bunick Publish time 20-7-2010 07:30 AM

KAWAN by Ruhil Amani

Post Last Edit by bunick at 20-7-2010 08:24

Korang, cerpen ini adalah rekaan semata. Ianya dikarang secara spontan, jadi no heart feeling okey. So, kita enjoy bca cerpen ni.

BAB 1

“Miko, kau buat apa tu?” Sergah Kia dari belakang. Miko yang sedang terhendap-hendap di almari zip berwarna hitam itu menjerit. Berterbangan semua semangatnya. Cepat-cepat dia pusing ke arah Kia yang masih tercegat macam nak nyanyi lagu sekolah rendah Kampung Nyiok Condong.

“Kia, kau ada nampak tak cadar cotton Egypt yang kita beli kat Ireland dulu?” Miko dah bercekak pinggang.

“Bukan kau simpan cadar tu dalam sauna ke?” Kia tanya Miko balik. Sauna yang dimaksudkan oleh Kia sebenarnya almari pakaian berzip tu lah, fizikalnya yang menyerupai sauna yang terdapat di salon kecantikan dan pusat rawatan diri itu membuatkan almari zip itu sudah bertukar nama kepada sauna. Macam-macam sungguh anak dara ni.

“Aku pun rasa aku simpan dalam almari ni jugak.Tapi dah tak ada la.” Miko dah buat memek sedih. Ingat senang ke nak dapat cadar limited edition tu.

“Cuba kau tanya Bunick, tak pun tanya Chengkeh. Mana tau diorang tolong hantar dobi ke…”

“Hantar dobi apanya, aku belum pernah pakai lagi cadar tu.”

Kia diam je dengar housematenya cakap macam tu.

“Entah-entah kau yang curi cadar aku tu…” Miko dah mula serkap jarang. Dia dah macam kucing hilang anak dah. Bersusah payah dia heret cadar tu balik dari Ireland, tu belum masuk kena soal siasat dengan kastam kat airport lagi. Nak pakai pun dia sayang cadar tu, alih-alih hari ni cadar tu dah hilang.

“Wah, ni dah lebih la ni. Aku pun ada jugak cadar pesen tu, aku nak curi kau punya buat apa?” Kia dah panas dah. Mana tak panas, suka-suki je Miko tuduh dia curi cadar tu. Setiap orang dalam rumah ni ada cadar cotton Egypt tu. Bunick dengan Chengkeh pun beli sorang satu masa mereka buat lawatan sambil bersukaria kat Ireland dulu. Masa tu dia masih menuntut kat sana dan budak-budak bertiga tu mengambil kesempatan untuk berkunjung ke negara empat musim tersebut sebelum dia kembali ke tanah air.

“Ye tak ye jugakkan. Habis tu sape yang curi cadar aku nih?” Miko dah bersila di tepi almari zip. Tangannya menggagau-gagau kat dalam almari, masih belum putus harapan untuk menemukan cadar kesayangannya tu.

“Alah, tak kemananya cadar kau tu. Nanti Bunick dengan Chengkeh balik kau tanya diorang.” Kia dah berjalan keluar dari bilik Miko. Malas dia nak melayan misteri kehilangan cadar Miko di dalam almari zip.

“Kia, kau tolong la aku geledah almari ni lagi sekali.” Miko jerit kat Kia sambil hentak kaki macam budak-budak tak dapat beli aiskrim Mat Kool je. Dia memang betul-betul tak puas hati, takkan lah cadar tu lesap macam tu je. Kalau tak ada sesiapa yang ambil cadar tu, takkanlah cadar tu keluar jalan-jalan pergi tengok wayang pulak. Makin pening kepalanya bila fikirkan cadar tersayang tu.

“Nak cari kat mana lagi? Kau kan dah cari kat dalam almari tu?” Kia patah balik masuk dalam bilik Miko. Mengada-ngada sungguh Miko ni, macam la almari dia tu panjang 100 kaki. Kalau setakat almari zip yang panjangnya tak sampai 10 kaki tu, intai aje pun dah boleh nampak apa yang ada kat dalam. Lagi pun cadar tu bukan saiz kotak Tora Datang Lagi. Sebesar-besar alam cadar tu, memang tak payah tengok pakai kanta pembesar. Bunick yang rabun jauh pun dah tentu boleh nampak kalau cadar tu ada kat dalam almari zip tu.

