purnama Publish time 2-7-2010 03:52 PM

{:1_152:} NAK LAGI..

liya71a Publish time 2-7-2010 04:57 PM

Post Last Edit by liya71a at 2-7-2010 17:33

Keropok leko yang lembut, hatiku terpaut.
Aku sengaja tidak kembali ke rumah setelah MyVi ku siap dikilatkan. Aku berpuas hati dengan hasil kerja anak muda yang menjadi usahawan kecil di kampung ini. Kampung Tanjung Batu 1, ini terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu, malah ia terletak di dalam bandar itu sendiri, Bezanya Cuma ia tidak lah sehebat bandar-bandar lain, Rumah-rumah kampung masih berdiri dicelah-celah bangunan emapt tingkat. Termasuk lah Hotel Grand Continental, betul-betul terletak bersebelahan dengan tanah milik saudara sebelah papa. Tok saudara yang sudah tua, tetapi masih lagi tinggal di rumah lama bersama anak bongsu yang menjaganya. Aku rasa usia nya mungkin sudah lebih 100 tahun. Setiap kali aku berhari-raya di rumah nya, dia masih mengingati siapa aku, anak kepada cucu yang mana satu. Ingatannya masih kuat. Sejak akhir-akhir ini sahaja dia kerap sakit-sakit. Demam dan kadang kala tidak dapat bangun menunaikan solat. Terpaksa dipapah oleh anak bongsunya yang ku panggil Mak Su.

Berkumandang azan Asar dari surau tembaga yang terletak tidak jauh dari Hotel Grand Continental. Aku bergegas memandu menuju ke Masjid Sultan Zainal Abidin yang teletak tidak jauh dari situ. Anggaran jika berlari atau jogging sudah tentu tidak sempat penat, sudah tiba di masjid. Sengaja aku tidak menyinggah ke rumah, aku ingin bersendiri sambil menikmati santai di tepi Pantai Batu Buruk.

Usai solat jemaah di Masjid, aku memandu ke pesisir pantai. Kelihatan beberapa peniaga layang-layang sedang memasang layang-layangnya.
Beberapa layang-layang lain masih dalam bungkusan. MyVi meluncur perlahan menuju ke gerai makanan yang terletak di sebelah hujung taman permainan.
‘Mmmm dah lama tak makan keropok leko’ bisik hati kecilku.
Aku berhenti berhampiran salah satu gerai yang aku lihat sedang rancak menggoreng keropok leko. Kelihatan beberapa bebola ikan dan sotong, sedia dipamerkan.

‘Kak, bagi kerpok leko seriya’ aku menunjukkan pada keropok leko yang masih panas.
‘Sorang saja?’ tegur kakak peniaga tadi sambil tangannya mengisi keropok leko ke dalam plastik lalu mencurahkan sos cili manis spesial negeri terengganu.
‘Ha a, saja nak ambil angin pantai’ jawab ku sambil mengunjurkan duit padanya.
‘Hati-hati ya, jangan duduk jauh hujung-hujung, ni tak ramai orang, bahaya’. Kakak tersebut sempat menitipkan nasihat buatku.
‘Baiklah kak’ Memang ada kes pembunuhan pernah berlaku di Pantai Batu Buruk ini tidak berapa tahun yang lalu. Kes nya masih belum dapat di selesaikan. Ramai yang membawa mulut mengatakan kes jenayah penagih dadah, namum aku masih tidak dapat mempercayai berita tersebut. Kawasan pesisir pantai ini ramai pengunjung, dan kes pembunuhan memang tidak pernah berlaku di sini.
‘Ikut saja lah nasihat akak tu.. Bahaya sensorang ni’ bisik hatiku.

Aku memarkir berhampiran dengan penjual layang-layang. Lagu Ebiet G Ade berkumandang di radioku. CD yang sengaja ku beli dari Indonesia sewaktu lawatan tempohari. Lawatan yang di anjurkan oleh Dato’ Shukor.
Sambil mengunyah keropok lekor yang enak dan menikmati bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa, fikiran ku melayang pada peristiwa malam tadi. Aku perlu menghubungi Luqman sebelum mereka sampai ke rumahku.

‘Bagaimana harus aku beritahu Luqman?’ Tandatanya yang sukar untuk aku jawab. Luqman yang aku kenali sejak kecil, namun sukar untuk meluahkan rasa hatinya pada ku, atau akukah yang ditimpa perasaan?.
Aku memejam mata seketika. Perut pun sudah kenyang, aku perlu mencari air kelapa muda pula. Seronok sungguh kalau dapat bekerja di tempat sendiri. Makanan yang sedap, dan persekitaran yang sangat mendamaikan.

