sang_arjuna Publish time 3-4-2010 07:18 PM

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

Post Last Edit by sang_arjuna at 3-4-2010 19:26

Salam semua

Sudi sudilah baca cerita saya. Citer ringan saja. Bahasa pun rojak & tunggang langgang. Segala komen di alu alukan.
..................................................................................................................................................

Suapan terakhir nasi lemak sotong selamat masuk ke mulut. Bungkus suratkhabar berlapik daun pisang di keromotkan. Jam dinding menunjukkan pukul 9.05. Aktiviti harian di Karyabina Akitek baru bermula.

“ Siapa tu?” tanya Adham. Air mineral di teguk rakus, menghilangkanrasa pedas sambal tumis sotong.

Shahrul menyorot tumpuan mata Adham.Seorang gadis yangberjalan masuk pintu utama. Bahunya senget sebelah menggalas beg yang berat. Si gadis berhenti sebentar lalu berbual dengan staf lain.


“ Oh, that’s Naj. “

“ Nama macam lelaki“ Tak kena dengan orangnya, bisik hati Adham

“ Nama penuh Najlah Emina. Dia in house designer. Kau dah ada kat Dubai masa dia join. Kenapa? Berkenan? ”


“ Macam ustazah je.Not my type. Not now anyway. Kalau nak buat bini memang sesuai. Buat masa ni,KIV dulu ” Adham masih memakukan mata pada gadis berbaju kurung biru cair itu.

“ Habis tu , yang kau tenung macam nak tebus pintu kaca tukenapa?”

Adham menyengetkan bibir. Kantoi. “ Salah kah aku pandang?Bukan ada siapa yang nak marah pun. Aku bukan macam kau”

Muka Shahrul terus cembeng

Adham tak dapat menahan tawa. Padan muka Shahrul! Buat lawak suruh emak carikan jodoh. Tup tup… kena tunang terus. Aku tak akan buat kesilapan yang sama. Aku belum puas menikmati hidup bujang. Bila sudah beristeri , tanggungjawab banyak. Nak menjawab pun banyak. Takut aku dengar cerita kawan kawan yang sudah berumahtangga.

“ Macam mana perempuan kat Dubai?Best tak ?” soal Shahrul. Adham menggeleng kepala. Shahrul ni lah, tak habis habis
pasal perempuan.


“Perempuan sana tak pandang kat kita. Kalau setakat gaji kita, nak mengurat pembantu rumah Indon dan Filipina pun susah. Anyway, apa cerita masa aku tak ada? Banyak projek baru?”

“ Projek kecil saja yang banyak. Tapi lagi bagus dari tak ada langsung. Datuk kata ada projek besar. Dia tunggu kau balik. Kau kan anak emas dia” Ada iri dalam nada Shahrul. Mereka sebaya tapi prestasi Adham jauh lebih baik. Gaji dan bonus nya pun lebih lumayan. Adham sedar ketidakpuasan hati akitek lain di Karyabina termasuklah sahabat baiknya. Dia menukar topik.

“ Ada sesiapa cari aku masa aku tak ada?”

“ Biasalah. Yana, Lorraine,Didi semua cari kau. Asyik tanya bila kau nak balik. Kau dah call dia orang? Kalau merajuk susah nak pujuk.”

“Tunggulah. Bukannya ada hal mustahak pun. “ Adham meregang tubuh. Keletihan masih bersisa. Kalau setakat minah bertiga tu , tak payahlah beria ia nak jaga hati mereka. Mereka sekadar teman bersantai waktu hujung minggu saja. Seronok hang out dengan gadis yang open minded dan gila gila tapi tak lebih dari itu.

“ Malam minggu ni kau tak nak keluar kah? Aku ingat nak ke Bar Savanh kat Mont kiara. Yana mesti ada di situ. “

“ Sudahlah, Shahrul. Forget Yana and the rest. Tunang kau si Farah tu nak letak mana?”

“ Letak kat rumah dia lah. Mana lagi? Takkan nak letak dalam poket aku. Selagi aku belum genggam tangan Tok Kadi dan lafaz nikah, status aku bujang. Faham? ”

Tawa mereka berderai. Perbualan mereka makin rancak sehinggatelefon di meja Adham berdering.

