kakleen Publish time 21-5-2010 03:30 PM

NOKTAH CINTA

Assalamualaikum semua!

Kakleen tak suka baca novel, sebab selalunya mesti sangat emosional, tetapi dalam masa yang sama minat menulis. Noktah Cinta adalah cubaan pertama kakleen menulis, dan dah habispun ceritanya. Selalu gak masuk sini untuk cari idea mengarang. And actually it's a fanfic dan kakleen dah tepek cerita ni kat benang Hafiz. Errr, boleh ke tepek kat sini pulak e?? MOD, harap boleh lah yer...

Kakleen nipeminat HAFIZ, so watak utama dalam cerita ni adalah tentang HAFIZ dan kawan-kawan baik dia, AKIM dan ARIL. Mana-mana yang mengikuti AF7 maybe boleh relate dengan watak-watak yang kakleen create dalam cerita ni.

Ini adalah kisah budak-budak - persahabatan, kasih-sayang, percintaan dan pengorbanan.

Hope korang enjoy the story!

midar Publish time 21-5-2010 03:33 PM

welcome!!!

kakleen Publish time 21-5-2010 03:35 PM

PART 1 – SUAIKENAL

Suasana kelas hingar-bingar. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Syafiee berborak sama sendiri. Ini adalah fenomena biasa sejak Puan Fatimah Abu Bakar dipindahkan ke Kementerian Pelajaran tiga minggu yang lalu. Kelas Pengajian Am yang merupakan subjek yang paling tidak digemari pelajar kini menjadi sangat “ceria” tanpa kehadiran guru.

“Ahhh!!” Erin mengeluh bosan sambil membelek helaian buku teks Pengajian Am dihadapannya. Kerisauan bersarang dibenaknya mengenangkan peperiksaan percubaan tidak lama lagi. Erin meneruskan pembacaannya tanpa mempedulikan aktiviti rakan sekeliling yang menyakitkan telinganya.

Tiba-tiba, “Adoi…!” Segumpal kertas singgah dipipinya diiringi hilai tawa dari hujung kelas. Erin mengangkat muka dan merenung tajam sekumpulan tiga pelajar lelaki yang membalas nakal renungannya dengan berterusan ketawa tanpa silu.

“Dasar cacat otak!!” jerit Erin sambil membaling semula gumpalan kertas ke arah mereka bertiga, malangnya sasarannya tidak mengena dan dibalas dengan hilaian tawa yang lebih kuat.

“Uhhhh!” Erin menggetus geram.

Tiga pelajar itu, Aril, Akim dan Hafiz cukup gembira dapat mengusik Erin yang pendiam dan ulat buku. Ia bagaikan satu kepuasan melihat muka gadis manis itu bertukar kemerahan menahan marah.

Aril, Akim dan Hafiz atau lebih dikenali sebagai Geng 3A merupakan pelajar paling nakal di Sekolah Temenggung Aziz. Ketiga-tiganya mempunyai aura dan pesona tersendiri hingga menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan. Kenakalan dan kecemerlangan 3A beralun serentak sehingga sukar untuk guru-guru mengambil tindakan terhadap tindak-tanduk mereka yang kadang-kadang agak melampaui batas.

“Bangun!!!!” tiba-tiba Yazid, sang Ketua Kelas memberi arahan. Kelam kabut para pelajar mengambil tempat masing-masing.Melangkah masuk ke Kelas 6 Atas Syafiee, seorang wanita muda, berbaju kurung merah jambu dan bertudung sedondon. Susuknya sederhana dengan wajah sawo matangnya dimekap tipis.

“Assalamualaikum Cikgu”

“Wa’alaikumussalam. Duduk semua!”

Wanita itu tersenyum manis menampakkan lesung pipit yang tidak berapa dalam di kedua belah pipinya. Hatinya agak berbunga melihat wajah-wajah polos dihadapannya yang melihatnya dengan pandangan yang teruja.

“Saya adalah guru Pengajian Am kamu yang baru, menggantikan Puan Fatimah. Nama saya Riana..mmm..Qaseh Riana Abdullah”

“Cik ke Puan?” tiba-tiba terpacul suara nakal di barisan belakang kelas.

Riana mencari pemilik suara itu. Pandangannya terhenti pada wajah comel anak muda bermuka agak bulat yang memandangnya dengan mata yang nakal dan senyuman meleret.

“Cik”, Riana membalas tegas. Dia agak tidak selesa dan bosan dengan soalan wajib itu yang pasti diajukan oleh mana-mana orang yang baru mengenalinya.

“Yeay!” sahut anak muda itu sambil disahut dengan hilai ketawa oleh rakan-rakan sekelas. Riana turut ketawa, terperanjat dengan reaksi pelajarnya sambil menyembunyikan perasaan malunya.

“Apa yang Yeay! sangat…? Hmmm…” tanya Riana sambil cuba melihat tanda nama di dada pelajar nakal itu.

Tahu apa yang dicari Riana, segera dia memberitahu, ““Nama saya Hafiz, Cikgu!” sambil menayangkan tanda nama di dada bajunya.

“Yeay sebab Cikgu tak kawin lagi lah,” sambungnya sambil ketawa dan disambut oleh rakan-rakan yang lain.

“Kamu ingat kamu boleh pikat Cikgu??” Riana mencabar di dalam tawa yang tidak berkurang.

“Kalau Cikgu sudi,” Hafiz terus menduga.

“Ewwww…..seluar dalam awakpun mak masih basuh lagi ada hati nak ngorat Cikgu” Riana membalas usikan Hafiz bersahaja dan Kelas 6 Atas Syafiee terus galak dengan hilai tawa.

“Uhh…dasar gatal,” getus Erin, menyampah dengan gelagat Hafiz dan rakan-rakan sekelasnya. Sedikit rasa cemburu tersilang di hatinya.

Sesi kelas hari itu hanya diisi dengan acara suaikenal dan perbincangan tentang topik-topik yang akan diajar dalam kelas akan datang.

Bila loceng berbunyi menandakan tamat masa pelajaran, Riana meninggalkan kelas 6 Atas Syafiee dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Sudah lama dia tidak ketawa seperti itu. Seperti ada beban yang terlepas dari hatinya melayan usikan pelajar-pelajar barunya. Dia pasti akan gembira di sini. Dia pasti akan memberikan khidmatnya yang terbaik di sekolah ini. Ya, di sinilah permulaan baru hidupnya. Dia pasti!

RIANA

Riana tekun meneliti nota tentang Perlembagaan Malaysia, topik yang akan didebatkan di dalam kelasnya esok hari. Seboleh mungkin dia akan cuba menjadikan subjek tersebut menarik untuk pelajar-pelajarnya. Tiba-tiba dia rasa tak sabar menunggu hari esok. Riana tertawa kecil, hairan dan teruja dengan semangat baru yang meruap di jiwanya.

“Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah”, ucap syukurnya di dalam hati.

