amazed Publish time 23-3-2010 07:22 AM

ribut pasir landa china!!

Ribut pasir landa Chinahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0323/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg
RIBUT pasir menjejaskan jarak penglihatan di Beijing semalam.

BEIJING - Ribut pasir yang melanda seluruh China semalam menyebabkan sejumlah bandar-bandar diselubungi pasir dan batu halus sekali gus mengancam kesihatan penduduk.

Kejadian itu merupakan kesan terbaru akibat pembersihan hutan, pembangunan dan kemarau yang berlaku di bahagian utara serta barat China.

Angin bertiup dari barat laut negara itu dengan membawa pasir ke seluruh China sejak Sabtu lepas sekali gus menjejaskan penduduk di Xinjiang dan Beijing.

Sebuah lapangan terbang di Pulau Matsu, Taiwan menggantung perkhidmatan kelmarin akibat jarak penglihatan yang kabur ekoran ribut pasir.

Di Hong Kong, pegawai-pegawai berkata, seramai 20 orang terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kerana masalah kesihatan. - AP

menjad Publish time 23-3-2010 08:19 AM

cuaca dunia makin berubah...mcm2 hal berlaku...dunia dah semakin tua...kiamat semakin dekat

kakct Publish time 23-3-2010 08:54 AM

1# amazed


bkn hanya di beijing...tempias habuknya sampaiii ke province2 lain...dok dkt2 shanghai pun habuknya makk aiii...terasa habuk2 kat mata :mad: ...

whiteroselady Publish time 23-3-2010 10:59 AM

nak tanya u all, ribut pasir ni agak-agak berlanjutan lama ke??? white plan nak ke beijing 23 april ni..... lebih kurang sebulan lagi.....masa tu dah OK ke???......need advise
Pages: [1]
View full version: ribut pasir landa china!!


ADVERTISEMENT