cmf_herrhughie Publish time 12-6-2010 12:51 PM

mulai 15 june, diskaunt 20% jambatan PP hanya diberi kpd pemegang Mykad '07'

seperti tajuk. Syarikat jambatan PP akan melaksanakan polisi baru utk menghadkan permohonan T&G dgn 20% diskaunt hanya kpd sesiapa dgn mykad '07'. Bagi mereka yg kerja di pp tanpa mykad '07', boleh tunjuk surat pengesahan drp syarikat masing2.

Setujukah anda dgn langkah ini?

miza86 Publish time 12-6-2010 05:37 PM

my kad 07 tu cmne?

Mas916 Publish time 13-6-2010 11:42 AM

07 tu kan kod negeri.....

sapa yg lahir kt Penang, kod dia 07 laa.......

err.....pemegang kad lama cam na plak.....
saja la gatai nk tanya.....wp kod ic aku mmg 07 pun...;P

PBSB akan buat keluar kad baru ka atau cemana...
aku ada baca notice yg tertampal....tp tak dan bc abes...
tu pun kebetulan hari tu lalu lorong tunai...
salu lalu lorong smart taq.

Mas916 Publish time 14-6-2010 09:55 AM

Utara: Jualan kad dihad
Oleh Amin Ridzuan Ishak
[email protected]
2010/06/14
BUTTERWORTH: Mulai Selasa ini, kad Touch n Go Jambatan Pulau Pinang yang menawarkan diskaun 20 peratus kepada pengguna hanya akan dijual kepada rakyat dan pekerja di negeri ini saja.

Kadar tol jambatan berkenaan adalah RM7 bagi pembayaran tunai serta kad Touch n Go biasa, manakala bagi penggunaan kad Touch n Go khas itu, pengguna hanya perlu membayar RM5.60 bagi perjalanan pergi dan balik dari Butterworth ke Georgetown.
Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), berkata pihaknya memutuskan untuk menghentikan penjualan kad Touch n Go khas kepada orang luar bagi mengembalikan keistimewaan (diskaun 20 peratus) kepada rakyat serta pekerja di Pulau Pinang.
“Ia harus dinikmati oleh rakyat negeri ini serta mereka yang bekerja kerana mereka adalah pengguna tetap dan perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang dalam perjalanan seharian.

“Sebelum ini kami turut menjual kad Touch n Go khas itu kepada kepada mereka yang tidak menetap di negeri ini tetapi dikesan menyalahgunakannya, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tahun lalu, PBSB selaku pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang menghentikan penjualan kad Touch n Go khas itu selepas mengesan berlaku penyalahgunaan terhadap kad terbabit.

Tindakan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang mahukan supaya penjualan kad terbabit diteruskan bagi membolehkan pengguna jambatan ketiga terpanjang di dunia itu terus menikmati diskaun 20 peratus.
Berikutan bantahan daripada pelbagai pihak itu, PPSB akhirnya menarik balik keputusan menghentikan penjualan kad Touch n Go khas dan menjualnya semula kepada orang ramai termasuk kepada mereka yang bukan berasal dan bekerja di negeri ini.

Jurucakap PPSB berkata, bagi rakyat negeri ini yang mahu membeli kad Touch n Go itu, mereka akan diminta menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan bahawa mereka adalah warga Pulau Pinang berdasarkan kepada alamat.

“Bagi pekerja sektor kerajaan dan swasta di negeri ini yang berasal dari luar Pulau Pinang, mereka perlu menunjukkan surat pengesahan majikan yang membuktikan bahawa mereka bekerja di sini," katanya.

Katanya, kad sedia ada termasuk dibeli orang dari luar negeri ini masih boleh menggunakannya seperti biasa dan terus menikmati kadar tol bernilai RM5.60.

Sementara itu, tinjauan ke Jambatan Pulau Pinang mendapati notis pemberitahuan mengenai perkara itu sudah dilekatkan di pondok tol sebagai makluman kepada pengguna.

kosaifriks Publish time 16-6-2010 10:55 PM

aku nye still 5.60..seb baik...huhuhu..kalau 7.00..mau benkrap aku lalu hri2..

fazyan Publish time 18-6-2010 01:34 PM

laaa... awat aku baru tau!! camna nak apply?

Mas916 Publish time 18-6-2010 01:56 PM

apply cam besa.....
permulaan RM110

silenceprotess Publish time 21-6-2010 04:56 PM

no 35 cam na lak nie

kosaifriks Publish time 22-6-2010 11:34 AM

td aku gune touch n go..tetibe de cas 7.0 plak..heran aku!~

Mas916 Publish time 22-6-2010 02:53 PM

Reply 8# silenceprotess


kemukakan surat dr majikan....

jgn plak majikan hg kt Perak...;P

Mas916 Publish time 22-6-2010 02:53 PM

Reply 9# kosaifriks

beli kad tu kat mana?

silenceprotess Publish time 22-6-2010 02:56 PM

Replysilenceprotess


kemukakan surat dr majikan....

jgn plak majikan hg kt Perak...
Mas916 Post at 22-6-2010 14:53 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


nak tukaq warna negeri boleh x?
malu la jd anak jati perak;P

Mas916 Publish time 22-6-2010 03:53 PM

Reply 12# silenceprotess


    warna negeri? errr......

silenceprotess Publish time 22-6-2010 04:07 PM

Replysilenceprotess


    warna negeri? errr......
Mas916 Post at 22-6-2010 15:53 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    sorry kak mas taping error.. ayat betoi tu warga negeri??? boleh xtukaq

kosaifriks Publish time 22-6-2010 04:44 PM

beli kat bridge laa..dh 4 tahun gune dh pn ni...huhu..tetibe plak pagi td buat hal..hempeh tul

kosaifriks Publish time 23-6-2010 10:28 AM

hri ni tetibe 5.60 pulak..semalam tol dh gelong kot..adehh..rugi 1.40 aku semalam

BabeYSHa Publish time 1-7-2010 12:11 PM

Urmmm.. even haku apply TnG kat opis jmbatan tue.. Tapi nak guna pun... haih.. leh kira ngan jari.. jarang lik sana... :DApapun.. haku rasa kalo ada choice satu agie.. ok gak.. Yelah.. apa salahkan bagi diskaun pda sapa yg slalu dok lalu.. :D haihh... untung pun untung kan...

hazryka Publish time 6-7-2010 01:20 PM

sekarang ni ada diskaun lagi ker??

member sy p sana nk buat kad TnG tu, mereka kata dh xder dah rm5.60..

sy baru bercadang nak buat sbb nak pindah seberang....(keje kat Pulau)...

Mas916 Publish time 7-7-2010 07:33 AM

ada.....tp IC kena 07

hazryka Publish time 9-7-2010 01:28 PM

alamatnye x dptla....IC sy 14....

dtg bhijrah dr KL ke penang utk bekerja jee....
huhuhu...
Pages: [1] 2
View full version: mulai 15 june, diskaunt 20% jambatan PP hanya diberi kpd pemegang Mykad '07'


ADVERTISEMENT