bintang Publish time 2-8-2010 11:20 PM

Bintang Itu Kian Malap

Salam warga bod WR. Menyambut seruan pacik Acehenggg pertandingan cerpen yang WAJIB ada nama nama porumer tak kurang dari tujuh orang. Jadi bintang mohon sesiapa yang nak nama beliau tersenarai dalam citer bintang ni, tampil ler... karang kalo letak tanpa izin, kena saman lak :mad:

Bintang da letak tajuknya nama sendiri. ;P

bintang Publish time 2-8-2010 11:31 PM

Post Last Edit by bintang at 6-8-2010 18:52

Watak-watak porumer Cari dalam Bintang Itu Kian Malap;


1 - Bintang          :Cuma tajuk cerita.

2 - watak I          :   Carold

3 - watak II         :   Pedon

4 - watak III      :   Luce

5 - watak IV      :   Acehand

7 - watak V         :Cari (sebagai Kota Cari)


Watak tambahan:

Makcik Alahai

WR



                                                                              ****




WANITA itu tanpa ragu terus menelan pil-pil merah dengan bantuan tegukan air bening dari gelas kaca. Dia tidak mengalami kesukaran memasukkan pil-pil itu bertindihan ke dalam perutnya.Cuma masalah bagaimana lidahnya bergerak mengatur pil-pil itu untuk berbaris di dalam mulut sebelum terjun menuruni kerongkong terbawa arus air yang masuk.Di kerongkongannya nampak naik-turun sementara dia memandangi langit-langit biliknya. Mulutnya menyedut air di dalam gelas dengan pasti, tanpa was-was, dan selama itu ia menahan nafasnya.Bahkan ketika gelas itu telah kosong, dia masih menengadahkan wajah ke langit-langit biliknya untuk memastikan bahawa pil-pil itu sudah tak bersisa lagi di mulutnya. Lima butir pil merah sekaligus. Dia menoleh ke arah jam dinding, lima butir pil merah sekaligus, fikirnya,




“Mungkin waktu yang aku ada hanya tinggal setengah jam lagi.”


Dia menaiki katilnya yang cadar di tilam itu masih terletak rapi. Dia tidak tidur semalaman dan kini tubuhnya merindukan kenyamanan saat berbaring di tilam itu lagi.Dia membungkus tubuhnya dengan selimut tebal, berusaha menghadapi udara dingin di pagi hari yang diiringi oleh hujan di luar sana. Dengan tenang dia menjatuhkan kepalanya di atas bantal. Tidak ada lagi yang perlu dikhawatirkan dan segera dia memejamkan kedua matanya. Inilah saat yang sempurna baginya untuk berada dalam kegelapan yang menyejukkan namun hangat sambil mendengarkan suara percik air di tanah yang pelan-pelan mulai membesar. Benar-benar muzik pengiring yang sempurna.

qimi08 Publish time 3-8-2010 01:20 AM

Sambung lagi Bintang

bintang Publish time 3-8-2010 08:27 AM

Sambung lagi Bintang
qimi08 Post at 3-8-2010 01:20 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    Qimi nak jadi watak tak?

anieaina Publish time 3-8-2010 08:32 AM

Bintang yg dulu dah sambung ke belum?{:1_134:}

shahrinas Publish time 3-8-2010 08:35 AM

Bintang nie IDEA sentiasa bernas... {:1_141:}

qimi08 Publish time 3-8-2010 09:17 AM

Qimi nak jadi watak tak?
bintang Post at 3-8-2010 08:27 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Terima kasih bintang offer kat akak....
tapi akak rasa bintang offer POKCIK ACE lagi bagus ;P

asnita Publish time 3-8-2010 09:24 AM

next n3 lagi bintang...intro pun dah rasa teruja nak baca

ainahakimi Publish time 3-8-2010 09:48 AM

n3 n3 n3{:1_152:}

arieyana Publish time 3-8-2010 10:44 AM

intro pun dah bagus ni
bintang sambung lagik plss

merahsilver Publish time 3-8-2010 11:17 AM

bintang mmg bes n gerak pantas....
bole sambung lg x?

merahsilver Publish time 3-8-2010 11:34 AM

Terima kasih bintang offer kat akak....
tapi akak rasa bintang offer POKCIK ACE lagi bagus
qimi08 Post at 3-8-2010 09:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
k.qimi,
shy shy cat la pulak...
dapat offer jd datin tu...:C:laugh3:

qimi08 Publish time 3-8-2010 11:41 AM

k.qimi,
shy shy cat la pulak...
dapat offer jd datin tu...
merahsilver Post at 3-8-2010 11:34 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kasi peluang pada org lain...
watak dan nama akak dah pernah digunakan
dlm novel he he he he he:P

LEES Publish time 3-8-2010 01:55 PM

teruskan n3 lagi

asnita Publish time 3-8-2010 03:07 PM

nak n3...nak n3

bintang Publish time 4-8-2010 10:52 AM

Bintang yg dulu dah sambung ke belum?
anieaina Post at 3-8-2010 08:32 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    Citer dulu sebenarnya hampir siap, tapi kerana masalah laptop semua hilang.. :( Dua kali karang.. dua kali jadi sengal :(

