system_failure Publish time 3-8-2010 10:55 PM

Novel: Pembunuhan Cinta Tiga Segi

Post Last Edit by system_failure at 5-8-2010 01:28

Aku terfikirkan satu kisah novel berbentuk interaktif yg mana korang sbg pembaca adalah 'watak utama' dan akan memilih skrip sendiri dan jalan cerita sendiri yg korang suka...

i mean..
korang akan bergerak 'berlainan jalan' mengikut pilihan dan citarasa sendiri dari satu chapter ke satu chapter yg lain..
dan akhirnya… kiter tgk siapa yg akan ending with happily ever after.. {:1_149:}


Alaaa… mcm dlm citer program realiti tu….
So… novel yg bakal aku tulis ni mempunyai pelbagai bentuk skrip dan korang akan 'merasai' sendiri menjadi watak dlm novel ini dan 'bertanggungjawab' keatas pilihan yg korang dah buat...
konsepnya disini ialah...
novel ini 'hidup' dan tak 'kaku' atau 'dipaksa' utk menerima kesudahan jln ceritanya w'pun hati si pembaca enggan menerima ending story yg sedemikian... dan bebas memilih jalan cerita yg korang inginkan..

so..
aku sbg tok dalang, dan korang adalah watak dlm skrip ini… :P



Notes:
Aku bukan penulis dan tak reti nak menulis dgn ayat2 high class mcm sesetengah novelist lain… tapi aku janji akan menghidangkan susun atur, permainan strategi dan jugak elemen psiko dlm novel ini… :$

Reminder: this interactive novel will have different sites of view, with different ending story..


So enjoy ur journey…. :)

system_failure Publish time 3-8-2010 10:56 PM

Post Last Edit by system_failure at 3-8-2010 23:07

Hati megat terlalu marah.. terlalu sedih.. pilu.. kesemuanya ada..
Masih tidak dapat dilupakan akan pangilan telefon yg diterimanya malam tadi..
Panggilan dari seorang lelaki yg tidak dikenalinya.. meminta memutuskan hubungannya dgn tunangnya..

"Aku nak beritahu kat kau yang aku dan alin kini dah couple.. alin yg mintak aku brthu sendiri pd kau.. dia mmg nak putus dgn kau"..
Kata2 dari lelaki itu bagaikan satu pukulan kayu besbol di kepala megat..

"Aku tak percaya! Kau ni siapa haa? Alin tak pernah bgtau aku apa2 pun!"

"Rilex la bro... nama aku Taha. Alin sendiri tak mahu kau call dia lagi. Dia mintak putus."
"Skrg kitaorg dah couple.. aku kesian jugak tgk kau tapi nak buat camner kan… aku ingat nak berkawan dgn kau.. " balas lelaki itu lagi..

Megat tergamam dgn kata2 lelaki yg bernama taha itu..

"Kau menganjing aku ke apa ni haa ?!" megat mengherdik kembali sambil menghempas handphone nya..


Memang betul sebelum ini megat dgn alin pernah berselilih faham.. dan tak bertegur sapa sejak 2 minggu yg lepas..
Bagi megat, dia inginkan ruang utk bersendirian buat sementara dan ingin mencari penyelesaian kpd permasaalahan mereka..
Tapi tidak disangka..
Langkah yg dipilih Alin adalah sesuatu yg tidak diduga olehnya..

Beberapa panggilan di buat tetapi alin tidak menjawab..
Megat menghantar mesej… ingin meminta kepastian..
Tidak juga dibalasnya..

Seketika kemudian terdpt panggilan masuk... dari Taha!

"heimangkuk…. alin tak mahu cakap dgn kau lagi.. kau paham ke tak ni haa? Aku skrg ni boyfriend dia.. so apa2 hal kau beritahu je la kat aku, nnt aku sampaikan kat dia..."

Berdesing telingga megat mendengarkan kata2 Taha itu..

"Hoi mangkuk! siapa kau nak suruh aku buat mcmtu haa? Kau sedar dgn siapa kau bercakap ni haa?