Setelah berpuas hati dengan persiapan untuk mengajar esoknya, Riana merebahkan dirinya ke katil beralaskan cadar “turquoise” warna kegemarannya. Usikan nakal Hafiz kembali memenuhi ruang ingatannya. Dia ketawa sendiri. Anak muda itu sangat comel di matanya. Ahhhh….dan dia ketawa lagi.

“Semoga hari esok lebih baik lagi, Ya Allah,” doanya perlahan.

Perlahan matanya ditutup. Riana berharap dapat tidur lena malam ini. Dia cuba mengosongkan fikirannya. Dalam keadaan separa sedar, berbalam-balam wajah-wajah itu cuba menjelma dalam deltanya. Riana terus memejamkan matanya. Sesekali dahinya berkerut. Namun dia tak akan benarkan wajah-wajah itu menggangu tidurnya. Tidak lagi! Wajah-wajah itu kian menghilang diganti dengan hilai tawa yang menyenangkan. Muncul wajah comel yang tersenyum nakal padanya….Riana terus memejamkan matanya tapi dahinya tidak lagi berkerut. Dan tak lama selepas itu, dia lena mengulit mimpi yang diciptanya sendiri…

kakleen Publish time 21-5-2010 03:35 PM

welcome!!!
midar Post at 21-5-2010 15:33 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks midar!! :loveliness:

kakleen Publish time 21-5-2010 03:41 PM

PART 2 – NAKAL SANG ARJUNA

Selesai makan nasi lemak dan milo ais, Hafiz melabuhkan dirinya di bawah pokok di belakang sekolah sementara menunggu habis waktu rehat. Pokok itu adalah spot kegemaran 3A. Aril dan Akim menghilang entah ke mana. Hafiz tidak berusaha mencari mereka. Entah kenapa dia berasa ingin bersendirian hari ini.

Hafiz tersenyum dan bersiul kecil. Kelas Pengajian Am hari ini dua jam. Hatinya berbunga riang padahal Pengajian Am adalah amat membosankan baginya.

“Hoii.. kau berangan macam mana nak ngorat Qaseh Riana e??” sergah Akim mematikan lamunan Hafiz. Akim menyeringai comel menampakkan barisan giginya yang kecil tersusun unik.

“Bendul kau!!” renggus Hafiz menepis tebakan Akim yang hampir kena.

“Tapi lesung pipit tu memang “taste” engkau kan???” Akim terus mengusik.

“Hahahaha! Baya nenek aku dowh lesung pipit tu. Tapi nama dia cantik, nanti boleh bagi nama anak aku macam tu”, balas Hafiz.

“Anak aku pun!” balas Akim.

“Anak aku pun!” sampuk Aril dari belakang Akim.

Mereka ketawa besar sambil meneruskan celoteh anganan mereka.

Dari jauh Erin memerhatikan gelagat ketiga-tiga sahabat baik itu sambil tangannya terus mencoret sesuatu di dalam diari baldu merah pemberian kakaknya. Diari itu adalah peneman setianya di mana-mana sahaja dia pergi.

Di antara 3A, Erin paling menyenangi Aril. Walaupun nakal, Aril lebih sensitif dengan perasaannya. Kadang-kadang Erin terperasan mata Aril memandangnya simpati setiap kali usikan Hafiz dan Akim agak keterlaluan padanya. Antara mereka bertiga Aril paling matang bagi Erin.

Akim pula kasanova tersohor di Temenggung Aziz. Orangnya segak dengan susuk yang kurus tinggi. Lebih-lebih lagi dengan kepandaiannya memetik gitar dan berlagu indah memang bisa mencairkan hati mana-mana gadis yang dioratnya. Namun di dalam kenakalan Akim ada keseriusan di dalam tutur katanya. Pantang ada yang tidak berkenan di matanya, memang alamaknya kena “sound direct” lah.

Erin tersenyum lagi sambil tangan ligat menulis.

Tapi dia paling sukakan Hafiz walaupun Hafiz yang paling nakal dan paling kerap mengusiknya. Erin suka bila Hafiz merenungnya dengan matanya yang tersenyum. Dia sangat suka bila Hafiz ketawa terbahak-bahak hingga matanya tertutup menampak bulu matanya yang lentik. Dia meminati barisan gigi Hafiz yang putih bersih memaniskan senyumannya. Dadanya berdebar bila sesekali Hafiz memanggil namanya dengan lembut, ”Erin..” Perasaan apakah ini Tuhan…

“Erin!!”, jeritan Hafiz mengejut Erin dan belum sempat dia memberi apa-apa respon, tangan Hafiz pantas merampas diari baldu merah dari ribaan Erin.

“Hei..pulang kan!! Budak terencat akal!” jerit Erin marah.

“Nah!” Hafiz menghulurkan diari itu kembali.

Tapi belum sempat Erin mengambil diarinya, segera Hafiz mencampakkannya kepada Akim.

“Alalalala…” kata Akim dan belum sempat Erin merebut diarinya kembali, sekali lagi diarinya bertukar tangan kepada Aril.

Dan begitulah bergilir-gilir diari baldu merah kesayangannya bertukar tangan dari Hafiz kepada Akim kepada Aril dan Erin seperti anak kecil berlari-lari di tengah-tengah lingkungan 3A yang mengilai ketawa mempersendakan aksinya. Letih dan geram, Erin akhirnya duduk dan airmatanya mengalir laju membasahi pipinya.

Loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi.

“Ok Aril, jom kita balik kelas, dah habis baca esok, baru kita pulangkan diari dia ni,” kata Hafiz tanpa simpati disambut dengan hilaian ketawa Akim.

Aril seakan tersentak. Diari di tangannya dipegang erat walaupun diminta berkali-kali oleh Hafiz. Butiran jernih yang jatuh di pipi putih gebu milik gadis manis itu adalah pemandangan terindah yang pernah dilihatnya. Degup jantung Aril seakan terhenti. Airmata itu terlalu meruntun hatinya.

Dia merapati Erin, memegang bahunya perlahan dan meletakkan diari baldu merah itu ditangan Erin…

“Sorry…” bisiknya perlahan dan berlalu dari situ.

“Awok sentimental sangat sehhh…………” ketawa Hafiz dan Akim memenuhi udara.
Aril terus meluru laju menuju kelas tanpa menghiraukan usikan teman-teman akrabnya.

ARIL

Aril adalah anak tunggal. Sejak kematian Abinya, sedaya-upaya Aril berusaha membahagiakan Umminya. Sedaya mungkin Aril tidak akan mengingkari setiap kata-kata Ummi. Aril sentiasa ingat pesan Abi sebelum Allah menjemput Abi ke syurga. Masa tu, Aril baru berusia 11 tahun.

“Aril kena sentiasa ingat, syurga di tapak kaki Ummi,jadi jangan pernah Aril sakiti hati Ummi. Kalau Abi tak ada, Aril janji dengan Abi, Aril akan jaga Ummi baik-baik” Aril mengganguk perlahan.

