chewan Publish time 3-7-2010 03:32 PM

Berita@MKST : Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta

Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0703/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

GRIGORY PERELMAN



NEW YORK - Pakar matematik Rusia yang gemar bersendirian, GrigoryPerelman, menolak satu lagi hadiah berjumlah AS$1 juta (RM3.2 juta)setelah dia meraih populariti global kerana memberi jawapan mengenaimasalah matematik dikenali sebagai tekaan Poincare yang dianggapmustahil untuk diselesaikan.

Pihak pengurusan Institut Matematik Clay (CMI) memberitahu kelmarinbahawa Perelman memaklumkan pusat penyelidikan itu yang beribu pejabatdi Cambridge, Negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) bahawa diatidak akan menerima hadiah tersebut.

Pada 8 dan 9 Jun lalu, institut berkenaan telah mengadakan satupersidangan di Paris bagi meraikan kejayaan Perelman menyelesaikantekaan Poincare yang merujuk kepada ciri-ciri ruang berbilang dimensi.

Perelman berjaya membuktikan bahawa sebarang bentuk yang tidak memiliki lubang boleh diunjur atau dikecilkan menjadi satu sfera.

Tekaan Poincare telah membingungkan pakar-pakar matematik sejak iadicetuskan oleh seorang warga Perancis, Henri Poincare pada 1904.

Hadiah CMI diumumkan selepas beberapa pakar memeriksa penemuan Perelman dan mendapati jawapannya tepat dan sempurna.
Sementara itu, CMI menyatakan, ia akan mengumumkan pada musim luruhini cara untuk menggunakan wang hadiah yang ditolak oleh Perelman itubagi manfaat bidang matematik.

Perelman sebelum ini menolak banyak hadiah dan berulang kali tidakmuncul pada acara penyampaian hadiah yang diadakan untuk dirinya.

Dia menyiarkan penyelesaian untuk tekaan Poincare di Internet pada 2002 dan 2003.

Pada 2006, Perelman telah dianugerahkan Pingat Fields bersamasejumlah wang yang merupakan pengiktirafan tertinggi dalam bidangmatematik, setanding dengan Hadiah Nobel.

Namun, ahli matematik berusia 44 tahun itu menjadi orang pertamamenolak Pingat Fields dengan alasan tidak mahu menonjolkan diri keranadia bukan lagi sebahagian daripada komuniti pakar matematik. - AFP

dauswq Publish time 3-7-2010 03:35 PM

dia ni memang...

kekdahnye die tak minat semua duit & pingat kebesaran
yg plg penting dia dpt selesaikan mslh math yg org lain tak leh wat
dr situ die dpt 'proud'

chewan Publish time 3-7-2010 03:41 PM

Reply 2# dauswq


    sihat ke x dia nie sebenar nyer........:L;P

mbhcsf Publish time 3-7-2010 08:34 PM

ok....jer ...good what...non - conventional

badri Publish time 9-7-2010 09:56 PM

mungkin ada masalah matematik yang dia belum selesaikan lagi kot....tu yang dia tolak tawaran tu...

teky Publish time 14-7-2010 11:16 AM

owshhh die neh naper...mayb duit die da byak kot....

http://u.cari.com.my/avatar.php?uid=1627394&size=middle

avvy ko neh jijik giler :I:I

naikAntena Publish time 15-7-2010 08:15 PM

Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta

NEW YORK - Pakar matematik Rusia yang gemar bersendir ...
chewan Post at 3-7-2010 15:32 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    pengiraan yg dianggap mustahil utk diselesaikan tuh apa yek???
selalunya kalo problem2 mcm dorang nih... berapa panjang rumuss diorang... :o

super_nova Publish time 15-7-2010 11:50 PM

Kisah dia ada dlm majalahsains

http://www.majalahsains.com/2009/07/grigory-grisha-perelman-matematikawan-yang-aneh/

chewan Publish time 15-7-2010 11:53 PM

tq super nova utk extra info psl beliau...:loveliness:

winamp05 Publish time 23-7-2010 07:27 PM

aku suka math tapi aku tak suka belajar math dengan guru, aku suka belajar sengsorang, itu menyebabkan math aku tak best. :lol::lol::lol:

Boleh bagi soalan pada jawapan yg dia terangkan tu ? mesti pening tahap bangu punya soklan kan .
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta


ADVERTISEMENT