Suasana terdiam seketika…

“mcmni laa… aku nak bgtau kat kau yg aku pernah terlanjur dgn alin…. Kitaorg mmg dah salin cinta mencintai… kalau dia masih nak balik kat kau, kau nak terima dia lg kah?” ujar lelaki bernama taha itu..



Hati megat bagai disiat2..
Tidak disangka… yg selama ini alin yg mengaku setia dan sygkan dirinya sepenuh hati akan berubah arah sampai sebegitu sekali..
Lebih malang, lelaki yg dipilih alin itu berperangai tak jauh beza dgn anjing kurap yg mencuri makanan di dapur dan menyalak kembali kat tuan punya makanan yg dirampas itu…



Megat buntu…
Dia tidak tahu apa yg harus dilakukan skrg…..


************************************************************************
So.. the quest begin…

Anda kini adalah megat… dan apakah langkah yg akan anda buat seterusnya?


- jika anda membuat keputusan utk membunuh alin, sila lompat ke chapter yg seterusnya di 5#
- jika anda memilih utk melepaskan alin, dan mula mencari pasangan yg lain… sila lompat ke chapter di 3#
- jika anda memilih utk berdiam diri dan menyerah kpd takdir yg mana suatu hari nanti alin akan berubah dan kembali kpd anda… sila pilih chapter berikutnya di 4#



Sebelum aku sambung menulis… aku nak korang reply dulu apa pilihan korang… samaada 3# 4# atau 5#
Jgn risau, aku dan siap sedia dah tulis jln cerita yg berbeza utk setiap chapter yg berlainan… dan aku takkan edit jln cerita itu w’pun selepas tgk pilihan2 korang nnt…

Chapter yg menarik bakal menyusul di 3# 4# dan 5# yg telah aku rizabkan……
Dan juga pada chapter - chapter seterusnya….

system_failure Publish time 3-8-2010 10:57 PM

Post Last Edit by system_failure at 5-8-2010 22:50

Megat punyai ramai member2 dlm fesbuknya….
Alaahhh… setakat alin tu….
Pandang sebelah mata jer…

Mmg la alin tu tunang dia…
Tapi ape kejadahnya amik pompuan yg dah takde dara?
Begitu berani dia berlaku curang di belakang?


Mmg betul la kata2 dari member megat….
95% org pompuan zaman skrg ni kebanyakannya dah takde dara…..
Semua dah pernah main….

Kau tak payah la nak percaya tgk dia bertudung litup ker…
Kuat solat ker….
Selalu nasihat kat kau ttg hal2 agama ker….
Semua tu auta je lebih…..
Kata2 dari yusri kuat menyemarakkan api bekam yg semakin membara kuat dalam hatinya…

Ada hikmahnya bila kita berada dlm ikatan pertunanganni….
Kat sinilah kita akan benar2 mengenali identiti pasanagan masing2……

Ditakdirkan yg megat telah mendapat tawaran kerja yg lumayan di kl…
Maka terpaksa la dia meninggalkan tunangnya di jb…..
Walaupun jarak yg memisahkan mereka begitu jauh….
Tapi megat selalu mengubungi alin setiap hari dan mereka akan berjuma sekurang2nya sekali setiap bulan..

Jika dikenang kembali…
Alin paling kuat cemburukan megat bila mendpat tahu megat akan menjadi warga kl tak lama lg…
Alin cemburukan yg megat kini dan berjawatan baik dan akan ada byk awek2 dikelilingnya….
Megat tertawa sendirian bila mendengar luahan tak puas hati dari alin itu…
Terasa dirinya benar2 di ambil berat oleh insan tersayang…


Tapi kini….
Semuanya kontra sama sekali…
Megat tak sangka alin boleh berubah 101%....


Tapi nak buat mcmana….
Itulah yg dikatakan takdir…

Takpela… awek masih ramai lagi…..

Akan aku buktikan yg masih byk lagi awek tergila2kan kat aku….
dan aku akan buat sepertimana taha dah buat kat aku.... biar si alin tu merana mental dan fizikal...



************************************************************************
So.. the quest continued…

Anda kini adalah megat… dan apakah langkah yg akan anda buat seterusnya?


