espirulyna Publish time 10-7-2010 10:40 PM

Pengesan DNA babi

Pengesan DNA babi diguna dalam operasi produk halal


2010/06/24

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menggunakan alat pengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam setiap operasi penguatkuasaannya bagi menentukan produk yang dikeluarkan di negara ini atau diimport bebas daripada unsur haram.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata alat berkenaan yang dicipta oleh Institut Halal di Universiti Putra Malaysia, akan memberi kemudahan kepada pihak berkuasa dalam operasi pemantauan produk halal berbanding sebelum ini, yang melibatkan pelbagai pihak."Kita mengalu-alukan apa jua produk baru yang boleh mempermudahkan urusan penguatkuasaan dan pemantauan. Sebelum ini, kita memerlukan khidmat banyak pihak seperti Jabatan Kimia bagi mengesahkan sesuatu produk itu bebas daripada unsur haram atau tidak."Penciptaan alat ini merupakan sesuatu yang dibanggakan kerana ia menyumbang kepada integriti halal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pensijilan Halal Luar Negara sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 Ke-7 di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata alat itu, yang mampu mengesan DNA babi dalam tempoh kurang daripada satu jam, turut diperkenalkan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara.

"Kita serah pada budi bicara pihak berkenaan. Kita hanya memberi maklumat supaya ia turut memberi kemudahan dalam urusan pemantauan mereka," katanya.

Badan Pensijilan Halal Luar Negara adalah badan pengesahan halal yang dilantik dan diiktiraf oleh Malaysia bagi mengesahkan status halal daging dan produk yang akan dieksport ke negara ini.
Jumlah keseluruhan badan pensijilan halal yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Jakim ialah 29 dari 23 negara. - BERNAMA


kredit berita harian
dah penah ade kat CI
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=491666&extra=&highlight=jakim&page=1
tp nak tau lebih lanjut...kat sini cam xde lagi je...


hebatnye alat ni...nak tau ape teori yg diorang pakai
nak buat DNA extraction pon dah due tige jam...
diorang gune teori ape...yang macam pregnency test utk antibody tu ke?
iols sgt kagum...
harap dapat penjelasan yg lebih lanjut dr pakar yg ade

xlannn Publish time 11-7-2010 12:56 AM

Bagus la macam tu. lepas tu, mana-mana produk yg dah disahkan mengandungi babi eloklah diumumkan kepada orang ramai

britney_sapiah Publish time 11-7-2010 01:37 PM

tahniah kepada pasukan penyelidik yg mencipta alat ni...skrg senang dan cepat nk tau status produk..tak da la berkurun nk tunggu result analysis dr Jab Kimia..

moga one day produk ni dpt dikomersirkan utk penggunaan seisi rumah pulak....lg senang kan

bacteria82 Publish time 13-7-2010 12:53 PM

Bio-sensor {:1_152:}

espirulyna Publish time 13-7-2010 10:36 PM

Bio-sensor
bacteria82 Post at 13-7-2010 12:53 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif



oh! biosensor rupenye...tenkiu momod bac:C
carik jumpe yg ni http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC108456/pdf/gkd480.pdf :)
tp xbrape phm..sebenarnye malas nak bace sume skali...
tp yang gene chip tu phm la sesikit... mcm ape yg iols buat skrg:sweat3:

teky Publish time 14-7-2010 11:13 AM

mende tu natang gaper???

cam termometer kaa??

bukan aper..kalo cam termometer senang sket...leh bawk g maner... pesan makan celup mende tuh... kalo ader dna babi terus saman tokei kedai tuhhh :$

dauswq Publish time 14-7-2010 12:35 PM

tambahan fakta mengenai bio-sensors DNA

http://www.sensorsportal.com/HTML/DIGEST/may_08/P_280.pdf

espirulyna Publish time 15-7-2010 09:17 PM

tambahan fakta mengenai bio-sensors DNA
dauswq Post at 14-7-2010 12:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif



tq....link yg sgt berinformasi{:1_132:}


dh faham dah...
sesiket
Pages: [1]
View full version: Pengesan DNA babi


ADVERTISEMENT