monik Publish time 18-7-2010 01:24 AM

CINTA & AIRMATA - C.r.K ( dah T.A.M.A.T)

Post Last Edit by monik at 10-8-2010 17:30

http://www.youtube.com/watch?v=yHmXoWdm1uk

Suasana Dewan Pelajar Sri Budiman hingar bingar. Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru. Sana sini kelihatan pelajar beserta ibu bapa masing2 mengisi borang2 yang diperlukan. Perasaan bangga terpancar di wajah ibu bapa kerana anak2 mereka berjaya menempah tempat di menara gading. Di satu sudut, seorang gadis manis sedang meninjau2 mencari ibu bapanya.

" Ishh..mana pulak ummi ni ? Dah lah tak cukup duit nak bayar library ni"

" Bagi borang! "

Suara pelajar lelaki itu agak tinggi. Mungkin ingin melawan suasana yang bingit. Si gadis masih lagi sibuk tertinjau2.

" Eh..awak nih. Saya mintak borang. Apasal tertinjau2 nih ? "
" Saya cari mak saya."

" Adik oii...yang nak belajar nih, awak ke mak awak ?"

" tentulah saya. Saya nak mintak duitlah. "

" Arianna Eishal Quzandria. Mak oiii....nama sikit punya cantik. Tapi garang nak mampus! "

" Encik ni ada masalah ke ? Lantaklah nama saya cantik ke, tak cantik ke, dah mak bapak saya yg bg nama."

Arianna bengang. Berlagak pulak senior nih. Ingat aku heran sangat ke.

" Ooo...ambik course architecture. Budak Fakulti Senibina la nih"

Arianna diam. tak kuasa nak melayan. Kalau di jawab buat mengundang pergaduhan, lebih baik diam. Lagipun dia datang untuk belajar. Bukan untuk bergaduh. Nasibnya baik, ummi datang menemui. Arianna lega.

" Jumpa lagi. Jangan risau, kita akan berjumpa selalu "kata senior itu sambil mengenyitkan mata.

Arianna menjelir lidahnya. Biar padanmuka senior tuh. Seorang dua pelajar yang perasan akan tindakan Arianna itu tergelak kecil. Lucunya wajah Arianna.

Urusan pendaftaran telah selesai. Sekarang Arianna berhadapan satu lagi masalah. Rumah sewa. Pihak universiti tidak menyediakan kolej kediaman bagi pelajar-pelajar ijazah. Sebentar tadi, dia telah diberi taklimat, mana2 pelajar yang ingin mencari rumah sewa boleh lah menlihat2 dipapan pengumuman. Satu2 butiran di papan itu di baca. Aduh, banyaknya. Nak pilih mana satu nih.

" Err..awak carik rumah sewa jujugak ke ? " Arianna di sapa satu suara lembut. Dia berpaling.   

" Ha ah. Tengah tengok2 mana yang sesuai. banyak sangat. "

" Awak amik course apa ? " tanya gadis itu.

" Architecture. Awak ? " tanya Ariaan pula.

" Syukurlah. Macam janji2 pulak kita nih. Saya amik QS. Satu fakulti la kita ni." ucap gadis comel itu riang.

" Saya Arianna. Bolehlah kita carik rumah sama2. " cadang Arianna

" Saya Qasrina. Elok jugak tuh. "

monik Publish time 18-7-2010 01:32 AM

errr...saper2 boleh tolong tepek lagu ni dr youtube, di alu2kan. monik try tepek, tp x kuar2 pulak :L:L

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:24 AM

salam & good morning...
yeay...ada lagi citer baru

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:35 AM

Post Last Edit by amandaatika at 18-7-2010 08:40

b918F5Y3JQQ

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:41 AM

hai mijot...
intro pun da menarik...

