sueria_azlee Publish time 3-5-2010 11:45 PM

BILA CINTA HADIR-update page

Post Last Edit by sueria_azlee at 15-6-2010 23:20

Salam sumer..

Mintak maaf banyak2 sebab no posting kat rumah satu lagik tu..kebzan mencari idea untuk merevised balik citer tu membuahkan idea lain lah pulak..so enjoy citer ni yer..:D


Sinopsis citer as written in blog

Aidan,cinta telah berakhir antara kita namun kita kekal kawan walau hakikatnya aku amat terluka dan kecewa bila cinta kita..aku akhiri

Namun hidup harus diteruskan tanpa perlu mengingati kisah cinta lama.

Lantas kutemui dia.Kontra sungguh lelaki bernama Shane itu dengan bekas tunangan ku,siapa lagi kalau bukan si Aidan.

Namun perbezaan itulah yang membuatkan cinta dan perasaan sayang makin mendalam pada sidia.

Saat cinta hadir dalam jiwa..perasaan kasih dan sayang makin menebal..dugaan mula datang bertimpa-timpa.

Mama bersuara..Shane bukanlah lelaki yang sesuai..Freeda datang menambah masaalah yang sedia ada dan Aidan..apakah kehadiran Aidan untuk kali kedua akan menyemarakkan semula rasa cinta atau cukup hanya sekadar kawan..???

detox Publish time 3-5-2010 11:49 PM

wah kak sue ...tak sabar nak baca....

kira cinta anne and nine dah habis la ye ?

sueria_azlee Publish time 3-5-2010 11:51 PM

Post Last Edit by sueria_azlee at 3-5-2010 23:55

CHAPTER 1

Kembang kempis hidungnya menahan marah dan geram.Sakit hati berkepuk-kepuk namun dia cuba menahannya.

Kalau ikut hati yang tengah panas mengelegak mahu saja dia campak-campak barang yang ada disekitar.

Amarah itu kawan syaitan,Kay.Cuba beristifar banyak-banyak.InsyaAllah hilanglah marah tu..

Kata-kata Fasha terngiang-ngiang ditelinga.Dia lantas menghenyak punggung diatas katil bertilam empuk tapi sempat matanya menangkap frame gambar berisi gambar dia dan Aidan sedang tersenyum gembira.

Masih dalam keadaan marah,frame gambar dicampak kedalam laci dan dia terus berbaring dengan PINGU dalam pelukkan.

Dah tak ada airmata nak keluar lagi dah.Perasaan sedih pun dah tak ada lagi.Cuma perasaan marah,geram dan kecewa.Benci juga.

Kalau betul Aidan dah tak suka padanya,dah benci,dah menyampah..kenapa tak Aidan berterus terang saja.Kenapa Aidan tak datang bawa tepak sirih dan putuskan pertunangan mereka.

Tak faham kenapa Aidan macam tu kejam sekali !!

Atau Aidan sengaja buat macam tu.Aidan nak dia mulakan langkah.Nak nampak kan sangat yang dia bersalah sebab minta putus.

“Kay..”ketukkan pintu bilik bertalu-talu tapi dia buat-buat tak dengar.Malas nak layan karenah along yang busy body 24/7.

“Kay..”agak kuat suara along memanggil.

“Yer..Nak apa?”

“Kuar jab..”

“Malas..”

“Kuarlah jab.Along ada hal nak cakap dengan Kay ni.”

Iskkk..Benci betul.Tak boleh tengok orang senang sikit.

“Ha..kenapa?”

“Yang Kay dok terperuk dalam bilik tu kenapa?Jom join along makan kodok-kodok.”along tersengih dimuka pintu.

Wajahnya tiada ekspresi.Masih bungkam.

“Along tahu,Kay marah dengan Aidan kan?Kalau marah pun kena makan juga.Sedap tahu kodok-kodok geragau ni.Susah nak dapat sekarang sebab sekarang bukan musim geragau..”along tak putus asa memujuk.

Dia gelengkan kepala.

“Tak ada moodlah nak makan kodok-kodok hari ni.Kay nak tido jab..”

