saintis kerana mungkin akan bercanggah daripada etika profesional mereka.Kejayaanmenghasilkan tulang dari batu karang adalah teknologi, bukan sains. Iamenggunakan asas sains yang diketahui sekian lama.Kebolehanmenghasilkan sesuatu berguna sangat membanggakan. Tetapi saya harap iatidak dijadikan keperluan dan kemestian kerana banyak perkara asassains yang sama pentingnya yang perlu dikaji. Ini yang harus difahamioleh media dan selanjutnya massa.


Walaupuntidak mempertikaikan apa yang ditulis oleh wartawan, kerana sayasendiri pernah mengalami kesulitan berhadapan dengan media dankomplikasi selepasnya, namun saya berharap kedua-dua pihak dapat salingmemahami di antara satu dengan yang lain.


Bilasaya ditemu bual oleh wartawan, beliau merasakan penerangan tentangpenyelidikan saya terlalu mudah dan bodoh kerana ia tidak menunjukkanhasil yang boleh dikomersialkan. Di pihak saya pula, soalan demi soalan yang diajukan tidak relevan langsung.



Bilamenggunakan TV dan radio, saya merasa kekurangan masa untuk menerangkanaspek-aspek penting sains. Masa yang terhad selama 10-15 minit tidakmemuaskan bagi saintis yang biasa memberi kuliah dan seminar berjam-jam.


Alangkahbaik sekiranya saintis diberi ruang lebih dalam media massa, sepertiyang berlaku di Barat yang berjaya mengeluarkan siri-siri sains yangdikelolakan oleh saintis seperti John Bronowski, David Attenborough dan Carl Sagan.


Pernahsatu artikel saya disiarkan di dalam akhbar utama. Pada perengganpertamanya terdapat satu kesilapan. Saya memetik kata-kata Paul Dirac (1929), salah seorang saintis bidang fizik yang mengasas Teori Kuantum dan beliau bukan seorang ahli kimia seperti disiarkan di dalam rencana itu.


Kesilapantipografi atau editorial yang kadangkala berlaku dalam media sepertiitu menggerunkan saintis untuk tampil, kerana dikhuatiri massa tersalahsangka. Kesilapan seperti ini walaupun kecil, tetapi bagi saintis, iadirasakan begitu besar.


Namun begitu kita tidak perlu gusar. Sains perlu memahami media. Begitu juga sebaliknya.


Sekiranyaterjalin hubungan kerja di antara saintis dan media, banyak yang bolehdimanfaatkan terutamanya dalam memperkayakan massa dengan maklumat danilmu.


Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan penulis.

MajalahSains.Com

dauswq Publish time 4-8-2010 04:01 PM

betul...kesian benar siapa yg jadi saintis
tp tak de sape menghargai jasa diorg:(

aku_EnSeM Publish time 4-8-2010 04:13 PM

Post Last Edit by aku_EnSeM at 4-8-2010 16:15

I agree. Kje saintis x semestinye berguna kpd msyrkt. Im not saying that scientists adelah useless, but most of the time, discovery2 yg saintis buat ni blh jd xpraktikal due to financial, political, environmental, n other issues. Blh jd jugak kegunaan discovery diorg ni xblh dilihat pd masa diorg buat discovery ni.

A huge example. Ade x Einstein tefikir nk invent GPS mse die buat relativity? Ade x Planck tefikir nk invent supecomputer mse die buat energy quantisation? Ade x de Moivre tefikir nk buat komputer mse die kembangkan complex number? Klu sume saintis dipaksa utk mengalihkan perhatian mereka dr sesuatu yg xbergune, kte xkn blh buat discovery2 yg amazing.

1 contoh lain plg jelas, mse komputer mule2 dicipta dulu. Sorg ahli politik berpendapat 'masa depan komputer hanyalah beberapa buah seluruh dunia' (sorry xingat sape ckp n xde source, ini lecturer aku ckp). Dan skrg, betul ke judgement die ni? Skrg, komputer ade kt dlm poket hampir setiap org.

