kumako Publish time 8-5-2010 11:59 PM

Cerpen : Kasih, Bukan Kau!

"Hai, nama saya Liyana. Boleh panggil yana." Ucap yana dengan tenangtetapi di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya dia.Tangannya sudah terasa sejuk bak ais. Liyana cuba untuk senyumsemanis-manisnya di dalam hati dia berdoa agar tiada perkara-perkarayang tidak diingini berlaku.

"Baik, Liyana awak boleh duduk disebelah... Hakim. Atiqa boleh tak awak pindah duduk di belakang?" katacikgu Rose kepada Atiqa pada masa yang sama tangannya menunjukkantempat duduk Liyana. Atiqa hanya menurut kehendak guru kelasnya. Diaberpindah ke tempat duduk sebelah Alia iaitu di belakang Hakim. Liyanaberjalan menuju ke tempat duduknya.

"Ok kelas, kita sambungbalik pelajaran kita yang tergendala sebentar tadi." laung cikgu Roseuntuk menarik perhatian murid-murid di kelas tersebut.

********************************

"Hai,saya Atiqa. Selamat berkenalan." ucap Atiqa dengan gembira kepadaLiyana. Liyana menyambut huluran persahabatan tersebut sambil tersenyumgembira.

"Liyana, panggil yana." balas Liyana.

"Jom, pergi kantin, makan." ajak Atiqa. Liyana hanya menurut sahaja kerana dia juga mahu pergi ke kantin.

"Awak dari mana sebenarnya?" tanya Atiqa, dia mengambil tempat duduk di sebelah Liyana.

"Johor."balas yana selepas itu dia mula memakan roti canai yang dibelinya tadi.Atiqa hanya menganggukkan kepalanya setelah mendapat jawapan dariLiyana. Mereka terus makan sambil berbual-bual.

"Ah, kenyangnya..Sedaplah roti canai tadik."

"Roti canai tu memang sedap. Budak-budak nie memang gemar roti canai acikkantin." balas Atiqa. Mereka berjalan menuju ke kelas. Ketika hendakmasuk ke kelas, Liyana terlanggar bahu seseorang. Habis tumpah airkosong budak tersebut. Apabila dia menganggkat mukanya, dia melihatHakim memandangnya dengan pandangan tajam. Bagaikan memberi isyarat "Kau nak carik gaduh ke??".Liyana terus terkaku. Hakim pula terus meluru keluar bersama-sama botoltersebut dengan muka yang bengang. Atiqa menepuk bahu Liyana.

"Kau ok ke?" tanya Atiqa gusar. Liyana hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum pahit..

"Dah lah, jom kita masuk kelas. Aku tak nak jadikpenjaga pintu.." gurau Atiqa. Liyana hanya tersenyum sedikit tanpamenampakkan barisan giginya. Mereka duduk ke tempat masing-masing.Fikiran Liyana masih lagiu berkecamuk. Tidak habis-habis berfikir. Diatidak senang duduk mengenangkan incident yang berlaku tadi.Tanpa dia sedar, tingkah lakunya di perhatikan oleh Atiqa. Atiqa hanyamenggeleng-gelengkan kepalanya, matanya tidak lepas memandang Liyana.Tidak lama selepas itu, Hakim masuk semula dan duduk di tempatduduknya. Liyana mula gelabah. Dia sangat takut dengan Hakim. Nak buatmacam mana, memang realiti dia takut dengan Hakim kerana dia rasa Hakimnie memang tidak friendly. Opss..bukan tidak friendly, memang tidak friendly pun!

"Baliksekolah nie, tunggu aku dekat belakang sekolah." kata Hakim tanpamemandang Liyana. Dia bagaikan jijik untuk melihat muka Liyana. Liyanapula terkejut beruk. "Mampus kau Liyana, masalah sudah datang. Kau tak dapat lari yana..Mampus kau!" hatiLiyana mulai berkata-kata. Dia ingin bertanya mengapa, tetapi dipendamnya. Dia takut di marahi oleh lelaki tersebut. Kulitnya sudahmulai sejuk. Bulu romanya menegak bagaikan ada hantu di belakangnya.Tetapi kini, hantu tu bukan dibelakang mahupun depan. Tetapi disebelahnya!

