braderjoni Publish time 10-5-2010 03:43 PM

Cerita Komando Gila

Saja nak kongsi cerita yang selalu kita dengar, pasal komando tak siuman.....
Bukan apa.....kesian tengok dorang, komando ni kan hero kita, kalau betul acara latihan dan kerja buat dorang gila, rasa atm patut beri rawatan mereka yang sakit bermasalah camni kalau dah berhenti....:D

Bekas komando ditembak ketika cuba tikam polis
Berita Harian
2010/05/10
KUALA SELANGOR: Seorang bekas komando dipercayai tidak siuman cedera ditembak selepas cuba menerkam dan menikam polis ketika mengamuk di Kampung Kuantan, di sini pada jam 7.30 malam tadi.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bekaskomandoditembakketikacubatikampolis/Article

braderjoni Publish time 10-5-2010 03:59 PM

banyak kan cerita camni... belum lagi bekas-bekas komando yang kita kenal.... otak dorang lain semacam je..... kesian aku tengok.... patut kerajaan jagalah kebajikan dorang.... kita kan ada pakar dan hospital psikiatrik..... janganlah dibiarkan golongan camni terbiar....:D

Anggota polis mangsa amuk bekas komando dilapor stabil
Monday, December 7th, 2009 | Harian Metro.
SHAH ALAM: Anggota polis yang cedera akibat kejadian amuk seorang bekas komando kurang siuman dalam kejadian di Parit 5, Sekinchan Jumaat lalu, berada dalam keadaan stabil, namun masih lemah.


http://www.cyberjayaonline.com/2009/12/07/anggota-polis-mangsa-amuk-bekas-komando-dilapor-stabil/

ADIWIRA Publish time 10-5-2010 07:14 PM

ini, kerajaan kena tubuhkan suruhanjaya sebab ada org awam yg nak tikam anggota polis ni... sama cam org yg mahukan s/jaya ditubuhkan bila ada melibatkan anggota polis dalam sesuatu kes..

alin6088 Publish time 10-5-2010 11:07 PM

kesian btol.. sy ade kwn dlm atm.. dlu die komando.. mmg lepas la ujian semua n dh dilantik jd komando.. pstu die balik cuti jumpe sy, mcm org hilang ingatan jer.. jd mcm x knal sy, jd pendiam.. mcm x btol pon ade.. lps beberapa bln, die give up, apply tukar unit msuk RAMD.. skng kt penang.. huhu.. mmg latihan diorng lebih truk dr askar lain..

jerung10 Publish time 11-5-2010 12:14 AM

kesian betul aku kat komando ni...macam cerita Rambo 1, Sly Stallone menangis lepas mengamuk,sebab katanya dia ada macam2 kemahiran dalam askar, operate peralatan canggih dan mahal....tapi bila balik US dia tak boleh cari kerja! ada kebenaran dalam skrip tu.

mereka biasa hidup dalam suasana 'macho' lepas tu bila balik kampung dihina...mulalah mengamuk. dalam askar semua Kor pandang tinggi pada mereka. malah pegawai Kor lain pun respect sangat walau kat Prebet komando. elaun mereka tinggi, tapi elaun tak masuk dalam pencen. pencen Sarjan komando lebihkurang aje dengan Sarjan kerani KP.

kalau kerani Ajar ke pencen tanam sayur, orang gelakkan, dia tak terasa sangat. kalau komando macamana?

bayangkan 21 tahun disanjung diagongkan...kemudian pakmentua ke,bini ke kata...awak lelaki tak guna! kalau aku pun, meluap darah!

alphawolf Publish time 11-5-2010 07:57 AM

Kalau camtu aku nak tubuhkan PMC ler......

robotech Publish time 11-5-2010 09:36 AM

Jgn kata komando gila ... cuma takde kerja yg spesifik utk derang pas tamat perkhidmatan. Skill mrk adalah efficient killing machine, jd apa blh buat lps tamat perkhidmatan?

Di sini, USA jauh lbh baik, ramai anggota pasukan khas (komando) tentera blh diserap dlm SWAT (unit khas polis), balik kampung / pekan bertanding jd sheriff, ada yg masuk unit2 tindakan khas CIA / FBI / NSA / Homeland Security atau apply jd French Foreign Legion .... kalau tak bukak konsultansi bekal perkhidmatan keselamatan (cam PMC) laa ....