Mood untuk menaip kembali menjadi sendu seketika. Tapi bintang sedang usahakan kembali ni, baru dapat tunjuk ajar dari pakcik Acehengg... jutaan terimakasih kepada beliau yang tak kedekut ilmu :loveliness:

bintang Publish time 4-8-2010 10:53 AM

Terima kasih bintang offer kat akak....
tapi akak rasa bintang offer POKCIK ACE lagi bagus
qimi08 Post at 3-8-2010 09:17 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    Pokcik Acehenggg tu anytime jek,,, :lol:

bintang Publish time 4-8-2010 12:11 PM

Post Last Edit by bintang at 5-8-2010 20:39

Dalam ketenangannya itu, suara-suara lemahnya mengetuk di fikiran.

‘‘Kenapa? Kenapa perpisahan itu harus menjadi sebahagian dari hidupku?”

Semua yang dibangun kini telah hancur begitu saja menjadi kepingan debu dan ghaib ditiup angin.Air matanya mengering dan ia hanya dapat meratapi takdir yang berjalan beriringan bersamanya.Kehidupan telah meletakkan jiwanya pada garis tebal kesepian dan dia hanyalah seorang wanita biasa yang tidak diajarkan untuk melawannya.

‘‘Mengapa kau tergamak meninggalkan aku sendiri?’'

Tapi bukan! Bukan perpisahan ini yang harus disalahkan.Ini semua diawali oleh pengkhianatan.Bagaimana dia melihat lelaki itu menggenggam tangan seseorang yang bukan dirinya dengan mesra, berjalan berdampingan, saling berlempar senyuman, sesekali berpelukan, merentangkan jemari di sela-sela rambut panjang perempuan itu, dan mencium perempuan itu di kening lalu turun ke bibirnya.Saat dia mengekori lelaki dan perempuan itu sehingga ke perut kereta,semuanya jelas, bukan ilusi.Sementara dirinya berusaha sekuat tenaga untuk tidak mempercayai matanya, tapi ia tahu pada akhirnya itu semua sia-sia.

‘‘Mengapa kau tergamak merobek hatiku?’'

Betapa lemah dan rapuh dirinya di hadapan sinisnya bola mata kehidupan.

‘‘Bukankah kita telah bersama selama sepuluh tahun? Sepuluh tahun, sayang. Lalu kenapa?’'

Suara batinnya mengeras dipenuhi ribuan tanda tanya yang mengurung dirinya. ‘’Sepuluh tahun, sayang… Pernahkah kau berfikir betapa sakitnya sekarang ini… ’'


Memang dia terkesan agak berlebihan dalam menanggani peristiwa yang menimpanya. Perpisahan yang dia tangisi itu tidak terjadi sama sekali, atau setidaknya belum.Suaminya masih berada satu rumah dengannya, memanggilnya dengan sebutan “sayang”, menyantap hidangan yang dimasak sendiri walau akhir-akhir ini jarang dilakukan, kerana suaminya sering pulang lewat malam; dan tidur bersamanya di dalam kamar ini kecuali malam tadi saat sang suami pulang awal pagi lalu tertidur di sofa tanpa melepas stokinnya.Namun, apa ertinya semua itu ketika dia sendiri tahu bahawa tali kepercayaannya telah putus.

Pengkhianatan! Itu yang mengganggu fikirannya.


Di luar suara Imam muda AceHand berkumandang sayup membaca pengumuman di masjid berdekatan. Barangkali sudah selesai kuliah subuh pagi ini. Imam muda AceHand mengingatkan warga kota Cari, Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Pada malam penghujung Sya'ban akan diadakan majlis tahlil dan makan-makan dengan menjemput anak anak yatim sekaligus menyambut bulan merdeka. Dia awal-awal lagi sudah mengirim sejumlah wang kepada pengurusan masjid kerana dia tidak dapat turut serta dalam acara tersebut. Yang sebenarnya dia tidak ada upaya lagi untuk memilih menu terbaik buat dimasak pada hari tersebut. Hati dan fikirannya seperti sudah mati dan larut di dunia lain.


“Tuhan, haruskah aku menjadi seorang yang tabah? Dan bagaimana jalan itu? Membiarkan derita melengkari dadaku?”Dia meneguk liur pada kerongkongnya yang kering dan merasa tusukan darah mengembang pada setiap salur urat sarafnya.

mikoodette Publish time 4-8-2010 01:14 PM

Di luar suara Imam muda AceHand berkumandang sayup membaca pengumuman di masjid berdekatan. Barangkali sudah selesai kuliah subuh pagi ini. Imam muda AceHand mengingatkan ..............

watak pertama dah memunculkan diri... pokcik jd imam muda tu....

carold Publish time 4-8-2010 03:10 PM

Di luar suara Imam muda AceHand



Amik berkat aura Imam Muda yer:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Bintang Itu Kian Malap


ADVERTISEMENT