azahan Publish time 2-4-2010 07:58 PM

training kat pulapol

Post Last Edit by azahan at 18-3-2012 13:17

aku ni silent reader je sebelum ni. hari ni baru terbuka hati nak register kat sini..hehe.
aku ada soalan nak tanya kepada sesiapa yang tau..kwn aku baru je masuk pulapol semalam.
DELETED

ADIWIRA Publish time 4-4-2010 09:07 PM

best?
tapi tak sebest tengok gerak khas dan akademik polis... hehehe..

1) Latihan kat pulapol sekarang dah dipendekkan jadi 3 bulan. 3 bulan kat pulapol dan 3 bulan lagi kat balai. betul ke info yang aku dapat ni?

betul la tue... untuk konstabel pelatih.. bagi tujuan mengetahui cara kerja sebenar di 'ground' tak sama dengan pusat latihan..
bagi pelatih inspektor adalah selama 9 bulan..cara latihan dalam pelaksanaan baru oleh kerana ada perubahan skim polis..

2)konvokesyen tamat latihan?
j: selepas lebih kurang 6 bulan latihan di pusat latihan dan amali di balai2 luar bagi pelatihkonstabel dan l/kurang 9 bulan untuk pelatih inspektor..

3) Macmana dengan penggunaan handphone ye? memang x dibenarkan langsung ke sepanjang berada kat pulapol?

j: tak dibenarkan... tappi ada pondok tepon, boleh guna tapi waktu malam jer, itu pun tengok pada pusat latihan dan bila boleh digunakan.. bukan hari ni daftar sebagai pelatih terus boleh guna... mungkin dalam 2, 3 bulan.. terpulang pd pusat latihan..ada jugak yg sembunyi2 bawak tepon bimbit, tapi kebiasaan kantoi la.. hukuman? masuk training baru tau

4) Kalau nak balik kampung dalam masa 3 bulan kat pulapol tu boleh ke?
j: boleh, kalau ada kematian sedara sepapat... tengok pada pusat latihan..

5) Pelatih polis boleh disingkirkan/dibuang pada bila2 masa ke kalau prestasi latihan x bagus dan x menunjukkan peningkatan?

j: boleh jer.. dari segi disiplin, permintaan pelatih atas masalah tertentu... dll

azahan Publish time 4-4-2010 11:14 PM

terima kasih..
punya la sy tunggu jwpn untuk soalan2 saya ni..
akhirnya terjawab jugak.
thanks bro

alphawaves Publish time 5-4-2010 12:26 AM

best?
tapi tak sebest tengok gerak khas dan akademik polis... hehehe..

1) Latihan kat pulapol sekarang dah dipendekkan jadi 3 bulan. 3 bulan kat pulapol dan 3 bulan lagi kat balai. betul ke inf ...
ADIWIRA Post at 4-4-2010 21:07 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Info yg bagus Adi. cuma baru2 ni saya dengar kaedah latihan di jadikan seperti ini. 3+3+1. apa maknanya ini?

archery Publish time 5-4-2010 12:37 AM

kalau akademi polis cmne plak ye?

alphawaves Publish time 5-4-2010 01:00 AM

kalau akademi polis cmne plak ye?
archery Post at 5-4-2010 00:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifdalam tv ada lah kot..:D

ADIWIRA Publish time 5-4-2010 06:42 PM

dalam akademi polis tue ada la cikit2 yg sama.. contoh kawat, cara nak hormat dll.. tp banyak lagi..
dalam gerak khas lagi la.. hihihi... semua polis dalam tue yg buat... realitinye lain.. ada pengkhususan dlm bidang polis ni.. cuma kerjanya banyakkkk...contohnya bg satu tugas tapi ada 3 lagi kerja yg perlu dalam masa yg sama..

saya dengar kaedah latihan di jadikan seperti ini. 3+3+1. apa maknanya ini?

pdrm sedang berusaha menambah bilangan anggota buat masa sekarang kepada 60K.. bermula dalam tahun 2007 pdrm merancang melatih anggota baru ..jadi ada perancangan untuk menjadikan pelatih inspektor menjalani latihan rekrut selama 12 bulan konstabel selama 7 bulan dan sarjan selama 12 bulan..

contoh yang di tanya oleh alpha :-
pelatih konstabel 3+3+1= 7 bulan

3 bulan di dalam pusat latihan + 3 bulan amali di 'luar' + 1 bulan balik di pusat latihan untuk penilaian... jumlah 7 bulan..

tapi saya tak tahu pulak sekarang ni , sebab adanya NKRA bermula tahun lepas ... pemimpin kita melihat perlunya diperbanyakkan bilangan anggota polis.. mungkin ada perubahan 3+3+1 tue...(saya tidak pasti)

dengar2, rekrut konstabel polis hanya 3 bulan sahaja dan seterusnya passing out serta mula kerja.. (dalam masa terdekat ni ada interview polis konstabel, jadi sama2 la kita tengok tempoh masanya- saya pon tak tengok berita terkini)

mungkin ada perubahan dari tempoh masa latihan disebabkan kerajaan mahu memerangi jenayah habis2an dengan menurunkan kadar indeks jenayah pada hujung tahun ni...

cuba kita lihat, Sukarelawan Polis (SP). tempoh latihannya yg singkat dan terus boleh pakai baju polis serta menjalankan kerja2 kepolisan...