“Jangan asyik nak tido aja,sayang.Nanti tembun.Betul tak nak join along ni..?”

“Betul..”dia menolak along keluar sebelum menutup perlahan pintu.

Along ni betul-betul potong stimlah.Baru nak layan perasaan marah,dia dah datang menyebuk.Macam tahu-tahu aja.

Aidan..Aidan..Aidan.Arghh..Kenapa lelaki suka sangat menyakiti hati perempuan.Kenapa lelaki suka sangat buat benda-benda yang perempuan tak suka.

Aidan,dulu sebelum mereka bertunang,dia sudah tahu perangai Aidan yang player tapi sikap ambil berat dan penyayang Aidan membuatkan dia lupa segalanya.

Cintanya pada Aidan mengatasi segalanya.Mengatasi rasa sayang pada mama dan papa.Pada along.

Padanya Aidan adalah segalanya dalam hidup.Dan kini baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.Hidupnya tak pernah aman.Perasaannya tak pernah tenang.

Dia seakan menempah maut bila menerima pinangan lelaki itu.

“I tak faham dengan you ni Kay.Dengan Freeda pun you nak cemburu.Comeonlah,dia kan secretary I.”

Itu kata-kata Aidan setiap kali dia menyuarakan perasaan tidak puas hatinya pada Aidan.

“Tapi apa yang I nampak bukan macam tu.Come on Aidan,you tak payahlah nak berlakon lagi dengan I.I bukan buta.”

“Kalau you tak nak percaya cakap I..you nak percaya cakap siapa lagi?”

“Takkan I nak percaya bulat-bulat apa yang you cakap?You lie to me..”

“Eee..Kalau you tak nak percaya cakap I sudahlah.I pun malas nak layan karenah you ni.Dulu you tak pun macam ni.Sejak akhir-akhir ni dah pandai you nak kongkong I.I rimas tahu tak..”

Bulat matanya memandang Aidan.Seakan tak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.Sanggup Aidan bercakap begitu padanya.Melampau betul.

“You ni memang dah melampau tahu..”

Aidan bisu.Bingit telingannya mendengar kata-kata Kay membuatkan dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Baginya dia tak buat apa-apa kesalahan.Setakat keluar makan atau tengok wayang,minum-minum dengan perempuan lain,tak ada salahnya.

Selagi dia belum berjabat tangan dengan tuan kadi,belum melafazkan kata-kata aku terima nikahnya..selagi itu dia mempunyai hak untuk keluar dengan siapa saja yang dia suka.

Tidak ada siapa yang boleh menyekat haknya itu termasuklah Kay.

http://signatures.mylivesignature.com/54488/128/D26006465FA5EBAD341B5BA88D78BD51.png

sueria_azlee Publish time 3-5-2010 11:53 PM

Reply 2# detox


lom habis lagik hehhee..ada sambungannya tapi tgh cari idea ..datang pulak Aidan,Shane dengan si Kay ni lak..:P ;P

sueria_azlee Publish time 4-5-2010 12:03 AM

CHAPTER 2

“Mama..papa.Kay nak cakap sikit.Dan Kay harap mama dan papa tak pertikaikan keputusan yang bakal Kay ambil ni..”dia bersuara sebutir-sebutir.


Memandang mama dan papa silih berganti.Along yang ada disebelah dikerling sama.


Mama dan papa membalas pandangannya .Tiada suara.


“Kay nak putuskan pertunangan Kay dengan Aidan sebab Kay rasa antara kami dah tak ada persefahaman lagi.Dan Kay rasa Aidan dah jumpa perempuan yang lebih sesuai untuk dia..”satu persatu dia mengungkai ayat.


“Mama dah jangka perkara ni akan berlaku cuma mama tak sangka secepat ini.Tak sampai tiga bulan pun Kay bertunang..”balas mama perlahan.


Dia angkat muka.Memandang tepat pada mama dengan soalan tertulis diwajahnya.


“Bukan mama dan papa pernah minta Kay fikirkan masak-masak akan hubungan kamu berdua dulu?Mama tak mahu paksa Kay sebab itu mama biarkan Kay buat keputusan terima Aidan dan sekarang mama bersyukur sebab Kay dah sedar yang Aidan bukanlah pilihan Kay yang sepatutnya.”