Dia cuba menahan dirinya dari menangis sebab Abi selalu berkata, “Lelaki tidak boleh menangis. Aril kena jadi lelaki yang hebat, yang kuat semangat sebab lelaki adalah ketua keluarga. Dan jangan pernah buat Ummi menangis atau mana-mana perempuan pun menangis. Aril kena jadi lelaki yang budiman.Ingat tu..”

Itulah pesan Abi yang disimpan kemas oleh Aril.

Tangisan Erin siang tadi benar-benar membuat Aril rasa bersalah. Dia rasa bersalah pada Erin. Dia rasa bersalah pada Abi.

Sudah lama Aril menyimpan perasaannya pada Erin, anak Tan Sri Hashim Azmi, pedagang antarabangsa yang tersenarai antara 100 yang terkaya di Malaysia itu. Hatinya rasa sakit setiap kali Hafiz dan Akim mengusik dan mengacau Erin. Hanya kerana Erin pendiam dan jarang melawan, sahabat-sahabatnya semakin galak mengganggu. Aril ingin membantah tapi bimbang perasaannya pada Erin diketahui Hafiz dan Akim. Aril bimbang ditertawakan. Lebih-lebih 3A pernah berjanji untuk tidak jatuh cinta. Tidak buat masa ini. Ini adalah masa untuk bermain-main dengan hati perempuan. Seperti kata Akim yang terkenal dengan kasanovanya,“Test Power”. Aril bimbang, persahabatan 3A goyah jika perasaan hatinya dibongkar.

Aril tahu dia perlu meluahkan rasa hatinya kepada seseorang tanpa menjejaskan egonya. Namun bila disuarakan rasa hatinya kepada Ummi, segera Ummi membantah, padahal Ummi belum pernah bertemu dengan Erin. Aril tak faham kenapa Ummi tidak bersetuju dengan pilihannya. Bukannya Aril ingin kahwin sekarang. Aril hanya meluahkan perasaan. Tapi kenapa Ummi beriya-iya membantah? Aril bingung. Bila didesak minta penjelasan, Umminya akan menarik muka sedih dan Aril telah berjanji dengan Abi untuk tidak membuat Ummi menangis.

Demi Ummi, demi 3A, Aril harus korbankan perasaannya. Tapi adakah Aril mampu menahan apa yang terbuku di hatinya lebih lama lagi? Perlahan Aril meraup wajahnya, “Tuhan, tolong aku…” rintihnya. Segera, dia ke bilik air dan mengambil wuduk.

pura Publish time 21-5-2010 03:44 PM

heheheee..

sambung lagi...

kakleen Publish time 21-5-2010 03:46 PM

heheheee..

sambung lagi...
pura Post at 21-5-2010 15:44 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks pura, sebab baca...hehehehe....citer budak-budak jer ni....
jap, kakleen tengah edit part 3...nanti tepek...

kakleen Publish time 21-5-2010 03:50 PM

PART 3 – ADA RASA TAK TERDUGA

“Melayu adalah jati diri. Apa yang tertulis di dalam Perlembagaan adalah terlalu general dan tidak melambangkan maksud melayu yang sebenar. Kalau macam tu senang lah kaum-kaum lain nak masuk melayu,” lantang Akim menzahirkan pendapatnya.

“Habis, kamu rasa apa interpretasi yang lebih baik menggambar Melayu mengikut fahaman kamu?” Soal Riana.

“Aaaa……..oiii, tolong ar aku,” Akim tergagap sambil mencuit Hafiz yang ralit memandang Riana, minta pertolongan.

“Kenalah tengok keturunan Cikgu,” Hafiz menjawab yakin.

“Dan bagaimana kamu menentukan keturunan, Hafiz?” soal Riana lagi mencabar intektualiti pelajarnya. Dia memandang Hafiz lembut dengan senyuman sinis menampak dua lekuk manis di pipinya.

“Adoii…lesung pipit itu, nak fikir pun tak boleh dah”, hati Hafiz berbicara sendiri, tetapi dengan spontan bibirnya mengukir senyuman nakal dan menjawab, “keturunan boleh ditentukan dengan bentuk badan, warna kulit, raut wajah dan mmmm...mungkin juga lesung pipit.”

Hafiz mengenyitkan matanya kepada Riana yang sedikit terperanjat dengan jawapan yang diberi sebelum ikut ketawa bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

Riana mengerutkan dahi menyembunyikan senyum dan cuba berlagak tenang. Namun pipinya terasa panas.

“Kita tengok juga kaum tu pernah bersunat atau tidak Cikgu,” sampuk Aril tiba-tiba.

Dan Riana tidak dapat menahan ketawanya lagi.Sekali lagi kelas 6 Atas Syafiee hingar-bingar dengan hilai tawa pelajar dan gurunya. Subjek Pengajian Am tidak membosankan lagi.

Bila kelas hari itu berakhir, Riana berasa lega. Method pengajarannya berjaya menarik minat pelajar. Walau macam mana dia cuba memberikan perhatian secara sama rata kepada semua pelajarnya, dia tidak dapat menafikan kadang-kala perhatiannya lebih tertumpu kepada 3A terutamanya Hafiz. Tiba-tiba pipinya terasa panas kembali. Rasa malunya masih bersisa dengan usikan Hafiz tadi.

Riana tahu Hafiz selalu curi-curi memandangnya ketika dia mengajar. Ada masa lirikan nakal Hafiz cuba menguji hati perempuannya. “Ah…anak itu memang sangat nakal,” bisik hati Riana sambil tertawa kecil. Sudah tentu Riana tidak melayan kenakalan Hafiz tetapi dia tidak dapat menafikan taman hatinya berputik gembira. Riana menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba mengusir perasaan manis itu dari mindanya.

Erin juga perasan perubahan sikap Hafiz semasa kelas Cikgu Riana. Hafiz lebih fokus dari biasa, padahal Pengajian Am bukan subjek kegemarannya. Erin juga perasan renungan Hafiz yang berbeza pada Cikgu Riana dan Erin tidak dapat menahan rasa cemburunya.

“Apalah yang dipandang pada anak dara tua tu..” getus hatinya marah sambil menggenggamkan tangannya.

“Erin, kau marahkan sape tu?? Kot yer pun, tahan-tahan la sikit, jangan bagi orang nampak” tegur Zizi, sahabat baik Erin sambil tertawa.

“Eh, Zizi, takder apalah. Aku dok fikir macam nak balas dendam kat 3A ni, tak habis diaorang ganggu aku,” bohong Erin.

“Kalau kau tak tahan sangat, mungkin kau patut bagitau cikgu pasal diaorang tu. Mintak injunksi supaya diaorang tak boleh mendekati kau dalam lingkungan radar 100m”, cadang Zizi yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.

“Hahaha..injunksi? Nak report kat mahkamah mana?” Erin tergelak manja.