- nekad dan memilih utk couple dgn pelbagai aweks2 dlm koleksi fesbuk anda... sila jump ke 55#

- - melupakan alin terus dan melihat masa depan yg baru... sila jumpe ke 53#

system_failure Publish time 3-8-2010 10:57 PM

Post Last Edit by system_failure at 5-8-2010 22:45

Tuhan dah tunjuk betapa curangnya tunang megat..
Nasib baik belum berkahwin lagi….


Hari megat sedih sgt…
Tunang yg disanjung dan dipuja… telah berubah sampai begitu sekali…
Apa salah yg telah dia buat?
Mungkinkah kerana mereka berdua tinggal berjauhan dan hanya berjumpa dlm sebulan sekali itu adalah punca keretakan hubungan mereka?


Dulu…
Alin yg dikenalinya hanya sekadar insan biasa shj…
Bekerja sebagai kerani di pejabat pos…. dan tinggal jauh dari familinya..

Megat teringat kembali detik perkenalan mereka dahulu…
Megat hanya bekerja di sebuah pasaraya dan waktu itu alin pernah dtg dan mintak kerja partime disana…
Oleh kerana tak banyak pekerja perempuan disana.. jadi kemunculan alin amat diperhatikan oleh para kumbang yg ada…
Alin seorg yg sgt cantik.. lawa… dan lembut tutur katanya..
Mana2 lelaki pun pasti akan tertawan…..
Hati megat juga terpesona dgn keindahan budi dan perilaku alin sepanjang bekerja disana…
Tapi megat sedar… siapa dirinya…
Sbg pekerja biasa dipasaraya berkenaan… adakah org seperti alin akan memandang dirinya?
Apatah lagi member2 megat semuanya pun ada menaruh hati kpd alin…

Megat tak menanam cita2 yg tinggi…
Tak pernah berangan pun nak bercinta dgn alin….
Sekadar menjadi kwn sahajapundah menjadi bibit yg begitu indah dan amat2 dikenang dlm hidup megat…

Kawan megat, salihin selalu menawarkan diri menghantar alin balik dari kerja setiap hari…
Mereka balik dalam pukul 11 mlm dan kawasan perumahan alin agak gelap dan byk budak2 motor lepak kat tepi jln…..
Mmg bahaya bagi gadis seperti alin utk balik jalan kaki seorg diri…
Tapi dia tidak pernah meminta tolong dari sesiapa utk menemaninya balik….
Cuma salihin yg menawarkan diri utk menemaninya…
Walapun berat.. tapi alin terpaksa utk menerima ajakan salihin….
Nasib baik salihin memandu kereta, kalau naik motor agaknya alin sendiri akan menolak permintaan salihin.

Dikalangan member2 megat, cuma salihin shj yg dilihat agak rapat dgn alin..
Dan kelihatan alin juga agak mesra dgn salihin…
Megat hanya mampu memandang…
Dia bukan jenis perampas…. Kerana itu bukan prinsip hidupnya…
Jauh disudut hati, megat tumpang gembira kerana alin mendapat perlindungan sewajarnya dan juga turut gembira melihat rakannya itu berjaya memenangi hati alin…


Tapi…
Segala2nya berubah selepas salihin bercuti selama seminggu ke p.pinang…
Alin terpaksa balik seorg diri.. kerana tiada siapa yg nak menemaninya balik….
Sbg seorg yg admire alin dalam diam…
Megat sering mengikuti alin balik dari jauh…
Dia bimbangkan keselamatan alin… dan dlm masa yg sama tak mahu alin tahu dia mengekorinya dari belakang……
Hati megat gembira tatkala setiap kali alin berjaya sampai kerumah dgn selamat…


Tapi..
Sepandai2 megat mengekori alin, megat terlupa sesuatu…
Alin terperasan akan dirinya yg diperhatikan oleh megat dari jauh..
Mungkin ini yg dinamakan naluri wanita… atau deria ke-enam yg teraktif dgn cergas kerana perasaan takut dan cemas sepanjang balik seorg diri…

Alin sedar dirinya diekori…
Dan dia tahu siapa yg mengekori…
Dan dia juga tahu megat bukan berniat jahat terhadap dirinya….

