detox Publish time 15-6-2010 05:43 PM

~ AFFAN dan IDDIN ~ AKAN BERADA DI BOOKSTORE AFTER HARI RAYA !!

Post Last Edit by detox at 8-9-2010 07:06

Salam semua.....

Cerita ini di karang selepas kemunculan Affan dan Iddin yang menjadi kesayangan ramai di WR.

Akak nak share sedikit, tapi ianya tidak akan di habiskan.......KENAPA ? adalah sebabnya ;)

tudung_bawal Publish time 15-6-2010 05:49 PM

:loveliness::loveliness::loveliness:

detox Publish time 15-6-2010 05:50 PM

Bab 1        Affan dan Iddin Si Kembar Nakal

“IDDIN !!!!” jerit Affan dengan kuat sekali.

Mendengar sahaja jeritan Affan, saudara kembarnya, Iddin tidak tunggu lagi. Dia terus berlari keluar dari rumah itu menuju ke sepohon pokok rambutan yang terletak di hujung halaman rumah. Iddin nampak Affan berlari ke arahnya dan dia terus memanjat pokok rambutan itu.

“TURUN !” jerit Affan dari bawah.

“Panjat la !” cabar Iddin yang duduk berhayun kaki di atas sebatang dahan.

Senyum nakal terpamer di wajah bulat itu. Iddin tahu Affan tidak berani memanjat pokok jadi dia sengaja mencabar kembarnya.

Affan dan Iddin adalah anak kembar pada pasangan Zaim dan Zarina. Mereka baru berusia lima tahun. Affan adalah abang, kerana dia dilahirkan hanya dua minit lebih awal dari Iddin. Dua kembar ini sentiasa ke mana-mana bersama, bermain dan bergaduh sudah menjadi perkara biasa buat mereka. Di antara mereka, Iddin yang paling nakal. Ada sahaja perkara yang di buatnya membuatkan Affan marah, bukan sahaja Affan tapi menguji kesabaran Ayah dan Ibu juga.

“Turun sekarang juga !” suara Affan lantang, dia cuba menggogah pokok rambutan itu, tapi kerana saiz tangannya yang kecil berbanding dengan batang pokok itu, sedikit pun pokok itu tidak menguit.

Iddin ketawa suka hati melihat kelucuan Affan. Dia terus menghayun-hanyunkan kakinya.

“Boleh turun, tapi janji jangan tumbuk,” dia memandang ke bawah, Affan melangut ke atas dan mata mereka bertembung. Dua mata bulat beradu. Iddin tahu kesalahannya, itu sebab bila saja Affan menjerit memanggil dia tadi, dia terus pecut keluar.

“Janji.” Affan mengangkat tangannya separas bahu seperti orang mengangkat sumpah.

“Betul ?” tanya Iddin, masih lagi menghayun kakinya.

“Betul lah !” Pipi Affan sudah merah, menahan geram dan menahan panas bahang matahari jam 11 pagi.

Iddin mengangguk, dia dengan penuh gaya melompat dari dahan dan terus memaut satu lagi dahan sebelum turun ke bawah. Dia berani memanjat pokok, tidak seperti Affan.

Walaupun mereka pasangan kembar, tapi ada beberapa perkara yang tidak sama. Contohnya; Iddin tidak suka membaca buku, Affan pula sangat-sangat suka membaca, apa sahaja buku yang menarik minatnya akan di suruh beli. Iddin suka kucing, Affan benci kucing, hidungnya akan gatal dan dia akan tidak berhenti bersin.

Belum pun kaki Iddin menjejak tanah, Affan terus menangkap kaki yang tergayut itu, apa lagi dua beradik itu terus bergumpal di atas tanah mencetuskan perang kecil.

“Tadi janji tak tumbuk….” Iddin menolak dada Affan dengan sebelah tangannya dan satu lagi tangannya menarik rambut kerinting yang bergulung-gulung itu.

Affan tidak mahu kalah, dia terus menarik telinga Iddin sekuat-kuatnya, sampaikan Iddin rasa telinganya hendak tercabut.

“Kenapa conteng buku Affan ?” Affan duduk di atas perut Iddin dan menghenyakkan tubuhnya, membuatkan adiknya tersemput-semput.

“Habis dah biar bersepah macam sampah …” Iddin mengangkat badannya dan menolak Affan jatuh di sisi.

Affan geram mendengar jawapan Iddin, lalu terus membenamkan giginya di lengan kecil itu.

mikoodette Publish time 15-6-2010 05:54 PM

wooowww!!! so cute mehhh... our beloved affan n iddin... :$

anabilla89 Publish time 15-6-2010 05:55 PM

ceta baru akak detoxxx...tqtq

bunick Publish time 15-6-2010 05:59 PM

go detox go!{:1_152:}
nt buat cte ni smpai diorg besar, pastu ada makwe ye detox
cte ni nk publish kn? congrats detox{:1_132:}

tudung_bawal Publish time 15-6-2010 06:03 PM

mesti marcell suke ni...:loveliness:

ai pon suke jugak...:loveliness:

allamanda Publish time 15-6-2010 06:11 PM

Citer baru....mesti citer nie best...secomel..senaughty liddin n affan....teruskan Detox

pura Publish time 15-6-2010 06:12 PM

so sweet.. sambung lagi sis

tudung_bawal Publish time 15-6-2010 06:14 PM

nanti request marcell letak gmbar affan & iddin kt cni byk2..:loveliness:

myuu Publish time 15-6-2010 06:15 PM

wah.. anak2 kak marcell
{:1_152:}{:1_152:}

mie07 Publish time 15-6-2010 06:52 PM

Best sekali sekala ada citer budak2

nera85 Publish time 15-6-2010 07:14 PM

ALA SWEET NYE....TWINS DH JD KAREKTOR LA..YEAH2...MSTI LG EXTRA GERAM KAT TWINS COMEI2 LPS NI....CHAIYOK DETOX....KEMBANG SAT MARCELL...{:1_149:};P{:1_152:}

chengkeh Publish time 15-6-2010 07:23 PM

huhuhuhu....
barantem aje si twin neh...
ribut banget deh.....:lol:

shazm85 Publish time 15-6-2010 07:44 PM

wah nnt bile affan n iddin dtg malaysia, sure dh mcm selebriti {:1_152:}{:1_152:}
luvs them so much...
n luv sis detox too {:1_149:}

detox Publish time 15-6-2010 07:55 PM

watak dua budak ketot ni tak sama dengan the real affan dan iddin - of course
tapi the real affan dan iddin adalah sumber inspirasi...

:)

detox Publish time 15-6-2010 07:59 PM

terima kasih pada semua yang sudi menjengah thread ni

:)

detox Publish time 15-6-2010 07:59 PM

wah nnt bile affan n iddin dtg malaysia, sure dh mcm selebriti
luvs them so much ...
shazm85 Post at 15-6-2010 19:44 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

the lil girl dalam your avatar - comel sangat


i love u too :)

midar Publish time 15-6-2010 08:04 PM

ye ye...
aunty detox ader citer baru lagi...
{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

sang_arjuna Publish time 15-6-2010 08:23 PM

wah.... mesti cerita ni cute gile
mcm sumber inspirasi detox

betul lah , kalau affan & iddin marcell dtg Msia terus jadi selebriti:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ~ AFFAN dan IDDIN ~ AKAN BERADA DI BOOKSTORE AFTER HARI RAYA !!


ADVERTISEMENT