detox Publish time 12-4-2010 05:08 PM

Karina

Post Last Edit by detox at 12-4-2010 17:11

Salam semua, cerita ni dah lama terperuk dalam hard disk, dua tahun dah terperuk. Saya share kan kat sini.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Part 1

Tabir siang menyingkap kembali, deruan ombak memukul badaiterdengar sayup-sayup. Angin menerjah masuk sebaik sahaja tingkap dapur di bukaluas. Kokokan ayam jantan menyambut kehadiran pagi memecah keheningan. Karinamemejamkan mata sambil menghirup udara segar dalam-dalam. Terasa ketenanganyang sukar di gambarkan. Dia tersenyum sendirian. Untuk seketika dia tenggelamdalam keasyikan. Setelah itu dia mencapai cerek dan mengisi air lantasmeletakkannya di atas dapur. Sambil menunggu air yang di jerang masak, Karinamembetulkan bunga kekwa kuning yang terletak di atas kaunter.
Dia baru pindah ke rumah itu 3 bulan lalu.Rumah peninggalan orang tuanya. Rumah warisan turun-temurun yang di bina sejaktahun 1920-an berdiri teguh sehingga kini. Sudah 10 tahun rumah itu kosong dansudah lama hati kecilnya ingin pulang ke tempat dia dibesarkan sehinggalahpenceraiannya 5 bulan yang lalu. Kini dia sudah kembali membawa sekeping hatiyang hancur. Dia ingin merawat luka itu sendiri, di sini di daerah kelahirannya.

Rumah itu kini dalam proses pengubahsuaian. Kerja-kerjapengubahsuaian bermula di
sayap kiri,tingkat atas. Karina membelanjakan sejumlah wang yang banyak untukmerealisasikan apa yang dia inginkan selama ini. Karina juga sibuk menguruskanhalaman rumah yang luas. Tanaman hijau menghiasi halaman sebelah kiri. Di satusudut akan didirikan sebuah bangsal yang berkonsepkan Bali.Ianya akan dikelilingi oleh kolam kecil yang ditumbuhi tanaman-tanaman air.

Setelahminum secawan kopi ‘o’ panas, Karina melangkah keluar menuju ke pantai. Rutinhariannya bermula dengan berjalan di tepi pantai. Senaman yang telah di amalkansejak dia masih bersekolah dan telah menjadi sebahagian dari hidupnya. Dahulusemasa di Kuala Lumpur, dalam kesibukan kota, dia masih mencari masauntuk berjalan di sekeliling taman perumahannya.

Diamemulakan langkahnya dengan perlahan, sekali sekala dia berlari anak, sekalisekala dia berjalan pantas. Kicauan burung menyambut kedatangan pagimemeriahkan suasana. Anak-anak ketam berjalan mengiring mengikut sang ibu.Karina gembira. Hatinya gembira. Jauh dari kesibukan kota yang memenatkan, kini dia kembali semulake tempat kelahirannya. Semuanya bersatu menjadi suasana yang telah sebatidalam jiwanya. Dia rindukan ketenangan itu.

Diasudah jauh berjalan, matahari sudah mula terbit. Karina melap peluh yangmembasahi dahinya. Dia berhenti seketika dan memandang lepas ke tengah-tengahlautan. Kelihatan bot bot nelayan terumbang ambing, memunggah hasil lautan.Sekejap lagi bot-bot itu akan memulakan perjalanan pulang. Dia puas melihatpemandangan itu. Dia berjalan ke arah batu besar yang hitam dan keras. Denganpenuh hati-hati dia memanjat batu-batu besar itu. Sesekali
percikan ombak yang menghempas terkena dirinya.Sekali-sekala dia hilang keseimbangan badan dan mahu terjatuh, cepat-cepat diamengumpulkan keseimbangan dan berdiri semula. Dia sampai ke batu hitam yangpaling tinggi. Dia tersenyum bangga dan memandang ke sekeliling, suasana masihsunyi dan sepi. Dia menyedut udara dalam-dalam dan melepaskannya perlahan.Diperhatinya keadaan sekeliling, langit semakin cerah, mentari mula menyinari,menerangi horizon. Dia mengagumi keindahan ciptaan Tuhan. Betapa eloknyaciptaanNya, cuma manusia kadang-kadang lalai melihat sekeliling. Gagal berfikir
tentang pencipta yang maha agung. Yang palingmenyedihkan tangan-tangan manusia jugalah yang menghancurkan keindahan dankeajaiban yang tidak ternilai itu. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara orangbatuk. Dia segera menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki sedang memerhatidirinya. Karina tidak pasti berapa lama dirinya telah diperhatikan dan diatidak berasa senang. Mata redup lelaki itu terus merenung Karina. Walaupun diatahu renungan itu membuat wanita itu tidak senang tapi dia seolah terpana.Sempat juga Karina mengerling, melihat seraut wajah yang lurus, kumis danjanggut menjadikan wajahnya lebih tampan. Hidungnya mancung dan di sebelah kiridahinya ada parut sepanjang 1 inci. Kedua-dua mereka terpaku seketika. Empatmata bertaut tanpa tahu berbuat apa. Meyedari keadaan itu, Karina menolehkanpandangannya ke laut lepas atau ke mana sahaja tetapi bukan ke arah lelaki itu.

