CEO-Return Publish time 15-7-2010 02:31 AM

kajian kata 3.5 JUTA Lelaki Malaysia Mati Pucuk? korang salah sorang ker?

Post Last Edit by CEO-Return at 15-7-2010 02:33

Mengejutkan... saban hari, semakin ramai lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk atau lebih dikenali sebagai disfungsi erektil. Malah 15 peratus daripada angka tersebut berada dilingkungan umur 25-34 tahun. Manakala 23% lagi pada usia tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi. Pendedahan terbaru ini nyata membimbangkan kerana ramai dikalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah ini.

Apakah itu mati pucuk ?

Secara ringkasnya, mati pucuk merujuk kepada kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan semasa melakukan hubungan seks. Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi dan ini sering kali boleh diatasi. Fenomena ini biasanya berlaku pada usia 40 tahun ke atas.

Kenapa boleh berlaku pada lelaki muda ?

Kajian terbaru daripada Universiti Columbia ada menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun ke bawah mudah mengalami masalah seksual apabila umur meningkat. Malah, mereka yang kerap melakukan onani seawal umur 14 tahun mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk menjelang usia 30-an.

Onani boleh minimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu klimaks berlaku dengan cepat. Amalan onani secara berterusan mengakibatkan hubungan seksual tidak dapat bertahan lama, malah pengamalnya hanya akan mencapai kepuasan dengan cara tersebut berbanding melalui kaedah persetubuhan yang lazimnya dilakukan dengan pasangan mereka.

Selain itu, apabila onani dilakukan secara kasar menyebabkan zakar sakit serta bengkak dan akhirnya otot zakar menjadi rosak hingga menyebabkan mati pucuk.

Apa yang menarik turut disentuh dalam hasil kajian oleh universiti tersebut mengatakan 'jika sudah aktif melakukan seks pada usia muda, mereka akan cepat lemah tenaga batin'.

Faktor-faktor lain...

Antara faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada utama kepada masalah yang kian menghantui kaum lelaki ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup masa kini seperti merokok, minum minuman keras, obesiti, aktiviti fizikal yang keterlaluan dan juga tekanan hidup.

Rawatan..

Terdapat banyak rawatan untuk mati pucuk, dan kebanyakan kes boleh dirawat dengan berkesan. Antara rawatan untuk mati pucuk ialah suntikan terapi zakar, pam vakum, implan dan paling popular, ubat-ubatan. Contoh ubat-ubatan yang digunakan;

Cialis dan Viagra

Disamping itu, terdapat sesetengah pesakit cuba mendapatkan rawatan tradisional iaitu dengan mengurut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Otot zakar tidak boleh diurut kerana tisunya yang lembut boleh menyebabkan kecederaan pada salur zakar dan menyebabkan zakar terkulai akibat terseliuh ketika diurut.

Lebih menakutkan ialah penjualan ubat-ubat kuat yang mengandungi bahan kimia terlarang seperti sildenafil (bahan aktif di dalam viagra) dan Tadalafil (bahan aktif di dalam Levitra) terutama di pasaran gelap boleh mengakibatkan kesan sampingan terutamanya pada pesakit yang mempunyai sejarah serangan jantung.

Pencegahan...sentiasa lebih baik dari mengubati.

Semua lelaki tidak kira usia muda atau tua mesti mengambil berat kesihatan mereka dan membuat pemeriksaan awal bagi memastikan rawatan awal dapat di ambil sebelum penyakit mati pucuk menjadi lebih parah..

p/s: yang merokok kena berhenti... atau berisiko untuk mati pucuk
Ramai tu 3.5 juta....ni dah kes bahaya...sbb tu le banyak sangat skang ni kedai peralatan sensual dibuka...
sebagai alternatif utk kaum wanita kot...lelaki muda dah ramai yg mati pucuk...:lol: ..bila nak bersama tapi hampa..:lol:
Korang ni dah periksa ke yang korang punya...hehehehe
CEO nak jawab pong CEO segan....korang le jawab dulu...:$ :lol: sila vote yer korang punya tu..

