lady_nF Publish time 9-5-2010 10:18 PM

Masalah Aku - Kereta Arwah Suami

Salam,
Nih aku nak mintak pendapat atau apa2 suggestion dari korang
Masalah aku macam nih, dah setahun dah berlarutan, tak jumpa lagi solution

Arwah suami aku meninggal kira2 setahun lalu
muda lagi masa meninggal tu
so kiranya dia takde la harta sangat
kecuali kereta yang skarang aku pakai

So aku sekarang nak tukar nama kereta tu dari nama arwah suami ke nama aku
masalahnya sekarang aku kena deal dengan 3 pihak: Insuran, Amanah raya dan bank

1. Amanah raya:
Aku kol amanah raya, mintak surat kuasa
tapi sebab kereta masih hutang, ada belen dalam 30K lagik
so diorang tanak keluarkan surat kuasa
sampai laa hutang abis bayar

2. Bank
sebab apa kena ada surat kuasa?
sebab bank nak surat nih kalau nak tukar nama
masalahnya, aku takleh nak mintak surat nih selagi hutang tak abis bayar
dan pihak bank tau

bila aku mintak solution
bank kata buat refinance nama aku
tp kena top up 10K sbb value market rendah

bagi aku, takde makna aku nak bagi bank free2 10K tuh
syarat aku, aku nak takeover loan tuh, pada kadar tuh, pada tempoh bayaran mcm mana yg arwah suami buat
sbb sekarang aku pakai kereta tu, aku continue bayar macam biasa

tp bank tanak pulak
dia ttp kata solution diorang boleh bagi refinance

3. Insurance
masa aku nak renew insurance
pihak insuran kata takpe, boleh renew walaupon owner dah meninggal
walaupon aku insist letak nama aku as first driver

then something happen
bila nak buat claim
rupa2nya insurance tu letak aku as second driver
pastuh skarang kalau aku nak claim insurance
duit tu cuma dibayar pada owner, yakni arwah suami aku
sah2 laa dah takde bank akaun suma tuh
dah inactive/tutup dah pun

----

sekarang nih
aku dah buntu mcm mana nak buat
ikut hati aku aku bagi balik je keta tu kat bank
daripada aku refinance and bazir 10K
sbb loan keta dibuat sebelum kawin
and aku rasa takde guarantor

kira dah elok aku bayar bulan2 mcm biasa
tiba2 jadi camni, aku rasa bengang plak

so
ada sapa2 bleh bagi cadangan apa nak buat
boleh ke aku bagi balik je kereta tu kat bank?

mikasa Publish time 9-5-2010 11:09 PM

kalau susah sgt..ko tak payah bayar ansuran bulanan...pakai sampai bank tarik..kalau kes kematian ...biasanya pihak bank bagi masa 4 ansuran berturut sebelum ditarik...dari nak bayar 10k free2x kat bank baik ko bayar downpayment keter lain

tapi kalau penjamin tu dia letak nama ko atau adik beradik ...sakit jugak laa

lady_nF Publish time 9-5-2010 11:53 PM

oo ye ke?

sbb aku ada cakap
soh dia tarik je kereta tu balik
tp pastuh dia cakap bank akan buat something mcm ambik harta arwah ke mcm mana ntah
walaupon aku dah cakap takde harta lain dah pon
aku cuma risau dia akan pergi ke waris je
mcm aku or PIL aku
boleh ke tak eh bank buat camtuh?


yg pasti aku bukan penjamin..sbb keta dibeli masa bujang
and aku rasa mcm takde penjamin..dah soh bank tuh check
tp tak call2 lagi aku balik

medangmru Publish time 10-5-2010 10:05 AM

Mak sedara aku pun sdg alami masalh yg lebih kurg sama....Insuran kete tak hidup2 lagi sbb arwahnya nak meninggal....tp loan kete dah settled...cuma takut nak renew insurance keteb ...takut terbawak pehtu eksiden ke hape...

tp melalui apa yg TT bgtahu pasal " First Driver" tu boleh tolong elaborate lebih skit tak??

ryo_takahashi1 Publish time 10-5-2010 10:36 AM

sampai satu masa nanti, cukai jalan tidak boleh diperbaharui, kerana JPJ dah update status dgn JPN.. nanti dalam sistem akan kluar Pemilik Sudah Meninggal Dunia..
mahu atau tidak, mmg kena settlekan juga...
1. Full settlement loan arwah
2. Apply new loan
3. pulangkan semula kereta tu / bank tarik

cuba confirmkan dgn bank, siapa penjamin, kalau ada... kalau takde..serahkan aje la pd bank... beli keta lain...

Mizzsued Publish time 10-5-2010 11:05 AM

Ishh..payahnya masalah cenggini kan??Dah la pihak2 berkaitan tu buat polisi lain2..takde standardised SOP. Yg jadik mangsanya kita pengguna yg bayo kereta tu.

