ariellin
Publish time 20-8-2010 08:44 AM
Replyariellin
tapi kan ariellin naper ehh aku cam terdetik dlm hati yg naim merancang se ...
arieyana Post at 20-8-2010 07:25 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
fazdwan tu chinese look...:loveliness:
naim tu ala2 my opicer aku kat cni..muka crook tp dlm ati ada taman ;P
ariellin
Publish time 20-8-2010 08:52 AM
mesti ada citer antara FADWAN ngan NAIM nie...
shahrinas Post at 20-8-2010 07:41 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
ada kisah di balik me goreng....
nati aku tnya fazdwan...;P
shahrinas
Publish time 20-8-2010 08:55 AM
ada kisah di balik me goreng....
nati aku tnya fazdwan...
ariellin Post at 20-8-2010 08:52 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
tya bg pihak erkkk... :D
amandaatika
Publish time 20-8-2010 09:00 AM
Reply 481# ariellin
cam reality je;P
amandaatika
Publish time 20-8-2010 09:02 AM
bg la n3.....;P
ariellin
Publish time 20-8-2010 09:08 AM
Replyariellin
cam reality je
amandaatika Post at 20-8-2010 08:00 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
yg realitinya kisah ju ngn fazdwan masa duk ostel ;Pkim2 surat ;Pkim bintang2 kecil tu ;Pkes tmpal handyplast kat kasut ;P kengkonon ;P ;P
yg len x pun....;P ;P
ariellin
Publish time 20-8-2010 09:11 AM
tya bg pihak erkkk...
shahrinas Post at 20-8-2010 07:55 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
in reality :'( :'(
amandaatika
Publish time 20-8-2010 09:35 AM
Reply 486# ariellin
amboi....
patutpn;P
asnita
Publish time 20-8-2010 10:02 AM
ariell..byknya speku.. next2 n3
ariellin
Publish time 20-8-2010 10:24 AM
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 09:31
Aku mundar mandir di bilik.Lepas tu, duduk kat katil.Bangun pulak ambil Blue Bear-Bear yang dah semakin lembik, aku peluk kuat-kuat.Aku cium..Naim kata macam bau aku.Nonsense !!Kemudian aku sila panggung.
"Nak pergi tanya ke tak?Kalau tak pergi, tak tau.Kalau pergi kang...",
Aku keluar dari bilik tidur, melangkah keluar ke bilik bacaan Naim.Tunduk dan mengintai di balik celah-celah pintu.Gelap! Dia tak balik lagi ke?Besok je lah tanya...
Baru aje nak patah balik ke bilik, si tengkujuh bertuah ni dah terpacak depan mata aku.Kuss semangat!!! Kalau lagi sekali eksiden, harus aku tak jumpa Jumaat minggu depan ni.Aku urut dada.Betullah dia ni anak penakan David Copperfield.Sekejab dia dekat sana.Lepas tu dia dah dekat sinun.
"Ada apa?Rindu ye?", dia senyum menampakkan baris gigi yang cantik.
"Hah...tak ada apa lah..aku masuk bilik dulu..", sambil tergaru-garu kepala dengan tangan kiri sebab tangan kanan sibuk menggendong Blue Bear-Bear.Rasanya dia macam baru balik dari office sebab masih berslack dan kemeja.Cuma neck tie je yang dah terebeh sikit.Tapi orang dah handsome segak, pakai apa pun segak jugak..opss !!
Pantas pinggang aku ditarik rapat ke arahnya. Sebab tinggi menjulang langit, jadi dagu dia betul-betul landing kat atas kepala aku. Aku macam selalu, terkebil-kebil mata.
"Cuba cakap, Dian Juwita nak apa?", dia ni kan kalau nak cakap, mesti nak berbisik dekat telinga aku.Geleng kepala.
"Saya rindu awak..." aikk...hari-hari tengok muka aku pun rindu ke?Dah buang tabiat agaknya dia ni.
"Awak tak pernah ada sikit pun rasa sayang dekat saya ke?",
"Tak ada", jawab hati.
Telinga dengar degup jantung dia.Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku selesa bila dia buat begini.Tapi aku rasa aku masih tak sayang dia.
entahmengapa
Publish time 20-8-2010 10:50 AM
n3??? wewiitttt..the 1st to read...
ariellin
Publish time 20-8-2010 10:51 AM
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 10:33
Hari ini hari minggu.Lepas sediakan sardine roll dan hot milo untuk si tengkujuh yang bertuah tu, aku masuk bilik.Bercadang nak membaca novel yang aku beli di MPH tiga minggu yang lalu.Baru pegang kulit buku, bunyi ketukan di luar.Tentulah Naim, siapa lagi yang ada dalam rumah ni kalau bukan dia.Dengar suara dia memanggil nama aku.
Dengan malas, aku buka pintu bilik.Nampak dia tersenyum.Dia ni tak bosan ke asyik senyum dua puluh empat jam?
"Nak apa?", aku tanya dia.Masih di depan pintu.
"Nak awak..", senyum lagi.
"Cakap lah betul-betul.Kalau tak aku tutup pintu..", tombol pintu aku pegang.
"Betullah..saya nak awak...boleh saya masuk...", dia minta izin sambil buat muka kesian.
"Masuk aje, jangan sentuh apa-apa..", kaki Naim dah melangkah masuk.Aku tetap berdiri di pintu.Perhatikan gaya dia yang macam warden asrama.Entah kenapa rasa nak ketawa tapi aku tahan.Berdoa dalam hati jangan lah tersembur ketawa aku.
Sebab dah boring, aku pergi ke arah dia.Aku cuit bahu dia.
"Dah habis spotcheck, cikgu..", dan Naim ketawa kuat.Kelakar ke?Aku buat muka blur.
