jerung10 Publish time 6-5-2010 07:56 PM

he!he!he! aku selalu dengar cam ni...kat mana ye? kat IPTA... bebudak SUKSIS gaduh dengan bebudak ROTU. kekadang tu jurulatih masing2 pun masuk campur. kalau ada pertandingan parade ke ape ke...siaplah cabar mencabar.bebudak PBSM, Puteri ISlam atau badan uniform lain diam aje, tengok 2 puak ni yang tak boleh berbaris dekat-dekat.

yelah, kat mana lagi uniform hijau dan biru belajar satu kuliah, makan satu cafe.jurulatih masing2 pun biasanya orang lama.....

alphawaves Publish time 8-5-2010 07:36 AM

sauffie..ada 3 perkara saja yg saya tau mengenai askar ni.

1. Tak habis2 mati eksiden kereta..(bukan mati berperang atau mati latihan)
2. Kahwin nurse pasal nak cover loan..(gaji kecik tapi selera besar)
3. Komandonya kaki pondan..(sendiri mau tau..)

Zielah Publish time 8-5-2010 11:11 PM

sauffie..ada 3 perkara saja yg saya tau mengenai askar ni.

1. Tak habis2 mati eksiden kereta..(bukan mati berperang atau mati latihan)
kalau mati masa latihan, banyak susah nak jawab.
2. Kahwin nurse pasal nak cover loan..(gaji kecik tapi selera besar)
tak lah .. pasal senang nak posting,kenapa tak cerita pasal kahwin dengan cikgu
3. Kom andonya kaki pondan..(sendiri mau tau..)
ha ha ha .... weiii pondan cari diaorglah

myariesa Publish time 9-5-2010 07:08 PM

sauffie..ada 3 perkara saja yg saya tau mengenai askar ni.

1. Tak habis2 mati eksiden kereta..(bu ...
alphawaves Post at 8-5-2010 07:36 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku tambah sikit ek


byk yang kena tgkap tgh dok curi kebel letrik kat sg buloh

alphawolf Publish time 10-5-2010 08:06 AM

Orang kerja lain mati eksiden jugak.....

panzer Publish time 19-5-2010 06:00 AM

Budak baru lepas rekrut polis dan baru kenal fb
DarkHorseNo.Six Post at 6-5-2010 11:07 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


First time dengar slang untuk Bombardier tu... biar betul?!

mama82 Publish time 20-5-2010 11:03 AM

polis???ade pilihanraya, 2 minggu berkampung di martek...huhu

babydevil Publish time 20-5-2010 02:06 PM

kes polis n askar gaduh ni dh biaser dengar...
kalo polis naik gaji askar pun mintak naik gaji juga...
hmmmm...
biasala 2...
sume org nk jbtn yg diwakili nampak gah n hebat2 belaka....:)

uboat Publish time 12-6-2010 01:12 PM

tentera dan polis tak ada yang hebat tak ada yang kuat semuanya makhluk allah s.w.t.
masing2 ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. kalau tentera bergaduh dengan polis yang tersepit tengah2 rakyat. negara luar seperti thailand yang bergaduhnya antara penyokong parti politik jer, jangan lah plak malaysia ni sekali dengan tentera, polis bergaduh. sapa nak bagi tolong bersurai?puteri islam? pandu puteri? fikir2 kanlah..

xtro Publish time 13-6-2010 02:47 AM

macam keje bebudak je yang menulis nihh... takde maknanye askar ngan polis nak gaduh sebab hal gini.... masing-masing ada tugas dan peranan sendiri... perhal nak banding-banding plak... lagi best keje kurang... gaji sama je banyak... kuikuikui... bley layan world cup... haha...

uboat Publish time 13-6-2010 02:56 AM

Reply 30# xtro

kerja kurang xpalah, jangan kerja menuang udah time2 world cup ni.:lol:

sw00sh Publish time 12-7-2010 09:36 PM

polis dan tentera dua2 nya penting...tapi jgn lupa jasa agensi2 lain seperti aadk,rela,jpam,apmm.dan banyak lagi yg sama2 menjaga keselamatan negara menurut bidang masing2

xwo2gk Publish time 12-7-2010 10:28 PM

Salam, saya dapat ini dari facebook, tapi tolong jauhkan dari komen berbau politik.