“ Adham, Datuk wants to see you now” Setiausaha pemilik Arkitek Karyabina,Mrs Chin memberi arahan.

“ Tak boleh tengok orang senang. “ rungut Adham sambil menutup skrin YM di laptop. Terbantut hajat
nak chatting. Terpaksa mengadap boss dulu.

sang_arjuna Publish time 3-4-2010 07:20 PM

Tak sampai lima minit kemudian dia duduk bersebelahan “Ustazah”di pejabat Datuk Badri. Adham mencuri pandang. Memang spesis menantu pilihan mak mak.Tapi macam aku pernah tengoklah. Kat mana ek?

Datuk Badri berdehem. “ Adham, welcome back. Saya dengar projek Burj Tower berjalan lancar. The client is very happy. Tahniah.”

Najlah menoleh. Oh, ini rupanya Adham. Hmm… boleh tahan. Lelaki idaman semua gadisdiKaryabina. Sejak dia mula bekerja di sini nama Adham sering di sebut. Peminat no 1 tak lain dari sahabat serumahnya Tasha.

“ Have you two met?” Keduanya menggeleng

“ Adham, ini Najlah. In house designer kita yang baru. Najlah meet Adham , senior arkitek. Masa awak mula kerja di sini, dia ada di luar negara.” Najlah mengangguk dengan senyuman kecil.

“Anyway, saya panggil awak berdua sebab adaprojek baru yang saya nak awak berdua handle. Bukhary Group baru beli Hotel Darulmakmur di Kuantan. Mereka akan ubahsuai untuk di jadikan boutique hotel bertaraf 5 bintang.Saya nak kamu berdua jumpaDatuk Bustami,Director Bahagian Perhotelan dan buat preliminary site visit.”

“ Bila?” tanya Najlah. Aku dah tak cukup tangan ni. Stress betul lah. Semua kerja nak longgok kat aku. Tapi inibukan calang calang punya project. Bukan senang bagi orang baru macam aku dapat buat interior hotel 5 bintang.

“Lusa”

“ Lusa?” ulang mereka serentak.

Adham menggaru pipinya. Habislah plan aku untuk weekend ni. Sudah berbulan aku terperuk di Dubai, ingat nak enjoy lah malam Sabtu.Datuk ni kacau aaa …..

“ A’ah, lusa. Saya cadang awak berdua bertolak petang besok lepas kerja. Sekarang musim hujan, takut banjir. You cannot afford to be late for the meeting. Lagipun awak boleh siapkan presentationdanbincang strategi dulu sebelum meeting. Jangan lupa bawa portfolio masing masing. Datuk Bustami nak tengok your track record. Project besar macam ini bukan senang dia nak bagi pada kita. Banyak lagi firma arkitek yang akan hantar proposal. ”

“ Okay, saya boleh drive ke sana petang besok” usul Adham. Malam minggu boleh lepak kat Hyatt Kuantan. Tapi lecehlah kalau Ustazah ni ada sama.

Najlah serba salah. Hari Jumaat aku dah janji nak keluar dengan Iskandar untuk beli barang hantaran. Masa dah suntuk. Cincin pun belum pilih lagi. Baju pun belum sempat tempah. Mak dan Abah dah membebel.Tapi ini soal kerja. Hatinya berbolak balik.

“ Najlah, any problem?” tanya Datuk Badri melihat keresahan di wajahnya.

“ Er.. boleh tak sayafly ke sana awal pagi Sabtu nanti.Besok saya ada hal mustahak.”

Adham mendengus. Mengadanya Ustazah ni. Baru kerja dah banyak songeh. Ingat ni company bapa dia punya kah? Ini yang buat aku malas kerja dengan perempuan. Macam macam kerenah. Menyusahkan! Personal agenda lagi penting dari kerja. Adham bersuara dengan nada sinis

“ Ada hal apa? Nak jumpa pakwe? Nak pergi shopping? Atau nak pergi buat facial? Kalau macam itu, biar saya pergi seorang. After all, we have to submit the building plans dulu. The interior work tak penting sangat. ”

Muka Najlah merah padam. Tak sayang mulut kah Encik Adham? Tangannnya di genggam menahan geram. Aku swing sekali kemek hidung yang tak berapa mancung tu.