“Eh, aku serius lah. Cikgu Riana kan cikgu kaunseling baru. Apa kata kau pergi jer mengadu kat dia,” Zizi terus memberi cadangan.

“Riana?? Uhhhhh…baik tak payah. Sah-sah dia akan menyebelahi 3A,” getus Erin, tiba-tiba rimas bila nama Riana disebut.

“Eh, engkau ni kenapa?? Tak baik kau cakap macam tu. Aku tengok Cikgu Riana tu ok jer,” nasihat Zizi yang kehairanan dengan jawapan teman baiknya itu.

Erin mengangkat bahu, diam dan terus melayan perasaan. Hatinya sakit setiap kali dia teringat cara Hafiz memandang Riana dan perasaan cemburunya pada Riana semakin membuak.

ERIN

Berwajah bujur sirih dan berkulit putih bersih. Erin antara pelajar perempuan tercantik di Temenggung Aziz tapi bukan pelajar paling popular, mungkin kerana sikapnya yang pendiam dan merendah diri. Pun begitu pemujanya bukan sedikit. Namun hatinya tidak terbuka untuk sesiapapun yang cuba mendekati. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang sangat berada, Erin dididik untuk hidup sederhana. Kerana itulah dia dihantar ke sekolah biasa bukan sekolah antarabangsa yang terkenal di ibukota.

Kesibukan Mama dan Papanya, menyebabkan Erin sangat rapat dengan kakaknya Isma, sementalahan pula mereka hanya dua beradik. Jarak umur mereka yang jauh menyebabkan Erin sangat manja dengan kakaknya. Kadang-kadang Kak Ismalah pengganti Mama, tempat Erin bergantung kasih dan mencurahkan masalah remajanya.

Segalanya cukup sempurna untuk Erin sehinggalah Isma meninggalkan rumah dua tahun lepas. Erin tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan Papa terlalu marah dan menghalau Kak Isma keluar dari rumah. Bila Kak Isma pergi, tiada siapapun dibenarkan untuk menyebut nama Kak Isma di dalam rumah. Mama sangat sedih, Erin tahu tapi Mama tidak berani membantah Papa. Erin juga tidak berani membantah Papa.

Kini, diari baldu merah, hadiah Kak Isma pada harijadinya yang ke 16 menjadi peneman setia. Diari itulah saksi semua luahan rindunya pada Kak Isma. Dairi itu juga tempat dia mencurahkan perasaan aneh yang dirasakan terhadap Hafiz. Rasa cemburunya pada Riana. Diari itu adalah rahsia hatinya yang paling dalam.

Tiba-tiba Erin rasa bersalah kerana merasa cemburu pada gurunya sendiri. “Ya Allah, tak berkat pelajaran aku nanti,” desis hati Erin. Diari baldu merahnya ditutup dan diletakkan di bawah bantalnya.

kakleen Publish time 21-5-2010 04:00 PM

PART 4 – ANEHNYA PERASAAN ITU

Dari tengah padang, Hafiz melihat Cikgu Riana sedang melakukan stretching dengan pasukan bola jaring yang dilatihnya. Berseluar trek biru, berbaju T kuning dan bertudung bunga-bunga warna senada, Cikgu Riana tampak sangat ringkas dengan wajah polos tanpa mekap. Sesekali suara halus Cikgu Riana bertukar nyaring ketika memberi arahan. Dalam apa keadaanpun senyum dibibirnya tidak pernah lekang dan dua lesung pipit itu menjadi pelengkap gaya. Hafiz tersenyum sendirian. Memang lesung pipit itu sentiasa menjadi igauan malamnya.

“Woii…main betul-betul lah,” jerit Akim. Marah bila hantaran bolanya tidak disambut Hafiz.

Hafiz segera sedar dari anganannya dan kembali menumpukan perhatian pada permainannya. Tamat separuh masa pertama, Hafiz segera mencapai sebotol air mineral dan berlari menuju ke gelanggang bola jaring, diikuti oleh Akim dan Aril dan beberapa rakan sepasukan lain. Masa rehat untuk mencuci mata katanya.

“Cikgu, air?” pelawa Hafiz kepada Riana.

“Oh, terima kasih! Latihan awak dah habis ke?” tanya Riana sambil menyambut botol air mineral yang dihulurkan Hafiz.

“Belum lagi. Time rehat ni…cuci mata dulu.” Jawab Hafiz sambil tergelak.

“Oh…mata siapa yang awak cuci?” Riana cuba mengorek rahsia pemuda comel itu.

“Cikgulah,” jawab Hafiz tapi jawapan itu hanya berbunyi di dalam hati. Mulutnya menjawab nakal, “siapa lagi kalau bukan si sexy Claudia.”

“Ohh suka yang seksi. Tapi sayang kawan kamu dah kebas dulu,” sambil kepalanya terarah kepada Akim dan Claudia yang rancak berbual di tepi padang. Hafiz hanya ketawa kecil. “Saya tak kisahpun Cikgu,” tutur Hafiz di dalam hati.

“Kalau macam tu, saya cuci mata tengok Akim je lah.” Hafiz terus melawak.

Hampir tersembur air yang diteguk Riana mendengar kata-kata Hafiz. Tanpa sedar, Riana terus ketawa besar. Hafiz hanya tersenyum tapi matanya tidak lepas memandang wajah Riana yang kemerahan ketawakan lawaknya yang tidak seberapa. Dan ada perasaan aneh menyelinap di hatinya mendengar ketawa Riana yang berirama seperti muzik indah di telinganya.

Erin di bangku simpanan menggetap bibir menahan geram melihat kemesraan Hafiz dan Riana. Aril yang sedari tadi memerhatikan Erin, memberanikan diri mendekatinya.

“Hai!” sapa Aril lembut.

“Hai!” jawab Erin di dalam senyum kelat.

“Kenapa tak main hari ni? Sakit ke?” perlahan Aril membuka bicara.

“Kaki injured”, jawab Erin pendek.

“Aril minta maaf pasal diari tu,” Aril menyambung bicara.

“hmmm….” Erin mengangguk sambil matanya tunduk memandang bumi.

“Erin, Aril..mmm…Aril…mmm….”

Belum sempat Aril menghabiskan ayatnya, Erin bingkas bangun, “Ok, saya nak jumpa Zizi kejap. Bye!”. Erin terus bergegas ke hujung gelanggang tanpa menoleh ke arah Aril.

“Erin mesti sangat membenciku,” desis hati Aril.

Kedengaran di tengah padang, Cikgu Aris membunyikan wisel. Dengan segera Aril, Akim, Hafiz dan rakan-rakan pasukan berlari meninggalkan gelanggang bola jaring dan meneruskan latihan mereka.

Usai latihan, Aril dan Hafiz bergandingan pulang ke rumah. Akim tidak bersama-sama mereka berdua petang itu. Ada dating dengan Claudia katanya. Aril dan Hafiz telah masak dengan perangai kasanova Akim. Pantang ada peluang, mesti tak dilepaskan. Tapi tak boleh nak salahkan Akim juga, kalau Akim tak mencari, gadis-gadis pula yang mencarinya. Jejaka hot lah katakan.