qimi08 Publish time 12-4-2010 05:10 PM

Yessss cerita baru detox ....{:1_152:}

marcell Publish time 12-4-2010 05:11 PM

yeh............. cerita baru..

qimi08 Publish time 12-4-2010 05:13 PM

Detox tetiba terbayang heroin karina kapoor yg seksi seksa gilos tu ;P
Tapi heroin detox ni mesti gadis ayukan

detox Publish time 12-4-2010 05:14 PM

emm bukan anak pak kapoor as heroin. hehehehe...
apasal tulisan tak cantik...adeh, spacing cam hape je...harap boleh le baca

detox Publish time 12-4-2010 05:20 PM

‘Baru di sini?’ sapanya mengakhiri kesepian yang berlarut.

Dia juga tidak senang dengan situasi begitu. Kaki kirinya bergerak-gerak. Kedua tanganya disembunyikan dalam poket jeansnya.

‘Ya, baru kembali ke sini,’ jawab Karina sambil jarinya mengaru hidung yang tidak gatal.

Sudah menjadi kebiasaanya mengaru hidung bila saja dia menghadapi situasi-situasi yang menyukarkan dirinya. Lelaki itu tersenyum dan mengalih pandangan ke arah laut. Kedua-dua mereka menyepi seketika. Deruan angin, hempasan ombak dan kicauan burung bersatu.

   ‘OK, saya pergi dulu. Selamat datang ke Dungun’ ucap lelaki itu, kali ini matanya merenung tepat ke arah Karina.
Karina tersenyum dan menganggukan kepalanya, ‘Terima Kasih,’ ucapnya perlahan.

Ikmal berlalu, menuju sebuah pondok tidak jauh dari situ. Sudah lama dia menjalankan perniagaan menyewa keperluan-keperluan menyelam dan bot-bot laju. Ramai pelancong yang gemar bersnorkeling di situ. Keindahan dasar laut memang mengagumkan. Bagi Ikmal yang sedari kecil tinggal di pinggir pantai, laut yang menyimpan sejuta khazanah merupakan tempat permainan dia. Di situlah dia menghabiskan masa berjam-jam menyingkap segala rahsia alam. Di kala dia sedih, Ikmal akan pergi menuju ke dasar laut dan dengan melihat lintuk liuk ikan pelbagai jenis dan warna berenang-renang, melihat kerang, batu-batu karang dan tumbuhan-tumbuhan laut membuat dia gembira. Ada waktunya dia merasakan dasar laut itu adalah rumahnya.