‘Kalau ye pun, jangan la tidur di tempat public macam ni..’ sapa suara lembut itu. Alamak, ada suara yang sangat-sangat aku elakkan. Eh adakah aku bermimpi. Aku harap aku sedang bermimpi di siang hari.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Aduhai betullah, Fareez yang muncul di depan mataku. Aku harapkan ianya mimpi, tetapi tidak, dia betul-betul berada di sisi keretaku. Macam mana aku boleh tidak perasan dengan EX5 gagah perkasanya yang sudah sedia terparkir di sebelahku?.

‘Err..mmmm... errr....’ aku gugup seketika, tidak tahu hendak berkata apa lagi.
‘Bahaya seorang-seorang dalam kereta, dan terlelap pula tu. Mujur la I ni tak suka nak ambil kesempatan tau. Kalau orang lain macam mana?’ Fareez menyahut lagi.
‘Eh.. mmmm macam mana boleh En Fareez ada kat sini?’ aku bertanya lagak seperti orang yang mamai-mamai.
‘I ternampak kereta you tadi, masa I nak pergi tengok layang-layang kat sebelah ni, I ingatkan salah orang, tapi betul pula...’ Fareez cuba berselindung.
‘Bukan macam tu.. maksud saya, macam mana Encik Fareez boleh berada di Kuala Terengganu?, bukan kah Encik Fareez sepatutnya memantau syarikat di Port Dickson?’ Aku teringat agenda minggu lepas yang Dato’ Shukor tunjukkan padaku, tentang syarikat yang berada di Port Dickson yang perlu pemantauan serius. Bekerjasama dengan tentera memang perlukan keseriusan yang tinggi. Tentera terlalu berdisiplin walaupun dengan vendor mereka. Lewat sedikit mungkin akan dikenakan penalti.
‘Oooo itu kan minggu lepas, I dah pantau lebih 4 hari kat sana. Semua laporan I dah serahkan pada Dato’ Shukor. Apa salahnya I ambil cuti dua tiga hari untuk lepaskan lelah ke pantai timur ?’ Fareez menjawab dengan jawapan yang aku sendiri hampir tidak percaya. Adakah Fareez mengekoriku?. Tapi aku memang selalu melihat cermin pandang belakang, tidak pernah aku lihat kelibat EX5nya di mana-mana. Tiba-tiba sahaja muncul.

Aku menelan airliur. Hampir kering tekakku, kehausan. Selepas makan keropok lekor tadi, mungkin aku terlelap, sebelum bermimpi membeli air kelapa muda. Macam mana lah aku boleh cuai sangat.
‘Jom, I belanja you minum air kelapa muda kat situ?’ Fareez menunjukkan pada gerai kakak tadi. Macam tahu-tahu sahaja Fareez yang aku tadi masih belum minum lagi.

mawarbaiduri Publish time 2-7-2010 04:59 PM

sambung lagi.. :D

liya71a Publish time 2-7-2010 05:04 PM

ngeh ngeh ngeh...ha camna nak bagi tau luqman ni???

liya71a Publish time 2-7-2010 05:08 PM

sabar semua.... tgh mereka reka citer..