Cadangan aku ... geng2 komando bersara ni better diserap masuk JMF, biar kekuatan JMF, walaupun kurg bgt drp bilangan staf, tp kualiti mantops!

braderjoni Publish time 11-5-2010 11:10 AM

Kalau camtu aku nak tubuhkan PMC ler......
alphawolf Post at 11-5-2010 07:57 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

pha... pmc tu amenda?? :$

braderjoni Publish time 11-5-2010 11:11 AM

Jgn kata komando gila ... cuma takde kerja yg spesifik utk derang pas tamat perkhidmatan. Skill mrk...
robotech Post at 11-5-2010 09:36 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
perghhh... lagilah jmf penuh dengan samseng kurang ajar... :D

alphawolf Publish time 11-5-2010 11:47 AM

Reply 8# braderjoni
Private Military Company/Contractor

robotech Publish time 11-5-2010 12:13 PM


perghhh... lagilah jmf penuh dengan samseng kurang ajar...

Takkan nak letak samseng kampung dusun, Sarip Dol ... kne belasah si Ramlee, kantoi kne tangkap pak polis.

Bagi la samseng Melayu yg jauh lebih brutal drp ahlong2 atau ahbeng kongsi gelap ... kalu SG tau yg JMF ni penuh otai2 komnado, mau kne sawan babi gamaknya unit risik depa ....

niceghost2005 Publish time 11-5-2010 04:38 PM

Assalamualaikum semuer,

Teman dari dulu lagi sudah mencadangkan agar bekas bekas asokar ini di beri peluang utk berkhidmat sebagai anggota FULIH.
Gomen akan dapat menjimatkan banyak belanja dalam latihan, lebey lebey lagi dari latihan senjata n disiplin.
Mereka hanya perlu di ajar mengenai undang undang awam/ketenteraman.

Negara kerugian tenaga muda dan mahir sekiranya kita masih lagi tidak menyedari kemahiran bekas bekas anggota tentera.
Kebanyakkan mereka 'pencen' di dalam usia yg muda.

Untuk memulakan suatu kehidupan yg baru pada usia 40an, banyak ranjau yg perlu di lalui.

Salam

braderjoni Publish time 11-5-2010 07:24 PM

Takkan nak letak samseng kampung dusun, Sarip Dol ... kne belasah si Ramlee, kantoi kne tangkap...
robotech Post at 11-5-2010 12:13 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
dol, komando tu semua melayu ke? dan senang-senang ajer ek kita takutkan singapore.... hebat ek dol.... :D

super_nova Publish time 11-5-2010 10:51 PM

aku cadangkan agar ex komando ni jadik pengarah ato penasihat kat sume kem PLKN..sekurang2nya ilmu dan kemahiran mereka dapat diwarisi generasi muda..bukan sume ilmu lar..

150997 Publish time 12-5-2010 12:20 AM

Reply 3# ADIWIRA

nie melibatkan komando "gila"....sabit kesalahan camne pown terlepas jugak...lastly refer hosp mental..:P

150997 Publish time 12-5-2010 12:22 AM

Reply 14# super_nova


lunyaiii lerrr...bebudak tu..:lol:

niceghost2005 Publish time 12-5-2010 01:01 PM

Yang soghang lagi berjalan 29 jam dari Penang ke KL.
Giler jugak tu..........;P

sauffie Publish time 13-5-2010 01:28 PM

Reply 7# robotech

Bukan dulu pernah ada cadangan ke? serap masuk dalam polis.

alphawaves Publish time 14-5-2010 02:15 AM

dia bagus dalam komando (askar) tidak sepatutnya bagus dalam polis..tekanan dalam kerja polis ni lain lagi berbanding komando askar.

Pendapat saya..mungkin polis ni agak kurang latihannya berbanding askar..tapi polis setiap hari berdepan dengan pengalaman yg berupa latihan juga.

Foxtrot Publish time 14-5-2010 08:22 PM

Sepatutnya perlu ada kursus peralihan khas untuk komando yang bakal bersara dan kembali menjadi orang awam...
Pages: [1] 2 3
View full version: Cerita Komando Gila


ADVERTISEMENT