"Aku dah siapkan breakfast tu..nanti sejuk tak sedap..", berkias dan harap-harap dia faham yang aku sebenarnya halau dia agar keluar dari bilik tidur aku walaupun ini rumah dia.
Dia dekatkan jaraknya pada aku.Tangan dia dah pegang tangan aku.Gulp...aku telan air liur.Dia lupa ke dia kat area aku! Mana boleh buat yang bukan-bukan.
"Saya tak nak buat apa-apa pun...", eh ! macam tau je..
Aku buang pandang ke luar tingkap bilik.Tak nak tengok muka Naim sekarang ni.Malu sebab aku aje yang fikir bukan-bukan.
Tapi bibir dia dah cecah dahi aku macam yang selalu dia buat.Lepas tu, dia pandang aku.Aku tau tu walau pun aku pejam mata.Tak lama lepas tu, tangan dia dah sampai di leher aku.Perlahan.
Bibir kami bersatu akhirnya.Aku kira kambing biri-biri dalam hati.Seekor..dua ekor..enam ekor..tiga belas ekor..
ariellin
Publish time 20-8-2010 10:57 AM
n3??? wewiitttt..the 1st to read...
entahmengapa Post at 20-8-2010 09:50 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
{:1_152:}tq....
bb_75
Publish time 20-8-2010 10:59 AM
smbg lagi ariel..bila dian nak cair dgn naim...apa kes sifazdwan...
ariellin
Publish time 20-8-2010 11:02 AM
smbg lagi ariel..bila dian nak cair dgn naim...apa kes sifazdwan...
bb_75 Post at 20-8-2010 09:59 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
sat ye...:loveliness:
mijot
Publish time 20-8-2010 11:03 AM
aiseh terberenti kt part best lak hahaha...
bb_75
Publish time 20-8-2010 11:04 AM
Reply 495# ariellin
ok sabar menanti....
mijot
Publish time 20-8-2010 11:07 AM
aku suka bila naim panggil ju dgn nama penuh..lain dr org len..
aku pun rasa yg naim mmg suka dkt ju so dia mesti dah 'bayar' fadzwan tuk jauh dr ju...
apa2 aku aku tetap fan NAIM {:1_152:}...
ariellin
Publish time 20-8-2010 11:26 AM
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 20:48
Sejak kejadian tu, aku tak bercakap dengan Naim.Malu ! Memang malu ! Walaupun tak terbabas tapi hampir-hampir nak terbabas.Kalau tak kerana bunyi handphone, harus aku selamat belayar.Dan Naim, kalau pandang aku, macam nak ditelan-telan.Tu semua alasan untuk aku tak bercakap dengan dia.Tak nak ingat !
"Wei, kau ni dengar ke tidak?", hah !!
Ya Allah, kesian Marshila.Muncung-muncung mulut dia sebab marahkan aku.
"Alah, sorry lah..kau cakap apa tadi?", sambil tangan membelek beberapa helai baju di rak.
"Aku tanya, yang ni suite tak dengan aku?", dress kuning gading dengan ada sedikit jalur-jalur hitam di bahagian atas, dia tunjukkan pada aku.
Dah tua bangka pun masih nak berdress.Aku angguk kepala.Senyum lebar Marshila.Lepas dia buat pembayaran dengan duit aku sebab aku cakap aku nak belanja dia apa-apa aje yang dia suka, kami keluar dari kedai pakaian itu.
Langkah kami diatur menuju ke Cinnamon Coffee House.
Tiba-tiba langkah Marshila terhenti.
"Kenapa?",
"Tu..perempuan tu bukan Ayumi ke?", mata mengikut telunjuk Marshila.Memang ada seorang perempuan yang sedang khusyuk membaca majalah.Kalau ikut dari pandangan sisi, memang macam Ayumi.Dan ketika perempuan itu mengangkat kepalanya, sah itu memang Ayumi.
"Eh..betullah dia..", dan langkah di atur ke arah Ayumi.
"Assalamualaikum...", dia terpinga-pinga.
"Masya allah....Ju..Shila..", kami berpelukan di situ.Berpandangan antara satu sama lain.
AKhirnya kami di McD kegemaran Marshila.Macam dah tak ada tempat lain yang nak dituju dalam KLCC yang sebesar gedabak ni.
Aku makan fries sahaja.Ayumi pesan bubur ayam sebab dia cakap, bubur ayam McD sedap.Marshila macam biasa, melantak burger kegemaran, Makciken (Mc Chicken).
Banyak yang kami bualkan.Betapa cepatnya masa berlalu.Ayumi kerja sebagai juru audit dekat Jabatan Kerajaan.Semakin ayu, aku tengok dia.
"Eh..kau dah kawin ke?", soalan itu dituju pada aku.Marshila pandang ke arah aku.Dan Ayumi pula menunggu jawapan aku.
"Ha...dah...", aku senyum. Ada reaksi lega dari Marshila.
"Wow...jadi jugak kau dengan Fazdwan...panjang jodoh kau orang ye..",
"Bukan dengan dia, lah..", fries dah selamat masuk ke dalam mulut.
"Oh..sorry..", dia pegang tangan aku tanda ikhlas.
"Tak ada apa lah..bukan jodoh namanya tu..", aku pandang Marshila.
"Habis, siapa hasben kau?Sure handsome..",
"Naim..", aku jawab sepatah.
"Naim mana?", dia tanya aku.Dua patah.
"Naim Najman..", perlahan nama itu keluar dari mulut aku.
"Hah !!!..", dan sudu bubur itu terlepas dari tangannya.
entahmengapa
Publish time 20-8-2010 11:36 AM
mau ayumi ni tau sesuatu...kan3...ariellin....banyaknye n3..bos u xde ke?? ;P;P