JongNora Publish time 13-3-2012 12:12 PM

esok untuk kali kedua aku akan ke MRS, kes pengesahan cerai taklik. Doakan semua berjalan lancar, penatlah tanguh2 ni.......

sayawifenikmie Publish time 13-3-2012 06:24 PM

banyak sungguh pengalamanberguna yang uols kongsi kat sini ..... semoga korang semuatabahmenjalani hidup sendiri dengan anak2 .....

MamaMima711 Publish time 13-3-2012 06:30 PM

Reply 181# JongNora

nanti update ye

unagilagi Publish time 14-3-2012 02:13 PM

esok untuk kali kedua aku akan ke MRS, kes pengesahan cerai taklik. Doakan semua berjalan lancar, pe ...
JongNora Post at 13-3-2012 12:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   amin..semoga semuanya berjalan dengan lancar...dengarnya kalau mahkamah syariah ni...standard la kalau tangguh...

bersabar...jangan lupa hapdet

JongNora Publish time 14-3-2012 04:56 PM

ok bulan lepas dah bicara kali pertama utk pengesahan lafaz taklik, dalam soal balas hakim tanya ada pernah lafaz cerai sebelum ini, si suami mengaku pernak lafaz. Maka kes tangguh ke hari ini.
Tadi ada berbelas kes, kes kami ke 12 dan 13. Yang kes sebelum kes kami semuanya tangguh (kes cerai fasakh).
Dalam perbicaraan tadi suami mengaku lafaz tapi tanpa niat, kiranya disabitkan kes lafaz cerai secara sindiran/kinayah dan si suami sanggup angkat sumpah tidak ada niat cerai walau lafaz dibuat.
Bila keputusan hakim jatuhkan satu talak sahaja kerana lafaz cerai taklik yg satu lagi dibuat tanpa niat. Menurut hakim hanya Allah yang tahu apa yg ada dalam hati si suami.

Alhamdulillah tiada lagi tangguh kes, kerana aku tak sanggup lagi nak masuk mahkamah. Masuk mahkamamh nih sangat2 beri tekanan kepada aku mental dan fizikal.

wanie77 Publish time 14-3-2012 05:12 PM

ok bulan lepas dah bicara kali pertama utk pengesahan lafaz taklik, dalam soal balas hakim tanya ada ...
JongNora Post at 14-3-2012 16:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    sya setuju, masuk mahkmah syariah ne memg stress fizikal dan mental...,, masa sya berdepan dgn kes suami memohon poligami, kes sya selesai dlm tempoh 4 ke 5 bln, dalam 4 kali turun naik mahkmah,,, hya Allah yg tau jiwa saya masa tu...

unagilagi Publish time 14-3-2012 09:34 PM

ok bulan lepas dah bicara kali pertama utk pengesahan lafaz taklik, dalam soal balas hakim tanya ada ...
JongNora Post at 14-3-2012 16:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   maksudnya..kes Jong dah selesai...keputusannya jatuh talak satu walaupun suami x berniat nak talaq Jong...gitu?

unagilagi Publish time 14-3-2012 09:36 PM

sya setuju, masuk mahkmah syariah ne memg stress fizikal dan mental...,, masa sya berdepan ...
wanie77 Post at 14-3-2012 17:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   wanie kongsilah cerita soal balas hakim, lawyer etc masa dalam proses turun naik mahkamah...sampailah hakim beri keputusan..moga dapat beri panduan kepada forumer lain...

JongNora Publish time 15-3-2012 10:50 AM

Reply 187# unagilagi


kes yg bicara semalam tak jatuh talak, tapi kes yg dibicara bulan lepas jatuh.

Fobia ok somi yg suka sebut2hal2 yg ada kaitan talak, macam tak ada perasaan.

Sepanjang perkahwinan dah berkali2 dia sebut ayat2 berkaitan talak tapi apa yg berlaku baru2 nih,
aku dah tak boleh tahan. Memanglah aku ada juga kelemahan tapi minta cerai tak pernah sekali
aku sebut...................:(

cmf_blingblings Publish time 15-3-2012 10:55 AM

Replyunagilagi


kes yg bicara semalam tak jatuh talak, tapi kes yg dibicara bulan lepas jatuh ...
JongNora Post at 15-3-2012 10:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
bila suami yg bertalak-talak ni adakah kita kena lagi aware sbb mungkin sepanjang kita kahwin sebenarnya kita dah bertalak 10:shutup:
maknanya kita dengan dia dah tak ada apa-apa lagi tapi disebabkan buta hukum kita berzina dgn suami sendiri??....aku rasa ramai org yg lalui pengalaman ni...

unagilagi Publish time 15-3-2012 03:40 PM

Replyunagilagi


kes yg bicara semalam tak jatuh talak, tapi kes yg dibicara bulan lepas jatuh ...
JongNora Post at 15-3-2012 10:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   suami kau ni Jong...suka suki je main sebut-sebut..ingat ni permainan kanak-kanak pulak...
kes bulan lepas dah jatuh talak..so now kau & suami bukan suami isteri lagi lah...

