pist0l Publish time 23-4-2010 01:24 AM

Seni ramalan kuno India

Seni ramalan kuno IndiaOleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0421/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg



RUMAH usang milik peniaga cettiar atau sering disebut ceti dalambahasa Melayu itu mungkin jauh dari pandangan ramai kerana terletak dihujung deretan kedai di Jalan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun,pintu masuk rumah itu sering sibuk dengan kelibat warga kota yang lalulalang. Sebabnya, mereka datang bukanlah untuk meminjam wang daripadaceti itu yang lazimnya diketahui sebagai peminjam wang.



Ironinya, kunjungan bersifat peribadi itu adalah untuk berjumpadengan Manivanan Thuraisamy yang kebetulan menyewa sebuah bilik dirumah lama tersebut. Ada yang menunggu berjam-jam lamanya untuk bertemudengan lelaki berusia 46 tahun itu. Apakah istimewa Manivanan?


Sebenarnya, Manivanan yang berasal dari wilayah Erode, Tamil Nadu,India itu merupakan seorang tukang tilik nasib. Dia berhijrah ke jalanyang sudah menjadi tumpuan kebanyakan peniaga India itu kira-kira 12tahun lalu untuk menambah punca pendapatan melalui tilikan nasibnya.



Berbeza daripada tukang tilik sedia ada, cara menilik nasibManivanan memang aneh dan unik. Ini kerana, seekor burung serinditdigunakan sebagai alat untuk menilik nasib para pelanggannya.Sungguhpun ia mungkin sukar dipercayai ramai pada zaman serba canggihdan moden ini, namun realiti membuktikan bahawa kepercayaan seperti itumasih kekal diamalkan terutama dalam budaya masyarakat India sehinggahari ini.


SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit

pist0l Publish time 23-4-2010 01:25 AM

Saban hari seawal pukul 10 pagi, lelaki yang lebih manis denganpanggilan Mani itu, sudah pun membuka medan menilik nasib parapelanggannya di kaki lima rumah ceti itu. Lantai dipasang mozekbercorak flora dialas dengan suratkhabar lama sebelum disusun denganperalatan tilik nasib. Antaranya, peti sangkar kayu, susunan kad-kadtilik nasib, beberapa buah buku tilik nasib dan bijian mutiara.




Kemudian, para pelanggan yang menunggu lama itu, menyusur dudukseorang demi seorang untuk melihat dan mendengar sendiri tilikan nasibmereka daripada Mani. Sebelum itu, Mani juga melakukan upacara ritualyang ringkas seperti membakar colok dan memuja gambar dewa-dewi yangditampal pada permukaan atas sangkar kayu itu. Ia kepercayaan untukmelancarkan perniagaannya pada pagi itu.




"Padaiyappah, sila ambil satu kad yang bagus kepada nama Sugumaranyang berumur 46 tahun ini," demikian arahan lembut Mani dalam bahasaTamil kepada burung serindit yang berada dalam sangkar itu. SugumaranShanmugam, 46, adalah pelanggan pertama Mani pagi itu yang sanggupdatang dari Damansara, Selangor untuk berjumpa tukang tilik tersebut. http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0421/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
SEJUMLAH 29 keping kad digunakan dalam amalan tilikan nasib burung serindit.



SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit

PersonaGerek Publish time 23-4-2010 10:30 PM

cian ekk..nasib manusia burung bule tentu kan..huhuhuhu...

fleurzsa Publish time 24-4-2010 10:07 AM

good day

Dulu mcm ada kat Central Market

Pygmalion Publish time 25-4-2010 01:32 PM

pandai pulak burung tu duk hulur kad nasib ....

perantau_79 Publish time 25-4-2010 07:19 PM

itu bkn burung serindit la bro...

fariepari Publish time 26-4-2010 08:19 AM

mcm burung nuri je

kalau x silap aku, masa aku kecik2 dulu aku ada nampak org india ngan burung menilik nasibnye nih..kat bandar muor
Pages: [1]
View full version: Seni ramalan kuno India


ADVERTISEMENT