“Kau pergi mandi dulu Miko, lepas ni kita cari lagi.” Pujuk Kia.

“Tapi aku taksenang hati la Kia. Macam mana kalau betul cadar tu kena curi? Rumah kita nidah tak selamat kot Kia.” Miko toleh kiri kanan. Dia bangun tengok tingkap biliknya, mana tau kot-kot pencuri tu pecahkan tingkap dan masuk dalam bilik dia untuk curi cadar tu.

“Korang bising-bising ni kenapa?” Tanya Chengkeh yang masih termengah-mengah berlari naik ke atas bila dengar riuh rendah suara Miko dengan Kia.

“Kau ada ambik cadar aku tak Chengkeh?” Miko terus serang Chengkeh.

“Buat apa aku nakambil cadar kau? Cadar aku pun tak habis pakai. Lagi pun katil aku tu single bed je, cadar kau tu queen size. Takde maknanya aku nak ambil cadar kau tu.” Chengkeh jeling Miko yang bersandar kat dinding. “Suka hati big boss dia je tuduh aku curi cadar tu.” Gumam Chengkeh sendirian. Aku pun ada jugak cadar macam tu….desis Chengkeh dalam hati lagi.

“Mana la tau,dalam diam-diam kau suka kat cadar aku tu.” Miko masih belum puas hati.

“Hello, aku takhadap sangat la kat cadar kau tu.” Chengkeh dan tukar intonasi kepada debat perdana.

“Sabar, sabar. Korang jangan gaduh-gaduh. Korang ingat aku nak tengok je ke korang gaduh? Paling koman pun,bagi la aku jadi reffree ke….”

“Kau diam Kia!”Serentak Miko dan Chengkeh tunjuk penumbuk kat Kia.

Kia sengih je bila Miko dan Chengkeh acu penumbuk kat dia. Budak berdua ni dalam gaduh-gaduh pun boleh lagi pakat tunjuk penumbuk kat aku. Hisss….parah dah Miko ngan Chengkeh ni. Kia cakap ayat tu dalam hati je. Tak berani nak zahirkan ayat tu takut tak pasal-pasal Miko dengan Chengkeh buat pakatan untuk campak dia dari tingkap pulak.

“Okey, kita tak payah tuduh-tuduh. Lepas makan jap lagi kita cari.” Kia menyuraikan keadaan yang makin hangat mengalahkan Hot FM. “Dismissed now!” Kia bagi arahan kat Miko dengan Chengkeh. Dia tarik tangan Chengkeh keluar dari bilik Miko. Kalau dibiar budak tak berapa masak kat dalam bilik tu, mau dua-dua tu masuk dalam sauna bergasak kat dalam tu.

“Macam mana pulak boleh hilang cadar Miko tu?” Chengkeh tanya Kia sambil turun tangga.

“Entah, aku masuk bilik dia tadi, sikit je lagi dia nak tertumus kat dalam sauna tu.” Kia cakap sambil gelak. Lucu bila ingat balik Miko yang terhendap-hendap dalam almari zip tu. Miko pun satu, sayang sangat kat almari zip yang boleh dikategorikan sebagai almari antik tu. Kalaulah almari tu dia yang punya, dah lama dah almari zip tu jadi peghuni tong sampah. Tapi Miko tetap jugak simpan almari tu, dah macam ada satu perhubungan hati antara mereka berdua. Ada sesuatukah antara Miko dengan almari zip usang itu? Entah-entah almari tu hadiah hari jadi yang pakwe Miko bagi kot. Sebab tu dia sayang sangat kat almari warna hitam tu.

“Kau gelak kenapa?” Chengkeh hairan bila Kia gelak. Lucu sangat ke cadar Miko hilang?

“Tak ada apalah.Eh, jom tolong aku masak.” Kia tarik tangan Chengkeh masuk dapur.

“Tak payah masak, Bunick dah pergi pasar malam dah.Tadi dia call aku pesan tak payah masak malam ni.”Chengkeh ambil cerek dan isi air paip dalam tu. Minum Nescafe O pun sedap jugak. Boleh buat bekal tengok world cup malam ni.