“ Excuse me, saya rasa dalam projek ini, hiasan dalaman sangat penting. Dekor lah yang menentukan konsep dan identity sebuah hotel. Taraf 5 bintang tu bukan terletak pada building plans saja.” Lantang suara Najlah.. Mata mereka bertarung. Macam panahanelektrik bersabung. Dada Adham berkocak. I have seen those eyes before.

“ Pandai pun. Tahu juga betapa pentingnya tugas interior designer. Kalau ada kerja tu buatlah cara orang nak kerja. Jangan nak susahkan orang lain sebab urusan peribadi” Adham tak mahu mengalah.

“ Siapa pula nak susahkan Encik Adham? Kalau saya tak naik kereta awak,lagi senang kan? Atau awak takut nak drive ke Kuantan seorang?” Raut wajah Najlah sinis memandang Adham yang terkebil kebil. Tak pernah aku jumpa perempuan macam ni. Nampak ayu tapi macam singa. Betul kata orang, don’t judge a book by its cover.

Datuk Bakri menepuk meja.

“Najlah, Adham, please. Jangan nak peningkan kepala saya. Belum start kerja dah macam anjing dengan kucing. Saya ingat semua pekerja di sini sudah matang dan boleh bertolak ansur tapi nampaknya saya silap.Kalau awak berdua tak boleh work together, saya boleh suruh orang lain handle project ini”Keduanya senyap mendengar gertakan Datuk Badri. Masing masing tidak berkutik. Pandangandi lemparkan ke arah bertentangan. Datuk Badri menghela nafas. Aku macam hakim mahkamah syariah berdepan dengan pasangan menuntut cerai pula.

“ Najlah, selesaikan kerja kerja awak. Kalau semua beres , awak boleh ambil cuti besok, selesaikan apa yang patut. Saya tahu awak belum pernah cuti lagi pun. Kamu berdua pergi ke Kuantan malam esok. Nanti Adham akan jemput you di rumah.That’s final.” Adhammembuka mulut untuk protes. Apahal minah ni dapat special treatment. Aku pula yang kena jadi supir dia. Banyak cantik!

“ Kenapa dia dapat …..”.

Datuk Badri mengangkat tangan.

“ Enough, Adham. Saya tak nak dengar apa apa alasan. Saya cuma suruh awak berdua pergi Kuantan bukannya pergi London.Itupun dah kecoh. Najlah , awak boleh pergi sekarang. Saya tahu awak banyak kerja. Adham, stay. I want to talk to you.” Najlah terus meninggalkan bilik. Mukanya mendung. Tak puas hati dengan si Adham. Macam manalahaku nak kerja dengan dia?

“ Adham, kenapa dengan kamu ni? Apa problem kamu dengan Najlah? Takkan ex girlfriend ?”

Adham segera menggeleng. Selisih malaikat. Terlampau garang. Aku suka yang manja , meliuk lentok, pandai ambil hati. Kesian siapa yang kahwin dengan minah ni… mesti kena queen control.

“ Kamu kena professional. Jangan prejudis sebab dia seorang perempuan. Her work speaks for itself. Walaupun baru kerja di sini tapi dia dah lama jadi freelance designer. Klien ramai suka kerja dia. Kamu jangan nak buli dia.”

“ Ok, I’m sorry. Silap saya sebab melenting tadi” Idea nakal timbul di kepala Adham. Macam mana kalau aku mengorat Najlah. Buat dia jatuh cinta dengan aku. Adakah singa betina akan menjadi kucing jinak yang suka menggesel?

“Lagi satu,dia bakal isteri Iskandar.“

Rahang Adham terjatuh.

“ WHATTT??? Iskandar nak kahwin? Dengan si Najlah tu?”Terpaksa batal plan nak goda Najlah. Lainlah kalau aku teringin nak kena tembak dengan pistol Papa.

