kingnocrown Publish time 22-4-2010 03:38 PM

Periuk Dengan Perangai Beruk

"Bagi saya karipap setengah dozen, dengan air mineral satu botol", pesan aku dengan gelojoh. Perut aku dah rasa nak berdarah, dari pagi tak makan apa.

"Enam ringgit setengah bang, karipap ambik kat sebelah", balas brader yang jaga kaunter tu, segak berbaju kuning tertera tulisan IKEA.

Dapat aje karipap dengan air mineral, aku terus menuju ke bahagian jual peralatan dapur. Karipap aku telan berselang-seli dengan minum air.

Itu petang mak aku pesan suruh beli set periuk kat Ikea, dia cakap murah, kat pasar malam Rompin pun tak murah macam tu katanya. Aku iyakan aje. Dah setahun lebih aku tak balik, mana la aku nak tau harga semasa periuk belanga kat Rompin.

Sampai aje aku kat bahagian jual peralatan dapur, aku melilau cari set periuk. Sana-sini aku pusing tak jumpa-jumpa. Aku tengok sekeliling, mata aku terpacak kat satu signboard besar, signboard promosi set periuk. Memang sah set periuk tu yang mak aku nak, sebab harga dia RM 29.90, memang tak dapat harga macam tu kat Rompin.

Tapi yang buat sialnya, sampai sudah aku tak jumpa mana diorang sorok set periuk tu. Lagi buat panas, sorang
sales assistant
pun aku tak nampak, nak tanya mintak bantuan pun tak boleh. "Apa sial susah sangat nak beli periuk ni", syaitan dah mula nak suruh aku naik angin.

Tiba-tiba melintas brader baju kuning kat sebelah. "Hah ada pun kau, sikit punya lama aku tunggu", aku sekadar bercakap dalam hati, kena hormat orang lagi tua, tak boleh biadap.

"Bang, set periuk tu mana nak ambik? Puas saya cari tak jumpa-jumpa", aku tanya brader tu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, menepati rukun negara yang kelima, sambil menunjuk ke arah signboard set periuk yang terpampang kat dinding.

Brader baju kuning tu pandang paiseh kat aku. Kalau bukan sebab mengamalkan rukun negara, dah lama aku pelepoww kepala brader tu. Aku tanya sikit punya baik, buat muka pulak.

"Tu, kau pergi tanya brader kat ujung tu", jawab brader tu penuh kekerekan dan kelangsian. Perangai sebijik macam beruk, langsung-langsung tak ada adab. Aku tenung mata brader tu dalam-dalam, hati dah memercikkan api-api kemarahan.

"Kau duduk kat tempat orang, jaga perangai kau tu sikit. Belajar hormat orang selalu, nak-nak dengan orang tua", pesan mak aku terngiang-ngiang kat telinga. Panas di hati ada sikit reda bila teringat pesan mak aku.

Sebelum aku chow nak pergi tanya brader kat ujung tu, aku sempat jeling tengok baju brader kerek tadi, tertulis kemas tulisan 'PUMA'.

Cepat-cepat aku blah dari brader tu, sebelum aku yang kena pelepoww dengan dia, memang mendapat!.


singgah n folo blog gua Wood is Kayu Love is Cinta

asyriqa Publish time 22-4-2010 03:56 PM

agagagagagagaga..:lol::lol::lol:entah kenapa la bila baca tulisan2 bro neh slalu jek menggeletek ati ahkak {:1_132:}

allamanda Publish time 22-4-2010 04:04 PM

:lol::lol::lol::lol::lol: sabo jerla..

sang_arjuna Publish time 22-4-2010 05:52 PM

:lol:

memang sempoi

mijot Publish time 22-4-2010 06:44 PM

gelak guling2 lg..
Pages: [1]
View full version: Periuk Dengan Perangai Beruk


ADVERTISEMENT