“Assalamualaikum….ooooo assalamualaikum…” Bunyi suara orang bagi salam mengejutkan Kia dan Chengkeh yang berada di dapur. Minah Indon mana pulak ni yang datang jual jamu malam-malam.

“Mbak, kami enggak mau beli jamu tu. Ngapain jualan malam-malam gini.” Kia buat suara orang gaji Indon baru kena buang kerja. Dia tak buka pintu pun, jerit dari dalam je. Kalau buka pintu, banyak pula songeh salesgirl made in Indonesia tu.

“Apa mbak-mbak.Korang ingat aku ni minah indon lari dari rumah majikan ke?” Jerit suara dari luar.

Kia dan Chengkeh tutup mulut, Bunick rupanya! Mereka berdua ketawa besar, macam mana boleh tertukar pulak suara Bunick dengan suara minah Indon yang selalu datang menjaja jamu dan segala jenis ubat kurus kat rumah bujang ni.

“Wei korang, buka pintu ni cepat. Tangan aku dah lenguh pegang barang ni.” Bunick tendang pintu kayu dengan kaki. Tangan dia dah penuh dengan segala jenis makanan, nak pegang tombol pintu pun tak dapat ni.

“Maaf ye mbak, gue pikir ibu yang jualan jamu tadi.” Chengkeh buka pintu kayu dan pintu grill yang tidak berkunci dia tolak ke luar. Dia ambil bungkusan makanan yang sarat di kedua belah tangan Bunick. Kasihan pulak dia tengok Bunick yang rendang tak berbuah tu terkial-kial bawa plastik makanan yang berbondong-bondong tu.

“Banyak la kau punya mbak!” Bunick cuba sepak kaki Chengkeh yang panjang tu. Chengkeh gelak je, dia tau confirm kaki Bunick yang tak berapa panjang tu tak sampai nak sepak kaki dia.

pura Publish time 20-7-2010 07:36 AM

morning...
wahh nick ada cite baru.. yeah...

bunick Publish time 20-7-2010 07:38 AM

aku nk g bekpes dlu, petang br boleh smabung sbb ari ni ada kusus.

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:39 AM

salam & morning...
yes...bunick buka rumah baru

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:40 AM

aku nk g bekpes dlu, petang br boleh smabung sbb ari ni ada kusus.
bunick Post at 20-7-2010 07:38 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


thanks 4 this bekfas

chengkeh Publish time 20-7-2010 08:07 AM

morninng!!!!

hoyeh!! hoyeh!!!
ada cete baru...tapi aku tak smeoat lagik nak baca.....

midar Publish time 20-7-2010 08:11 AM

aik...
k.long pacak umah x kasi tau pon...

ko sambung dulu yer...
nanti2 aku baca..
ari ni aku byk kijer...

bunick Publish time 20-7-2010 08:23 AM

aik...
k.long pacak umah x kasi tau pon...

ko sambung dulu yer...
nanti2 aku baca..
ari ni ak ...
midar Post at 20-7-2010 08:11 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


umah suka2 je midar
posting pn sikit2 je ni sbb aku br taip mlm td cte nih

bunick Publish time 20-7-2010 08:24 AM

morninng!!!!

hoyeh!! hoyeh!!!
ada cete baru...tapi aku tak smeoat lagik nak baca.....
chengkeh Post at 20-7-2010 08:07 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


monin chengkeh

mikoodette Publish time 20-7-2010 08:26 AM

salam.. wakakakakakaa, ko dulu yg rekacipta cite nie bunick.... sggh x ku sangka...
x jd aku nak mengarang dah.... wahhahaha :lol:

bunick Publish time 20-7-2010 08:27 AM

salam.. wakakakakakaa, ko dulu yg rekacipta cite nie bunick.... sggh x ku sangka...
x jd aku nak me ...
mikoodette Post at 20-7-2010 08:26 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

aku tau, kalo tungo ko msti ko xnk masuk elemen2 sopan santun ko tu;P

mikoodette Publish time 20-7-2010 08:30 AM

nih aku kasik selingan...

Penyanyi: Ruhil (Amani Hussien)
Tajuk Lirik Lagu: Kawan

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka berncinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
[ Kawan lyric found on www.lirik.my ]
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...

Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

sakura2503 Publish time 20-7-2010 09:02 AM

assalamualaikum bunick,

mcm biasa dgr je nama watak2 utama cerpen ni;P

mikoodette Publish time 20-7-2010 09:05 AM

aku tau, kalo tungo ko msti ko xnk masuk elemen2 sopan santun ko tu
bunick Post at 20-7-2010 08:27 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

ooooooooooowhhhh.. pakat ko ekk...x po2.... sohpan sgt laaa aku jd nya....... ;P

allamanda Publish time 20-7-2010 09:10 AM

assalamualaikum bunick,

mcm biasa dgr je nama watak2 utama cerpen ni
sakura2503 Post at 20-7-2010 09:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Tulah....macam kenalkan....saper erk....:lol:

iwimz Publish time 20-7-2010 09:11 AM

misteri cadar cotton

asnita Publish time 20-7-2010 09:14 AM

mekasih bunick sbb buka rumah baru..blh la kami tambah kredit kat sini plak

bb_75 Publish time 20-7-2010 09:36 AM

bunick bukak umah baru.umah lama mcam mana??????

bunick Publish time 20-7-2010 09:37 AM

bunick bukak umah baru.umah lama mcam mana??????
bb_75 Post at 20-7-2010 09:36 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


umah lama still under construction;P

bunick Publish time 20-7-2010 10:35 AM

Post Last Edit by bunick at 20-7-2010 10:41

“Kau pergi pasar malam kat mana Bunick?” Kia keluar dari dapur sambil tatang dulang yang berisi teko dan empat biji cawan. Dah macam anak dara pingitan pulak Kia ni, dengan kain batik dan baju kurung Kedahnya sambil bawak dulang. Rupa anak dara yang nak nak kena pinang pun ada jugak.
“Bangi,hari ni kanSabtu.”
“Haah, aku lupa hari ni Sabtu. Nape tak ajak aku sekali? Aku nak cari tudung cadangnya.”
“Bukan kau keluar dengan Chengkeh ke tadi? Kau ingat kau tu superhero ke nak ada kat banyak tempat dalam satu masa?” Bunick tarik meja jepun dan letak kat depan TV. Walaupun rumah bujang tu ada meja makan, namun mereka lebih suka makan sambil bersila sambil tengok TV sambil sembang.
“Kita orangkeluar kejap je la. Kau tu yang keluar diam-diam. Kau pergi dating ye Bunick?”
“Kau nak aku dating dengan sape? Orang buta pun tak ingin nak tengok aku tau. Macam mana la pulak nak ada pakwe.” Bunick buat muka sedih.
“Dah memang orang tu buta, dia nak tengok kau macam mana.” Kia sekeh kepala Bunick yang dah gonjeng tanpa tudung.
“Wei,kau ingat kepala aku ni takde insurans ke? Kalau bergegar sikit sel otak aku ni,aku boleh claim insurans tau.” Bunick gosok kepala dia. Sebenarnya tak sakit pun, saja je nak try screen test depan Kia dengan Chengkeh.
“Miko tak turun lagi ke Kia?” Chengkeh tanya Kia bila tengok housemate mereka yang paling pemalu dan sopan santun tu tak ada kat bawah.
“Jap,aku panggil dia. Jangan dia dok nangis dalam sauna tu dah la.” Kia bangun dan lari naik atas. Bunick dengan Chengkeh dah siap bersila depan meja Jepun.
“Lambat la Miko ni. Dia buat apa kat atas tu?” Bunick dah tak sabar nak buka polistrin nasi goreng kuali besar.
“Dia tengah meratapi kehilangan cadar yang kita beli kat Ireland dulu tu.” Chengkeh jawab sambil kutis kerangka ayam goreng. Suka sangat Chengkeh ni makan skeleton ayam, tak ngeri ke makan ayam yang kurus kering macam dia tu.
“Hilang? Macam mana boleh hilang pulak?”
“Entah,tadi dia bising-bising dengan Kia kat atas. Aku pun tak tau camne boleh hilang. Dia salah letak kot. Aku tengok dengan dia sekali nak masuk dalam almari zip tu cari cadar kesayangan dia.” Chengkeh gelak kecil.
