ea208964 Publish time 15-5-2010 01:36 PM

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU...!

http://farm2.static.flickr.com/1069/4606657764_f7e397a732_o.jpg


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburuke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

pinklollipop Publish time 15-5-2010 09:30 PM

Post Last Edit by pinklollipop at 15-5-2010 21:32

Khas buat guru2 di luar sana.....

http://www.zairul.com/wp-content/uploads/selamathariguru.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_yexMbng-BMU/Sp1ELGAvN4I/AAAAAAAAFtc/Xqg2nBl_gkc/s320/HAppy+Teacher%27s+Day.jpg

:loveliness: Jasa-jasamu akan ku ingati dan segala ilmu yang telah dicurahkan, akan ku cuba terap dan serapkan dalam hidup kami. Thx teachers. :loveliness:

ea208964 Publish time 16-5-2010 03:45 PM

http://farm5.static.flickr.com/4068/4606041621_e0e5018de4_o.jpg

Jasa guru2 mendidik generasi baru ..akan sentiasa dikenang ..

The Unsung Heroes...{:1_149:}

anniez08 Publish time 16-5-2010 07:01 PM

http://batu.jim.org.my/blog/wp-content/uploads/2009/05/kad-hari-guru.jpg

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU ..:loveliness:
JASAMU MMG TIADA TOLOK BANDINGNYA..:loveliness:

http://taujihad.files.wordpress.com/2009/10/hari-guru.jpg

A44A Publish time 17-5-2010 10:25 AM

http://img255.imageshack.us/img255/5610/94845202.jpg

happy teacher's day


carly_lah Publish time 17-5-2010 10:48 AM

selamat hari guru kepada kakak & abang ku dan x lupa juga kepada semua guru2 di malaysia samada yang akan, sedang dan telah menjadi guru... jasamu ku kenang tp apakan daya.. aku selalu lupa:P

starsaphire Publish time 1-1-2011 07:36 PM

Seronok jugak jadi guru;P
Pages: [1]
View full version: SELAMAT HARI GURU


ADVERTISEMENT