seratus_sukan Publish time 22-7-2010 12:33 AM

Cerita sangat pendek: MENITI LIKU SEPI (ELLA)

Post Last Edit by seratus_sukan at 22-7-2010 00:51

Perlahan-lahan Suhaidin mengusap janggutnya yang jarang umpama bebatang rim motosikal. Terkial-kial memijak sesuatu di dada tanah halaman rumahnya.
“Hiah..hiahhhh…go go power rangers..” diikuti selingan muzik siri adiwira popular suatu ketika dulu. Makin galak hentakan kaki Suhaidin ke tanah. Bagai dirasuk puaka pokok Ketapang.

--------------------

Sakit mental nya itu kian kronik. Darihari ke hari. Minggu ke bulan. Begitu lah nasib Ahmad Suhaidin Bin Abdul Wahab yang berumur 28 tahun 3 bulan 10 hari itubekelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Purdue tajaan MARA selepas dilanggar oleh sebuah lori “pick-up” ketika pulang dari pasar kira-kira 6 bulan yang lepas. Namun sakit mental Suhaidin tidak lah berterusan. Ada masa-masa nya sahaja..

---------------------

“Isk, isk isk…cukup lah tu Suhai…pergi masuk mandi dah nak maghrib ni..aku nak ke surau kamu nak ikut sekali ke tidak..??” Tanya Pak Wahab pada anak nya Suhaidin yang bersaiz dua kali ganda besar darinya. Ikut baka mak nya barangkali.Suhaidin kemudian terdiam. Lantas beredar dari situ sambil berlari mendongak dan menjerit menuju ke pintu rumah bagaikan Siamang di hutan. “Aku nakkkk…aku nakkk…aku nakkkk…”Akhir nya suara Suhaidin lenyap di balik pintu rumah.

----------------------

Pak Wahab hanya mampu menggeleng-geleng kan kepala. Namun mata nya bulat tertumpu pada tempat Suhaidin bersungguh-sungguh memijak sesuatu tadi. Dia mendekatinya dengan penuh minat.

-----------------------

Keesokan hari nya.

“Cukup lah tu bapak…..hari dah mendung sangat dah..kita masuk rumah jom..” Pujuk Suhaidin. kelihatan Pak Wahab yang dari semalam nya masih berada di situ. Memijak-mijak sesuatu itu. Keadaan nya tak ubah seperti Suhaidin semalam. Menggila memijak sesuatu itu.

-----------------------

Rupanya sesuatu itu adalah nombor plat lori “pick-up” milik nya WRS 677. Lori yang melanggar Suhaidin dan isterinya, Rojiyah. Isterinya meninggal di tempat kejadian. Manakala Suhaidin cedera parah di kepala sehingga tidak sedar kan diri selama 7 hari. Pak Wahab jadi begitu sejak 6 bulan 7 hari. Awal 7 hari dari Suhaidin. Begitu lah hari-hari anak beranak itu.

-----------------------

Beberapa minit kemudian, buti-butir hujan turun kian lebat membasahi hening petang yang berliku....

amandaatika Publish time 22-7-2010 07:14 AM

salam & monin...
rumah bru rupanya

seratus_sukan Publish time 22-7-2010 07:20 AM

salam amanda..;P

amandaatika Publish time 22-7-2010 07:28 AM

salam amanda..
seratus_sukan Post at 22-7-2010 07:20 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


hai....
slamat buka rumah baru:D

rezal_khan Publish time 22-7-2010 09:39 AM

boleh tak masukkan watak melati dalam cerita ni..

http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=495768&extra=page%3D2

aku tak puas hati la watak melati habis camtu..penulis asal lak tak sambung..:lol:

sesuai la melati bercinta dengan Ahmad Suhaidin Bin Abdul Wahab

asnita Publish time 22-7-2010 09:47 AM

wah... ada rumah baru...next...next...apa jd dgn dua beranak 2???? atau dah habis kat situ aje

cewey2 Publish time 22-7-2010 09:54 AM

wow ada cerita baru....
thanks 100 sports, nak lagi..

seratus_sukan Publish time 22-7-2010 08:06 PM

Reply 5# rezal_khan
haha..itu kena tanya encik LLM dulu..{:2_64:}

seratus_sukan Publish time 22-7-2010 08:07 PM

Reply 6# asnita
maaf le..cerita tu memang dah habis..{:2_66:}

seratus_sukan Publish time 22-7-2010 08:08 PM

Reply 7# cewey2
kena tunggu cerita baru yang lain pulak..{:2_77:}

mijot Publish time 23-7-2010 01:05 AM

dua2 beranak duk wad giler...
bapak langgar anak..
Pages: [1]
View full version: Cerita sangat pendek: MENITI LIKU SEPI (ELLA)


ADVERTISEMENT