Patutnya bank bila kita katakan dah tunjuk sijil kematian and/or sijil nikah sebagai bukti yg TT ni mmg waris/isteri sah sewaktu peminjam tu meninggal just bagi leeway la sikit...

rsa Publish time 10-5-2010 11:47 AM

Insya Allah dia bahagia di dunia dan akhirat

lady_nF Publish time 10-5-2010 12:23 PM

Reply 4# medangmru

masa renew insurance
aku dah cerita dah semua
tp pihak insurance kata takpe
and dia akan letak aku as penama pertama/first driver
instead of second driver

tak tau laa aku kena tipu ke

atau maybe sistem diorang
rupa2nya aku dia letak as second driver je dalam insuran
aku dah tunjuk dah cover note yg letak nama aku
tp tak tau mcm mana dalam sistem dia ttp ikut nama pemilik kereta kot

cuma skarang kalau berlaku apa2
aku still boleh claim
tp duit claim akan dapat dekat arwah suami

lady_nF Publish time 10-5-2010 12:24 PM

Reply 5# ryo_takahashi1


dah cakap dah nak serahkan pada bank
tp org bank tuh cakap
kalau after lelong still ada remaining balance
dia akan tuntut dekat harta arwah yg lain

padahal aku dah cakap mmg xde surat kuasa utk harta lain dah

so kalau jadi camtuh
dia boleh tuntut dekat waris ke?

bayumentari Publish time 10-5-2010 04:13 PM

Kalau betul tak de harta yg lain2, mana bank boleh tiba2 nak sabitkan org lain jadi penanggung...

AnisSuraya Publish time 10-5-2010 04:19 PM

ada tak insurans yang leh cover utk loan kete ..maksudnya kalau berlaku kematian kat kita...insurans akan cover semua...

FraidyCat Publish time 10-5-2010 06:52 PM

kereta arwah ayah aku yg dah meninggal 7 tahun lepas masih boleh renew sehingga hari ni. of course la in case kemalangan tak dapat apa hence the 3rd party insurance.

matdue77 Publish time 10-5-2010 08:26 PM

AKu punye loan kereta rasenye settle hutang kalau aku passed away... Maybank Islamic...

allyhasana Publish time 10-5-2010 09:18 PM

cuba ko baca balik isi kandungan insuran keta arwah.. mana tau ada tertulis loan kereta blh insured bila berlaku kematian.. kadang kalau ditanya pihak insuran, dia ckp takde jer coz nk untung dia.. so better check la bak kata matdue77 tu

mnajiff Publish time 10-5-2010 10:21 PM

so ader saper2 tau company insuran mane yang ader skim kalau owner meninggal,insuran
boleh cover atau settle kan balance kat bank...maner la tau kalau jadi apa2,waris tak la
menanggung beban...insuran dah cover wife atau anak2 bleh dapat keta tu...
simpati pada TT...sape2 boleh tolong jelaskan...

msms2005 Publish time 10-5-2010 10:26 PM

pegi buat kes kat tribunal pengguna...AmanahRaya tak boleh harap. Bodoh bangang. Bank pun tak guna. Yg penting skang ialah arahan mahkamah.

danedzya Publish time 11-5-2010 02:34 AM

Kalo camnie payah gak prosedurnya..macam tak berpihak kat kita jer...rugi lagi ada..
Kasi potong itu kereta,jual spare part pastu report hilang...

ayuchumeyl Publish time 11-5-2010 07:14 AM

cadangkan kalau x nk pakai jual je.... aklau saudara mara blah suami x kacau...kalaunrasa nak pakai terus gi lawyer lah ngesahkan tu kerete suami dan skrg awak yang peagang dan bayar ansurannya ape2 hal lawyer da sahkan bagi salinan tu pad bankdan sesiapa yang berkenaan.....agak gitu la kalau bleh

medangmru Publish time 11-5-2010 08:03 AM

sampai satu masa nanti, cukai jalan tidak boleh diperbaharui, kerana JPJ dah update status dgn JPN.. ...
ryo_takahashi1 Post at 10-5-2010 10:36 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

pernah dgr gak ryo///

cuma bilalah JPN nak sync dgn JPJ kan....rsnya mcm tak akan jadik....

Mcm kes saman Polis la jugak....ada org bgtahu yg tak lama lagi saman Polis tu bila dah diupdate ke JPJ ( Link )...selagi tak byr saman...takleh renew roadtax...cuma...Saman Pak sedara aku dah masuk 12 tahun ( saman berkepuk2..termasuk berpuluh2 saman speeding , saman salah letak kenderaan.etc ) masih boleh diperbaharui lesen dan Roadtax )...:C

snor Publish time 11-5-2010 08:22 AM

masalahnya memang rumit, pening kepala dan banyak urusan, semua pihak nak untung dan nak kebas duit kita untuk urusan yg mudah. Jangan bayar ansuran kereta tu, simpan duit ansuran tu hingga pihak bank tarik kereta tu, kemudian duit ansuran yang ko simpan tiapx bulan ko jadikan deposit untuk kereta baru. Kalau ko selesaikan hutang kereta tu, nanti ko kena berurusan dengan Amanah Raya (Hantu Raya) dan setiap helai kertas A4 yg di hantar pada ko, ko kena bayar RM15.00 dan akan mengambil masa 1 - 5 tahun baru selesai.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Masalah Aku - Kereta Arwah Suami


ADVERTISEMENT