batu_bergolek Publish time 28-4-2010 01:59 PM

Reply 20# koko2

saya pernah beli kat ACE taman Dagang dan ACE melawati. rasanyer dah banyak tempat jual dah sekarang, last time gi Jaya Jusco maluri pun ader jugak.

abrar1 Publish time 29-4-2010 02:11 AM

ni aku paste dari mail aku dapat entah betol ke tak........tapi boleh jadi jugak.....

Subject:RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

> Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.
>
> Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?
>
> Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.
>
> Ikuti komen-komen berkaitan RON 95 dan berita kereta terbakar apabila kemalangan pada pautan berikut http://waghih. blogspot. com/2010/ 04/ron-95- mudah-meletup- bila-kemalangan. html
Kenapa RON 95 Mudah Meletup ?
Assalamualaikum,

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.

RON 95

Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi... Wallahualam

MPV TERBABAS, TERBAKAR: ACHIK SPIN MAUT NAHAS NGERI
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0417&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_39.htm&arc=hive
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive
Dua pemandu maut, 2 parah
ALOR GAJAH 17 April – Dua terbunuh termasuk seorang daripadanya rentung manakala dua lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara di sini hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan anak pasangan yang terlibat dalam kemalangan tersebut terselamat.
Mangsa terbunuh ialah pemandu kereta Proton Saga, Che Ku Mohd. Hakimi Chik Wan, 33, yang rentung setelah kenderaan tersebut terbakar.
Selain itu, turut maut, pemandu sebuah lagi kereta, Perodua Viva, Syed Al Amin Abdul Jalil, 25.
Isteri Syed Al Amin, Rohana Hassan, 23, yang duduk di sisi mangsa serta seorang kenalan pasangan itu, dikenali sebagai Jaidal Ibrahim cedera parah manakala bayi mereka, Siti Syaria Waldina Abdullah tidak mengalami sebarang kecederaan.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Jid berkata, kejadian berlaku ketika Che Ku Mohd. Hakimi sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Tanjung Bidara dari pasar Masjid Tanah.
Katanya, Syed Al Amin pula datang dari arah Port Dickson, Negeri Sembilan dan menuju ke rumahnya di Sungai Udang.
“Namun semasa tiba di tempat kejadian, Proton Saga dipandu Che Ku Mohd. Hakimi dipercayai terbabas dan memasuki ke lorong bertentangan sebelum bertembung Perodua Viva dipandu Syed Al Amin.
“Rempuhan kuat itu mengakibatkan Che Ku Mohd. Hakimi pengsan dan rentung apabila keretanya terbakar manakala Syed Al Amin juga mati kerana tersepit,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan manakala mayat kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Katanya, Rohana bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, Che Ku Mohd. Hakimi meninggalkan seorang balu, Norashikin Abdul Wahid, 31, dan dua anak lelaki, Che Ku Wafiq Shami, 3, dan Che Ku Syafi, 10 bulan.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm
Wanita hamil nyaris maut kereta terbakar
KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Noraini A. Malik, 26, yang mengandung empat bulan, melecur di tangan kiri, kaki kiri dan terbakar sebahagian rambutnya apabila api secara tiba-tiba menyambar kereta Perodua Myvi yang dinaikinya di stesen tersebut.
Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu ketika suaminya sedang mengisi minyak. - Utusan

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive
Pemandu Toyota Harrier rentung dalam nahas
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.
Jurucakap polis memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.23 malam ini sewaktu lelaki tersebut yang sedang menuju ke arah selatan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di bahagian kiri.
"Kenderaan jenis Toyota Harrier itu kemudiannya terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan terbakar di dalam gaung berdekatan.
"Keadaan itu mengakibatkan mangsa terperangkap dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini malam ini.
Dua jentera bomba bersama 10 anggota dari Mantin dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai
Mereka mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari dalam kenderaan berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan, punca insiden berkenaan masih lagi disiasat.
Abd. Halil berkata, sehingga kini maklumat mengenai identiti mangsa yang dipercayai keturunan Cina tersebut masih belum diperolehi.
Tambahnya, mayat mangsa yang hangus terbakar itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
"Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya dapat menyalurkannya bagi membolehkan siasatan lanjut," kata beliau.

Asdira Publish time 30-4-2010 02:33 AM

hubby As pun dh tak guna ron95..sejak kitorg selalu sgt terserempak dgn kete terbakar..
dia ada gak buat research mengenai kandungan petrol tu..(hubby as dulu amek bidang engineering petroleum..)

masterixs Publish time 30-4-2010 08:36 AM

ak udari dulu nak beli satu..cuma tuh lahh..aku tgk kedai2 jual..tgk expired date die tinggal berber ...
tuah_r Post at 23-4-2010 10:30 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Tue kena buat training kebakaran laaaa....;P

masterixs Publish time 30-4-2010 08:39 AM

Saya rembat ofis punya....Dr terbiar aje kat situ baik simpan dlm bonet keta. Mana tau kalau bukan diri sendiri mungkin org lain yg perlukan pertolongan....:lol:

amruzzayd Publish time 1-10-2018 06:05 PM

nasihat saya beli yang ada logo sirim..untuk kerata pakai saloon ke bawah pakai 1kg..jenis dry powder...pastu beli holder dia jenis zig zag senang nak pakai dan install.

pastu beli sekali fire prove glof..sebab kalau apa2 berlaku kebakaran enjin boleh bukak bonet keta tu...

ada 4 setakat ni yg wellknown dapatsirim approve uniqfire..eversafe..sri...flamemart...
1. uniqfire .ni the best saya dah reting semua 1kg...sofar dia the best...

letak dlm kereta alat padam api ni ada panduan dia..layar web saya
pemadamapiku.com...situ saya cerita kaedah2 simpan alat pemadam api kereta ni....sebab flm keta panas...so ada tips2 dia...

ok tq
azizi amruzzayd

Pages: 1 [2]
View full version: Alat Pemadam Api utk Kereta


ADVERTISEMENT