LLM Publish time 8-4-2010 04:00 PM

CERITA PENDEK: Aliya

Post Last Edit by LLM at 8-4-2010 16:02

Aliya merenung ke arah jam dinding di pejabatnya. 4.30 petang. Hampir tiba masa untuk balik..

Setengah jam kemudian, Aliya berjalan keluar dan menuju ke arah stesen monorel Bukit Bintang. Sibuk sekali suasana di luar stesen itu..PATI Bangla dan Indon berpeleseran.

Peronda polis duduk bersantai di kedai kopi berdekatan restoran McDonald. Sekali sekala mata mereka meliar mengawasi PATI Bangla Indon serta wanita dari China..

Aliya turun di stesen Medan Tuanku. Dia berjalan melepasi kawasan Asian Heritage Row..melintasi Jalan Munshi Abdullah dan terus menuju ke Plaza City One.

Dia berhenti seketika di gerai makanan. 'Mamak..maggi goreng 2 pinggan, bubuh telur mata kerbau. Teh ais satu jag. Mintak kicap dengan cili potong jugak ye' Aliya memesan..

Dia makan tanpa berlengah-lengah..di gerai makanan mamak, yang kononnya meletakkanseluar dalam jenama Crocodile di dalam kawah nasi briyani sebagai mandrem..

Selesai makan, dia terus menelan jag teh ais itu dengan penuh tumpuan. Kenyang sungguh umpama pegawai jabatan kerajaan yang telah menerima wang suapan berjuta-juta. Yam yam...

Sebelum pulang, Aliya pergi ke kedai runcit di tingkat bawah condo Menara City One kediamannya. 'Minta rokok Dunhill lights 2 kotak besar, sabun Palmolive 2 buku' ujarnya kepada pekerja Bangla yang entah-entah tak ada permit sah itu.

Sampai sahaja Aliya di unit kediamannya, dia duduk melepak di ruang tamu dan merokok. Selesai merokok, Aliya membuka paket sabun Palmolive. Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun mengunyah sabun itu dengan penuh lahap.

'Sedap jugak Palmolive ni. Tapi taklah sesedap sabun Lux' getus hati kecil Aliya. Kropp...kropp...begitu rangup sekali sabun Palmolive..

Beberapa ketika kemudian Aliya terlelap di ruang tamu. 'Mi miew..mi miew' suara kucing kesayangan Aliya membangunkannya..

'Kau lapar ya, kucing?' tanya Aliya sambil mengusap-usap kepala anak kucing Siamnya yang berumur 4 bulan itu.

'Ya, mami, saya lapar' anak kucing itu menjawab dengan penuh kasih sayang. 'Mari makan biskut Friskies ya?' ujar Aliya sambil menghulurkan sebekas pinggan yang penuh dengan biskut Friskies perisa ayam dan sayur.

'Yam yam..mi miew..' anak kucing itu makan dengan penuh semangat. Terhibur hati Aliya melihat gelagat anak kucingnya yang sedang lahap mengunyah biskut Friskies itu.

'Lepas makan kita tengok tv ye, kucing?' ajak Aliya. 'Baik mami' anak kucingnya menjawab kegirangan.

Aliya memasang TV dan melihat rancangan Astro. Anak kucing siam itu melompat dan duduk di atas riba Aliya sambil mengiau keletihan.

Selang beberapa jam, Aliya dan anak kucingnya tertidur di ruang tamu. Keletihan.

Beginilah kehidupan Aliya, seorang pegawai perundangan, di kota Kuala Lumpur yang berliku-liku..

TAMAT :I

qimi08 Publish time 8-4-2010 04:57 PM

Weh cite apa ni makan sabun segalanya ....
Atau ada benda2 lain yg namanya sama sprti"sabun Palmolive" yg haku tak tau ;P

marcell Publish time 8-4-2010 05:18 PM

spesies apa aliya ni makan mee goreng 2 pinggan air 1 jug dengan sabun juga
:L :L :L :L :L :L :L

LLM Publish time 8-4-2010 05:20 PM

aliya tu spesies manusia la..apa lagi ;P

marcell Publish time 8-4-2010 05:23 PM

aliya tu spesies manusia la..apa lagi ;P
LLM Post at 8-4-2010 10:20 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

makan sabun?? :L :L
tak kenyang ke dah makan mee 2 pinggan tu

LLM Publish time 8-4-2010 05:25 PM

sabun tu kira pencuci mulut macam coklat dan buah-buahan :lol:

asyriqa Publish time 8-4-2010 05:29 PM

Mak aiiii....kuatnya melantak maggi 2 pinggan sampai ke sabun pun di telan... ni memang luarbiasa... manusia ke alien neh...muakakakakaka...lawak la LLM ni...