"x puas ati...
sauffie Post at 5-5-2010 12:21 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Saya kira yang empunya FB nie baru setahun jagung masuk dalam perkhidmatan.Ada perasaan tidak puashati kepada beliau sehingga meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Pasukan Keselamatan samada PDRM atau ATM mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing. Bidang tugas itu ada dinyatakan didalam SOP pasukan masing-masing. Rasa tak perlu saya uraikan disini. Tak perlu menguar-uarkan bahawa aku semua nya lebih dan serba kekurangan disebelah pihak yang lain. Selagi kita ini dipanggil manusia, bukan ertinya kita ini perfect 100%. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Jadi berfikirkan secara orang yang matang, jangan bersikap keanak-anakan.

sw00sh Publish time 14-7-2010 06:58 PM

Reply 33# xwo2gk


   setuju dgn xwo.....jgn lah kita nak mengagung2kan satu pihak sampai kita lupa peranan dan jasa pihak lain...bayangkan andai salah satu PDRM atau ATM tiada...renung2 kan

ubieobie Publish time 18-7-2010 01:15 AM

my friend tentera..kawen husben polis..ijazahnyer same, tp kwn i kapt, husben insp jer... gaji pun ikut taraf diploma jer...so yg kapt lebih beruntung...baru skrg je polis nak naik gaji ikut kelulusan kan...keje pun nmpk nyer yg husben lg teruk...klu on tuh lebih kurang doktor je.. memanjang ada kes..ada yg 24 jam ada yg 48 jam...agak teruk jugak sbb zaman skrg kot byk jenayah...yg kapt nih ok la training jer...tp we better respect ler bidang tugas masing2... rezeki ler klu keje tak susah sgt

malberi8 Publish time 18-7-2010 03:44 AM

apara korang ble layan isu camni... ini bebudak sekolah punya isu nihh, carik la tajuk yg membina minda skitt...

Canaletto Publish time 18-7-2010 12:15 PM

sejak dua menjak ni forum keselematan ni dah penuh dengan isu2 mcm ni. dah kurang umppph. kalau tak pun mesti ada political related atau isu oleh warga indon. nasib ada forum pertahanan lain yg boleh aku jengah!

sauffie Publish time 19-7-2010 04:12 PM

Reply 33# xwo2gk

Ditulis oleh seorang anak pegawai tentera yang tak puasa hati pasal kena saman dengan polis. Saya dapat dari sumber boleh dipercayai. Kisahnya, budak ni bawak kereta ayah dia, langgar peraturan, kena tahan dan di saman. Jadi dia macam tak puasa hati.

tokapi Publish time 20-7-2010 09:59 AM

laaa... x puas hati kena saman sampai mcm nak pecah belah angkatan keselamatan pulak.. huhuhu...

Polis menjaga ketenteraman awam, Tentera menjaga kedaulatan negara... hehe..

isteri_ayil Publish time 4-11-2010 09:59 PM

aku rasa, kalau kerajaan bagi peluang kepada askar utk menjaga keamanan negara setanding polis, mungkin jenayah di negara kita dapat dikurangkan... kesian jugak kat tentera2 kita ni... kalau diberi peluang buat keje mcm polis, benteras jenayah.. sure kes2 mat rempit akan dpt diselesaikan, perjudian, cetak rompak dan mcm2 lagi lah dpat dikurangkan.. & negara akan jd lebih aman.. tengok lah skrg, penjenayah bukan saja dari rakyat m'sia.. orang afrika, indon, dan ntah dari mana2 nye negara bukan main besar kepala lagi duduk kat sini... dan buat pelbagai jenayah.. sekurang2 nye, kalau tentera diberikan tugas yg sama mcm polis & membantu polis, mereka2 ini akan merasa gentar.. segala aktiviti pemerdagangan org melalui jln laut pun dapat dibenteras sekiranyakuasa penuh diberi kepada tentera laut..
Pages: 1 [2] 3
View full version: Saya dapat dari facebook, sila baca.


ADVERTISEMENT