“Kau rasa kita ada peluang ke nak menang minggu depan?” tanya Hafiz memecah kesunyian.

“Ada kot…” jawab Aril acuh tak acuh. Fikirannya masih lagi memikirkan Erin yang dingin melayannya.

Tidak puas hati dengan tingkah Aril, Hafiz terus menyoal, “Engkau kenapa, sejak dua menjak ni aku tengok lain macam jer…”

“Mana ada apa-apa. Aku ok,” jawab Aril.

“Engkau dengan Erin ada apa-apa ke? Tadi aku tengok bukan main lagi kau berborak ngan dia,” Hafiz terus menduga.

“Uhh??!! Borak jer terus ada apa-apa ke??” Aril mencebik, risau rahsia hatinya terbongkar.

Hafiz ketawa mengekek. “Kot-kot lah kau lupa janji 3A. Tapi boleh jer kalau nak test power macam Akim. Jangan bila aku test power aku nanti, Erin terlepas kat aku pulak.”

“Habis Riana, kau nak letak mana?” Aril mengejek.

“Dalam poket aku, time exam baru keluarkan, senang nak tolong aku jawab soalan,” jawab Hafiz dalam ketawa yang masih bersisa.

“Jadi kau memang suka Riana lah. Ooooooiiii…Hafiz jatuh cinta kat cikgu sendiri!!!” pekik Aril walaupun tiada orang di jalanan melainkan mereka berdua.

“Woii…woiiit..woiiit..Gila kau!!” secepat kilat satu tumbukan tipis hinggap di bahu Aril.

Dalam tawa, Aril mengaduh kesakitan tapi tumbukan Hafiz tidak dibalas. Hafiz turut ketawa. Hatinya terasa sangat bahagia.

HAFIZ

Gelak ketawa Cikgu Riana siang tadi masih terngiang-ngiang di telinga Hafiz. Wajah manis cikgu muda itu bermain-main dimindanya. Sesekali dia tertawa sendiri. Entah kenapa seperti ada satu fasa baru telah tercetus di dalam dirinya.

Figura Cikgu Riana yang periang, sporting, penyayang dan bijak sangat menyenangkan hatinya. Cikgu Riana suka ketawa dan Hafiz sangat gembira bila leluconnya yang tidak seberapa menyebabkan Riana ketawa bersungguh-sungguh. Cikgu Riana juga sabar melayan kerenahnya, tatapan matanya lembut penuh keibuan walaupun Hafiz tahu kadang-kadang tingkahlakunya agak keterlaluan. Senyuman Riana tampak ikhlas dengan lesung pipit yang manis menggetarkan kalbunya. Lontaran suaranya yang lembut dan halus serta aksi-aksinya di kelas yang kadang-kadang agak keanak-anakan menyebabkan Hafiz terkesima.

“Perasaan apakah ini? Astaghfirullahalazim, ampuni aku Ya Allah… Riana adalah guruku!! Tapi lesung pipit itu…ahhhh……. “ Hafiz tersenyum nakal sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba menguis perasaan aneh itu dari hati dan fikirannya.

Hafiz sudah lama tidak merasai sentuhan kasih seorang perempuan di rumahnya.Di rumah hanya ada dia dan Daddy. Daddynya seorang pelukis. Masanya banyak dihabiskan di studio kecil di bahagian atas rumah dua tingkat itu. Seminggu sekali Makcik Siti Hajar, jirannya yang diupah oleh Daddy datang membasuh pakaian dan membersihkan rumah. Makan pula selalunya di”order” terus dari Warung Wak Askrul yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Daddy dan Mummynya telah lima tahun bercerai. Mummynya telah berkahwin lain dan berpindah ke Singapura. Atas arahan Mahkamah, Hafiz dijaga oleh Daddy dan Aisyah, adiknya dijaga oleh Mummy. Hafiz hanya dapat berjumpa Mummy dan Aisyah setahun sekali, itupun ketika Hari Raya Haji. Namun begitu hubungan Hafiz dan Aisyah sangat rapat. Telefon dan internet menjadi penghubung mereka setiap hari. Aisyah yang muda setahun dari Hafiz adalah wanita yang paling Hafiz sayangi di dunia.

qimi08 Publish time 21-5-2010 04:06 PM

hi kakleen..... selamat berforum di WR...
Hafiz watak utama terbayang VC hafiz comel bdk ni
latest dia berlakun teaterOne Malaysia

kakleen Publish time 21-5-2010 04:10 PM

hi kakleen..... selamat berforum di WR...
Hafiz watak utama terbayang VC hafiz comel bdk ni
latest ...
qimi08 Post at 21-5-2010 16:06 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

hahaha..hafiz memang comel...tengok avvy kakleen pun dah tahu kan?? :loveliness::loveliness::loveliness:
yes qimi...jom lah tengok teater KITA tu....start 17 Jun ni. It's a musical theater and most of the dialogue will be in english...Hafiz akan nyanyi 10 lagu....hehehehe....semangat 1 Malaysia!

kakleen Publish time 21-5-2010 04:16 PM

PART 5 – KANTOI

3A rancak berborak tanpa menghiraukan Ustazah Linda Jasmine yang sedang mengajar di hadapan kelas. Bergilir-gilir komik manga yang dibawa oleh Aril bertukar tangan di antara mereka. Sesekali mereka ketawa kecil.

“Pang!!!!” Ustazah Linda memukul meja Hafiz dengan rotannya. Komik manga yang baru dibeli oleh Aril semalam dirampas dari tangan Hafiz.

“Kalau kamu bertiga rasa dah cukup pandai, tak nak dengar saya mengajar, tak payah datang sekolah! Berdiri di luar kelas sekarang!!” jerit Ustazah Linda sambil menjegilkan matanya. Merah padam mukanya yang putih melepak itu menahan geram dengan kenakalan 3A yang memang tak pernah serik melakukan kesalahan yang sama.

Hafiz, Aril dan Akim perlahan-lahan bangun dari tempat duduk mereka dan berdiri di luar kelas. Puas hati Ustazah Linda dapat melihat muka monyok ketiga-tiga pelajarnya itu. Dia kemudian meneruskan pelajaran pagi itu.

“Koranglah!! Aku dah cakap tunggu rehat. Dah manga aku kena rampas,” getus Aril geram.
“Ustazah ni tengah naik bendara merah kot, lain macam jer dia meroyan hari ni,” bisik Akim yang berdiri di tengah-tengah di antara Hafiz dan Aril disambut ketawa mengekek rakan-rakannya.

“Hafiz, Rianalah..!!” separuh terjerit suara Aril apabila melihat susuk Riana yang baru keluar dari kelas 6 Atas Hanafi – selang 3 kelas dari 6 Atas Syafiee.