"Liyana kamu ada masalah ke?" cikgu Lily bertanyadari depan kelas. Semenjak tadi dia melihat peri laku Liyana. Liyanamenganggkat mukanya, dalam pada masa yang sama Hakim memandangnyatajam. Dia faham isyarat mata tersebut. "Jangan bagitau cikgu kalau tak mampus kau.".

"Liyana??" sekali lagi cikgu Lily memanggil nama Liyana.

"Ha....Ye cikgu." terpinga-pinga Liyana apabila namanya di sebut.

"Kamutak apa-apa ke?" ulang cikgu Lily. Liyana menggelengkan kepalanya.Selepas itu, cikgu Lily pun menyambung balik pelajarannya. Liyanamengeluh lemah. "Mampus kau..Liyana..M.A.M.P.U.S!!!" jerit hati Liyana sekuat-kuatnya.

*******************************

"Disebabkankau dah basahkan baju dengan seluar aku, aku nak kau tebus kesalahankau." kata Hakim dengan suara yang mendatar. Liyana sudah gelabah.Degupan jantungnya juga semakin laju.

"Kau dengar tak!!?" marah Hakim. Liyana hanya menganggukkan kepalanya. Hakim menarik senyuman jahatnya.

"Kautak nak tau ke apa yang kau perlu buat untuk tebus kesalahan kau tu?"Nada Hakim tidak seperti tadi. Nada suaranya berbeza sekarang.Lembutsangat, terlalu lembut. Mendengar nada suara Hakim sudah berubah,barulah Liyana berani menganggkat mukanya memandang wajah Hakim yangberdiri di depannya.

"Nak," jawab Liyana perlahan.

"Apa? aku tak dengar la kuat sikit."

"Nak.."

"Hei, kuat la lagi. Kau nie tak makan nasi ke tadik. Hah!" tengking Hakim.

"Nak!" Liyana terjerit kerana kegeraman. Terus dia menekup mulutnya. Dia lantas memandang Hakim. Hakim sudah menahan marahnya.

"Kau kena jadik kuli aku selama sebulan." kata Hakim masih lagi menahan marahnya. Suaranya juga sudah mendatar.

"What!!??Are you crazy??" lagi sekali Liyana terlepas cakap. Terus dia tutupmulutnya. Dia langsung tidak memandang muka Hakim kerana ketakutan. "Tu la kau mulut, takde insurans ke?? Asal la kau gi jerit tadik.."hati Liyana berkata-kata. Dia menyesal sebab terlepas cakap dekathakim. Mesti lagi teruk dia kena lepas nie. Dia pasti. Diamenepuk-nepuk mulut dia sambil matanya tidak lepas dari memandangrumput yang menghijau dibawah kakinya. Hakim hanya tergelak dalam hatimelihat reaksi Liyana walaupun dia marah sebenarnya.

"Pandangmuka aku." kata Hakim dengan suara yang mendatar. Liyana tetap statikdi situ tanpa menganggkat mukanya. Dia tidak berani.

"Aku katapandang muka aku la, Pekak!" Hakim berkata kegeraman. Liyana dengantakut-takutnya menganggkat mukanya perlahan-lahan. tetapi matanya pulayang tidak bergerak dari memandang rumput.

"Aku kata pandangmuka bukan rumput tu!" tengking Hakim. Liyana dengan perasaan yanggementar lagi resah memandang muka Hakim. Dalam hatinya, dia mengutukHakim.

"Ha..camtulah, kalau kau pandang lagi tanah tu. Aku suruh kau carik cacing dan makan cacing yang kau tangkap tu." ugut Hakim. Liyana sudah menelan air liurnya.

"Ingat, mulai sekarang kau adalah kuli aku. Faham!" kata Hakim dengan bangganya.

"Kalaukau ingkar, kau siaplah." ugut Hakim selepas itu dia terus beredarmeninggalkan Liyana. Liyana terus terjelepuk setelah Hakimmeninggalkannya keseorangan di situ. Dia menaham geramnya terhadapHakim. Dia inginmembalas dendam tetapi, dia tidak ada keberanianuntuk membalas segala perbuatan Hakim. Tidak beberapa lama kemudian,Liyana juga meninggalkan tempat tersebut. Dia melangkah pergi denganlemahnya.

