alphawaves Publish time 19-5-2010 06:19 AM

Tugas tugas seorang SB (special Branch)

Saya tertanya2 lah..apakah yg dimaksudkan sebagai SB ni, bagaimana kah cara kerja mereka..? betulkah mereka di bekalkan dengan kad pengenalan awam? selain dari IC polis.

Minta sesaper yg pernah duty sebagai SB dan mereka yg tau pasal hal2 ni sudilah kiranya berkongsi maklumat tersebut disini.

Terima kasih.

areguard Publish time 19-5-2010 10:13 AM

Nak kenal SB kat rapat umum atau perhimpunan politik, carik mamat yg pakai jaket kulit atau yg pakai pouch bag/leather bag, untuk gari dan pistol..jgn terperanjat kengkadang pakcik jual jambu dan air sirap kat tepi jalan tu SB..

ADIWIRA Publish time 19-5-2010 03:18 PM

skarang ni semua polis dah ada mykad .. SB banyak cabang... polis sndiri pun tak tahu ..

ADIWIRA Publish time 19-5-2010 03:26 PM

areguard

tak semestinye.. mostly dr bahagian jenayah... dr SB banyak teknik, sampai 'polis pun tangkap polis'... huhu.... Secretttt...
apa yg pasti, penyokong pembangkeng yg fanatik la sering mencetuskan kekecohan setiap kali ada perhimpunan haremmm dan bukannya pihak berkuasa spt yg dgembar gemburkan..tak percaya? jadi la polis kalau nak tau tahap mental anda di level yg ke berapa dlm m'hadapi kerenah masyarakatt....

sy polis?

tak lewww.. apa yg dicite ni 'hear say' jew

alphawaves Publish time 20-5-2010 12:05 AM

Cara lantikan SB ni macam maner? dan selain dari training asas dari depoh..ada lagi ker training lainnyer sebagai bekalan kepada SB ni?

observateur Publish time 20-5-2010 09:23 AM

SB ni kira intel kpd polis, spt juga kor risik intel kpd ATM. Kastam juga ada intel.

Yg top tu adalah mrk yg proses semua info dari intel yg pelbagai cabang.

Yg top ni yg sangat jarang diperkatakan. OSA silap cakap...

abefaiz123 Publish time 25-7-2010 08:02 PM

PDRM chaiyokk....Polis jauh lebih berbudi bahasa(terbaik) berbanding
penjawat2 awam yang kerja kat ofis2 tu..huh berlagak..kerja ntah ape2
duk dalam ofis men f.book je tau..menyampah..bila orang bawahan tegur masam
jer muka,sampai kita bagi salam pun x jwb..Tabik Kat warga PDRM

tokapi Publish time 25-7-2010 08:18 PM

SB pon ade yang lawa2... huhuhuhu... Sesuai untuk tugas-tugas penyamaran.. heheheh...;P

bolt Publish time 25-7-2010 08:42 PM

Tugas penyamaran PDRM bukan terletak kepada Cawangan Khas sahaja malahan juga kepada anggota jabatan lain sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah, juga Narkotik dan Komersil.

Cawangan Trafik juga ada melakukan penyamaran untuk menjalankan operasi yang mereka jalankan.

Tugas utama yang menjadi nadi adalah perisikan atau intelligen bagi tujuan penyaluran, pemantapan, pengumpulan, penggunaan dan sebagainya pelbagai jenis maklumat.

Pemilihan anggota dibuat kebiasaan setelah tamat latihan asas mahupun di dalam perkhidmatan untuk menjalani kursus selanjutnya di Sekolah Latihan Cawangan Khas.

Proses tapisan dan penilaian adalah seperti proses pemilihan untuk UTK.

Bukan semua yang dipilih akan berjaya.

mjla Publish time 29-7-2010 01:02 PM

Ko tanya je dah minum blum ?
Pages: [1]
View full version: Tugas tugas seorang SB (special Branch)


ADVERTISEMENT