“Woii cepat, cepat cover aku!!” kata Hafiz panik. Cepat-cepat dia mengambil tempat di tengah-tengah di antara Aril dan Akim, dengan harapan susuk Akim yang tinggi dapat menyembunyikannya dari pandangan Riana.

Semua guru di Temenggung Aziz sudah lali dengan kenakalan 3A. Sudah biasa sangat mereka melihat 3A dihukum samada di dalam kelas, di padang sekolah atau semasa perhimpunan hari Isnin. 3A juga jarang mengambil iktibar, sebaliknya menjadikan hukuman-hukuman yang diterima sebagai bahan lawak mereka bertiga. Tapi tidak kali ini! Hafiz tidak mahu Riana melihatnya dalam keadaan ini. Entah kenapa dia berasa perlu menjaga reputasinya di mata Riana.

Aril dan Akim tidak dapat menahan ketawa melihat kepanikan Hafiz walaupun agak pelik bagi mereka sebenarnya.

“Ya Allah!! Kamu ni memang tak pernah insafkan?? Kat dalam kamu buat bising, mengganggu kawan-kawan kamu sedang belajar. Di suruh berdiri di luar pun, masih tak boleh diam??” nyaring suara Ustazah Linda menyebabkan Cikgu Riana menoleh kebelakang dan terpandang mereka bertiga. Muka Riana serius dan sedikit berkerut. Hafiz merasa sangat tidak selesa.

3A menundukkan kepala mereka, sedikit segan! Bila Ustazah Linda masuk semula ke dalam kelas, perlahan Hafiz bersuara, “Adoiii…kantoi!!” sambil menepuk dahinya. Akim dan Aril menutup mulut dan bahu mereka terhenjut-henjut menahan gelak.

RIANA

Lagu “Noktah Cinta” berlagu merdu di telefon bimbit Riana. Segera Riana menyelesaikan doanya yang panjang seusai solat isyak. Sekilas dia melihat nama yang muncul di skrin telefonnya sebelum dia menekan butang “answer”.

“Assalamualaikum Dr. Syafi”

“Wa’alaikumussalam. Lamanya saya tak dengar berita awak. Riana apa khabar?” gembira Dr. Syafi bila mendengar suara Riana yang ceria.

“Alhamdulilah, saya sihat. Dr. macam mana pulak?” jawab Riana mesra.

“Hahaha, saya ok tapi saya sentiasa risaukan awak di sana. Awak gembira dengan tempat baru?” tanya Dr. Syafi lagi.

“Happy sangat!. Tempat baru yang permai, sekolah yang best dan anak-anak murid yang happening sangat. Memang betul cakap Dr. saya memang memerlukan “environment” baru,” panjang Riana bercerita.

Di hujung talian, Dr. Syafi menarik nafas lega, “Baguslah. Lega saya mendengarnya”.
Agak lama juga mereka berbual sebelum Dr. Syafi mengakhiri perbualan.

“Awak kena terus buat rawatan susulan Riana dan tak boleh skip makan ubat”, pesan Dr. Syafi berkali-kali.

“Ye lah Dr. Saya ingat tu. Insya Allah!” Riana meyakinkan Dr. Syafi.

Riana menghela nafas dengan panjang. Perlahan dia mengurut dadanya. Panggilan Dr. Syafi menyebabkan Riana terkenang kembali kenangan lama yang ingin dilupakan. “Idham Haikal,” tanpa sengaja, nama itu terpacul dari mulut Riana dan satu-persatu helaian memori itu terpapar di ruang matanya.

<>

Majlis perkahwinannya tinggal seminggu lagi. Semua persiapan sudah hampir selesai. Emak dan Ayah beriya-iya mahukan majlis perkahwinan ini dijalankan secara besar-besaran walaupun Riana lebih senang jika bersederhana sahaja. Tapi menolak keinginan Emak dan Ayah pasti akan mengecilkan hati mereka. Lagipun Idham anak tunggal mereka.

Muka Riana berseri-seri. Hari ini tunangannya akan pulang dari New York. Sudah enam tahun Riana tidak berjumpa Idham Haikal, hanya e-mail menjadi penghubung kasih mereka walaupun dua tahun kebelakangan ini, tunangannya agak sibuk dengan kerja dan pengajian PhD.nya hingga jarang mengutus berita.

Riana tidak sabar untuk menatap wajah Idham yang terkini secara “live”. Riana tersenyum sendirian. Dia tak dapat menyembunyikan rasa terujanya. Kata Emak, tak elok bertemu tunangan di minggu terakhir sebelum menikah tapi Riana tak mahu mempercayainya.

“Kolot lah Emak ni, lagipun Abang Idham tetap akan balik rumah ni jugak, takkan nak suruh dia tidur Hotel. Riana rindu Abang la Mak” ujar Riana manja.

“Ye lah..ye lah,” Emak mengalah dan ketawa melihat anak perempuan kesayangannya yang tidak malu langsung mempamerkan perasaan rindu dan terujanya. Tapi Riana akur arahan Emak supaya tidak menjemput Idham di lapangan terbang.

“Tunggu kat rumah jer…tak manis bakal pengantin keluar jemput tunangnya sendiri,” kata Emak.

Dibiliknya, Riana cuba menyiapkan baki bunga telur yang perlu diselesaikan tapi satu pun tak berjaya.Dadanya berdebar-debar, fikirannya tak keruan. Berkali-kali dia beraksi di hadapan cermin berangan tentang dialog pertama yang akan diucapkan kepada Idham bila bertemu nanti.

Deruanenjin kereta di hadapan rumah menyedarkan Riana dari anganannya. Segera dia berlari keluar menuju ke pintu rumah. Bibirnya menguntum senyuman paling manis, matanya mula berkaca menahan kerinduan sekian lama. “Abang Idham sudah pulang,” desis hatinya gembira.

Emak sudah keluar dari kereta tapi kenapa mata Emak merah? Ayah tidak mematikan enjin kereta dan kepalanya ditelengkupkan ke stering. Riana kehairanan. Apa yang telah berlaku? Pintu kereta dibuka dari tempat penumpang dan Idham keluar dari kereta. Mata Riana membulat, senyumannya makin lebar, “ohhh…dia masih kacak seperti dulu.”

Bila sempat Riana meluru ke arah Idham, dari pintu yang sama keluar seorang wanita cantik berbangsa Inggeris. Wanita itu segera memeluk lengan Idham. Jantung Riana berdegup kencang. Sandiwara apakah ini? Idham dan wanita cantik itu menghampiri Riana.

Idham menghulurkan tangannya kepada Riana. Dalam terpinga Riana menyambut dan mengucup tangan lelaki yang dirinduinya itu. Idham tersenyum sambil menggosok-gosok kepala Riana seperti yang selalu dilakukannya waktu kecil.

“Makin cantik adik abang ni. Kenalkan ini Olivia, isteri abang,” bersahaja Idham bersuara tanpa ada sedikitpun rasa bersalah.