“ Adham, kamu tak tahu yang abang kamu nak kahwin?” Dahi Datuk Badri berkerut

“ Abang lain emak” Adham membetulkan. Seperti biasa, Iskandarpandai mengaburi mata semua orang di sekelilingnya. Pandai betul dia berlakun. Iskandar selalu dapat apa yang di ingini, baik dari segi material mahupun kasih sayang. Tidak adil!

“ Am, berapa lama dah kamu tak jumpa Mama dengan Papa? Am tak ambil tahu langsung hal keluarga?”

“ Amsibuk di Dubai. You know that.”

“ Sibuk sangat sampai tak boleh telefon? Am, they are your parents. Mama dengan Papa sayang Am. Mereka bangga dengan Am.”

“ Ya, sure.” perli Adham. Bangga sangatlah konon. Aku asyik di kambing hitamkan walaupun aku juga anak kandung Papa.Dari kecil aku di bayangi Iskandar. Iskandar sajalah yang pandai, Iskandar baik, mendengar kata, sopan. Iskandarlah yang serba sempurna. Hah! Kalau mereka tahu sisi hitam Iskandar, sakit jantung agaknya Papa dan Mama.

Datuk Badri mengeluh. “ Uncle dah tak tahu macam mana nak nasihatkan kamu. Am bukan budak kecil lagi. Please lah. Lupakan kisah lama. Jangan asingkan diri dari keluarga sendiri” Adham mengangguk malas.

“ Okay. Am jumpa mereka nanti.”Tak payah nak panjangkan perbualan. Buat habih boreh je bercerita pasal masaalah keluarga.Baik aku buat kerja, tak membazir masa.


“ Baguslah macam tu. Mesti Papa dan Mama gembira kalau Adham jumpa mereka. And drive carefully to Kuantan. Jangan pandu laju sangat. Jaga kakak ipar awak tu”

“ Bakal kakak ipar” Adham mengulum senyum sambil meninggalkan pejabat Datuk Badri. Selagi Iskandar belum genggam tangan Tok Kadi dan lafaz nikah….

……………………………………………………………………………….

sang_arjuna Publish time 3-4-2010 07:32 PM

Post Last Edit by sang_arjuna at 3-4-2010 19:35

Najlah menghempaskan tubuhnya di kerusi. Arghhhh… ! Dia melepas geram padapapan kekunci laptop sambil membalas emel klien. Tasha, temannya yang bekerja sebagai akauntan Karyabina menjenguk.

“ Aku rasa aura marah menyelubungi kau. Kalau aku jadi keyboard tu mesti aku dah terjerit jerit” katanya sambil mengipas muka Najlah

Najlah mendengus.Tasha menarik kerusi beroda di depan meja Najlah. Ini sudah kes serius.Najlah yang aku kenal sentiasa cool. Tahap kesabarannya tinggi. Klien yang banyak kerenah pun dia boleh layan dengan senyuman manis.

“Apa pasalNaj? Ceritalah kat aku. Jangan pendam. Nanti muka kau macam asam kecut bila naik pelamin”

“ Benci aku dengan si Adham tu. “ luahnya. Wajah Tasha berkerut

“ Kau ni perempuan sejati kah? “

Najlah bingung. Apa punya soalan?

“ Mana ada perempuan tulin yang tak jatuh hati pada Adham.”

“ Kalau aku jatuh hati dengan lelaki yang ego dan chauvinist macam dia, memang sah aku dah kena ubat guna guna. Kau tolong cari ustaz untuk ubatkan aku”

“ Sampai begitu sekali? What happened?”

Najlah meluahkan apa yang berlaku dalam bilik Datuk Badri. Sengal punya Adham. Memang kenal sangatlah lelaki sepertinya. Spesis lelaki zaman batu. Baru pertama kali jumpa, dah nampak sifat ego dan anti perempuan.

“ Hmm… baguslah kalau macam tu. Kurang saingan aku. Oops lupa pula, kau pun dah nak kahwin” Tasha tergelak kecil.