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:43 AM

errr...saper2 boleh tolong tepek lagu ni dr youtube, di alu2kan. monik try tepek, tp x kuar2 pulak : ...
monik Post at 18-7-2010 01:32 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


aku da tolong tepek...;P
kredit to kia coz dia yang ajar aku

http://www.youtube.com/watch?v=8p8phb2clGo

copy aksara lepas '=' sampai habis..
atau
http://www.youtube.com/watch?v=UhmZwScRPHE&feature=related
copy sampai sebelum aksara '&'
lepas tu paste la kat kotak input parameter youtube tu:D

kia-thanks

bb_75 Publish time 18-7-2010 09:41 AM

monik dah bukak umah baru...

monik Publish time 18-7-2010 01:58 PM

Sudah hampir sebulan Arianna di situ, menjalani kehidupan sebagai pelajar. Baginya tidak ada yang luar biasa kerana sebelum ini dia sudah beroleh diploma. Sudah tentu kehidupan sebagai pelajar tidak menjadi soal padanya. Bezanya, sewaktu diploma, dia tinggal di kolej, kini dia duduk meyewa. Kena masak sendiri dan basuh pakaian sendiri.

Arianna tinggal sebilik dengan Qasrina. Dia selesa dengan gadis comel itu. Nasib mereka baik kerana ada rumah sewa berdekatan yang memerlukan dua pelajar. Kursus 'architecture' menuntut banyak masa Arianna di studio hingga ke malam. namun itu semua tidak menjadi halangan. Arianna sudah berjanji pada dirinya untuk menghadiahkan segulung ijazah buat ummi dan ayah. Itu janjinya.

'Buk! Arianna tersadung di anak tangga. Habis bertaburan buku2nya. Semua mata bertumpu kepadnya. aduhmak! Malunya akuuuu.......Tapi Arianna buat2 selamba sambil mengutip buku2nya. Tiba-tiba ada tangan yang membantu mengutip buku2 tersbut. Arianna panggung kepala. Macam pernah nampak! Tapi tak ingat kat mana.

" Lain kali, jalan tuh pakai mata cik adik. Jangan jalan pakai lutut. " lelaki itu mengusik.

" Eh...awak nih tak pegi tadika ek ? saya jalan pakai kaki. awak je yang jalan pakai lutut! "

Entah mengapa Arianna tiba2 naik angin. Mungkin kerana malu diperhati, menjadikan dia ingin cepat pergi, Tetapi lelaki itu telah menbuatkan dia masih berada di situ.

" Amboiii......garangnya. jangan garang sangat, nanti tak laku !"

monik Publish time 18-7-2010 02:12 PM

Huh! Sengal la mamat nih. Bosannnnya!!!!

" lain kali kalau tak ikhlas nak menolong, tak payah tolong. Ni tidak, dah tolong,lepas tuh nak membebel mcm burung kakaktua. "

Arianna mencebik. Dia terus berjalan. kakinya terasa sedikit sakit. Mungkin terpelecok waktu terlanggar anak tangga tadi.

Sesampainya di rumah, dia merebahkan badan dikatil. Dia terasa tenang berada di dlaam bilik tu. bilik itu tidak berapa luas. Tetapi hasil gabungan kebijaksanaan Arianna dan Qasrina, menjadikan bilik itu comel dan aman. kakinya berdenyut. Pantas dia mencapai minyak gamat di almari.

" Ehh...kenapa ni Ary ? apasal kaki kau nih ? "

Qasrina yang baru selesai mandi terkejut bila masuk kebilik melihat Arianna menyapu minyak di kaki.

" Aku terseliuh agaknya. Terlanggar anak tangga kt cafe tadi. "

" Ya allah!!, Nak pegi klinik tak ? meh aku temankan. "

" Takpe2. Aku rasa sikit je ni. Nanti dah sapu minyak, baik la nih "

amandaatika Publish time 18-7-2010 03:06 PM

best...best
:D

monik Publish time 18-7-2010 03:06 PM

Dua hari Arianna berjalan terhencot2 ke kelas. Bila lah nak baik kaki nih agaknya. Hari ini dia harus ke 'computer lab'. Ada assigment yang harus di cetak. Arianna memang berura2 hendak membeli komputer sendiri, tetapi duit JPA masih belum masuk lagi. Dia harus bersabar sedikitmasa. Dia leka menaip. Menumpukan perhatian ke monitor di hadapannya.