********************************

Kini,genaplah 2 minggu Liyana menjadi kuli Hakim secara tidak rasmi.Pelbagai ragam yang Hakim buat untuk mengenakan Liyana. Disuruh belimakanan, basuh kasut, buat kerja sekolah, angkat beg, masak nasi danlauk-pauk dan paling menyakitkan hatiya dia di suruh cuci tandas rumahHakim. Gila! Tandas rumah sendiri pun di tak pernah nak cuci inikanrumah orang lain. Memang gila! Dia saja je nak carik nahas.Liyana sekarang nie masih lagi mencuci tandas rumah Hakim yang begitukotor. Memang menjijikkan! Dia mengelap peluh di dahinya. Penat! Hakimmelihatnya mencuci tandas di pintu tandas selepas itu dia terus pergike ruang tamu menonton televisyen siaran bola sepak. Liyana menggumankegeraman. Tidak puas hati. Dia berharap masa akan berjalan denganpantas. Dia tidak mahu menjadi kuli si mamat kerek nie. Menyusahkan!Setelah siap membersihkan tandas rumah mamat kerek. Liyana secarasenyap-senyap keluar dari rumah tersebut mengikut pintu belakang.Setelah berjaya keluar dari rumah yang menyeksakan itu, dia terus lariselaju yang mungkin. Dia tersenyum gembira apabila sudah sampairumahnya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan membersihkan dirinya.Setelah siap, dia pergi ke mejabelajar untuk menelefon kawannya. Diaberasa hairan kerana dia tidak menjumpai handsetnya itu. Dia memerahotaknya. Dia kaget! Handsetnya berada dekat meja ruang tamu di rumahHakim! Oh my god! Mampus dia. Dia sudah keresahan, dia berjalan kehulur hilir bagai kucing hilang anak. "Macam mana nie..Mampus aku." Liyana berkata kepada dirinya sendiri. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu buat. Dia takut Hakim menyelongkar handsetnya itu.


Di rumah Hakim...

PuasHakim menjerit nama Liyana tetapi tidak di sahut oleh Liyana. Diamengetap bibir tanda marah. Lalu dia bangkit dan menuju ke tandas, dialihat tandas tersebut kosong! Tiada Liyana di situ. Dia manahanmarahnya. Dia mengetap giginya. Dia menuju ke ruang tamu semula,tiba-tiba dia terpandang sesuatu. Lama matanya memandang bendatersebut. Dengan tidak semena-mena dia tersenyum jahat. "Rasakan kau Liyana. Siapa suruh naikkan darah aku." hati Hakim berkata. Dia lalu menekan handset tersebut dan menyelongkar satu per satu message di handset yana sambil berjalan ke sofa. Selepas menyelongkar message yana, dia menyelongkar pula gambar-gambar yana. Setelah semuanya benda di selongkarnya, dia tersenyum sendirian.
"Yana, aku menang!" jerit hati Hakim sekuat-kuatnya.


p/s: Hye, kumako org bru at sini.. Kumako takut gak cerpen nie tak diterima.. ada smbgan nie, but tak dpt post sbb pjg..btw, plez komen..



kumako Publish time 9-5-2010 12:00 AM

"Balik sekolah ni, tunggu aku kalau kau tak nak aku sebarkan gambar kau yang hodoh tu," kata Hakim apabila dia berselisih dengan yana ketika hendak ke kantin. Selepas itu, dia terus berjalan pergi. Yana masih lagi tegak macam patung. Tekejut!

"Kau tak apa-apa ke yana?" Atiqa melambai-lambai tangannya di muka Liyana. Liyana tersedar, dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Betul nie?" Atiqa masih lagi tidak percaya. Liyana menganggukkan kepalanya.

"Aku tengok kau dengan Hakim tu ada apa-apa ke? sebab rapat semacam je. Dia selalu suruh kau buat kerja untuk dia. Kenapa kau tak bantah?" tanya Atiqa. Dia sudah lama mahu bertanyakan tentang ini. Tetapi selalu terlupa, baru hari ini dia teringat.

"Takde apa-apalah." nafi Liyana. Atiqa masih lagi berasa curiga. Masakan tidak. Dia selalu nampak yang Liyana senantiasa menurut arahan Hakim, tetapi Liyana menafikannya.

"Betul?" tanya Atiqa buat kali ketiga.

"Betul."

"Ok. Dah jom pergi beli makanan." kata Atiqa. Mereka pun pergi membeli makanan tetapi fikiran Liyana sedikit terganggu kerana ugutan Hakim.