“ Yes, you got that right. Aku tak mimpi pun nakpotong jalan kau. Tasha, aku banyak kerja ni. Kau pergi lah borak dengan orang lain” Kalau di layan Tasha ni, sampaibila pun kerja tak habis. Macam tak boleh berbual kat rumah nanti.

“ Okay..okay, aku tak kacau” Tasha kembali ke mejanya.

Najlah menyumbat telinga dengan earphone. Sekurangnya lagu dendangan Alleycats dapat menghilangkan tensi.

“ Hingga akhir nanti
Kau tetap jadi pujaan
Segala rasa kasih
Segala rasa sayang
Hanyalah untuk mu”

Najlah menyanyi perlahan lagu kegemaran ibunya sambil melakar layout untuk restorandi KL Golf and Country Club. Tiga tema berbeza di sediakan. Yang pertama berkonsepkan Nusantara dengan warna hijau dan rona tanah untuk warna latar. Pilihan yang kedua lebih formal dengan stail ala Perancis. Perabot berwarna putih yang klasik dan mewah., karpet dan dinding biru cair, dengan chandelier dan hiasan kristal. Yang ketiga lebih pada konsep restoran keluarga dengan gabungan warnahitam putih dan perabot rotan. Sampel fabric di kepilkan di tepi setiap lakaran.Sungguh kusyuk dia bekerja sehingga tak sedar masaberlalu. Amarah yang meluap tadi makin pudar. Tenang rasa hati bila dia melakar, memadankan warna perabut dengan warna kemasan. Interior décor adalah cinta sejatinya. Separuh mati dia mempertahankan cinta yang satu ini.

Najlah melatah bila dinding kubikelnya di ketuk“ Oh mak engkau!”

Adham tersengih. Kusyuk betul si Naj. Dia sempat mencuri pandang lakaran hasil tangan Najlah. Betul kata Datuk Badri. She is good.

“ Kerja tak ingat dunia. Kalau bom meletup pun kau tak sedar kot. Dah pukul 7 sekarang. Tak nak balik lagi kah? Semua orang dah balik.”

Alamak!. Teringat cerita Tasha pasal staf yang terjumpa “lembaga” dalam bilik air perempuan minggu lepas. Meremang bulu roma di buatnya. Kelamkabut Najlah mengemas workstation.Portfolio dan beg laptop di jinjit. Banyaknya barang kena bawa untuk meeting di Kuantan nanti.

Pintucuba di tolak dengan bahu tapi sikit pun tak berganjak.

“ Let me get the door.Silakan” Adham menarik pintu kaca lalu membuat gaya doorman hotel mewah. Senyuman lebar di hadiahkan pada gadis itu.

“ Thanks” Najlah bergegas ke lif tanpa memandang muka Adham. Sakit hatinya masih bersisa. Kenapa tiba tiba Adham sikit punya baik dengan aku?

“ Er.. I nak minta maaf pasal tadi. Sorry ya. Jangan ambil hati. I penat , masih jet lag”

“ Maaf di terima”jawab Najlah, datar. Kedua nya diam sejenak.

“ Cik Kak tinggal kat mana?”

“ Apasal nak tahu? Bukan saya jemput awak datang rumah” Hah! Puas hati aku dapat kenakan Mr Perasan Bagus ni. Ingat aku ni senang cair macam perempuan lain?

“ Siapa pula yang nak pergi bertandang ke rumah kau? Aku tanya alamat sebab kena jemput kaupergi Kuantan besok”Adham tergelakmelihat muka Najlah yang macam udang bakar

Adehlah…malunya. “ Menara Impian , Jalan Ulu Kelang. Tahu tak kat mana?”

“ Yup. Aku jemput pukul 8 . Okay, Kak Naj?”

Najlah mengangguk. Kenapa dia panggil aku Kak? Takkan dia muda dari aku. Ah, peduli lah. Sebaik pintu lif buka dia bergegas ke kereta.

Mata Adham tak berkalih sehingga Najlah hilang dalam perut Honda Jazz nya. Dia meraup rambut di dahi ke belakang. “ Ruginya kalaukau kahwin dengan Is.” keluhnya perlahan

cmf_blingblings Publish time 3-4-2010 07:33 PM

Yeahhhhh, I no 1...
syoknya...I pun ada satu cerita pasal arkitek nihhh...