Sesampai sahaja dia di pondoknya, tiba-tiba ingatanya kembali ke Karina. Dia masih lagi menyimpan senyuman manis Karina, masih lagi teringat betapa bulatnya sepasang mata yang cantik dan redup, betapa putih mulusnya seraut wajah yang bujur sirih, hidung mancung dan bibir manis yang munggil. Wanita yang bisa menarik perhatian lelaki. Seraut wajah yang bisa membuat sesiapa menoleh untuk kedua kali. Siapa dia, apa namanya pertanyaan itu bermain-main di mindanya. Tulah tadi taknak tanya…ha sekarang apa dah jadi , Ikmal tersenyum sendirian. Menggeleng-gelengkan kepalanya seakan mahu mengoncang ingatan itu keluar. Dia mengambil sebuah tangki oksigen dan mula memeriksa dengan teliti.

qimi08 Publish time 12-4-2010 05:21 PM

Ni dah okeh dah tulisan dia....

detox Publish time 12-4-2010 05:32 PM

Musim cuti baru sahaja tamat, ramai pelancong sudah pulang. Keadaan agak lengang, selalunya di waktu-waktu begini yang ramai adalah pelancong dari Australia dan New Zealand. Kalau di musim cuti, dia akan mendapat pelanggan yang ramai, baik dari pelancong tempatan juga pelancong luar negara. Jadual mengajarnya juga penuh. Seseorang yang mahu menjadi penyelam scuba harus belajar sehingga memperolehi lesen. Setelah memperolehi lesen barulah boleh menyelam di mana sahaja.

Matahari sudah semakin tinggi, orang sudah mulai ramai di pantai.Sedang Ikmal membetulkan tiub yang tersambung di tangki oksigen, loceng yang terpasang di pintu berbunyi, Ikmal segera melangkah ke hadapan. Seorang budak lelaki membelakanginya sambil meneliti gambar-gambar yang terpamer di dalam kedainya itu. Gambar pertama, pemandangan di dasar laut tergantung di dinding, gambarkedua, Ikmal dengan suit selamnya bersama seorang mat salleh, tampak mesra sekali, mereka di atas bot di tengah-tengah laut. Farid asyik memerhati. Hati kecilnya seronok dan pingin sekali menerokai dasar laut, pingin sekali melihat keindahan yang tersembunyi.

   ‘Boleh saya bantu ?’ tanya Ikmal.
Farid terperanjat kecil, dan menoleh ke arah Ikmal. Mata Ikmal menyorot dalam mata budak di hadapannya. Rambut yang di potong kemas sesekali beralun di hembus bayu. Bola matanya hitam pekat, susuk tubuhnya sedang membesar. Dia kelihatan berani dan berjiwa besar. Raut wajahnya menampakkan dia seorang budak pintar, tapi di sebalik itu ada sesuatu, seperti ada kesedihan di wajah bundar itu.

    ‘Saya mahu sewa alat menyelam…’ jawabnya.
    ‘Menjadi kemestian saya bertanya,awak tahu menyelam ?’.
    ’Emm…tak’ jawabnya ringkas. Ikmal mengerutkan dahinya, kedua keningnya seakan bertaut.
    ‘Asas menyelam ?’ tanyanya lagi mencari kepastian.
Wajah budak di hadapanya jelas mempamerkan kekecewaan dan dari pemerhatian Ikmal, dia mengagak budak lelaki di hadapanya berusia dalam lingkungan sembilan atau sepuluh tahun.
    ‘Camnilah, adik boleh daftar untuk mengikuti kelas menyelam saya.’ Mendengar jawapan itu, Farid tersenyum gembira.
    ‘Oh Pakcik pun boleh ajar ye ?’
Pakcik ?? Ikmal merasa gelihati dengan panggilan pakcik, dia bukanlah terlalu tua dan hatinya ketawa sendirian.
    ‘Sini, isi borang ni, dan kita boleh mula bila-bila masa.’ Ikmal menuju ke belakang kaunter dan menyerahkan borang pendaftaran.
    ’Pen ada ?’ Ikmal hanya menunding ke arah tin rokok yang penuh diisi dengan pelbagai jenis alatulis.
    ‘Bercuti ke ?’ tanya Ikmal sambil mengosok gelas sepasang mask.
    ‘Tak saya baru pindah sini.’ Dia terus tekun mengisi maklumat dalam borang pendaftaran itu. Ikmal mengangguk-angguk.
    ‘Ok ni dia borang pendaftaran saya.’ Ikmal meneliti seketika, butir-butir maklumat di bacanya sepintas lalu.
   ’Ok Farid,’ Ikmal menghulurkan tangan, dan mereka berjabat penuh mesra.