“Mama tak marah..?”


Mama geleng dengan senyum dibibir,melegakan sedikit hatinya yang bergelodak sejak tadi.


“Papa..?”soalnya pula memandang pada papa yang tidak bersuara sejak tadi.


“Papa mahu yang terbaik untuk anak-anak papa..”hanya itu yang keluar dari bibir papa.


Jawapan dari mama dan papa sudah diperolehi.Dia memandang along.Ingin juga mendengar pendapat along sekalipun restu dari mama dan papa sudah mencukupi untuk dia teruskan langkah seterusnya.


“Along tak nak campur dalam urusan Kay tapi along rasa baik Kay fikir masak-masak sebelum ambil keputusan untuk putuskan pertunangan Kay dengan Aidan.Bukan apa,along tak nak Kay buat keputusan dalam keadaan marah dan tak waras.”


“Tapi apa saja keputusan yang Kay ambil,along menyolong sepenuhnya..”sambung along penuh makna.


Kyra ketap bibir dengan dahi sedikit berkerut.Kata-kata along memang benar.Dia memang sedang marahkan Aidan.Tapi marahnya bertempat.


Dia bukan nak marah membabi buta dan tanpa usul periksa.Sebagai tunang,dia rasa dia ada sedikit hak keatas Aidan.


Dia bukannya nak mengongkong jauh sekali nak bersikap Queen Control tapi Aidan tak menghargai langsung kepercayaan yang diberi.Aidan bersikap melampau.Tak sanggup nak ubah sikap buayanya itu.


Macam mana jika selepas kahwin nanti Aidan terus-terusan bersikap begitu.?Adakah dia sanggup untuk menghadapi segala kemungkinan?


Mungkin Aidan akan berubah selepas kahwin?Mungkin juga tidak?Dia tidak mahu menanggung risiko kemudian hari.

Dan dia juga dapat rasakan perasaan cinta yang pernah satu waktu dulu tinggi menggunung bak Gunung Everest kini sudah mulai terhakis sedikit demi sedikit.

Dia tidak mampu untuk menyayangi Aidan seperti dulu.Hatinya kosong namun bukan tempat Aidan disitu.

Betulkah keputusan yang diambilnya ini..?dia menyoal hati sendiri.

Keputusan dah diambil Kay,so tepuk dada tanya selera.Tinggalkan atau biarkan begitu seperti sebelumnya.??

Dan akhirnya pertunangannya dengan Aidan terlerai juga hujung minggu itu.Kedua belah pihak sepakat tidak mahu mencampuri urusan kedua mereka dan menganggap keduanya tiada jodoh bersama.


Walaupun tiada sebarang ikatan lagi namun ikatan persaudaraan sesama Islam tidak pernah akan putus.


Tapi itu hubungan antara keluarga mereka.Tidak antara dia dan Aidan.Dia tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Aidan lagi.Dia pulangkan semula cincin yang Aidan beri walau lelaki itu tidak mahu menerimanya.


“Semoga you jumpa apa yang you cari selama ini..”itu kata-kata terakhir yang dia lafazkan sewaktu bertemu Aidan minggu sudah.


“I pray for your happiness,Kay.I do love you tapi I juga tak mampu untuk berbohong yang I juga cintakan gadis lain..”balas Aidan.


Niat Aidan berterus-terang tanda kejujurannya tapi dia tidak lihat dari sudut itu.Baginya kata-kata Aidan hanya untuk menambahkan lagi rasa sakit dalam hati.


http://signatures.mylivesignature.com/54488/128/D26006465FA5EBAD341B5BA88D78BD51.png

midar Publish time 4-5-2010 07:46 AM

ye ye..
k.sue ader buah tgn baru lg...

shahrinas Publish time 4-5-2010 09:26 AM

best jugak citer nie...
kalu free letak n3 lagi k....

qimi08 Publish time 4-5-2010 09:33 AM

kodok-kodok geragauyummpy sedapnya cicah dgn cili sos.....:drool3:

"Kay.I do love you tapi I juga tak mampu untuk berbohong yang I juga cintakan gadis lain..”balas Aidan" - Ni specis tamak haloba:@

.....gi jalanlah kan kay kan go kay go{:1_152:}

Jaza2008 Publish time 4-5-2010 09:44 AM

salam sue dan rakan2 semua....
hmmm idea baru ni cam pernah baca la... hehehehe
kat blog ke? patut la... familiar je aidan n kay....
skrng susah nak tembus blog kat opis..... walau duk melangit level 3still kena cantas
segala mala IT terkini.... hampeh tul...



ayat2 lelaki yg sebati dgn jiwa lelaki bila hati berpaling ke arah lain...yg lebih cantik dan bergaya...

“I pray for your happiness,Kay.I do love you tapi I juga tak mampu untuk berbohong yang I juga cintakan gadis lain..”balas Aidan.


geram je bila aidan ckp cam tu.... ingat cinta tuk pompuan boleh dikongsi2 ke?
next...next..next...hehehehehe

qimi08 Publish time 4-5-2010 09:55 AM

“I pray for your happiness,Aidan.I do love you tapi I juga tak mampu untuk berbohong yang I juga cintakan jejaka lain..”balas kay.

ha ha ha ha jaza kita tukar dailog ...apa yg aidan rasa klu kay yg cakap camni kat dia:lol:

mikoodette Publish time 4-5-2010 10:08 AM

mongok punya aidan... pirrraaaahhhh... senang2 jek kata CINTA... boleh jln laaa dgn ko punya ayat-ayat CINTA tu...

qimi08 Publish time 4-5-2010 10:43 AM

mongok punya aidan... pirrraaaahhhh... senang2 jek kata CINTA... boleh jln laaa dgn ko punya ayat-ay ...
mikoodette Post at 4-5-2010 10:08 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Yup miko srh aidan gi bawa blk ayat cinta ....yg x laku tu balik kg tanam jagung...:sweat3:
Ingat dia hebat sgt ;P

mikoodette Publish time 4-5-2010 10:53 AM

Yup miko srh aidan gi bawa blk ayat cinta ....yg x laku tu balik kg tanam jagung...
Ingat ...
qimi08 Post at 4-5-2010 10:43 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

ehehehheheee... betul betul betul.... ingat ingat...... budget org nak cair laa kalo buat ayat2 cinta mcm tu....

Ju'a Publish time 4-5-2010 11:28 AM

“I pray for your happiness,Aidan.I do love you tapi I juga tak mampu untuk berbohong yang I juga ci ...
qimi08 Post at 4-5-2010 09:55 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

hahaha...dah tentu macam2 rasa....:I :I go kay go........

sue ...nak lagiiiiiii
   

sueria_azlee Publish time 4-5-2010 01:35 PM

hehehhe..mcm2 ler korank nih..ayat tu mmg pernah diucapkan oleh sorang teman sue kepada girlfrennyer..dan sekarang padan muker mamat tu sebab kekasih baru dia pulak main kayu 18 hehehe...

and this story write base on true story taw..mamat shane tu kalo nak tahu memang sesama meniaga ngan sue kat PAHLAWAN WALK..tapi opcoz la kan..nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu..

new entry ..sabar yerk..

shahrinas Publish time 5-5-2010 08:47 AM

still tgh sabar menunggu nie... :re:

uda08_za Publish time 5-5-2010 09:11 AM

Reply 15# sueria_azlee


    Sue,

Bila crite sebenar lg best dan tulisan tu mesti lebih mengancam:)
Teruskan dan uda jd xsabo menunggu. :loveliness:

mikoodette Publish time 5-5-2010 11:52 AM

sue, n3.....

wwannurr Publish time 5-5-2010 12:22 PM

"mongok punya aidan... pirrraaaahhhh... senang2 jek kata CINTA... boleh jln laaa dgn ko punya ayat-ayat CINTA tu..."

bukan setakat mongok jeee miko.... mengong terusss sengal-mengallll......:2lol::2lol:

azueyra Publish time 5-5-2010 12:26 PM

smbung pls;;
Pages: [1] 2 3 4
View full version: BILA CINTA HADIR-update page


ADVERTISEMENT