Esoknya alin memberanikan diri berjumpa megat ditempat kerja..
Pertama kali mereka berbual secara peribadi…
Oleh kerana megat tidak pernah bercinta sebelum ini, maka megat yg lebih banyak terdiam dan alin yg lebih byk berbual…
Megat kaku dan tak reti nak buat apa2…

Alin sebenarnya mengharapkan yg megat mengajak dia keluar minum waktu rehat, tapi oleh kerana megat terdiam seribu bahasa maka alin sendiri yg mengajak megat keluar minum kat warung seebelah tempat kerja mereka…

Mmg kelakar bila dikenang kembali…
Kerana alin telah menjelaskan satu persatu ‘taktik intipan’ megat yg berjaya dikantoikannya…


Tapi itu semua adalah kisah lama……
Salihin sendiri dah ada awek lain dan hubungan dia dgn alin tak lebih sekadar kwn biasa shj…

Mmg panjang ceritanya bagaimana megat boleh bersama dgn alin…..
Dari sekadar kawan sekerja…
Sehingga menemaninya balik dari kerja….
Dan bersama2 memasang azam melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di universtiti terbuka…
Hubungan mereka semakin lama semakin intim…
Dan kemuncaknya apabila kedua2 keluarga bertemu dan berjaya menetapkan pertunangan diantara mereka…

Kini……
Keputusan yg dibuat megat terlalu sukar bagi dirinya….
Dia terpaksa melepaskan alin…….
Dan mengharapkan alin sedar akan keterlanjuran dirinya…. Dan kembali kpdnya….
Doa dipanjatkan kpd ilahi agar hati alin berubah…..
Kerana dia amat sayangkan alin melebihi dirinya sendiri……




************************************************************************
So.. the quest continued…

Anda kini adalah megat… dan apakah langkah yg akan anda buat seterusnya?


- terus menunggu kepulangan alin... bagai pungguk yg mengharapkan bulan cinta kpdnya... sila jump ke 54#

- melupakan alin terus dan melihat masa depan yg baru... sila jumpe ke 53#

system_failure Publish time 3-8-2010 10:57 PM

Post Last Edit by system_failure at 5-8-2010 22:43

Kereta itu dipecut laju...
Megat memacu deras balik kerumahnya..
Bagaikan amukkan seorg pahlawan yg membelah laluan lebuhraya itu..
Ligat memotong kesemua kenderaan dijalanraya itu bagaikan laksamana tuah yg bermain senjata sambil ligat mencilok tubuh musuh yg sebegitu ramai..


Sesekali dia membunyikan hon dgn begitu keras dan panjang..
Bagai samseng lagaknya...
Bagai lanun di jalanan..


Hati megat sudah nekad..
Prempuan curang seperti alin mesti diajar..
Kesetiaan yg dicurahkan… dibalas dgn tuba..
Prmpuan seperti ini yg bakal menjadi suri dihatinya?
Prempuan seperti ini yg akan memimpin bakal anak mereka supaya menjadi insan yg berguna?
Ohh.. tidak sama sekali..


Tapi..
Jika dia insaf sekalipun….
Adakah aku akan kembali kpdnya?
TIDAKKKK sama sekali….


Kata nekad telah terpatri…
Hati dan fikiran megat telah di bisik oleh iblis agar membunuh alin dan taha…
Tetapi… tetap tersemat perasaan bimbang dihatinya…
Bimbang jika perbuatannya itu diketahui umum…



Megat berteleku sendirian didlm bilik bacaannya…
Membuat ‘kertas kerja’ pembunuhan yg bakal dijalankan..
“aku skrg kat kl… alin pulak kat jb.. kalau aku turun jb dan bunuh diorg… konfem aku adalah sasaran utama pihak polis sbb nampak sgt motif pasangan bercintan ini dibunuh oleh bekas pakwenya…”
Megat gelisah… seperti mengharapkan ‘ilmu’ dari sang iblis…



“oh yaa… aku boleh mencipta ‘sesuatu’ perbuatan di kl pada hari yg berkenaan supaya ianya dijadikkan alibi bagi mengaburi pandangan pihak polis..” ujar megat seolah olah di arah oleh tangan ghaib dari iblis agar memikir sesuatu trick yg boleh memainkan psikologi manusia..