caenrapid Publish time 15-7-2010 03:02 AM

Post Last Edit by caenrapid at 15-7-2010 08:44

sape yg mati pucuk tu tolong plss be honest yer..:D:D:D..alah bukan kitorang tau pun sape..aku pun teringin gak nk tau dlm forum cari ni brp org yg mati pucuk.:o:o..so secara kasarnya dlm 10org lelaki dewasa yang kita kenal 3nHalf mati pucuk..:loveliness::loveliness:..sape yg aku kenal yg mati pucuk yer??? xde yg brani ngaku lg......:shakehead3:

caenrapid Publish time 15-7-2010 03:09 AM

dh 23 org msk.....adakah 23org ittew......:shutup::shutup::shutup:

newzahari Publish time 15-7-2010 04:58 AM

Post Last Edit by newzahari at 15-7-2010 05:06

kajian mana nih...??..rakyat malaysia secara kasarnya 25jota - budak&baby - perempuan...adalah balance dlm 10jota kot lelaki so 3.5 jota dh mati pucuk tinggal yg sihat mcm kitaorang ni 6.5jota jelah gittew...???

TT tolong bagi sumber kajian....

newzahari Publish time 15-7-2010 05:00 AM

Post Last Edit by newzahari at 15-7-2010 05:07

......................;P;P;P

IRZeeBuk Publish time 15-7-2010 08:14 AM

whoaaa GF kate perform baik Punye!!

sAKuRa_204 Publish time 15-7-2010 08:35 AM

xde sape nk mengaku pn ;P

NoX Publish time 15-7-2010 10:30 AM

hehehe... ai ok jer... x caya tya wife ai...harharhar

hh_hs Publish time 15-7-2010 12:47 PM

erk...agak2 ada ke yg nk mengaku :re:

NoX Publish time 15-7-2010 01:39 PM

erk...agak2 ada ke yg nk mengaku
hh_hs Post at 15-7-2010 12:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

klu ader yg ngaku pun harus buat id bru dlu kot...harharhar ;P

cik.panda Publish time 15-7-2010 01:52 PM

sape yg mati pucuk tu tolong plss be honest yer....alah bukan kitorang tau pun sape..aku pun t ...
caenrapid Post at 15-7-2010 03:02 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   ni mesti geng mati pucuk gak ni :lol:

hh_hs Publish time 15-7-2010 02:28 PM

klu ader yg ngaku pun harus buat id bru dlu kot...harharhar
NoX Post at 15-7-2010 13:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

hakhakhakhak...konpem arr dier wat gitu punya

cik_kiah Publish time 15-7-2010 02:31 PM

nak ngaku la.....:'(:'(

NoX Publish time 15-7-2010 02:37 PM

nak ngaku la.....
cik_kiah Post at 15-7-2010 14:31 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


jgn lar ciki.... {:2_68:}

cik_kiah Publish time 15-7-2010 02:39 PM

jgn lar ciki....
NoX Post at 15-7-2010 14:37 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    takut resia terbongkar ke pakcik:funk:

cik_kiah Publish time 15-7-2010 02:40 PM

habang ceo yg kachak....mohon penjelasan apa itu mati pucuk:o

NoX Publish time 15-7-2010 02:48 PM

takut resia terbongkar ke pakcik
cik_kiah Post at 15-7-2010 14:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

resia saper???? :funk:

yusthevirus Publish time 15-7-2010 02:49 PM

ada yg mau ngaku ke??:$

NoX Publish time 15-7-2010 02:50 PM

habang ceo yg kachak....mohon penjelasan apa itu mati pucuk
cik_kiah Post at 15-7-2010 14:40 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

mati pucuk tu adalah spt kata pepatah..."ditelan mati katak...diluah mati pucuk"...
sekian... :$

ikmal69 Publish time 15-7-2010 02:53 PM

Setakat Pukul 2.52 pm hari ni .. Alhamdulilah masih gagah perkasa . :lol::lol:
Amoi kat opis aku selalu pakai skirt sexy .. tu agaknya bagi rangsangan
untuk terus perkasa ... :sweat3::sweat3:
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: kajian kata 3.5 JUTA Lelaki Malaysia Mati Pucuk? korang salah sorang ker?


ADVERTISEMENT