"Oh ye, nanti Hakim tak masuk kelas sampai balik bolehlah aku duduk sebelah kau." ujar Atiqa dengan ceria.

"Lagipun Alia tak datang sekolah hari nie." sambung Atiqa lagi.

Perkataan yang keluar dari mulut Atiqa bagaikan membawa bahagia kepada Liyana. Hakim tak masuk kelas. Dia berasa lega, setidak-tidaknya bolehlah dia berasa tenteram sedikit. Tetapi bila difikir-fikirkan balik, dia tetap akan berjumpa dengan Hakim balik sekolah nie. Dia mengeluh hampa. Atiqa hairan melihat Liyana yang tiba-tiba mengeluh.

"Kau ada masalah ke?" tanya Atiqa.

"Takdelah." nafi Liyana.

"Kalau kau ada masalah boleh bagi tahu aku manalah tau. Aku boleh tolong kau." Atiqa menawarkan pertolongan. Liyana terdiam sejenak berfikir.


"Kalau Atiqa tolong aku boleh jugak. Tapi mesti dia nak tau kenapa handset aku ada dekat Hakim. Nanti mesti dia fikir yang bukan-bukan. Tapi kalau aku tak bagi tahu, macam mana dia nak tolong? Adoi, peningnya. Macam mana nieh. Nak ke tak nak? Hurm.." ligat otak yana memikirkan tawaran yang dibuat oleh Atiqa. Akhir sekali, dia sudah membuat keputusan.

"Takpelah, aku boleh selesaikan sendiri." Liyana tarik senyum tak ikhlas. Atiqa hanya menjuihkan bibirnya.

******************************

"Aku sakit hati dengan kau. Semalam kau pandai-pandai keluar rumah aku senyap-senyap kenapa? Disebabkan oleh perangai kau yang pandai sangat ni, aku nak kau jadik girlfriend aku. Kalau tak gambar kau nie yang jadik mangsa.

"What!!??" Liyana sudah tercengang. Dia kaget! Gila! Tak masuk akal!

"Tak masuk akal," kata Liyana. Hakim hanya tersenyum. Dia melambung-lambung handset yang berada dalam pegangannya. Bagaikan membawa maksud "Nak ke tak nak??". Liyana memerhatikan handset yang dilambung oleh Hakim. Dia menelan air liurnya. Payau! Fikirannya sudah kusut! Bagaimana?? Dia mengira-ngira dalam hatinya. Hakim masih lagi setia menunggu jawapan daripada mulut Liyana.

"Aaa...Kalau aku tak nak?" tanya Liyana.

"Semua gambar kau yang dalam handset nie aku sebarkan kat semua orang." balas Hakim dengan tenang. Dia yakin yang Liyana akan menurut kehendaknya.

Liyana sudah pening kepala. Dia tak sukakan Hakim. Bagaimana dia nak jadikan Hakim itu sebagai kekasih dia. Oh tidak! tidak sama sekali! Tetapi bila dia fikir-fikirkan balik....

"Kalau aku tak nak?? Dia sebarkan gambar aku.. Kalau aku terima, habis aku dia kerjakan. Tapi, apa motif dia suruh aku jadik girlfriend dia?? Takde maknanya. Hurm..kenapalah Hakim bagi pilihan yang susah untuk dia pilih. Kanan or kiri.. Baik aku pilih kanan, gambar aku terselamat tapi aku yang tak selamat. Kalau kiri, aku selamat tapi gambar aku?? Oh no..no..NO!.. Macam mana nie??" Liyana sudah garu kepalanya yang tidak gatal. Hakim masih lagi menanti. Dia memandang Hakim. Dia menelan air liurnya sekali lagi sebelum membuat pilihan yang diberi oleh Hakim a.k.a mamat kerek!

"Aku..aku..aku pilih..." Liyana mencari kekuatan untuk memilih. Dia takut kerana pilihan ini melibatkan masa hadapannya. Hakim sudah tidak sabar-sabar hendak mendengar pilihan Liyana. Dia menganggkat keningnya.

"Kau just kata, girlfriend atau gambar. Kalau kau kata girlfriend maknanya kau tolak jadik girlfriend aku, tapi kalau kau pilih gambar kau akan jadik girlfriend aku. Macam mana??" kata Hakim. Dia masih lagi menanti-nantikan pilihan yang dibuat oleh Liyana.