liya71a Publish time 2-7-2010 07:21 PM

Pesanan dititip, hatiku tersepit.
Sejak pulang dari Port Dickson, Fareez bagaikan kucing kehilangan anak. Sudahlah tidak punya nombor telefon bimbit Intan, tidak pula diketahui kemana Intan bercuti. Sebelum meninggalkan Ancasa PD, Dato' Shukor mengingatkan kembali Fareez tentang pesanan yang diberikan.
'Daddy sudah hampir 5 tahun memerhatikan Intan tu' Dato' Shukor memulakan perbualan saat Fareez berehat di hujung anjung lobi Ancasa PD. Ketika itu Fareez sedang termenung melihat cahaya bulan yang samar-samar memancar ke arah lautan.
'Kenapa Daddy?'
'Iye lah, sudah tiba masanya Alia untuk memiliki kasih sayang seorang ibu'
Fareez tersenyum meleret.
'Daddy ni macam tau-tau saja lah'
'Kau kan anak daddy Izz, sekilas ikan dilaut, sudah daddy tahu jantan betinanya' Dato' Shukor menganggukkan kepalanya.
'Hubungi lah dia, usahalah untuk memikat Intan, daddy rasa dialah yang paling sesuai untuk Izz'
'Daddy... boleh mintak nombor telefon Intan tak?'
'Izz kena usaha sendiri. Nombor telefon ke, alamat ke, tak perlu la ambil jalan pintas. Buat masa ni Intan tak tahu Izz anak daddy. Cubalah dalami diri Intan tu dengan cara Izz'
'Hmmmm... daddy, Izz ni takut sangat pisang berbuah dua kali. Izz dah serik. Sekali terluka, jika terluka lagi, mungkin tidak akan sembuh daddy...'
'Izz, cuba lah dulu. Intan tu daddy lihat patuh agama, berbudi bahasa, kerja pun puas hati'
'Daddy ni banyak sangat puji. Terlebih-lebih, entah-entah daddy saja menambah-nambah. Atau daddy yang suka dengan dia tak?.. Ehhh... ummi kalau tahu nanti, habis lah daddy..' Fareez mengusik Dato' Shukor.
'Tidak, ummi kamu pun dah tahu pasal Intan. Dia pernah datang ke rumah kita yang lama. Masa tu Fareez masih di Universiti. Macam mana pun, dia tak cam dengan Fareez, tak mengapalah. Dia datang dulu pun sebab ummi yang ajak tolong rewang. Kenduri kesyukuran abang kamu.'

Usaha. Usaha Fareez. Usaha untuk menawan Intan. Memang dia sudah tertawan kali pertama memandang Intan di kawasan parkir kereta tempohari. Wajah Intan yang kemerah-merahan akibat terkejut dan malu. Lesung pipit nya terserlah walaupun ketika bercakap. Itu yang menyebabkan Fareez bagai gila bayang. Mirip sungguh dengan wajah wartawan Majalah TV3. Terkenang ketika dia terserempak dengan Intan di hadapan surau ketika Intan tersandung karpet tempohari. Fareez tersenyum senang.

mijot Publish time 2-7-2010 07:56 PM

memang sesuatu nama zainal arief ni....
terus teringat novel sehangat asmara...
entah2 keluarga si fareez yg masuk meminang intan..

asnita Publish time 3-7-2010 09:18 AM

sambung lagi akak...nak tau seterusnya apa jadi

shahrinas Publish time 3-7-2010 11:16 AM

best...best...
kalu free letak n3 lagi k...

liya71a Publish time 3-7-2010 07:44 PM

Agak agak boleh di novelkan tak? Tapi nak ketengahkan konflik tanah juga ni di samping konflik cinta sepejabat .. Kalo x citer nya mcm x de motif pengajaran pulak

anabilla89 Publish time 3-7-2010 08:16 PM

insyaAllah boleh kak liya....buat konflik tertanya-tanya br exited nk baca...:)

mertua Publish time 3-7-2010 08:21 PM

liya
hari ini tak ada entry ke

liya71a Publish time 3-7-2010 09:35 PM

Apasalla x leh new reply niiiii

pura Publish time 3-7-2010 09:56 PM

salam liya...
cerita yg menarik.. slamat sempat gak merempit ni..
sambung lagi plzzzzz:lol:

liya71a Publish time 3-7-2010 10:51 PM

Fareez bingkas bangun dari kerusi empuknya.
'macam mana ni... Aku terlambat sikit je. Daddy ni tak patut betul la bagi Intan keluar awal petang ni... Kalau tidak sempat aku singgah tanya no telefon dia tadi...' Fareez menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mundar-mandir didalam biliknya. Petang tadi selepas solat jumaat di masjid kota damansara dia bergegas memacu BMW EX5 nya ke cyberjaya dengan harapan dapat mengubati sqkit rindu yang terasa menyucuk-nyucuk dihatinya. Sengaja menekan butang 4 dengan harapan dan hati yang berbunga-bunga untuk bersua muka dengan Intan. Memandang muka pun jadilah. Tetapi hampa sungguh bila Intan tiada di tempatnya.
Kebetulan pula Miss Mary dari HR muncul dari pantri.
'err.. Tumpang tanya miss mary, ada nampak Intan Syuhada tak?'
'oohhh Intan, dia dah minta excuse dengan Dato' tadi, dia nak balik awal, katanya esok dia nak bertolak awal ke Terengganu, balik kampung..' Miss Mary dengan ramah menjawab.
'oooo ok thanks' terimakasih betul dia dengan keramahan miss mary tadi. Terengganu, mana nak cari, Terengganu besar, tapi tak mustahil. Dia mesti bertindak sekarang. Esok pagi tentu Intan akan bertolak seawal mungkin.
'Encik Fareez ada apa cari Intan? Nak jumpa dengan Dato' ke?'
'ya, saya nak jumpa Dato' ada laporan yang perlu saya hantar.' Fareez cuba berselindung, padahal laporan tentang projek sistem integrasi di kem tentera teluk kemang baru 3/4 siap.
'macam tu, cuba Encik Fareez telefon dulu Dato' mana tahu dia ada appointment lain kot'
'thanks again miss mary, i really appreciate it' Fareez berpaling ke arah pintu keluar. Ketika itu juga dia berselisih dengan Sally.

