white_snake Publish time 6-5-2010 06:45 PM

SR-71 Blackbird

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/97/Lockheed_SR-71_Blackbird.jpg/300px-Lockheed_SR-71_Blackbird.jpg

Lockheed SR-71 adalah merupakan sebuah pesawat pengawasan strategik jarak jauh termaju yang mempunyai kelajuan Mach 3. Pesawat ini telah dibangunkan berdasarkan pesawat Lockheed A-12 dan YF-12A oleh syarikat Lockheed Skunk Works sebagai satu projek rahsia. Secara tidak rasmi, pesawat SR-71 dinamakan sebagai Blackbird, dan dipanggil sebagai Habu oleh anak kapalnya, yang mana merujuk kepada spesies ular kapak lubang yang terdapat di Okinawa. Clarence "Kelly" Johnson telah dipertanggungjawab untuk membangunkan banyak konsep rekabentuk inovatif. Antara ciri-ciri pertahanan pesawat ini adalah kelajuan dan aras penerbangan yang tinggi, di mana sekiranya pelancaran sebuah peluru berpandu permukaan ke udara dikesan, tindakan mengelak standard mudah adalah dengan memecut. Pesawat SR-71 digunakan di dalam perkhidmatan bermula pada tahun 1964 sehingga 1998, dengan sejumlah 12 daripada 32 buah pesawat telah musnah di dalam kemalangan. Walaubagaimanapun, tiada sebuahpun yang musnah disebabkan oleh tindakan musuh.

areguard Publish time 6-5-2010 10:37 PM

SR71 ni dikatakan terpaksadiretire sebab Soviet Air Force telah menginovasi taktik utk memerangkap dan memburu Blackbird secara entrapment oleh MiG31s..bimbang jika ditembak jatuh dan jatuh ke tangan Soviet seperti pesawat U2, SR71 dikeluarkan dari perkhidmatan tetapi beberapa example masih operating di bawah kendalian NASA

akughi Publish time 7-5-2010 11:39 AM

ape lagi info pasal mahluk gile ni....

mmg genius la sape yg design burung itam ni

robotech Publish time 7-5-2010 11:58 AM

Era SR-71 berakhir dgn teknologi satelit perisikan yg jauh lebih berkesan.

LanoG Publish time 7-5-2010 12:01 PM

Nie ler Blackbird yang dinamakan Jet Fire dalam movie Transformers 2. Boleh combine dengan Optimus Prime lagi... :D

xmatrempit Publish time 7-5-2010 12:18 PM

Reply 2# areguard
Begitu ka kisahnya..
Ingatkan SR-71 ni ditamatkan sebab kurang stealthty. Kelajuan max March 3.2 tapi missile plak March 3.5. Takat nak lari aje, satu hari kena tembak jugak sebab missile dah lebih laju.
Kalau merempit xhengat, enjin cepat rosak, parts pulak bukan parts biasa, maintenance tinggi nak mampos.
F-22 pulak masuk. Walaupun maintenance juga xhengat, ada teknology stealth. Terus Balckbird dilupakan.


Tapi yg musykilnya, apa tujuan Tuan Tanah buka kisah blackbird ni?

alphawolf Publish time 7-5-2010 12:28 PM

Errr saja nak tambah kedit...hehehe.

SR-71 ditamatkan khidmat mmg sebab kos...satelit boleh tangkap gambar yang sama dengan kos lebih rendah. Kalau disebabkan SAM, SA-2 yang primary AD SAM Soviet dah Mach 3.5...SA-5 Siap Mach 8 lagi.....dan semuanya masuk service sebelum Blackbird.

Lagipun zaman Blackbird dah tak amalkan direct overflight

zvicmorrow Publish time 7-5-2010 01:27 PM

tngok discovery channel,haru betul cara blackbird ni dilupuskan..

mziskandar Publish time 7-5-2010 02:24 PM

antara innovation yg best kat sr71. enjin 2 mode..

retired.. jln pun kena pakai tongkat..

orangxkenal Publish time 7-5-2010 03:48 PM

wat a nice plane................dari dilupuskan kan lebih baik ganti concorde

lanun_darat Publish time 8-5-2010 01:08 AM

kapal terbang jet yg cecah 8 March tak de ke ?

HangPC2 Publish time 8-5-2010 08:05 AM

Nie ler Blackbird yang dinamakan Jet Fire dalam movie Transformers 2. Boleh combine dengan Optimus P ...
LanoG Post at 7-5-2010 12:01 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Dalam Citer X-Men


X-Jet

http://fc07.deviantart.net/fs27/f/2008/079/8/0/x_jet_by_bagera3005.png

http://4.bp.blogspot.com/_4MUf6T4VzPw/R1I-rrXd_WI/AAAAAAAABSk/9lm0N7TVg4k/s1600-R/xJet09.jpg

areguard Publish time 8-5-2010 12:53 PM

Anybody have any info whether SR71 have ever been armed or carry missiles..BUkan apa manalah tau kalau ada alien invasion, at least boleh armed the bird to shoot down alien ass..

farez89 Publish time 8-5-2010 12:57 PM

Dalam Citer X-Men


X-Jet
HangPC2 Post at 8-5-2010 08:05 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


dapat ganti model lama balckbird nie.

cashguy Publish time 8-5-2010 09:26 PM

oo gitu...

ivanadium Publish time 8-5-2010 10:09 PM

sekarang nih syarikat lockheed martin buat F-35 JSF...boleh landing ,flight verticle...

alphawolf Publish time 9-5-2010 07:59 AM

kapal terbang jet yg cecah 8 March tak de ke ?
lanun_darat Post at 8-5-2010 01:08 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Tadak..paling laju X-15..Mach 6.72. Itupun sekali aje

alphawolf Publish time 9-5-2010 08:04 AM

Reply 13# areguard

Technically yes...versi YF-12. Boleh bawak 3 AIM-47 Falcon (yang boleh dipasang warhead nuklear).

SR-71 was a pure recon plane.

alphawolf Publish time 9-5-2010 08:05 AM

wat a nice plane................dari dilupuskan kan lebih baik ganti concorde
orangxkenal Post at 7-5-2010 15:48 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Apasal pulak nak ganti Concorde?

Salah satu sebab Concorde ditamatkan perkhidmatan ialah kos bahanapi...sebab jet supersonik telan minyak lagi banyak daripada jet 'biasa' So takde point le nak ganti...lagipun fuselage cross section Blackbird terlalu kecil untuk dijadikan pesawat penumpang.

matamata Publish time 9-5-2010 09:17 PM

aiyaaaa.......spy plane mana blh bandingkan dgn fighter plane....apple to apple lah...

fungsi diaorg tu jauh sgt berbeza..
Pages: [1] 2
View full version: SR-71 Blackbird


ADVERTISEMENT