ironmind Publish time 24-3-2010 09:56 AM

Latest from India-Tentera India guna senjata cili

Post Last Edit by ironmind at 24-3-2010 10:36

hai mod and forumer semua
ni posting saya yg kedua kat kawasan ni
tadi try kat ruang newbies
ni nak share skit ttg senjata terbaru tentera india
mod, kalau dah ada, delete ye
tadi tgk2 kat thread, macam xde lagi tajuk ni

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0324/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

SEORANG petani menunjukkan cili bhut jolokia di India.

GAUHATI, India - Tentera India kini memiliki senjata baru bagi menentang pengganas iaitu cili paling pedas di dunia.
Beberapa pegawai pertahanan semalam berkata, pihak tentera akan menggunakan cili yang dinamakan bhut jolokia atau cili hantu itu untuk menghasilkan gas pemedih mata dalam bentuk bom tangan bagi menumpaskan suspek.


"Grenad bhut jolokia akan menjadi senjata tanpa toksik yang berkesan kerana bau pedasnya membuatkan pengganas tercekik sekali gus memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Pengarah Jabatan Sains Hayat Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO), R. B. Srivastava.


Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia yang dimakan untuk merawat masalah perut dan cuaca panas.


Ia yang ditanam di timur laut India jauh lebih pedas berbanding sos Tabasco atau lada jalapeno. - AP





kat malaysia pun ada jual pepper spray
market focus on wanita, utk self defensive dgn perompak or perogol

jazim Publish time 24-3-2010 05:11 PM

Terima kasih posting anda. maklumat yg berguna lagi menarik.

robotech Publish time 24-3-2010 06:08 PM

Bom tgn cili .... mungkin lebih sesuai utk anti-riot.
Pages: [1]
View full version: Latest from India-Tentera India guna senjata cili


ADVERTISEMENT