Ikmal terpaksa meluangkan masa selama setengah jam setelah itu, melayan pertanyaan-pertanyaan Farid. Dia dengan senang hati memberi penerangan yang mendalam kepada Farid. Dan pada ketika itu bermulalah sebuah persahabatan yang mesra. Entah mengapa, sesuatu di dalam diri Ikmal membuatkan Farid terus menyukainya.

    ‘Selalunya untuk scuba diving awak kena belajar sampai memperolehi lesen’ terang Ikmal. Farid membeliakkan matanya.
   ‘Kena menduduki peperiksan teori, dah lulus teori baru boleh belajar menyelam’ sambung Ikmal lagi. Dia dapat membaca kekecewaan di wajah muridnya yang baru itu.
    ‘Apa?kena ada exam ? Ish payahlah’ suaranya perlahan.
    ‘Tapi kalau setakat nak snorkeling saja tak perlu tu semua. Walaupun awak hanya nak snorkeling, awak kena juga tahu teknik dan asas menyelam’terang Ikmal. Dia menepuk-nepuk bahu Farid. Barulah kelihatan senyuman terpamer di wajah budak lelaki yang sudah mula meningkat remaja itu.
    ‘Bila saya boleh mula ?’ tanya Farid tidak sabar. Ikmal tersengih.
    ‘Bila-bila’ jawabnya ringkas.
    ‘Esok ?’ Ikmal mengangguk. ‘Lepas sekolah ?’ Ikmal mengangguk lagi.’Ok set, esok saya datang dan bawak yuran’ ucapnya bersemangat.
   ‘Jangan risau sangat pasal yuran, yang penting awak boleh menyelam menyelongkar rahsia di dalam sana tu. Banyak yang menarik tau,’ ujar Ikmal. Farid mempamerkan wajah kagumnya sambil jalan beriringan menuju ke basikal Farid.
    ‘Nanti boleh la saya belajar scuba diving pula ye ? Tentu lagi hebat’ kata Farid bersemangat. Ikmal hanya tersenyum.
    ‘Mula-mula snorkel dulu, dah pandai nanti saya ajar pula cara-cara scuba diving’ jawab Ikmal.

Farid mengangguk-angguk. Dia seronok dan tidak sabar untuk menjelajah ke dasar laut. Melihat keindahan di alam yang belum pernah di terokai.
    ‘Ok Cikgu, jumpa esok!’ dan dengan itu Farid mengangkat basikalnya. Cikgu pulak… getus Ikmal, ah cikgu pun cikgulah, daripada pakcik. Ikmal memerhati Farid mengayuh basikal sehinggalah hilang dari pandangannya. Entah mengapa dia sukakan Farid.

cmf_blingblings Publish time 12-4-2010 05:33 PM

Bila tajuknya nama org, ada semacam satu tarikan

detox Publish time 12-4-2010 05:33 PM

sebab aku tak tau nak letak tajuk apa ...akakakakkaka ;)

cmf_blingblings Publish time 12-4-2010 05:36 PM

sebab aku tak tau nak letak tajuk apa ...akakakakkaka ;)
detox Post at 12-4-2010 17:33 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifI suka kalau cerita yg ada tajuk mudah, contohnya nama, nama interesting

marcell Publish time 12-4-2010 05:37 PM

sebab aku tak tau nak letak tajuk apa ...akakakakkaka ;)
detox Post at 12-4-2010 10:33 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

agak2 ada tak tajuk Aida takpun Marcell ke.. heheheheh

detox Publish time 12-4-2010 05:42 PM

12# marcell

tu belum lagi, tapi kena pergi germany la klu nak buat citer pasal aida / marcell...akakakaak amik mood orang kata !

marcell Publish time 12-4-2010 05:45 PM

12# marcell

tu belum lagi, tapi kena pergi germany la klu nak buat citer pasal aida / marcell...akakakaak amik mood orang kata !
detox Post at 12-4-2010 10:42 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

boleh.. boleh...
anytime.. i can be your tourist guide..
and no need to worry about accomodation
kat frankfurt can stay with me
kat munich can stay with my parents.. :P

detox Publish time 12-4-2010 05:45 PM

Farid menolak pintu dapur, dilihatnya Karina sedang memotonglobak menyiapkan makan tenghari. Bau asam pedas memenuhi ruang dapur. Faridpada mulanya tidak menyukai dengan perpindahan itu. Karina ingat lagi, malamsebelum mereka berangkat, Farid mengamuk sakan. Kini setelah 3 bulan Faridtelah mula menunjukan reaski positif. Farid melabuhkan dirinya di kerusi. Diamemerhati Karina seketika dan menuang jus oren ke cawan.
‘Pergi mana tadi ?’ tanya Karina.

