fahrul Publish time 27-4-2010 03:51 PM

Wartawan utusan kurang membaca............

:sleepy:Astross II: Kuasa membunuh digeruni musuhOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0421/Utusan_Malaysia/Polis_&_Tentera/te_01.1.jpg

Astross II mula memasuki perkhidmatan tentera darat pada Mac 2002.



PERANG Hizbullah-Israel pada 2006 membuka mata semua pihak tentangberkesannya Sistem Pelancar Roket Berganda (MLRS) sebagai senjatastrategik yang ampuh.
Senjata tersebut bukan sahaja mampu mempengaruhi tempo peperangantetapi juga meninggalkan kesan psikologi menggerunkan berikutan skalakuasa pembunuhnya yang sukar disekat.
Perang 34 hari itu, menyaksikan ratusan roket Katyusha yang hanyamenggunakan teknologi era Perang Dunia Kedua ditembak ke bumi Israeltanpa dapat ditangkis oleh rejim Yahudi walaupun dunia mengakuikekuatan ketenteraan dan payung perlindungan udara negara haramtersebut merupakan antara terkuat dan tercanggih di dunia.
Malah, dalam tempoh 48 jam selepas perang tercetus, sebanyak 130roket jenis itu membedil hampir seluruh ceruk bandar yang bersempadandengan Lebanon, membunuh 39 penduduk awam Yahudi manakala ratusan lagicedera sehingga memaksa rejim itu melaksanakan pelan kecemasan terhadapwarganya.
Kesan kemusnahan hasil serangan balas yang tidak terduga itu,menyebabkan Israel terpaksa berundur daripada terus mengasak Hizbullahkerana pada masa yang sama negara Yahudi itu turut kehilangan seramai119 tentera akibat dibedil menggunakan Katyusha selain senjata antikereta kebal serta diserang hendap.
Mengambil iktibar daripada keberkesanan sistem MLRS yang digunakanHizbullah, maka pada 3 Julai tahun lalu, Tentera Darat (TD) Malaysiasecara rasminya menubuhkan sebuah Briged Artileri Roket yangmengoperasikan 36 unit MLRS, Avibras Astross II buatan Brazil.
Astross II sebenarnya telah terbukti berkesan membantu Iraq semasamenghadapi serangan bertali arus tentera bersekutu yang diketuaiAmerika Syarikat (AS) semasa Perang Teluk 1991.
Briged tersebut ditubuhkan selepas TD menggabungkan Rejimen ArtileriDiraja (RAD) 51 dan 52, iaitu rejimen yang bertanggungjawabmengoperasikan sistem Astross II dengan 53 RAD yang mengoperasikanradar Arthur bagi tujuan mengesan kedudukan musuh secara tepat setiapkali sebelum dan selepas tembakan dibuat.
Gandingan Astross II dengan radar Arthur meletakkan Angkatan TenteraMalaysia (ATM) sebagai sebuah angkatan yang mempunyai sistem artileripaling ampuh dan digeruni di rantau ini.
Ini kerana Astross II yang diberi gelaran Keris oleh ATM memilikikepelbagaian variasi roket iaitu daripada jenis SS-09 yang digunakanbagi tujuan latihan dengan jarak 11 kilometer (km), SS-30 (35 km),SS-40 (48 km), SS-60 (65 km) sehinggalah roket yang menjadi taringutama TD pada hari ini iaitu SS-80 (90 km).
Berbeza dengan Katyusha yang dicipta pada era Perang Dunia Kedua,roket SS-60 dan SS-80 dengan saiz kaliber 300 milimeter (mm) mempunyaikuasa membunuh yang lebih jitu iaitu setiap satu roket mampumemusnahkan secara total kawasan seluas empat padang bola sepak.
Manakala satu rejimen lengkap sistem itu dipercayai berupayamemusnahkan kawasan seluas 60 hektar dengan hanya sekali tembak secaraberturut-turut roket jenis SS-60 dan SS-80 (setiap satu unit Astrossmampu melancarkan empat roket berkaliber 300mm serentak).
Kemusnahan secara menyeluruh itu berlaku kerana setiap rokettersebut dimuatkan dengan kepala peledak pembawa kargo yang dikenalisebagai Dual Purpose Cargo Improved Munitions (DPCIM).
Setiap DPCIM pula boleh membawa sehingga 64 bom berangkai atausubmunisi daripada pelbagai kategori termasuk peledak jenis letupankuat (HE) sama ada bagi tujuan anti material atau anti landasan terbang.
Bagi peledak letupan kuat anti landasan terbang, setiap bomberangkai mengandungi peledak kepala jenis fius tertunda bagi merobeklandasan konkrit sedalam 0.5 meter.
Ia bermakna hanya sebutir peluru SS-80 dengan DPCIM secara teorinyasudah mampu untuk melumpuhkan keupayaan taktikal sesebuah pangkalanudara musuh.

hyazinth79 Publish time 27-4-2010 04:46 PM

gmbr silap. bkn tak membaca tapi buta.

cmf_nando Publish time 27-4-2010 06:24 PM

"Mengambil iktibar daripada keberkesanan sistem MLRS yang digunakanHizbullah, maka pada 3 Julai tahun lalu, Tentera Darat (TD) Malaysiasecara rasminya menubuhkan sebuah Briged Artileri Roket yangmengoperasikan 36 unit MLRS, Avibras Astross II buatan Brazil.
Astross II sebenarnya telah terbukti berkesan membantu Iraq semasamenghadapi serangan bertali arus tentera bersekutu yang diketuaiAmerika Syarikat (AS) semasa Perang Teluk 1991."