marcell Publish time 8-4-2010 05:30 PM

sabun tu kira pencuci mulut macam coklat dan buah-buahan :lol:
LLM Post at 8-4-2010 10:25 AM http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

ish.. not good for our body.. banyak chemical.. :P
buat lah idea lain... makan biscuit ke, jeruk ke, coklat or fruits
sabun....... isk.. hilang mood terus :lol:

qimi08 Publish time 8-4-2010 05:45 PM



ish.. not good for our body.. banyak chemical.. :P
buat lah idea lain... makan biscuit ke, jeruk ke, coklat or fruits
sabun....... isk.. hilang mood terus :lol:
marcell Post at 8-4-2010 17:30 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Betul tu buat le idea lain yg berkesan....ni cite merapu je...ingat tadi pentas raja lawak;P
Ni cite hang sendiri or hang ambil cerita dari tempat lain nak share dgn kami:lol:

Klu cite hang sendiri kita hang ada bakat menulis tgk susunan ayat dan jln cerita tu teratur....

cmf_blingblings Publish time 8-4-2010 05:47 PM

Post Last Edit by LLM at 8-4-2010 16:02

Aliya merenung ke arah jam dinding di pejabatnya. 4.30 petang. Hampir tiba masa untuk balik..

Setengah jam kemudian, Aliya berjalan keluar dan menuju ke a ...
LLM Post at 8-4-2010 16:00 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifHabis dah????????? sambunglah lagi??

liyanur Publish time 8-4-2010 05:53 PM

sepanjang aku duk bertapa sini LLM mmg suka buat citer ntah apa-apa..
tp kdg2 ada gak la yg syok...:lol:

Kia_picanto Publish time 8-4-2010 06:00 PM

tapi selalu aku baca citer LLM byk pasal makan melantak tak ingat.. konpius.. dari dulu tak paham pengajaran citer :L

LLM Publish time 8-4-2010 06:17 PM



Betul tu buat le idea lain yg berkesan....ni cite merapu je...ingat tadi pentas raja lawak;P
Ni cite hang sendiri or hang ambil cerita dari tempat lain nak share dgn kami:lol:

Klu cite hang se ...
qimi08 Post at 8-4-2010 17:45 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

ni cerita aku sendirilah..

ada pengajaran tersirat yang begitu mendalan tu..cuma kau kena hayati betul-betul..

apa itu simbolisme sabun? apa itu simbolisme anak kucing Aliya? apa simbolisme dua pinggan maggi dan sejag teh ais itu?

renung-renungkanlah ye :)

Kia_picanto Publish time 8-4-2010 06:46 PM

LLM suke wat ayat simbolisme..
mungkin minda aku tak tercapai ke arah yg ko nak sampaikan kot..
tapi aku sentiasa dapat khatam citer ko:)

Adilla Publish time 8-4-2010 09:18 PM

sya suka citer budak ni...setiap kali dia ni menulis ada yg tersirat utk disampaikan cuma kita kena menilai dimana maksudnya....

detox Publish time 8-4-2010 10:08 PM

LLM, ko mmg best. Aku suka semua cerita pendek ko ni. Aku akan sentiasa ketawa dan ketawa membacanya.

Thanks bro/sis.

lama ko tak menulis eh...mana pigi

midar Publish time 9-4-2010 10:35 AM

mkn sabun? terkujat skejap...

qimi08 Publish time 9-4-2010 11:11 AM

Post Last Edit by qimi08 at 9-4-2010 13:14



ni cerita aku sendirilah..

ada pengajaran tersirat yang begitu mendalan tu..cuma kau kena hayati betul-betul..

apa itu simbolisme sabun? apa itu simbolisme anak kucing Aliya? apa simbolisme...
LLM Post at 8-4-2010 18:17 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Maaf le tak tercapai dek akal ku.... untuk menghayati cerita pendek LLM...
Mungkin juga faktor usia....kurang utk menjadikan kepala berserabut....;P
Mungkin juga terlalu terikat dgn penulis lama... Ramlee Awang Murshid. Norhisham mustapha,
Rahim Awang n Imaen.... so jadi minda x berkembang lah kut...ha ha ha ha:P

tzaraz Publish time 11-4-2010 01:31 PM

hahaha..tak leh tahan gelak guling2 tiap kali baca cite LLM...:lol:

tangent_talker Publish time 11-4-2010 09:11 PM

hehehehehe best best...
Pages: [1] 2
View full version: CERITA PENDEK: Aliya


ADVERTISEMENT