mertua Publish time 4-7-2010 12:08 AM

terima kasih Liya
walaupun entry nya sikit sangat

pura Publish time 4-7-2010 01:27 AM

yeeahhh ada pun n3.. thanks dear..
nti sambung lagi ye.. tak sabar la... nice ..

pura Publish time 4-7-2010 08:50 AM

salam sume and morning..

amandaatika Publish time 4-7-2010 09:10 AM

ada n3... tq

liya71a Publish time 4-7-2010 09:25 AM

Sally hari ini memakai kebaya merah ketat menampakkan susuk tubuhnya. Dia tahu hari ini hari jumaat, memang dia akan mengenakan pakaian tradisional sama ada baju kurung kebaya atau kebaya. Kebanyakkan stok baju dalam alamarinya semuanya fesyen terbaru. Kebaya ketat sama ada bewarna merah terang, hitam, dan pink terang. Dia memilih warna merah terang, warna kegemarannya. Rantai mutiara terbuai-buai di dadanya saat dia berjalan. Mutiara yang diberikan oleh En Zainal Arief sempena harijadinya yang ke 25 dua tahun lepas. Mutiara yang ditempah dari Sabah, mungkin bernilai beribu ringgit. Wajahnya yang putih, susuk tubuhnya yang mungil, memang menarik sekali pandang.

'Eh Encik Fareez!... You nak cari I ke?' Sally tersenyum simpul sambil mengerak-gerakkan kepalanya. Dia baru sahaja pulang dari makan tengahari bersama salah seorang client di Restoran Saba, Cyberjaya. Wajahnya kemerah-merahan akibat panas tengahari.

'Tak ada lah, I nak jumpa Dato', dia tak available pulak, anyway, I ada something urgent kat bawah. Got to go now...' Fareez menolak daun pintu lalu keluar, tanpa memandang lagi ke belakang. Mujur juga lif tadi masih berada di tingkat yang sama, Tanpa berlengah lagi, dia terus memasukinya dan menekat butang 2 dan tutup.

Sally melopong melihat Fareez. 'Eh kenapa Fareez ni? Tak ada angin puting beliung, tiba-tiba je macam ribut taufan. Bau badan aku ke? Rasa-rasanya dah spray Enchantaur satu badan pagi tadi.' bisik hati Sally sambil berfikir-fikir.

Fareez perlu bertindak pantas. Dia perlu menyiapkan semua kertas kerja hasil pemantauannya di Kem Tentera Teluk Kemang tempohari. Semalam merupakan hari terakhir dia memantau projek sistem integrasi tersebut, Masing-masing berpuas-hati dan laporan 'User Acceptance Test' telah pun dipersetujui oleh pihak tentera. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Masih ada 2 jam sebelum 6 petang. Dia perlu fokus dan habiskan laporan sebelum jam 6 dan perlu bergegas ke Persint 9.

Memang kerja gila. Tepat jam 6 petang, Fareez mundar-mandir dengan EX5nya di persekitaran flat Persint 9. Cuba mencari-cari kereta MyVi hitam tempohari. Seingat-ingat Fareez, kereta MyVi hitam milik Intan mempunyai stiker McDonalds VIP. Bimbang juga kalau-kalau ada banyak kereta MyVi hitam yang menampal stiker VIP tersebut di tempat yang sama. Perlahan-lahan, dia memandu di kawasan tempat letak kereta betul-betul di bawah flat hijau Persint 9. Terlihat satu MyVi hitam di hujung sekali. Dia mendekatinya, lalu terpandangkan stiker McDonalds VIP tersebut.Memang sah, ini lah kereta Intan, dengan payung kecil yang dipegangnya tempohari terletak disebelah tempat duduk pemandu. Dia mencatit nombor plat kereta Intan. Rasa lega nya tidak terperi.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Hidupku MilikMu


ADVERTISEMENT