jingga007 Publish time 19-7-2010 09:06 PM

Pertandingan Sajak Merdeka Minggu 04

Post Last Edit by jingga007 at 20-7-2010 21:56

Salam Semua :loveliness:

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:xQh9YgdX1JtqpM::&t=1&usg=__EdfZoXj8wrFQPdtq5AuOyRd8PCE=

Tema minggu 04 ialah Pahlawan Pasir Salak

Tempoh pertandingan ialah selama 19 Julai 2010 sehingga 23 Julai 2010

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh terus diajukan di sini JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan 2010...


Terima Kasih :loveliness:

attokz Publish time 20-7-2010 09:31 AM

Salam Semua
Tema minggu 02 ialah Pahlawan Pasir Salak

Tempoh pertandingan ial ...
jingga007 Post at 19-7-2010 21:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Rasanya minggu 04 Mek Jingg...typo error kot..

iwimz Publish time 20-7-2010 11:31 AM

perah adea yok.....
pasir salak.... sapa yer.... jww birch kot hehehehehe

attokz Publish time 20-7-2010 04:37 PM

Sejarah Pasir Salak biasanya lebih kepada pembunuhan JWW Birch. Ramai tokoh yang ternama dan tanpa nama terlibat.
Salah seorang untuk dikongsi info bersama :

Dato Maharaja Lela
Pandak LamDato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Pejuang bangsa
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

hunt_fear Publish time 20-7-2010 04:53 PM

masa ai tingkatan 2 takder komsas lagik:funk:

jingga007 Publish time 20-7-2010 09:28 PM

Reply 2# attokz


    hehhe.a'ah tersalah :L

bintang Publish time 21-7-2010 07:21 PM

Tak reti la nak wat poem tajuk minggu ke 4 neh.. :(

jingga007 Publish time 22-7-2010 12:27 AM

masa ai tingkatan 2 takder komsas lagik
hunt_fear Post at 20-7-2010 16:53 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    masa mek hade :'(

tp sng je :lol:

jingga007 Publish time 22-7-2010 12:31 AM

xda sape yg nk cuba ke :(

hunt_fear Publish time 22-7-2010 12:31 AM

masa mek hade

tp sng je
jingga007 Post at 22-7-2010 00:27 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    kalau tade penyertaan, haruslah mek jing ngan ace jd pemenang:'(:lol:

jingga007 Publish time 22-7-2010 12:33 AM

Reply 10# hunt_fear


    khennnn :lol:

ni pun dh lama xnmpk jizz klong2 :o mana pokcik menghilang :'(

hunt_fear Publish time 22-7-2010 12:38 AM

Replyhunt_fear


    khennnn

ni pun dh lama xnmpk jizz klong2mana pokcik menghila ...
jingga007 Post at 22-7-2010 00:33 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    takkan dah koma

tinta baru edisi ke 3 ja:'(:lol:

jingga007 Publish time 22-7-2010 12:39 AM

Reply 12# hunt_fear



    komaaaaaa?? :funk: :funk:
    entah2 btol tak :funk:


;P

hunt_fear Publish time 22-7-2010 02:58 AM

minggu ni masih ada tinta:'(
walau berapa ramai yang koma,
tinta minggu ke empat akan tetap ada

akan di post kemudian

jingga007 Publish time 22-7-2010 06:38 PM

hunt kalo uols hantar tinta 4 uols , mek kasi tacang lebih sikit :'(

hunt_fear Publish time 22-7-2010 11:42 PM

Tinta IV

Terasa sukar jemari ini,Mencoret tinta yang tak seberapa,Menambah ilmu yang kurang didada,Mencari salur galur pejuang tercinta.Rasa kerdil diri apabila membaca sejarah mereka,dan hanya ini yang mampu ku titipkan untuk menyambung sebuah tinta.


James Wheeler Woodford Birch?Nama yang jika mampu tidak ingin ku masukkan dalam sejarah,Siapa gerangannya?Ya benar…dia ialah lelaki Inggeris,lelaki Inggeris yang berlaku biadap,menginjak maruah,memperhambakan pribumi,Tapi kerana kebiadapannya juga,nyawanya melayang.Tatkala air sungai bertukar merah,Itu lambang kejayaan Pejuang Pasir Salak.


Ini sebuah kisahpanjang,Yang bermula akibat sengketa sesama kita,Rela meminta dari yang entah siapa,Hanya kerana sebuah takhta.Siapa yang menderita?Siapa yang kecewa?Siapa yang menangis hiba?


Mereka hanya mempertahankan apa yang Hak,kerna,
Itu tanah kita,Itu tempat kita,Itu rumah kita.

Walaupun mereka kita kenali sebagai pejuang pasir salak,Gagah berjuang dengan keringat sendiri.Tapi sayangnya, hakikat harus ditempuhi, Walau pahit seperti hempedu,Mereka kalah pada mereka yang berkuasa pada ketika itu.Pejuang menjadi penentang,Nyawa yang jadi taruhan terus-terusan melayang,Dan tak kurang jua yang dibuang dari tanah sendiri,Sungguh ironi kisah ini,Kita hilang kuasa kerana kita merebutkan sebuah kuasa.



Jasamu dikenang,
Terima kasih kami kalungkan,Untuk kalian,Dato’ MaharajaLela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut dan seluruh Pejuang Pasir Salak.Perjuanganmu detik bermula sebuah kebangkitan,Al-fatihah untuksemua para pejuang.



Hunt22.07.10 (Khamis.2.50am)

jingga007 Publish time 23-7-2010 01:52 AM

tq hunt chan :'(

igtkan dh xda peserta :'(

hunt_fear Publish time 23-7-2010 02:00 AM

Reply 17# jingga007


    nasib baik tinta tak jadi merajuk minggu ni:'(

:lol:

jingga007 Publish time 23-7-2010 02:09 AM

Reply 18# hunt_fear


    Kalo tinta merajuk...haruslah lagi up tacang tu :'(


p/s: tacang lebih utk uols sorg jahh :lol: sbb sudi jgk masuk biar dh nk koma org lain baca tajuk tu ;P

hunt_fear Publish time 23-7-2010 02:26 AM

Reply 19# jingga007


nnt org jeles mek:funk:




ai nak suruh kaka pelam ngan kaka mas masuk baca tinta :bruce3:
Pages: [1] 2
View full version: Pertandingan Sajak Merdeka Minggu 04


ADVERTISEMENT