Nak lagi boleh???

cmf_blingblings Publish time 3-4-2010 07:34 PM

Iskandar ni mesti handsome habis (memandai aku speku)

sang_arjuna Publish time 3-4-2010 07:37 PM

5# cmf_blingblings

hensem... mcm john abraham pelakun bolly:loveliness:

masuco Publish time 3-4-2010 07:38 PM

Iskandar ni mesti handsome habis (memandai aku speku)
cmf_blingblings Post at 3-4-2010 19:34 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

hansem abisssssssss..klo da habissssssssss x tampan lerrr:lol:

sang_arjuna Publish time 3-4-2010 07:39 PM

sambung malam kang atau esok

nak keluar:bye:

cmf_blingblings Publish time 3-4-2010 07:40 PM

5# cmf_blingblings

hensem... mcm john abraham pelakun bolly:loveliness:
sang_arjuna Post at 3-4-2010 19:37 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifTersepuk I....gatai lah sat...amboi kalaulah dapat jadi Naj...

detox Publish time 3-4-2010 09:46 PM

yeay smiley ada citer baru

detox Publish time 3-4-2010 10:07 PM

adham , iskandar, najlah ... jangan adham berebut dengan iskandar dah

adeh Smiley.....

next, next, next ;P

sueria_azlee Publish time 3-4-2010 10:22 PM

lagi..lagi..:lol:

alongathirah Publish time 3-4-2010 10:41 PM

intro yg best. jgn lupa post lagi
{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

bluepinky Publish time 3-4-2010 11:07 PM

yey... ade cete br... x sbar tg sambungan{:1_152:}

asyriqa Publish time 3-4-2010 11:40 PM

wow satu lagi cite yg best...{:1_132:}mesti si adham akan buat sampai naj terjatuh hati kat dia... agaknya apalah sisi hitam iskandar tuh... x sabar nak tau... cepat2 sambung..:D

mikoodette Publish time 4-4-2010 12:46 AM

besstttnyeeee... smiley, sambung pjg2 ekkkk...................... sonok2....

kalo Iskandar = John Abraham, Adhan = Shahid Kapoor kan....sweetnyee... so cool~~~~~ {:3_85:}:lol:;P

teddy_girl04 Publish time 4-4-2010 01:09 AM

yea.. yea.. cita baru.. nnt mesti adham yg kawin   ngan naj hehehee;P;P;P;P

Kia_picanto Publish time 4-4-2010 07:52 AM

besstttnyeeee... smiley, sambung pjg2 ekkkk...................... sonok2....

kalo Iskandar = John Abraham, Adhan = Shahid Kapoor kan....sweetnyee... so cool~~~~~ {:3_85:}:lol:;P
mikoodette Post at 4-4-2010 00:46 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Boleh tak Adham = Daniel Henney (pelakon Korea from America) yg macho dan kacak dan cool dan maskulin.. {:3_98:}

beena Publish time 4-4-2010 09:20 AM

yesssszaaaa..citer baru bestttt..

wwannurr Publish time 4-4-2010 09:59 AM

besstttnyeeee... smiley, sambung pjg2 ekkkk...................... sonok2....

    kalo Iskandar = John Abraham, Adhan = Shahid Kapoor kan....sweetnyee... so cool~~~~~
    mikoodette Post at 4-4-2010 00:46

Boleh tak Adham = Daniel Henney (pelakon Korea from America) yg macho dan kacak dan cool dan maskulin..

:lol::lol::laugh3::laugh3: mikooo.......kiaaaa.....aduhhh ni lah aku baru jumpa orang yang angau sampai gunung everest......

bolehhh lahhhh kiaaa oiiiii......... ko ni mesti kaki koreaaa

miko...oiiiiii..... ko pulak mikooo mesti kaki bollywooddd..
takpeee..... aku suka korang........ :laugh3: jangan mareeeee
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)


ADVERTISEMENT