Seketika kemudian dia terpandang foto alin diatas mejanya….
Alin yg tersenyum kpdnya itu…. Bukan lg alin yg dikenalinya dahulu….
Sudah tiada lg perasaan cinta dihati megat…
Megat teringin melihat alin mati dlm keadaan terseksa.. ingin sgt dia benamkan peluru dikepalanya!


“oh yaa… bagaimana aku nak dptkan pistol?... dan bagaimana aku nak elak dari identiti aku dikenali org lain terutama dari alin…”

Megat tertawa sendirian apabila teringatkan beberapa kisah yg muncul di dada berita tentang kes2 pembunuhan dan rompakan yg mana si ‘tok dalang’nya adalah seorg yg bodoh dan bagaikan tak pernah sekolah.. dan tak pernah belajar mencurik…


“nak merompak.. tapi tak pakai topeng muka.. budak sekolah rendah pun tahu kalau nak buat jahat kena elakkan identiti diri.. haha”

polis zaman skrg bukannya bodoh… diaorg dah ader bermcm2 teknologi nak trace jenayah…
kereta peronda pun dah diupgrade ke evo…. Apatah lg teknologi makmal dan crime forensic diaorg…

“tapi bukannya tak boleh kan kalau keta kancil nk mengalahkan keta evo?..” ujar megat sendirian….

Dia terkenangkan satu peristiwa yg mana dia pernah melanggar lampu merah.. dan kebetulan kat belakang dia ade kereta evo polis…
So apalagi… kecut perut la bagai lipas dikejar dgn penyapu oleh tuan rumah…
Tapi…
Mcm tak percaya je yg megat dpt melepaskan diri dari diburu rimau belang tu….
Dlm saat2 kecemasan dia terfikir pulak taktik ilusi nak mengaburi pak belang itu…
Tengah memasing laju dikejar dan mengejar… megat ambik keputusan ‘kononnya’ nak belok kat satu simpang di depan… dan sempat pulak lagi bukak signal nak membelok….

Dan sambil meng-slowkan ketanya seolah2 ingin nak membelok itu...
Dan bila dah sampai betul2 kat penjuru simpang tu, terus je megat speeding gear up memecut kehadapan…..

sementara si pak belang tu dah ‘terbelok’ masuk ke dlm sangkar….
Dah ler simpang tu jalannya one way jer…memang payah laa si evo tu nak gostan balik dan kejar megat semula….
Sedangkan waktu tu si megat dah ketawa tak hingat dunia kerana dah berjaya memerangkap kepantasan pak belang dgn sedikit tipu muslihat menggunakan keta si kancil…


Kini idea dtg mencurah2…
Megat seolah2 mendpt ilham baru hasil dari pengalaman ‘ala jenayah’ yg pernah dilakukannya dahulu… termasuk berjaya menipu makcik kedai runcit kat kampung dia dulu semata2 nak claim hadiah sebungkus jajan hasil permainan ‘tikam-tikam’ (judi budak2..) w’pun sebenarnya tikam dia tu tak kena…..


Dia yakin dia berjaya mengaburi mata pihak berkuasa sekali lagi….
Dan dia juga yakin dpt membenamkan peluru ke dalm tubuh mugil alin…
Dan dia juga yakin…. Kes ini akan berkubur begitu shj… kerana yakin.. penyiasatan pihak berkuasa pasti akan menemui jalan buntu…. Walau bagaimana mereka restart menyiasat sekalipun….
Bukti yg diciptanya itu pasti akan menjurus hasil siasatan mereka ke lubang hitam dan hanya tinggal nak tarik tali flush jamban jer lagi….


************************************************************************
So.. the quest continued…

Anda kini adalah megat… dan apakah langkah yg akan anda buat seterusnya?


