gogo Publish time 23-5-2010 06:43 PM

Pertandingan Mencipta Lagu

Semalam tgk Astro Ria, ada 1 iklan ni psl pertandingan mencipta lagu. tak sempat tgk sgt iklan tu, yg i ingt, kne bwk cd lagu ciptaan, pas tu apa lagi ntah. audition ada kt area kl, putrajaya n sabah klo x silap :o
so, anyone yg tau detail psl ni :o


share kt sini ok :$ :$ :$

gogo Publish time 23-5-2010 06:45 PM

1 lagi, klo korang tau, yg tu pertandingan biasa or reality program? :sweat3:

cmf_houdini Publish time 24-5-2010 10:28 PM


gogo cipta satu lagu untuk abg dini pliss :$

gogo Publish time 25-5-2010 12:41 AM

motif xde org tau psl ni :'( :'( :'(

gogo Publish time 25-5-2010 12:42 AM

gogo cipta satu lagu untuk abg dini pliss
cmf_houdini Post at 24-5-2010 22:28 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

tajuknye nuar jeng, vleyh? :$ :$ :$

iTUISi Publish time 27-5-2010 03:20 PM

http://photo.murai.com.my/5192010_ajaikeynote%28a%29.jpg

KUALA LUMPUR, 19 MEI 2010 : Tidak pernah lagi penggemar muzik tempatan mahupun luar negara didedahkan dengan program realiti televisyen mengetengahkan -bakat bakat baru dalam bidang penggubahan serta penerbitan lagu. Bagaimanapun, ia mungkin akan menjadi kenyataan apabila munculnya Keynote hasil cetusan dan ilham komposer dan penyanyi popular tanahair, Ajai.

Menurut Ajai, sudah tiba masanya peminat didedahkan dengan ilmu-ilmu muzik melalui pengubahan dan penerbitan lagu. Katanya, ia adalah penting kerana i dapat membantu masyarakat di luar sana untujk mengetahui bagaimana sesebuah lagu dihasilkan sebelum sampai ke tangan artis untuk dinyanyikan.

"Sebelum sesebuah lagu ataupun seseorang artis menjadi popular, ia haruslah bermula dengan kerja-kerja penciptaan lagu yang dilakukan oleh seseorang komposer terlebih dulu. Bagaimanapun ramai antara kita yang lupa akan perkara ini.

"Malah, pada masa sekarang ini, ramai artis merungut mereka tiada lagu untuk dinyanyikan, seolah-olah tiada pembekal. Untuk memeriahkan industri muzik ini sendiri, bilangan komposer mestilah ramai dan pastinya mereka perlu kreatif serta berdayasaing.

"Semua itu menjadi faktor kepada saya untuk menghasilkan program Keynote. Program ini bukan sahaja mengkomersialkan golongan komposer tetapi memberi peluang kepada mereka untuk berkarya sekaligus bertapak dalam industri muzik. Dalam Keynote pihak tenaga pengajar kami akan mengajar bagaimana untuk menghasilkan lagu-lagu yang baik serta mengajar teknik-teknik penerbitan lagu," katanya.

Jelas Ajai lagi, sebenarnya sudah lama dia mendapat idea untuk menghasilkan album ini.

"Boleh dikatakan idea ini wujud setelah bertahun-tahun. Setelah dapat menyiapkan formatnya, barulah saya berani ketengahkan idea saya ini kepada pihak stesen televisyen iaitu Astro Ria.

"Sebab saya memilih nama Keynote ini adalah kerana: 'Key is for the right range and Note is for the beautiful melody'. Itulah ungkapan yang bermain diminda saya ketika mendapat idea untuk menghasilkan program ini,"kata Ajai yang turut digelar Dekan bagi program ini.

Keynote yang diasaskan sendiri oleh Ajai bakal menemui penonton bermula 14 Jun 2010, jam 10 malam di saluran Astro Ria. Ia turut menampilkan Yasmin Hani dan Farish Aziz sebagai pengacara.

Program 13 episod yang terdiri daripada 12 pelajar ini turut mempunyai proses penyingkiran pada setiap minggu. Setiap minggu juga pelajar akan diberikan tugasan untuk menghasilkan lagu mengikut genre dan artis yang telah diberikan. Mereka juga akan bekerja rapat dengan penulis lirik yang akan ditentukan untuk mereka.

Sekiranya berpeluang meraih gelaran juara, pelajar bukan saja akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 tetapi juga berpeluang untuk menandatangani kontrak komposer/produser di bawah naungan E&A Production dan Wake The Baby Records Sdn Bhd.

Bagi pemenang tempat kedua pula, pelajar bakal meraih wang tunai RM5,000 beserta kontrak komposer/produser dibawah naungan E&A Production dan Wake The Baby Records Sdn Bhd. Manakala tempat ketiga berpeluang memenangi wang tunai RM3,000, kontrak komposer/produser dibawah naungan E&A Production dan Wake The Baby Records Sdn Bhd.

Kepada seiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah datang ke sesi ujibakat yang diadakan di Wisma Bentley, Damansara pada 23 Mei 2010, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya (27 Mei 2010) dan Institute Seni Sabah, Kota Kinabalu (5 Jun 2010). Sebarang maklumat mengenai Keynote bolehlah menghubungi Liza di talian 012-3728819 atau Afeeq (012-6160949).

Pertandingan program realiti Keynote ini Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berusia 18 hingga 35 tahun ke atas dan berpewatakan menarik. Apa yang anda perlu bawa adalah gambar berukuran 4R, membawa demo ciptaan asal. Menerusi sesi ujibakat itu juga, lagu yang dihasilkan (Inggeris atau Melayu) perlu dinyanyikan samaada daripada anda sendiri mahupun rakan. Ia mestilah diiringi alunan gitar atau pun keyboard.
Pages: [1]
View full version: Pertandingan Mencipta Lagu


ADVERTISEMENT