dongor Publish time 26-3-2010 11:25 AM

Perbincangan tuntutan nafkah RM5j Fauziah vs Kadar Shah belum selesai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam, menetapkan 5 Mei ini untuk perbicaraan bagi mendengar permohonan penangguhan prosiding nafkah edah RM60,000 dan tertunggak RM5 juta bekas isteri Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah.
Panel hakim yang diketuai Datuk Asri Abdullah menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam syarie, Sulaiman Abdullah yang mewakili Kadar Shah bahawa perbincangan isu tuntutan itu masih belum selesai dan penangguhan itu tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes tuntutan yang difailkan Datin Fauziah Haron, 53, terhadap Kadar Shah, 62, bagi membolehkan kedua-dua pihak itu berbincang berhubung tuntutan mutaah, edah, nafkah tertunggak dan harta sepencarian.
Sulaiman memohon penangguhan terhadap kes membabitkan tuntutan itu bagi membolehkan pihaknya membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah syariah sebelum ini membabitkan isu perkahwinan dan locus standi.
Fauziah hadir ditemani wakil peguam syarie, Dorina Abdullah.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Fauziah menuntut haknya termasuk nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian hasil perkahwinannya dengan Kadar Shah. Defendan sebelum ini membantah permohonan plaintif itu atas dakwaan Fauziah tidak mempunyai locus standi (hak) selain mendakwa perkahwinan pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia, sebagai tidak sah kerana tiada dokumen atau sijil pernikahan. Tetapi, mahkamah memutuskan Fauziah mempunyai locus standi kerana selepas 27 tahun perkahwinan kedua-dua pihak dalam keterangan mengakui dengan suci hati wujud ikatan sah. Fauziah membuat tuntutan mutaah, edah, wang yang diserahkan kepada defendan RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000.   FAUZIAH HARON NI BEKAS RATU MALAYSIA TAHUN 70AN AKHIR BERASAL DARI JOHOR.DAH BERKURUN BARU KELUAR CERITA TAK DE SIJIL NIKAH.......

dongor Publish time 26-3-2010 11:28 AM

Wartawan ni kalau kata budus karang marah, tapi tak perihatin betul, orang dah bercerai pun masih gunakan title Datin lagi, kes mengampu ke apa ek??????

iqbalriad Publish time 26-3-2010 09:44 PM

perghhh..ratu betul ke ni..atau ko main hentam jer

Peya Publish time 26-3-2010 10:52 PM

saper ni?? :o

ratubliss Publish time 26-3-2010 11:32 PM

org muar...adoyaiii:mad:

makcik_timah61 Publish time 26-3-2010 11:53 PM

kadar shah ni yg tolong manohuru hara lari dulu kan?

ea208964 Publish time 27-3-2010 12:03 AM

Fauziah harun ni ...Miss malaysia 1975....wakil Malaysia bertanding kat Jepun........

ea208964 Publish time 27-3-2010 12:33 AM

http://www.migf.com/2008/large/Celebrity/Datin%20Fauziah%20Haron%20IMG_3101.JPG


kredit to
http://www.migf.com/2008/rock.html

marjono Publish time 27-3-2010 01:45 AM

mantap lagi makcik ni..

ea208964 Publish time 27-3-2010 02:21 AM

Umurdah 54or 53 tahun dah .....:laugh3:

Anego Publish time 27-3-2010 11:20 AM

Wartawan ni kalau kata budus karang marah, tapi tak perihatin betul, orang dah bercerai pun masih gunakan title Datin lagi, kes mengampu ke apa ek??????
dongor Post at 26-3-2010 11:28 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

sekarang kalau dah cerai pun masih boleh pakai title Datin etc. Macam Faridah tu walaupun dia dah cerai ngan Effendi (laki Tiara) dia masih pakai title Datin sampailah dia sendiri dapat Datuk.

offwhite Publish time 30-3-2010 03:55 PM

fauziah haron ni ratu malaysia 1975...kalo x silap...10 kali lawa erra fazira ratu malaysia 1992...

owenkatz Publish time 30-3-2010 04:07 PM

is that her in posting #8?

acik, bawak la mengucap..

cmf_yipun78 Publish time 30-3-2010 06:36 PM

tuntut je Datin kang laki mu dok perabih duit kat pompuan Indon je... aib tol

ea208964 Publish time 30-3-2010 06:40 PM

thanks mod yip...:loveliness:

memalukan je klu baca psl laki dia kat forum Indon ....terang-terangan kena ktuk .. minah indon layan sbb duit je..

skrg pon klu tak silap   Datin nijadi Interior Designer ..pernah kluar artikel kat Malaysian's Women Weekly Magazine...

cmf_yipun78 Publish time 30-3-2010 06:46 PM

jom kita carik pic dan cerita gepren pakcik yang bikin malu je orang Muo ni..... keji dan aib je kan? sib baik Datin ada skill lain, kalo nak tunggu datuk ni mau bertahun lagi nak abis tuntutan, dia kat ober d si kan, trauma kononnya sejak kes pecah umah pastu maid kene rogol....

ea208964 Publish time 30-3-2010 06:53 PM

bukan takat keji ...disebabkan harta boleh dia tak ngaku kawen ...nak declare kawen tak sah ....tak pikir langsung pasal perasaan anak2 dia....


tak silap ...gepren nama eva ...nnti tepek kat cnih ..ada je gambar kat forum indon ...zmn dedulu masa gosip si bini tengku Kelantan tu tngh hot ..adalah terselit cerita dorang .... sbb datuk ni pon terlibat sama...

KekasihGelap Publish time 30-3-2010 07:41 PM

mantap tol mak datin sorang ni...alah setakat 5 juta tuh....

ea208964 Publish time 30-3-2010 09:00 PM

ni dri blog Jakarta Social Blog

Si datuk ni rasanya yg diperkatakan...

MEETME// May 21, 2008 at 10:13 am | Reply

this is another exmp that money can buy everything. bullshit deh kalian sok sebel sama gold digger, etc. i.g Jessica, who’s been dating with older men and younger men, but she needs money from her datuk (opa/ the older men), to supports her living & her life style. we all know that she hated him… she even said that opa kayak monyet, ini kan dari mulut Jessica sendiri. however, still don’t mind dating him. Tapi kalau jessica ada, you girls tetep… ber manis manis. Bukti bahwa ternyata you all are matre…For Jessica, open your eyes, realize who you truly are? perhaps by doing this you will not be so cruel ngegossibpin & fitnah orang, yg their life is much more “clean” than ur self.


memalukan Malaysia shj datuk ni ....:@

and silap nama gepren kat sana Jessica Nathalie bukan eva ...

http://farm5.static.flickr.com/4051/4476360794_83ec62de4a_o.jpg


http://jakartasocial.wordpress.com/2008/04/22/jessicas-mode/


kawan roberto cavalli lagi minah ni...patutlah 'opa kayak monyet' pon dilayannya....




* persal panggey opa...oppa bukan abg ke dlm bahasa korea...
kiranya abang kaya monyet lah maksudnya yeaa..:doh3:

fara_5836 Publish time 31-3-2010 10:04 AM

perghh..
k.ea jd paparazi mag indon lak..;P
Pages: [1] 2
View full version: Perbincangan tuntutan nafkah RM5j Fauziah vs Kadar Shah belum selesai


ADVERTISEMENT