‘Jalan tepi laut’jawabnya ringkas. Dia meneguk jus oren cepat-cepat, dan menuang lagi. Penuhsegelas.
‘Esok Farid belajar menyelam’ kata-katanya itu membuatkanKarina terhenti seketika. Dia membeliakkan matanya. ‘Farid dah daftar nakbelajar menyelam’ tekannya semula. Karina mengangguk tanda setuju. Biarlah diabuat sesuatu yang menghiburkan hatinya. Dia tahu penceraian itu memberi kesanyang mendalam pada Farid.
‘Bagus. Dengan siapa ?’ Farid menuju ke sinki dan membasuhcawan, setelah itu dia menghampiri ibunya.
‘Dengan Ikmal, emm Cikgu Ikmal’ jawabnya. ‘Tapi esok kenabawa yuran’ sambungnya.
‘Ok nanti mak bagi’ jawab Karina dan senyum melihat anaklelakinya.
Wajahnya banyak mengikut Ridhuan, hidung mancung, bibirtipis, telinga capang, Cuma matanya yang bulat mengikut Karina. Pada usiasepuluh tahun, Farid nampak lebih besar dari usianya. Tinggi dan bolehkelihatan otot-otot mula membina. Karina berkahwin sangat muda, pada usia 20tahun dan ketika itu dia di tahun dua pengajiannya. Dia berkenalan denganRidhuan, seniornya dan mereka jatuh cinta lalu mengambil keputusan berkahwin.Walaupun mendapat tentangan hebat dari orang tuanya, tapi demi cinta Karinateruskan jua.
‘Thanks mak’ ucap Farid lantas memberi ciuman kecil di pipiKarina.
Karina senyum dan mengosokrambut Farid.
’Pergi mandi, dah masam!’ arah Karina lembut.
’Ala, mana ada masam’ Farid mencemikkan mukanya. Karinaketawa kecil.

‘Masam pun mak sayangjuga’ kata Karina sambil memeluk tubuh yang sedang membesar itu.

chengkeh Publish time 12-4-2010 05:45 PM

hoyeh...hoyeh....{:1_152:}{:1_152:}
aku nak balik awal ari neh....
nak bukak intenet kat umah.....

Jaza2008 Publish time 12-4-2010 05:48 PM

12# marcell

tu belum lagi, tapi kena pergi germany la klu nak buat citer pasal aida / marcell...akakakaak amik mood orang kata !
detox Post at 12-4-2010 17:42 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

detox..tuk tidak menghampakan marcell...
ko letak nama heroin tambahan nama aida marcell...http://myhome.cari.com.my/image/face/3.gif
baru puas cik adik sorang tu....http://myhome.cari.com.my/image/face/4.gif

kita dah nak balik dah ... marcell baru muncull...

marcell Publish time 12-4-2010 05:51 PM



detox..tuk tidak menghampakan marcell...
ko letak nama heroin tambahan nama aida marcell...http://myhome.cari.com.my/image/face/3.gif
baru puas cik adik sorang tu....
Jaza2008 Post at 12-4-2010 10:48 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

tak lah.. sahja sahjalah

detox Publish time 12-4-2010 05:54 PM

alamak jaza, cerita ni aku dah lama bikin. emm nanti lah, nama marcell mmg sedap
Aida Iz??? Marcell

Nama tengah tu i cant remember, sorry marcell ;)

marcell Publish time 12-4-2010 05:55 PM

alamak jaza, cerita ni aku dah lama bikin. emm nanti lah, nama marcell mmg sedap
Aida Iz??? Marcell

Nama tengah tu i cant remember, sorry marcell ;)
detox Post at 12-4-2010 10:54 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

Aida Izzleia Marcell :loveliness:

Aida-given by mom
Izzleia-given by papa
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Karina


ADVERTISEMENT