" Johan, apa lah kau ni. Lambat! "

"Aku jalan pakai mata, psl tuh aku lambat. ada orang tuh jalan pakai kaki sampai tersangkut kat tangga.'

Aikkk.....macam pernah ku dengar ayat itu. Tapi di mana ya???? Arianna berpaling. Darahnya naik ke kepala. Menggelegak. Huh! Mamat sengal nih. Menyibuk aje. Siap perli2 pulak. Apa hal??

Arianna jadik panas hati. Di tekan2 keyboard dihadapan kuat2. Keletuk keletak bunyinya.

" Hishhh..tercabut pulak la kang keyboard nih. Kesian....."

Arianna bertambah geram. Mahu saja dihempuk keyboard tuh ke kepala mamat tuh. Muka Arianna masam.

" Ehh...kau carik apa tuh Johan ?

" Ni ha, tadi aku ada nampak cencorot di dlm lab nih ."

' Ha???? cencorot. Biar betul!! "

Johan ketawa keras. Dia beralih dan menarik kerusi di sebelah Arianna. Ahh sudahhh....ni apa hal pulak. Arianna rimas.

" Kalau ye pun menaip penuh khusyuk dan tawwaduk. Jangan la sampai gitu sekali. bergegar lab ni ha ! "

' Eiii...yang awak sibuk ni apasal. Saya ada hutang ke dengan awak ? "

monik Publish time 18-7-2010 03:20 PM

Arianna pantas menutup komputer didepannya. Dia bingkas bangun. Dia ingin keluar dr lab itu.

" Eh..err...awak., Saya gurau je...Tung..."

Dan Arianna terus keluar meninggalkan Johan terkapai2. Johan geram kerana diperlakukan sebegitu. Sikit punya angin la pompuan ni. Datang bulan ke ? Dia ingat dia cantik sangat ke ? Eh..eh..mmg dia cantik pun. Sweet je. Tapi bila angin dia datang tuh, habis hilang sweetnya, Terus jadik swottt!!!


Di luar, Arianna sedang kerisauan. Macamana ni ? Assigment dah nak kena hantar nih. Arianna dah nak menangis. Risau benar dia.

naqies Publish time 18-7-2010 07:08 PM

http://www.youtube.com/watch?v=yHmXoWdm1uk

Suasana Dewan Pelajar Sri Budiman hingar bingar. Hari...
monik Post at 18-7-2010 01:24 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}congrats monik...rumah baru...
cam kenal aje nama member si ariana tu :$;P
teruskan berkarya...:loveliness:

monik Publish time 18-7-2010 07:19 PM

Reply 13# naqies


hehehheee....tu la...anak saper le tuh.....sajer nak memeriahkan bod nih....

naqies Publish time 18-7-2010 07:30 PM

Replynaqies


hehehheee....tu la...anak saper le tuh.....sajer nak memeriahkan bod nih....
monik Post at 18-7-2010 19:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif:$ glamer tul anak dara kenit tu... agak2 leh dpt duit raya dari auntie monik tak nanti;P

bintang Publish time 18-7-2010 08:33 PM

Pertamakali dengar lagu ni...

C.R.K tu maksudnya apa?

bintang Publish time 18-7-2010 08:34 PM

Mesticiter sedih neh... cinta dan airmata :'(

monik Publish time 18-7-2010 08:41 PM

Reply 17# bintang


hehehehee...bintang, aku pun tak tau apa maksud CRK tuh, ;P;P dia nama kumpulan rock2 kapak zaman2 aku dulu

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:56 PM

aku pn baru dengar lgu ni
tapi lagu rock dlu2 best didengar

Kia_picanto Publish time 18-7-2010 10:42 PM

Reply 6# amandaatika
hehehe.. no prob... :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: CINTA & AIRMATA - C.r.K ( dah T.A.M.A.T)


ADVERTISEMENT