Wa rasa ada kesilapan : 1) TDM ambil iktibar dari perang hazabullah2006? Astorss sudah pesan lebih awal dari tahun 2006. 2) Astross II tidak berjaya dlm perang teruk 1991 sebab command chain sudah musnah.

cmf_nando Publish time 27-4-2010 06:28 PM

"Gandingan Astross II dengan radar Arthur meletakkan Angkatan TenteraMalaysia (ATM) sebagai sebuah angkatan yang mempunyai sistem artileripaling ampuh dan digeruni di rantau ini."

Wa ingat radar Arthur dipadan dgn Orelikon 20mm?Astross II sistem artileri ke?
Artikel in ada manyak lubang, tak paham editor utusan boleh kasi terbit.

hyazinth79 Publish time 27-4-2010 08:39 PM

Reply 4# cmf_nando

sistem ini mmg digandingkan dgn radar arthur klu tak silap dan mmg diserapkan dlm artileri, jd panggil artilery je la, knp malaysia tak guma astros 3 ye, tp pesan astros 2, utk batch 2, heran lak aku.

kereta_kodok Publish time 28-4-2010 01:46 AM

hurmmm....

alphawolf Publish time 28-4-2010 08:03 AM

Secara asasnya Astros mmg boleh diganding dengan ARTHUR sebab beberapa negara jadikan MRL mereka sebagai counter battery weapon....tapi sistem Astros sendiri dah ada FC radar...

Tapi Kalau ASTROS ganding ngan Oerlikon.....memang SALAH..hehe. BTW Oerlikon kita 35mm

areguard Publish time 28-4-2010 09:00 AM

Wartawan Utusan ni mmg buta military, kalau boleh nak digandingkan ASTROSS tu dengan Adnan ke..jadi asal siap hantar kepada editor yg jugak buta isu pertahanan..wartawan mcm Marhalim Abas tak bnyak kat Malaya ni

pcboss Publish time 28-4-2010 09:14 AM

Sebenarnya korang yang terlibat secara langsung dlm military boleh jd pemberita bebas atau boleh hantar artikel tertentu. hantar resume pada ketua pengarang. bgtau tujuan anda n latar belakang anda. sapa lagi yang boleh rakyat malaysia harapkan, selain mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ni. kalau tak salah dalam 90an dulu satu artikel boleh la dapat 50-60 hengget kalau keluar paper. Kalau taknak wujudkan Ahlul Parlimen buta military, 1st step mungkin bermula dari anda untuk bg panjelasan pada rakyat marhaen..

Eokboy Publish time 28-4-2010 11:05 AM

Kalau ye pun Utusan salah contact je lah dorang terus. Buat apa nak malukan dalam forum nih? Utusan banyak sangat jasa kat org melayu, tak payah kita nak pandai2 kutuk.

HangPC2 Publish time 28-4-2010 12:31 PM

Kitaorang ini tak ada kelulusan Komunikasi Massa (MASSCOM) dan tak layak berkerja di Sektor Penyiaran dan TErbitan....

LT Publish time 28-4-2010 12:48 PM

dulu pun penah kluar....APMM (angkatan penguatkuasaan maritim malaysia):lol:

pas tu pasal panglima TLDM..... Jeneral Laksamana ..........:lol:

LangBuana Publish time 28-4-2010 12:57 PM

akhbar nie menampakkan mereka umpama mengambil wartawan "tangkap muat" dalam mengetengahkan/mengupas sesuatu isu tanpa pengetahuan yang cukup, sedangkan informasi2 tersebut amat mudah diperolehi dari internet...semata2 untuk memuatkan ruangan diakhbar mereka...

emm...utusan pun dah mcm suratkhabar kosmo/metro, susahler mcm nie...;P

HangPC2 Publish time 28-4-2010 01:55 PM

Wartawan malas nak cari kat Pak cik Google....

HangPC2 Publish time 28-4-2010 01:56 PM

Salahkan Editor lah..... buat keje cincaitapi bila bab berita politikchecking dengan teliti....

LangBuana Publish time 28-4-2010 02:09 PM

Reply 15# HangPC2

....dah nama pon otosan...:laugh3:

pcboss Publish time 28-4-2010 02:52 PM

Reply 11# HangPC2
Tk perlu kelulusan la nak jd reporter sambilan. SPM je dah boleh. dulu time sekolah menengah ramai member buat parttime. tapi tak semua berita la dorng terima. member aku hantar berita eksiden je memanjang. mentang2 bapak dia polis. dulu la. sekarang kalau b'ground ko bagus boleh jd mcm marhalim ;P.

HangPC2 Publish time 28-4-2010 04:06 PM

Kalau Lukis Komik boleh lah......

honeybee1802 Publish time 28-4-2010 04:20 PM

tu sib baik military..ritu aku bc metro..MPOB..malaysian pump oil board...:lol:

HangPC2 Publish time 28-4-2010 04:27 PM

Orang Gelarkan   Harian Metro sebagai   Harian Metrosex


Kosmo laksebagai   Kosmotroll
Pages: [1] 2
View full version: Wartawan utusan kurang membaca............


ADVERTISEMENT