kes yang baru-baru ni pun nak sahkan lafaz talak lagi ke? banyak nau..pening aku..

unagilagi Publish time 15-3-2012 03:43 PM

bila suami yg bertalak-talak ni adakah kita kena lagi aware sbb mungkin sepanjang kita kahwin sebe ...
cmf_blingblings Post at 15-3-2012 10:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

betul lah..aku rasa ramai je ignore sebab malas turun naik mahkamah...

assume banyak dari pergi hadap tok-tok hakim tuh...


sebenarnya dah bukan suami isteri lagi...padahal dah bermusim-musim golek-golek atas katil...


nauzubillah...bahaya tul

JongNora Publish time 15-3-2012 09:01 PM

Sebenarnya biarlahcerita lamaku menjadi sejarah, cuma nak kongsi tips

banyak2 lah baca sebelum masuk kamar bicara

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
أَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كَلَّهُ اَللَّهُمَّ لاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْن

makna nya

Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah keadaanku seluruhnya dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata.

ParinAmat Publish time 15-3-2012 10:42 PM

Reply 193# JongNora

كَلَّهُ

   
rasanya tak berapa kena doa neh..
kena baca "kulluhu" yakni membawa maksud "seluruhnya"..
tak pernah lak jumpa "kallahu" dlm mana2 doa..

JongNora Publish time 16-3-2012 11:46 AM

Reply 194# ParinAmat

saya mohon tunjuk ajar,

sebab dalam cetakan di cd uztaz amal memang kulluhu,

tapi yang sy copy paste dari blog manatahseperti di atas.

Bila sy dok ulang audio uztad Amal sy dengar kullahu

Mohon yg arif jelaskan

wanie77 Publish time 16-3-2012 03:49 PM

Reply 188# unagilagi
kes sya ne x guna lawyer.., masing2 hadap hakim sendiri, maksudnya bila hakim tnya sendirilah jawab....
byak gak soalan yang hakim tya pd sya dan suami,...tp ada gak yg dh lupa....
antara soalan hakim pada sya:
1. tahu ke suami nak kawin lagi?
2. bagi ke suami kawin lagi?
3. mampu ke suami kawin lagi?
4. kenapa bagi suami kawin lagi?
5. betulkah nafkah yang suami senaraikan ne dipenuhi dgn sebaiknya?
6. setuju dgn tawaran nafkah yg suami nyatakan, utk sya dan anak2...
7. betul ke pendapatan suami sebnyk ini?(sbb suami berniaga)
8. kenal ke dgn bakal madu?(bakal madu kena masuk mahkamah sekali)
9. kenal ke dgn keluarga bakal madu?
....tu diantaranya lah...
soalan utk suami:
1. kenapa nak kawin lg, isteri sakit? x bleh beranak? x nk beranak lg?
2. klu sbb nk ikut sunah Nabi SAW, cer cite mcm mn sunnah Nabi kita yg sebnr2nya...
3. bwk saksi utk menunjukkan perniagaan awak bleh menjana pdptan sbyk yg dinyatakan.
4. klu awak kawin lg, x mnjatuhkan air muka isteri awak sbg PA?
5. senaraikan harta yg awak ada, dan harta yg tercatat nama isteri dan awak mggunakannya, awak perlu mbyarnya sewanya...
6. mcm mn nanti awak nk berlaku adil?
...ada lg tp dah lupa...,

unagilagi Publish time 17-3-2012 03:48 PM

Replyunagilagi
kes sya ne x guna lawyer.., masing2 hadap hakim sendiri, maksudnya bila hakim tny ...
wanie77 Post at 16-3-2012 15:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   jimat belanja x guna lawyer...so...keputusannya, permohonan poligami suami diluluskan?

wanie77 Publish time 17-3-2012 05:32 PM

Reply 197# unagilagi


    setelah berpuas hati dgn jawapan kedua belah pihak, dan tiada bantahan daripada pihak isteri, dgn ini permhonan diluluskan..., dgn erti kata lain sya boleh dimadukan... dapatlah sya 'adik'.......:(

MamaMima711 Publish time 17-3-2012 07:29 PM

Replyunagilagi


    setelah berpuas hati dgn jawapan kedua belah pihak, dan tiada bantahan da ...
wanie77 Post at 17-3-2012 17:32 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    dah bermadu lah ni?atau masih dlm proses?apa2 pun..semoga tabah dgn ujian ini.x semua wanita bertuah di uji Allah kerana ujian itu tanda Allah sayang dan ingat pada kita..

wanie77 Publish time 17-3-2012 07:36 PM

Reply 199# MamaMima711


    Dah, tapi x lama...., x tau ler kenapa..., tup2 hsbd fail kes nk berpisah dgn bini baru,...
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah


ADVERTISEMENT