Tgk je kt journal2 saintifik, rsenye 95% dr sume journal tu org akan anggap xberguna. Adekah ini bermaksud kte kne pecat 95% dr sume saintis seluruh dunia? I can also say, hampir sume pensyarah2 universiti adelah saintis. Adekah kte patut pecat 95% dr sume pensyarah yg buat discovery2? Dan adekah tugas pensyarah ni termasuk memastikan setiap buku diorg tu difahami masyarakat?

IMO, Zalina Yahaya keliru antara tugas2 saintis dan jurutera. In fact, juruteralah yg perlu tampil ke hadapan, berdepan dgn masyarakat tentang ape yg diorg nk buat. Juruteralah yg patut bertanggungjawab atas setiap application yg diorg buat, psl ini melibatkan semua org. Sila buat pemahaman sendiri sebelum tulis samting n publish kt Utusan Malaysia smpi 1 negara bace.

dauswq Publish time 4-8-2010 07:56 PM

Reply 3# aku_EnSeM

Selepas kemunculan satu artikel yang ditulis oleh Zalina Yahaya dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2002 berjudul Saintis Perlu Tampil,ramai saintis kini diberi peluang menulis di media. Saya berpandanganlebih optimistik. Banyak persamaan di antara dunia sains dan media atausaintis dan wartawan.

   
dh 8 taun isu ni rupanya...
:lol:

chewan Publish time 4-8-2010 07:58 PM

Reply 4# dauswq


    jgn la highlight taun nya...yg aku nk share content yg cuba dibawa oleh prof tue :'(:lol:

animaniac Publish time 9-8-2010 10:25 PM

Replyaku_EnSeM


   
dh 8 taun isu ni rupanya...
dauswq Post at 4-8-2010 19:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

i masa ni tengah feeling2 nak convo :$, masih innocent lagi dgn dunia pekerjaan sebenar :P

penyapu Publish time 11-8-2010 11:17 PM

Tgk je kt journal2 saintifik, rsenye 95% dr sume journal tu org akan anggap xberguna.

Bila ko sebut pasal journal,aku setuju utk katakan secara umumnya mmg journal yg berlambak-lambak tu dianggap 'takde kegunaan'..(ni pengalaman aku..pengalaman org lain mungkin beza) :L sebab kalu sebut journal je,mesti kaitan biasanya :-
1- orang yg tengah cari bahan nak wat thesis
2- orang nak wat paper utk presentation
3- orang yg nak sambung study (wat draft paper)
4- orang yg memang penyelidik/pensyarah

lain-lain orang memang jarang giler guna journal sebagai rujukan..ditambah lagi istilah-istilah yang agak susah gak orang biasa-biasa atau orang yg baru berjinak nak baca journal ni baca dan paham...:L
jadi patutnya mcm yg Dr Rauzah tu ckp,beri ruang pada saintis utk keluarkan siri-siri tulisan dorang dgn lebih meluas di surat khabar ke sebagaimana ruang pandangan-pandangan politik,hiburan,lifestyle semua tu diberi peluang..baru la sikit sebanyak orang nampak apa tugas saintis ni..kalu takat majalah sains,bape kerat yang beli majalah tu (isu tipikal)..kalu boleh dapatkan gak pandangan antara dua pihak..contohnya gabungan saintis dan jurutera supaya lebih hebat impak penghasilan antara dua tu..:sweat3:

aku_EnSeM Publish time 12-8-2010 12:34 PM

Reply 6# animaniac


skrg da jd tauke la kn :lol:

IRZeeBuk Publish time 8-10-2010 08:08 PM

tapi kalau jd saintis tp bkhidmat tuk company mat salleh pun tak gune...{:3_97:}
mat salleh yg kaye... kami hya bkerja...kuli bawahan...
Pages: [1]
View full version: Fahami Tugas Saintis


ADVERTISEMENT