Mulut Riana terlopong. Huluran tangan Olivia tidak bersambut. Pandangannya tiba-tiba bertukar kabur, kepalanya terasa pusing dan belum sempat dia berbuat apa-apa, Riana sudah terjelepuk di halaman rumah. Sayup, Riana mendengar jeritan Emak, “Rianaaaaaaaaaaaaaa!!!!”

qimi08 Publish time 21-5-2010 04:19 PM

Sebelum bertanya soalan seterusnya
nak minta maaf dulu dgn kakleen;P

Kata org tajuk sesuatu cerita tu jiwa kita so
kakleen memang pilih "noktah cinta" sbgai tajuk?

Mula2 baca tajuk cite kakleen terus saya teringat
padanovel NB tajuknya pun NOKTAH CINTA

kakleen Publish time 21-5-2010 04:27 PM

Sebelum bertanya soalan seterusnya
nak minta maaf dulu dgn kakleen

Kata org tajuk sesuatu ceri ...
qimi08 Post at 21-5-2010 16:19 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

hahahah qimi...tak payah lah mintak maaf...tanya jer... :P
tak tahu lah tajuk ni sesuai atau tak dengan cerita ni...tapi mungkin kakleen lebih kepada terpengaruh dengan lagu nyanyian hafiz - noktah cinta... actually everything hafiz lah... ;P;P;P;P

kakleen Publish time 21-5-2010 04:38 PM

PART 6 – SIRIH PULANG KE GAGANG

Hafiz sedang bersantai-santai di hadapan TV semasa loceng rumahnya berbunyi bertalu-talu. Bila pintu rumahnya dibuka, Hafiz tergamam.

“SURPRISE!!!!!” jerit Aisyah kegembiraan sambil memeluk erat Hafiz. Hafiz membalas pelukan Aisyah dan fikirannya sedikit terganggu melihat Mummy, Uncle Adlin dan dua buah beg besar di belakang Aisyah.

Daddy muncul dari belakang pintu. Aisyah meleraikan pelukannya dan segera mencium tangan Daddy. Muka Aisyah berseri-seri, “Daddy, Aisyah akan duduk sini dengan Daddy.” Tanpa berlengah Aisyah mengheret salah satu beg besar itu dan masuk ke dalam rumah. “Abang tolong bawak masuk yang lagi satu yer,” katanya memberi arahan.

Hafiz menuju ke arah Mummy dan Uncle Adlin dan segera mencium tangan keduanya.

“Masuklah dulu Mummy, Uncle,” pelawa Hafiz.

“It’s ok sayang. Your know your dad. Dia bukannya suka mummy jijakkan kaki dalam rumah tu. Mummy dan Uncle akan migrate ke Australia. Aisyah doesn’t want to follow, so she will stay here with you and your Daddy. Flight Mummytonite. Mmmmm... so.... we have to make a move now. Bye darling! You take care.”Mummy mencium pipi Hafiz dan segera berlalu pergi.

Hafiz seakan kehilangan kata-kata dan hanya melihat Mercedes Benz yang membawa Mummy dan Uncle Adlin meninggalkan perkarangan rumahnya.
       
Di dalam rumah, Aisyah rancak berbual dengan Daddy. Wajah Daddy berseri-seri. Sekian lama dia ingin bertemu Aisyah tapi Mummy tak pernah izinkan. Dada Hafiz terasa sebak. Kenapalah Mummynya tidak seperti emak orang lain? Kesian Aisyah. Kesian Daddy.

“Kenapa tak bagi tahu Abang, Aisyah nak pindah sini?” tanya Hafiz.

“Kan namanya pun SURPRISE!!” jawab Aisyah sambil menjelirkan lidahnya kepada Hafiz. “Tapi Daddy tahu kan?” sambung Aisyah manja sambil melentokkan kepalanya ke bahu Daddy.

“Ohh..main jelir-jelir lidah. Mari sini, Abang potong lidah tu,” kata Hafiz mengacah Aisyah.

“Tak nakkkkk…….!!!” Aisyah segera melarikan dirinya dan Hafiz mengejar. Terpekik-pekik Aisyah cuba menyelamatkan diri. Seperti anak kecil, dua beradik itu bermain kejar-kejar di dalam rumah. Dan Daddy ketawa bahagia melihat kedua-dua anaknya bersatu semula.

<>

Hafiz bersidai di tepi koridor, di luar pejabat pentadbiran sekolah sementara menunggu Daddy menyelesaikan urusan perpindahan sekolah Aisyah. Matanya melilau ke bilik guru perempuan di bangunan berhadapan. “Untung-untung boleh nampak Cikgu Riana,” hatinya berbisik nakal.

“Abang jom, dah settle dah,” cuit Aisyah.

“Dapat kelas mana?” soal Hafiz.

“6 Rendah Hambali,” jawab Aisyah pendek.

“Jom, abang bawak gi kelas.”

Setelah bersalam dengan Daddy, kedua beradik itu beriringan menuju ke kelas. Tiba-tiba Hafiz rasa tak sabar ingin memperkenalkan adiknya kepada kedua kawan baiknya.

“Eh, kita singgah kelas abang dulu lah,” cadang Hafiz.

“Kenapa?” soal Aisyah kehairanan.

“Untuk menjadi warga Temenggung Aziz, Aisyah kena “kow tow” dengan 3A dulu!”

“Hah?” walaupun tidak faham dengan bicara Hafiz tetapi Aisyah membiarkan Hafiz menarik tangannya laju ke kelas 6 Atas Syafiee.

Aril dan Akim yang sedang tertunggu-tunggu Hafiz di luar kelas kehairanan melihat Hafiz yang tergesa-gesa sambil memimpin tangan pelajar perempuan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Tercungap-cungap, Hafiz memperkenalkan adik kesayangannya, “Korang, ni adik aku, Aisyah! Aisyah, yang hensem tapi capang ni Aril, yang hensem tapi galah ni Akim, hehehe!”

Aisyah tersenyum malu, mengganguk dan menghulurkan tangan kepada Aril dan Akim. Cepat Hafiz menarik tangan Aisyah sebelum sempat Aril atau Akim menyambut huluran salam itu.

“Ok geng, aku hantar Aisyah ke kelas jap, korang masuk dulu,” kata Hafiz sambil menarik Aisyah laju.

Serentak Aril dan Akim bersuara “Hek eleh………..!!”

Hafiz hanya ketawa mengekek melihat muka tak puas hati kawan-kawannya.

kakleen Publish time 21-5-2010 04:53 PM

PART 7 – PESONA KASANOVA

Di bawah pokok, spot biasa 3A, Aisyah sendirian melayan perasaannya. Dia masih belum bisa menyesuaikan diri di sekolah itu walaupun Hafiz sentiasa adanya untuknya. Telinganya disumbat dengan MP3 nyanyian Yuna – “Yang Sebenarnya”. Tanpa sedar, suaranya agak kuat mengalun lagu mengikut nyanyian Yuna di telinganya.