"Aku pilih.." Liyana menarik nafas panjang sebelum menjawab.

"G.."

"Cepat sikit..cakap kuat-kuat aku tak dengar.." arah Hakim.

"Pilihan 1. Noktah." kata Liyana kuat-kuat.

"What??" Hakim sedikit terkejut.

"Maksud kau girlfriend??" Hakim meminta kepastian. Liyana menganggukkan kepalanya dan terus berlari pergi. Dia tidak mahu mendengar ugutan dari Hakim. Dia takut dia akan berubah fikiran. Dia tak mahu. Tak mahu!

p/s: Ok ke tak?? Kumako baru mencuba membuat cerpen sebab selama nie kumako hanya buat novel sahaja. Ok ke?? kumako tak tau..Takutnya.. ada smbgan lagi..nnt kumako postkan..tapi tajuk lain..

cmf_blingblings Publish time 9-5-2010 12:35 AM

Bravo...bravo, jemput2...silakan berkarya, ramai yang lebih teror di board ni akan komen...
Untuk permulaan...{:1_132:}

kumako Publish time 9-5-2010 12:42 AM

thanx sbb bg sokongan..

qimi08 Publish time 9-5-2010 01:01 AM

Selamat dtg ke WR
rajin2 updater cerita ye...

fidajeff Publish time 9-5-2010 10:09 AM

hai kumako...selamat datang ke WR...
kami yg hanya membaca ni akan menanti update seterusnya...

kumako Publish time 9-5-2010 10:32 AM

klu cerpen smbgan dia buat at sni ke?? walaupown lain tajuk?? sbb tajuk smbgan dia lain..

azwa81 Publish time 9-5-2010 11:08 AM

kumako...teruskan berkarya...semua akan menyokong anda...

kumako Publish time 9-5-2010 05:09 PM

thanx azwa...

mie07 Publish time 11-5-2010 12:23 PM

zaman sekolah he he

kumako Publish time 11-5-2010 04:54 PM

a'ah zaman skul nieh..

kumako Publish time 12-5-2010 07:58 PM

CERITA NIE SAMBUNGAN CERPEN, KASIH, BUKAN KAU! (Kasih, Hanya Kau!)

Liyana terduduk lemah, dia menarik nafas panjang sebelum melepaskan nafas lega. Di dalam hatinya sudah datang perlbagai perasaan. Semua bercampur menjadi satu. Resah, gelisah, takut, menyesal, gembira, sedih, dan gementar. Dia menarik nafas lagi sekali. Dia mengeluh dengan kuatnya. Dia tidak mahu memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari esok. Tapi yang pasti, bencana besar akan berlaku. Tiba-tiba, dia bangun dari sofa tersebut dan menuju ke arah tangga bersebelahan dengan dapur untuk pergi ke biliknya. Dia berjalan dengan perlahannya. Tidak bermaya! Kalaulah ibu bapanya tahu apa yang berlaku di sekolah tadi, sudah pasti dia kena hantar belajar ke New York. Walaupun dia tahu yang ramai orang mahu pergi belajar di sana tetapi tidak dirinya. Hal ini kerana, dia takut untuk berpisah dengan ibu bapanya. Tapi, hakikatnya, dia memang sudah terpisah jauh dari ibu bapanya. Ibu bapanya, hanya memikirkan kerja, kerja, kerja! Dia bagaikan patung yang tidak bernyawa di situ. Tidak wujud! Ibu bapanya hanya fikir duit boleh memberikan kebahagian kepadanya. Dia kecewa. Hatinya sering memberontak tetapi di tahannya. Dia sanggup untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki kerana ibu bapanya sudah memberitahunya supaya tidak berkawan dengan lelaki. Dia terkongkong. Disebabkan itu, sampai sekarang dia masih tiada kawan yang bernama lelaki. Dia tidak tahu, apakah motif ayah dan ibunya berbuat demikian. Tetapi dia tidak pernah menayakan kepada ibu dan ayahnya.