- jika anda memang betul2 nekad nak membunuh alin….. sila lompat ke chapter #51

- jika anda ingin membatalkan niat pembunuhan dan menjadi seorg si bacul dan sanggup melihat tubuh alin diratah setiap waktu oleh taha… seolah2 mengizinkan perbuatan sumbang terhadap tunang anda itu…… sila lompat ke #52

qimi08 Publish time 4-8-2010 10:40 AM

Idea yang bagus...
Tapi akak tukang baca je le...
nak karang cerita ni x pandai...

sheely Publish time 4-8-2010 10:41 AM

cam maner nih???
agak kurang faham...huhuhu

bintang Publish time 4-8-2010 10:48 AM

Satu kelainan yang sangat menarik :loveliness:



Cadangan:

Boleh tak penulis menulis dalam Bahasa Malaysia yang betul tanpa 'shortcut'. Cerita menjadi lebih indah dan pembacaan sangat menarik dengan penulisan yang betul :loveliness:

bunick Publish time 4-8-2010 10:50 AM

Reply 2# system_failure


aku pilih #4

tzaraz Publish time 4-8-2010 11:19 AM

kita nak #3

juliet80 Publish time 4-8-2010 11:20 AM

tuan umah,
juliet pun nak chapter 4 jgk sama cam bunick....

klau tgk kpd tajuknye tu smua chapter ni mmng ade adegan yg suspen kan .....best2 suka sbb tak bnyk stori jenis ni kat WR {:1_152:}

bunick Publish time 4-8-2010 11:29 AM

tuan umah,
juliet pun nak chapter 4 jgk sama cam bunick....

klau tgk kpd tajuknye tu smua chapte ...
juliet80 Post at 4-8-2010 11:20 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


tu la juliet, chapter #4 tu konsep redha kekdahnya;P

sheely Publish time 4-8-2010 11:30 AM

owh.....kne pilih ker nih?????
sy nk pilih 4# lah.....
xnk la bunuh2....nnt da jd kes jenayah,.......

bintang Publish time 4-8-2010 11:30 AM

Bintang juga memilih chapter 4 ..

mikoodette Publish time 4-8-2010 11:46 AM

chapter 4 please...!!

juliet80 Publish time 4-8-2010 12:08 PM

owh.....kne pilih ker nih?????
sy nk pilih 4# lah.....
xnk la bunuh2....nnt da jd kes jenayah,.... ...
sheely Post at 4-8-2010 11:30 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

tp nak suspen cemas ekk tuan umah biar de klainan sikit dari kbanyakan stori kat WR ni...


hmmm mmng gerun bunuh mbunuh ni....
dah mcm kes panastntng ex-adun bsama ex-pa nyeopss.. (al'fatihah buat arwah)

qimi08 Publish time 4-8-2010 12:25 PM

Akak pilih capter 5...nak tgk cara pembunuhan kejam atau idak ;P

iwimz Publish time 4-8-2010 12:42 PM

Aku terfikirkan satu kisah novel berbentuk interaktif yg mana korang sbg pembaca adalah 'watak utama ...
system_failure Post at 3-8-2010 22:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

cam pernah terjadi perkara ni
tp lain keadaan

citer nya camni
girlpren n boypren gaduh
pastu ada pihak k3
pihak ke 3 ni minat giler kat gpren ni
pastu pihak ke3 ni wat guna2
sampai girlpren ni xmoh kat boypren
pastu k3 ni wat lari gpren gi sempadan kawen
padahal masa angkat nikah tu gipren ni tgk muka yg angkat nikah tu boypren dia bkn ke3

huhuhu ini citer benar.....

sheely Publish time 4-8-2010 01:50 PM

maner TT ni???
bler nk sambung nih???

bunick Publish time 4-8-2010 02:16 PM

maner TT ni???
bler nk sambung nih???
sheely Post at 4-8-2010 13:50 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


tu la, nt x psl2 bunick plak yg sambung cte ni:lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Novel: Pembunuhan Cinta Tiga Segi


ADVERTISEMENT