chewan Publish time 26-6-2010 01:12 PM

UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap

UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap


                     
JOHOR BAHARU:Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litartertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepatwalaupun beroperasi dalam keadaan gelap.

Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri danpengimbasan laser yang diketuai oleh Prof Dr Zulkepli Majid dariFakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistempengawasan jenayah yang terbaik.

Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, MohdFarid MohdAriff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden danbidang geomatik.

"Sistem ini melibatkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipandatasecara offline dan online, komponen kalibrasi ruang dan komponenpemprosesan data," katanya kepada pemberita di universiti itu di Skudaihari ini.

Zulkepli berkata kamera yang digunakan menggabungkan tigateknologipengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapisinframerah dan peranti tiga dimensi yang mampu merakam imej 3D dalamkeadaan terang atau gelap.

Komponen kalibrasi ruang pula merupakan peranti kalibrasi 3D yangdigunakan untuk mengkalibrasi ruang yang akan direkod oleh kamera litartertutup.
Komponen pemprosesan data membuat pengenalpastian imej dengankaedahfotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepatsubjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.

Zulkepli berkata kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan telahdiuji keberkesanannya dalam setiap sudut.
Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebihmahalberbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imejdengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.

"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - BERNAMA

chewan Publish time 26-6-2010 01:13 PM

jom bincang kan pro n kontra nya.....{:1_152:}

dauswq Publish time 26-6-2010 01:17 PM

sistem CCTV ni bagus...:D

tp jangan digunakan untuk tujuan "peeping" :lol:

bzzts Publish time 26-6-2010 01:22 PM

ape bezanya dgn infrared camera? :cf:

budingyun Publish time 26-6-2010 04:06 PM

aku tak dapat UTM..tapi dapat UTHM..:L

chewan Publish time 26-6-2010 04:29 PM

Reply 5# budingyun


    okey la tue..congrats buding :lol:

pinguin Publish time 28-6-2010 10:47 PM

heh UTHM not bad apa.. kalau korang nak tau kebanyakan alat2 kat UTHM tu lg canggih dr UTM sendiri.. just kekurangannya UTHM kekurangan pakar berbanding UTM.. UTM ramai pakar tp kemudahan kurang.. huhu... sedey kann

ZabedAmin Publish time 3-7-2010 05:29 PM

heh UTHM not bad apa.. kalau korang nak tau kebanyakan alat2 kat UTHM tu lg canggih dr UTM sendiri.. ...
pinguin Post at 28-6-2010 22:47 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


   motip tahu semua?:sweat3:

badri Publish time 9-7-2010 10:01 PM

bagus tu...boleh detect orang tengah beromen kat dalam gelap...
Pages: [1]
View full version: UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap


ADVERTISEMENT