“Tula, semua barang kesayangan dia nak sumbat dalam sauna tu. Dah macam stor pulak aku tengok almari purba Miko tu.” Bunick makin seronok pulak mengata almari zip Miko. Dia dengan Chengkeh dah gelak, jangan lah Miko dengar diorang gelakkan almari Miko tu.
“Korang gelakkan aku ye?” Tiba-tiba je Miko dah berdiri kat depan TV. Cepat-cepat Bunick dengan Chengkeh tutup mulut. Jangan sampai Miko yang pemalu ni marah, kalau tak memang tsunami la jawabnya rumah bujang ni.
“Mana ada, kitaorang gelak pasal lain la.” Bunick jawab sambil berkalih duduk. Nanti tak muat pulak Miko dengan Kia nak duduk keliling meja bulat tu.
“Meh makan Miko, lepas ni kita jadi Conan ngan Inspektor Gajet cari cadar kau tu.”Chengkeh tarik tangan Miko suruh dia duduk.
“Sorry Chengkeh sebab tuduh kau curi cadar aku tadi.” Miko cakap sambil hulur tangan nak salam dengan Chengkeh. Macam budak-budak diorang ni. Mesti Kia yang suruh salam minta maaf zahir batin hari raya ni. Hebat sungguh Kia ni, memang sesuai jadi tok batin dalam rumah bujang empat anak dara ni.
“Takpe, aku faham. Otak kau tengah serabut kan. Nanti lepas makan kita geledah satu rumah ni cari cadar kau.” Chengkeh jawab sambil sambut huluran tangan Miko. Kia dengan Bunick senyum je tengok sesi bermaafan di malam minggu.
“Jomlah makan, aku dah lapar ni.” Kia dah tuang air dalam cawan. Meja bulat yang tak berapa besar tu dah jadi makin sempit bila bungkusan makanan dilonggokkan atas tu.
Masing-masing makan dengan penuh berselera. Sesekali tangan masing-masing singgah di dalam bungkusan makanan orang sebelah, peel nak merasa lauk jiran kekdahnya.
“Akunak naik atas. Sape nak tolong punggah barang dalam almari jom ikut aku.” Miiko terus buat kerahan tenaga sebaik sahaja makanan dah selamat masuk dalam perut.Tak sabar betul Miko ni. Nasi belum betul-betul turun kat perut lagi dia dah nak start buat operasi mencari dan menyelamat.
“Minum dulu Miko, nanti tak pasal-pasal ko tercekik pulak. Sape nak bagi pertolongan cemas kat ko nanti?” Chengkeh bagi cawan yang berisi nescaffe kat Miko.
“Akususah hati la. Kau ingat senang ke nak dapat cadar tu?”
“Tulah, kau simpan je lagi cadar tu. Mak aku cakap, barang kalau kau simpan je tak pakai kena bayar zakat tau.” Bunick sengaja tambah runsing di hati Miko.
“Hissshhh….kau ni Bunick, takkan cadar pun nak kena bayar zakat jugak.” Chengkeh cubit lengan Bunick. Orang tengah susah hati, boleh budak kecik ni main-main pulak.
“Mak aku yang cakap, kalau dia tipu aku maknanya aku tipu korang la ni.” Bunick cubit Chengkeh balik. Walaupun rasa tulang je bila cubit Chengkeh, dia tetap puas hati.
“Korang beria gaduh ni kenapa? Yang hilang cadar tu Miko, korang yang lebih-lebih bertekak ni pasai apa pulak?” Kia yang dari tadi diam je bersuara. Dia pandang Bunick dengan Chengkeh yang sedang menghadap antara satu sama lain. Budak-budak ni bukan setakat macam anjing dengan kucing, dah macam ultraman dengan raksasa pun ada dah ni.
Kalau masa baik, melekat macam isi dengan kuku dah. Tu belum masuk lagi kalau salah sorang tu takut nak tidur sorang-sorang, berkongsi selimut pun diorang boleh. Tapi bila gaduh, macam nak pecah rumah teres dua tingkat ni dibuatnya. Amboi Kia, bukan main lagi kau membebel ye…kau pun sama jugak dengan kanak-kanak Ribena tu. Kalau dapat bergasak, dengan kau sekali join Kia wei….
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: KAWAN by Ruhil Amani


ADVERTISEMENT