Akim yang bersendirian ke port biasanya waktu rehat agak terkejut melihat Aisyah. Agak jarang ada pelajar lain mengganggu port 3A itu, tapi mungkin dia boleh memberi pengecualian kepada Aisyah kerana dia adik Hafiz. Akim menghampiri dan terkesima seketika mendengar kemerduan suara Aisyah melagukan Yang Sebenarnya. Perlahan, Akim duduk di sebelah Aisyah dan ikut menyanyi bersama.

Perasan seperti ada orang disebelahnya, Aisyah menoleh dan tidak dapat menyembunyi aksi terperanjatnya. Akim ketawa besar melihat muka Aisyah yang terlopong seperti orang nampak hantu. “Sorry…” kata Akim dalam tawanya.

Aisyah mengurut dadanya, “Akim ni, terperanjat Aisyah,” pantas tangannya mencubit lengan Akim. Akim tidak cuba mengelak dan meneruskan ketawanya.

“Sedap suara Aisyah,” puji Akim.

Aisyah mencebik, “Alah, tak sedap mana pun.”

“Sungguh!” Akim menyakinkan Aisyah, “mesti Akim tak boleh tido malam ni, teringat suara Aisyah.”

“Akim ni….” rengek Aisyah manja, malu bila diusik begitu oleh Akim.

Berderau darah Hafiz apabila melihat aksi mesra Akim dan Aisyah dari kejauhan. Sedari tadi dia mencari Akim untuk mengajaknya berjumpa dengan Cikgu Aris untuk berbincang mengenai latihan futsal mereka.

“Patutlah tak jumpa, tengah jual minyak kat sini rupanya,” Hafiz merenggus geram.

Laju langkah Hafiz menghampiri mereka, “Aisyah, masa rehat dah nak habis, gi masuk kelas,” kelat muka Hafiz mengarahkan adiknya.

Aisyah agak hairan dengan reaksi Hafiz, namun dia bingkas bangun menuruti arahan abangnya, “Ok Akim, jumpa lagi!”

Akim turut bangun dan menepuk bahu Hafiz, “eh, kau dah jumpa Cikgu Aris?”

Hafiz tidak menjawab soalan Akim sebalik memandang Akim dengan tajam, “kau boleh mainkan perasaan mana-mana perempuanpun kat sekolah ini tapi bukan adik aku. Kau ingat tu!!” Garang suara Hafiz memberi amaran.

Belum sempat Akim membalas, Hafiz segera berlalu meninggalkan rakannya yang masih terkulat-kulat mencari jawapan yang sesuai. Akim menelan air liur. Tidak pernah dia melihat Hafiz begitu marah.

AKIM

Akim dibesarkan dalam keluarga sederhana yang cukup bahagia. Kedua-dua ibubapanya menyandang profession perguruan tapi tidak mengajar di Temenggung Aziz. Akim anak tengah dari lima beradik. Memang di rumah, mereka adik-beradik diasuh untuk sentiasa mengekspresikan perasaan masing-masing. Sebab itu Akim sangat “vocal” dan hebat bila berhujah. Minatnya yang utama adalah gitar dan note muzik. Memang cita-citanya ingin menjadi penyanyi.

Akim berbaring di katil bujangnya. Entah kenapa malam itu terasa sangat panas. Wajah manja Aisyah dan muka bengis Hafiz silih berganti muncul di benaknya. “Ahhhhh!!!!” getusnya sambil bangun mencapai gitar tua di tepi katilnya. Perlahan-lahan tali-tali halus itu dipetik dan fikirannya pantas menembusi serombong masa ke dua tahun yang lepas.

<>

Seusai kelas tuisyen malam itu, hujan turun dengan lebatnya. “Alamak…hujan pulak! Macam mana nak balik ni,” getus Akim. Dia terpaksa meredah hujan untuk ke tempat dia meletakkan motorsikalnya. Sedang dia berkira-kira samada untuk menunggu atau meredah sahaja hujan lebat itu, tiba-tiba satu suara serak-serak basah menyapanya,”nak tumpang?” Akim menoleh dan melihat Stacy tersenyum manis sambil menunjukkan payung besarnya. Itulah detik pertama perkenalan mereka dan berterusan hingga membuahkan bibit-bibit cinta.

Akim dan Stacy sama-sama belajar di pusat tuisyen itu, walau bagaimanapun mereka bukan satu sekolah. Itu lah kali pertama Akim merasa manisnya mencintai dan dicintai. Stacy adalah sumber inspirasinya. Bersama-sama, Akim dan Stacy memasang cita-cita untuk berjaya cemerlang di dalam SPM dan menyambung pelajaran ke luar negara.

Malang cinta yang disemai, putus di tengah jalan. Dua bulan sebelum SPM bermula, Stacy memutuskan hubungan mereka.

“Tapi kenapa??” tanya Akim tak puas hati.

“Buka mata Akim, tengoklah betapa berbezanya kita, keturunan kita, agama kita,” kata Stacy tegas.

“Kenapa baru sekarang semua halangan itu diungkit Stacy?? Kenapa tidak dulu, sebelum kita berjanji setia?” desak Akim lagi.

Stacy terdiam seketika sebelum bersuara, “Apapun yang Akim cakap, my decision is final.”

Sejak itulah Akim berubah menjadi kasanova. Dia tahu wajah tampannya mampu menggoda siapa sahaja yang diingini. Dia hanya ingin berseronok tapi dia tidak pernah menjanjikan cinta.

nera85 Publish time 21-5-2010 04:57 PM

best....{:1_152:}

kakleen Publish time 21-5-2010 05:00 PM

best....
nera85 Post at 21-5-2010 16:57 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks nera.........thanks sebab baca!! konflik cerita ni belum bermula lagi...teruskan membaca k....
sorry lah sebab karangannya caca-merba gittew!

nera85 Publish time 21-5-2010 05:03 PM

thanks nera.........thanks sebab baca!! konflik cerita ni belum bermula lagi...teruskan membaca...
kakleen Post at 21-5-2010 17:00 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


xpe kakleen...de p'cubaan utk menulis...nera lgsung la...bc je..tulis..enggak mau...;Pterus kan usaha mu ye...sbb kat cni smua nye sk dgr ayat ni next3...nk n3 lg..heheheh;P {:1_152:}chaiyok..

kakleen Publish time 21-5-2010 05:09 PM

xpe kakleen...de p'cubaan utk menulis...nera lgsung la...bc je..tulis..enggak mau...terus ...
nera85 Post at 21-5-2010 17:03 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


hahahaha...so n3 tu maksudnya next... puas kakleen fikir apa lah maknanya...;P;P;P
kakleen suka baca cerita sang_arjuna @ smiley - andai kau jadi milikku...bila la dia sambung lagi...risau betul dah ni pasal yem dan lala...:funk::funk:
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: NOKTAH CINTA


ADVERTISEMENT