lihat juga, ada perubahan skim polis baru2 ini yg mana ada perubahan gred kelayakan masuk ke Inspektor. Di mana kelayakan memohon jawatan Inspektor adalah Ijazah Kep. (setaraf dengan Kapten guru KPLI dll) manakala ASP dinaik taraf ke 44 (kalau sy tak salah). (inspektor telah dinaik taraf (pegawai diwartakan) di mana sebelum ini pangkat inspektor sebelum ini adalah pegawai tidak diwartakan).

dalam skim baru juga, ada perubahan dari lantikan sarjan di kalangan anggota pangkat rendah... yg mana anggota polis pangkat rendah yg memiliki Diploma akan dilantik ke Sarjan lantikan (setaraf dengan Leftenan Muda) bagi tujuan menyerap anggota ini menjadi penolong Pegawai penyiasat yg masih kurang.... cara lantik saya tidak pasti macam mana

azahan Publish time 5-4-2010 08:44 PM

mcmana dengan kelayakan ye?

konstabel-SPM
koperal-STPM
sarjan-Diploma
inspektor-Ijazah

betul ke? diploma dan ijazah tu x kisah ke apae jenis course pun?
atau hanya course tertentu saja yg layak utk memohon menyertai polis..

ADIWIRA Publish time 6-4-2010 04:20 PM

mcmana dengan kelayakan ye?

konstabel-SPM
koperal-STPM
sarjan-Diploma
inspektor-Ijazah

betul ke? diploma dan ijazah tu x kisah ke apae jenis course pun?
atau hanya course tertentu saja yg layak utk memohon menyertai polis..
check la kat laman web jpa.gov.my search PP Bil. 25/2009...

dipl. ngan deg. tu jawapannya > aiman tak kisah.. hehehe.. kalau ada undang2 ada tambah banyak la gajinye.. mesti P1 T ++ berbanding degree hnrs biasa.. sama cam jawatan 41 dalam sektor lain....

nouvosion Publish time 7-4-2010 11:34 PM

kalo handset x boleh bawa..psp or mp3 or mp4 pun x boleh ke..

ADIWIRA Publish time 8-4-2010 01:04 AM

10# nouvosion

MP3 boleh... mp4 pun boleh tp jangan ada cite biru2... hehehe.. psp tak tahu pulak... bawak jer la... kalu kena rampas nasib la.. tepon pun boleh tapi ada masa tertentu yg mana iini terpulang pada arahan komandan pusat latihan masing2 kut....

nouvosion Publish time 8-4-2010 11:31 PM

11# ADIWIRA

thanks bro..
aku nak tanya ag nie..kalo kena rampas boleh dapat balik ke barang kita yg di rampas..

nazadiyah Publish time 10-4-2010 11:08 PM

AMBOISUSAHNYA TRAINING...AKU TAK SANGGUPLAH!!! HHEHEHEE

ADIWIRA Publish time 12-4-2010 05:14 PM

kalu pulapoL KL dapat balik.. pusat latihan lain tak pasti... tapi dapat la agaknya, sbb bukan kes jenayah pom, cuma peraturan jer.. sebab depa tak bagi kontek ngan famili dalam masa tertentu jer.. cukup tempoh, depa bagi balik..cam nk uji mental la... hihihik..

azahan Publish time 12-4-2010 05:42 PM

ada gak dgr pengalaman pelatih kat pulapol..
skrang dah jd polis pun dia.
awek dia tinggalkan dai masa tgh training..kureng betul.
tau la x dapat guna henpon n x dpt contact awek tu..
tp bpe bulan je pun..:@:@

ZOSIRA Publish time 13-4-2010 10:31 AM

AZAHAN,MEMBER KAU YANG MASUK PULAPOL TU BILA TARIKHNYA.SEDANGKAN SEMALAM 12.4.2010 BARU HABIS INTERVIEW KONSTABEL POLIS SELURUH MALAYSIA.DIA MASUK LATIHAN ATAU INTERVIEW KONSTABEL.

ZOSIRA Publish time 13-4-2010 03:01 PM

azahan.member kau 2 training ke pegi interview

azahan Publish time 13-4-2010 10:14 PM

17# ZOSIRA

kwn aku masuk pulapol 1 april hari tu..
dia pg interview konstabel bulan 10 tahun lepas.
yg interview 12/4/2010 tu mgkin interview tuk iklan kekosongan jwtn bulan januari tahun ni..

rafudhefu Publish time 14-4-2010 03:16 PM

Bestfren aku passing out dari Pulapol dlm bln June/July thn lepas. Bangga plak aku tgk kwn aku yg dulunye nakal and suka tido dlm kuliah jadi Inspektor polis. Skrg kn bertugas kt Sarawak. Cian, dah jauh...

azahan Publish time 14-4-2010 07:48 PM

ni jawapan yg aku dapat lps tanya kat member yg ada adik polis..
jwpn yg lebih kurang mcm ADIWIRA bagi

1) setakat ni 3bln pulapol + 3bln balai + 1 bln pulapol untuk tamat latihan....

2) bulan ke 7....

3) bergantung pada peraturan pulapol... di bakri x blh langsung.. di pulapah blh pakai ujung minggu

4) selepas 3 bulan.. tu pn nasib.. tp org dh kawin senang balik

5) x akan disingkir.. kecuali kes jenayah.. setakat kes disiplin kena denda aje

6) pengalaman yg ngeri tapi mental kena kuat la.. selagi mental kuat.. xde hal laa.. zaman skrg x mcm zaman dulu... xde kena terajang sgt.. sekali sekala jek
Pages: [1] 2 3
View full version: training kat pulapol


ADVERTISEMENT