*****************************
Hakim, terduduk lemah. Dia tak sangka yang Liyana akan membuat pilihan yang sebegitu rupa. Dia menghela nafas panjang. Dia meramas-ramas handset yang berada di genggamannya sambil memikirkan sesuatu. Suasana di dalam rumah banglo 3 tingkat miliknya itu, sunyi sepi. Bagaikan tiada sesiapa di rumah tersebut. Dia memicit-micit dahinya. Pening! Tiba-tiba, dia bangun dari kerusi tersebut dan beredar menuju ke biliknya di tingkat 3. Tak semena-mena dia tertepis pasu bunga yang berada di tepi tangga rumahnya itu. Jatuh berderai pasu bunga tersebut. Bunyi tersebut menarik perhatian Mak tom. Mak tom berlari ke arah punca bunyi deraian itu. Dia melihat tangan anak majikannya luka. Darah mengalir-ngalir keluar bagaikan air. Pandangannya terjatuh ke kepingan-kepingan pasu bunga yang sudah pecah. Dia dengan pantas membawa first aids dan menuju ke arah anak majikannya itu. Selepas dia memapah anak majikannya itu masuk ke dalam bilik, dia dengan pantas turun ke bawah untuk mengemas tangga yang terdapat banyak kaca. Hakim di dalam bilik sedang merawat lukanya sendiri. Dia menahan sakit yang teramat. Selepas selesai membalut luka di tangannya dia keluar bilik dan menuju ke dapur. Dia melihat mak tom sedang memasak lauk untuk mereka semua.

"Mak Tom, mak tom tak payahlah nak masak nasi. Aqiem makan kat luar aja. Mak Tom rehatlah dulu. Terima kasih sebab tolong kemaskan kaca yang bersepah dekat tangga tadi." ujar Hakim dengan ikhlas.

"Eh, mana boleh, Aqiem tengok tangan Hakim tu. Berbalut-balut, mana boleh makan kat luar. Aqiem tunggu sekejap lagi siaplah ni. Lagipun, ni memang kerja mak tom pun." balas Mak Tom. Mak Tom senang dengan perangai Hakim yang rendah diri dan baik hati itu. Dia sering berdoa agar Hakim tidak salah terpilih jalan dalam menentukkan masa depannya.

"Oh ya, Aqiem. Hakim ke cuci bilik air dekat belakang rumah? Mak Tom tengok bersih berkilat. Terima kasihlah sebab tolong cucikan bilik air tu. Mak Tom bukan apa, cuma Mak Tom banyak kerja nak buat, sampai terlupa bilik air kat luar tu." kata Mak Tom lagi sambil tangannya lincah bergerak membuat kerja. Hakim hanya tersenyum. Dia lantas berlalu menuju ke biliknya. Dia merebahkan diri di atas katil empuknya itu. Dia masih memikir-mikirkan apa benda yang hendak di buat terhadap Liyana. Dia mengetuk-ngetuk dagunya. Tiba-tiba, dia mengukir senyuman yang penuh makna. Makna yang tersirat.

******************************

p/s : komen2 plez..smbg lpas bln 5..

mijot Publish time 12-5-2010 09:53 PM

akhirnya..bersambung jua tapi cinonet sgt la...
so far seronok baca...
jgn lupa sambungannya..

kumako Publish time 13-5-2010 03:38 PM

okey.. kumako takkan lupa smbg.. but da nak abis la cte nieh...sbb yg nie cerpen.. skit je cte dia..

cmf_honeysweet Publish time 13-5-2010 04:27 PM

yelah... cerpen je.. bleh abiskan je.. hehehheeh

kumako Publish time 13-5-2010 06:30 PM

mmg bley pown..hik3.. sje je nak tundakan..hik3..

adzyla Publish time 15-5-2010 07:12 AM

huhuhuhuhu......still waiting :rf:

kumako Publish time 15-5-2010 11:13 AM

saya da postkan semuanya at blog saya.. klu ley bce n komen k.. nak taw gak kesalahan saya n salah saya..

http://ishihara-kumako.blogspot.com/

saya maybe tak ley on smpai bulan 10 owt..bz..so blog saya akn bersawang nnt..

adzyla Publish time 15-5-2010 04:25 PM

{:3_98:}{:3_98:}{:3_98:}{:3_98:}{:3_98:}

kumako Publish time 15-5-2010 04:43 PM

apa maksud smiley tuh??? kumako msih mntah ttg smiley2 nieh..hik3...
Pages: [1] 2
View full version: Cerpen : Kasih, Bukan Kau!


ADVERTISEMENT