attokz Publish time 15-7-2010 08:57 AM

Reply 18# AceHand
Dah, aku dah edit. Sorry.
Ye la..takut momod kompius! 'padang' muka aku nnt! :P

bnmbnm Publish time 15-7-2010 10:34 AM

salam...

kenapa bnm rasa buntu sangat dengan tajuk minggu ni??

terasa samar2 sangat pengetahuan tentang siapa sarjan hasan ni?????

:'(

bnmbnm Publish time 15-7-2010 11:15 AM

Tajuk : Sarjan Hassan


Hasan anak kelahiran kampung pantai
Lahir mu piatu menumpang kasih
Hasad dan iri kamu hadapi
Cerca hina menjadi semangat



Kelulusan darjah lima Sekolah Melayu
Askar Melayu kerjaya pilihan
Bangkit semangat penjenayah ditentang
Amarah membara dendam dituntut
Demi isteri dan keluarga yang terkulai



P.Ramlee kreatif mencipta watak
Namamu dijulang dalam filem
Sarjan Hassan wira negara
Kami rasai sengsaramu
Kami insaf, kami sedar
Kerana kuasa, nyawa tak berdosa terkorban
Kasih hilang tinggal dendam..



Sarjan Hassan..
Usaha mu tidak sia-sia
1953, “Medal Military” anugerah untuk mu
Pingat Jasa kebaktian (PJK)
Ahli Mangku Negara (AMN)
Kamu sandang..
Bukan pangkat menjadi nilai
Jasamu yang kami julang



30 April 1991, terpadam nyawamu
Al-Fatihah kami panjatkan
Tenanglah kamu di alam akhirat
Namamu tetap dalam lipatan sejarah..



Nukilan dr Keyboard : bnmbnm
11.09 am 15 Julai 2010

http://asianfirebengals.com/purp_flowerline.gif

iwimz Publish time 15-7-2010 11:38 AM

Niat Seorang Wira


Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Aku tekad mendambakan diri pada pertiwi
Lalu segala larangan ku tangkis
Segala tohmahan ku pandang remeh
Ke puncak impian aku jejaki
Askar Melayu nantikan aku

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Ku tinggalkan kasih seorang ayah
Ku biarkan cinta seorang kekasih
Hanya untuk perjuangan menyahut panggilan
Tanah air perlu ku bina kubu
Benteng dari penjajah yang ingin menakluk
Bendera merah aku lunyaikan

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Ku jejaki hutan rimba
Bergadai nyawa menjejak pengganas
Biar keringat lenjun di seragam
Aku bangga tidak di kampung
Bergelumang kebun dan bendang

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Rakan sekampung aku perangi
Tali barut nippon aku lunasi
Tidakku gentar pembelot bangsa
Demi kedamaian sebuah desa.

Kerana niatku
Segala .kemungkinan akan terjadi
Tidak ku harap sebuah sanjungan
Aku bangga dipanggil sarjan
Sarjan Hassan pembela tanah air.


iwimz

jingga007 Publish time 15-7-2010 05:45 PM

ada jgk tinta III;P ;P ;P

bintang Publish time 16-7-2010 04:28 PM

"Dialamatkan kepadamu, anak bangsaku. Sekeping marsum,
    yang telah kutulis dari tinta darah. Penanya adalah badik
    luk tujuh yang bersepuh pekat dendam. Telah dilimau siaga
    dalam zulmat tiga tahun lapan bulan yang derita. Kertasnya
    lembar daun lontar sehangat selaksa semangat warisan
    pejuang lampau tanpa gentar.
attokz Post at 14-7-2010 01:03 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


Waahh... bait yang sangat teruja...

bintang Publish time 16-7-2010 08:39 PM

Post Last Edit by bintang at 16-7-2010 21:52

Guratan Sejarah Sarjan Hassan.


Saya sering mendengar sang pejuang meringis
menahan sakit pada jiwanya yang teriris
walau tubuh penuh luka, hati dipalu duka
semangat di dadanya tetap membara

Saya membaca guratan sejarah Sarjan Hassan
saya melihat dari dirinya lahir pejuang bertatih
hasil berkumpulnya dendam, semangat dan keberanian
meski merintih menahan perih.

Daun daun basah menebarkan aroma sejarah
jiwa yang menjadi syurga dalam ketiadaan
menurunkan barakah.

Membaca ulang nama di batu nisan
nama milik darah yang telah tumpah
menjadi kekasih bumi ini
membaca ulang riwayat kembang kembang zaman
sajak hutan belantara
yang dikenali para gerilawan

Lingkaran waktu melahirkan bangsa
pada bayangan pepohonan
burung burung liar
yang datang dari berbagai mazhab dengan segala sebab
bertemu dalam langkah airmata yang sama
mengaturkan terima kasih pada kehadiranmu Sarjan Hassan
yang mewariskan keberanian mengorbankan semua
kecuali harga diri
kemerdekaan yang tak boleh dinodai.


[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1051

Bintang, 8.39pm.

jingga007 Publish time 17-7-2010 12:02 AM

minggu ke 3 telah tamat :loveliness:

terima kasih kepada semua yg menyertai :D

AceHand Publish time 28-7-2010 11:16 PM

Jizzz... Klong! Klong!

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking... Tahniah kepada pemenang dan semer yang telah terpileh...

01 Marsum Khayali Seharum Kasturi (Pesan Sarjan Hassan : Potret Memoir Di Layar Tancap) - attokz (10)
02 Guratan Sejarah Sarjan Hassan. - bintang (09)
03 Sarjan Hassan - bnmbnm (08)
04 Niat Seorang Wira - iwimz (07)
05 Tinta III - hunt_fear (06)


Jizzz... Klong! Klong!

attokz Publish time 29-7-2010 11:42 AM

Terima kasih daun keladi~
:P

bintang Publish time 29-7-2010 03:56 PM

Reply 29# AceHand


    Timekasih ubi keladi :loveliness:
Pages: 1 [2]
View full version: JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan Minggu 03...


ADVERTISEMENT