chewan Publish time 13-4-2010 04:29 PM

Berita@MKST : Dewan Plastik

Dewan diperbuat daripada botol plastikhttp://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0413/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
GAMBAR menunjukkan bangunan diperbuat daripada botol plastik di Taipei.

TAIPEI - Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sinidiperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengantujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.


Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dansetinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan FarEastern sejak hampir tiga tahun lalu.


Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitarsemula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuhbagi menghadapi gegaran gempa bumi.

"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yangdiperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju projekberkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada DewanBandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran padasatu pertunjukan bunga-bungaan.


Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itudilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yangberfungsi seperti pendingin hawa. - Reuters

aku_EnSeM Publish time 13-4-2010 07:25 PM

thinking of greenhouse effect.. oh panasnye dewan tu {:3_89:}

aku_EnSeM Publish time 13-4-2010 07:26 PM

btw, thats a nice effort though {:3_98:}

dauswq Publish time 14-4-2010 08:55 AM

thinking of greenhouse effect.. oh panasnye dewan tu {:3_89:}
aku_EnSeM Post at 13-4-2010 19:25 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kan..mcm rugi pula

kreatif sebab menggunapakai barang terbuang{:1_132:}
tapi kerajaan berbelanja besar menyediakan pelbagai kemudahan untuk dewan tersebut
tambah lagi penyediaan e-cond
berapa banyak lah tenaga digunakan setiap hari:L

aku_EnSeM Publish time 14-4-2010 09:46 AM


kan..mcm rugi pula

kreatif sebab menggunapakai barang terbuang{:1_132:}
tapi kerajaan berbelanja besar menyediakan pelbagai kemudahan untuk dewan tersebut
tambah lagi penyediaan e-cond
berapa...
dauswq Post at 14-4-2010 08:55 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

diorg xselidik betul2 ke carbon life cycle diorg heheheh...

btw, pembetulan sikit. since bnde ni kt taiwan, greenhouse effect tu mungkin leh normalkn suhu dlm dewan tu during winter since ambient temperature is much less. mungkin they're expecting to cut power usage from heaters..

tp mse summer... sila jauhkan diri anda dr dewan ni :lol:

kelapamuda Publish time 14-4-2010 11:08 PM

goges nya dewan tersebut~~~

kalo mesia wat menda nih...seswai tak??:o

pinguin Publish time 22-6-2010 05:19 PM

haha manusia mmg kreatif~
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : Dewan Plastik


ADVERTISEMENT